Monday, August 13, 2007

Kargo Barang ke Malaysia

Zaid (Kiri Sekali) Pengurus Zulfa Kargo bersama 3 orang arab Mesir yang bekerja dengannya

Petang semalam aku 'bersantai' di stor kotak-kotak pelajar yang bakal dikargokan ke Malaysia minggu hadapan.

Zulfa Kargo. Pelajar di Jordan pastinya tahu tentang syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang-barang ke Malaysia ini. Sudah lama Zulfa Kargo bertapak di bumi Jordan. Sejak tahun 1990-an lagi.

Zulfa Kargo merupakan syarikat penghantaran barang yang diuruskan oleh beberapa pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu'tah. Taukeynya silih berganti dari tahun ke tahun setelah dia (taukey) menamatkan pengajian di universiti.

Tahun ini sekali lagi, Zulfa Kargo dengan cemerlangnya telah berjaya menarik minat pelajar-pelajar di Jordan untuk berurusan dengan mereka. Ini disebabkan bayaran yang jauh lebih murah berbanding syarikat-syarikat kargo yang ditawarkan oleh arab tempatan.

Satu kotak bersize 70cm x 41cm x 25cm hanya dikenakan bayaran USD 22. Tidak mengira berat mana sekalipun sebuah kotak tersebut.

Menurut taukey Zulfa Kargo 2007 iaitu Sedara Mutazam dan Zaid Mazlan, jumlah kotak yang bakal dihantar ke Malaysia pada tahun ini hampir 600 kotak. Pelanggan-pelanggan mereka terdiri dari semua pelajar Malaysia dari seluruh universiti di Jordan (Mu'tah, Al-albayt, JUST, Yarmouk, Urduniah, Balqa') dan termasuk juga pegawai kerajaan yang bertugas di Amman, Jordan dan rakyat Malaysia yang bermastautin di Jordan.

Kontena dari syarikat di Amman akan mengambil kotak-kotak tersebut pada hari Rabu (15 Ogos 07) dan akan terus ke perlabuhan Aqaba untuk di bawa ke Malaysia (Port Klang). Di Malaysia, wakil-wakil Zulfa Kargo akan menguruskan urusan penghantaran terus kotak-kotak tersebut di hadapan pintu rumah pelajar. Melalui maklumat dari Sedara Mutazam, bekas taukey Zulfa tahun lalu iaitu Sedara Maizul akan menguruskan urusan penghantaran kotak ke rumah-rumah pelajar di Malaysia.

Tahun ini saya turut berurusan dengan Zulfa Kargo dan menghantar sebanyak 23 buah kotak ke Malaysia.

Semoga kotak-kotak tersebut selamat sampai ke tanahair yang dijangkakan sebulan akan datang.

Antara kotak-kotak yang telah siap diikat dan ditulis nombor kod pelanggan

Petugas-petugas Zulfa Kargo sibuk menyiapkan kotak-kotak pelanggan

13 komen:

Anonymous said...

wah dasyat tu...pai 23 kotak,ape yang dkargokan tu...sejarah2 jordan ke :) ...besar jugak kan gudang zulfa tu...penuh kotak2 btindan...harap slmat smua pai msia takde rosak2...

Anonymous said...

salam guli guling,
kebanyakkan dari kotak2 tue adalah kitab2 pengajian, buku2 sejarah,travel,koleksi NGM sahaja dah 3 kotak..:) itula..harapan selamat sampai di Malaysia

Anonymous said...

bagus nye 3 kotak penuh buku2 sejarah aje...nsib baik la tak kargo 3 kotak nvel2 je hehehhe bnyak manfaatnye buku2 sejarah tu kt msia nnt..ilmu tambahan dari bidang pengajian :)

Anonymous said...

bukan..buku2 sejarah saja 7 kotak.. 3 kotak tue National Geographic Magazine sahaja..500 buah lebih :)

Anonymous said...

Masya Allah.. banyaknya kotak,, banyak shoppink ek kat Amman? :)

Anonymous said...

ust,

kargo tu bergerak berapa kali dlm setahun?

dan bula berapa biasanya?

tq.

Anonymous said...

salam kak lin,
hurm..xde pun brg2 shopping..:) 80% semua buku2 je..

Anonymous said...

salam kak ina,
kargo tue sekali je setahun..bulan Jun-Julai dorang mula edar iklan dan serahkan kotak..bulan Ogos Kargo bergerak ke Malaysia bulan September sampai kat rumah barang2 yang dikargokan...

Anonymous said...

salam ... tokei kotak rupanya .. pakar sejarah pulak tu .. salam ziarah ... :)

SoFie NuR said...

banyaknye kotak...mengalahkan org yg dah de family...huhu...3 kotak je dah NG..adeh...

Anonymous said...

salam..life of aku..

saya bukan taukey kotak..hehe. gambo tue g jenguk2 saja kat stor dorang yang buat bisnes kotak..:) taukey kotak member2 kat sini jugak..

Anonymous said...

salam sofie,
hurm..kalau berkeluarga kat sini mau jadi 40-50 kotak kot..:P

semua yg dikargo banyak buku..

Anonymous said...

wah kalo bkuarge pai 40-50 kotak hehheh brangkali la kot masuk sx ngn periuk2 pinggan sgala macam :p