Monday, August 27, 2007

'Haji Fossil'


"Salam Hj algimen alfosil..".

Begitulah permulaan ayat SMS yang saya dapat dari seorang rakan di Malaysia 2hari yang lalu.

SMS yang membuatkan saya tersenyum sendirian
SMS yang mengembalikan ingatan saya 5 tahun yang lalu.

SMS yang dihantar tanpa disertai nama penghantar terus meminta akal saya meneka siapakah dia penghantar tersebut. Yang pasti memori saya terus mengenangkan kenangan bersama Ust Hasrizal, Ust Imran dan Ust Shahrul Rizal. Iaitu mereka yang amat meminati sejarah yang pernah bersama saya di bumi Jordan. Selalunya Ust Imran dan Ust Ijai yang memanggil saya gelaran sedemikian.

Saya membalas SMS tersebut dan bertanyakan siapakah akhi majhul ini? (saudaraku yang tidak dikenali). Dan dia membalas.

"Ana ingat bila ana pggl enta tn hj alfosil enta blh cam ana.... AJAQ"

Senyum menjadi ketawa. Memang lucu apabila mengingatkan memori dahulu. Rupanya SMS tersebut dari Ustaz Razak (kini menjadi guru J-QAF di Kuantan), senior yang pulang ke Malaysia pada tahun 2002. Dan bila dia memperkenalkan diri, barulah saya ingat hanya beliau yang kerap memanggil saya haji fossil suatu ketika dahulu. Yang lain-lain biasanya memanggil Abu Hajar sahaja. Ada juga yang memanggil saya Gmen Batu..

Disebabkan minat mendalam saya terhadap sejarah. Sejak tahun pertama di Jordan saya sudah mula menjejaki kota-kota bersejarah dan tapak-tapak arkeologi untuk lawatan, mengkaji sebagai maklumat tambahan untuk saya. Bila sudah tiba di sesuatu tempat tersebut saya akan mula ke library university Mu'tah untuk mencari maklumat lokasi yang telah dikunjungi untuk thaqafah saya. Dan saya kerap membawa pulang artifak dari tembikar2 dan batu2 ke rumah. Tak sangka dengan minat saya sebegitu akhirnya pelbagai gelaran yang saya terima ketika itu. Walaupun kekadang diri terasa dengan panggilan-panggilan tersebut tetapi saya positifkan semuanya supaya perkara yang saya minati tidak menjadi pudar dan terus hilang dalam diri.

Kenapa saya dipanggil hj fosil?
Semua ini bermula apabila saya bersama Ust Imran mengembara ke satu kawasan bernama Umm Al-Ayasein. Sebuah pergunungan berbatu berhampiran kampung Taybah terletak di selatan Karak. Di Umm Al-Ayasein terdapat sebuah 'ain (mata air) yang masih mengeluarkan air yang amat segar. Saya dan Ust Imran mengembara di pergunungan tersebut sehingga ke jalan terakhir yang membolehkan penglihatan kami melihat terus ke kawasan Jazirah Lisan iaitu kawasan paling selatan Laut Mati.

Dari situ kami turut dapat melihat sebuah bukit yang telah diratakan dipercayai penempatan yahudi ratusan tahun yang lalu. Turut kelihatan sebuah bukit membentuk kesan gunung berapa mati.

Apa yang 'ajaib'nya di atas bukit tersebut ialah terdapatnya fosil-fosil kerang, moluska berselerakkan di sepanjang jalan yang kami lalui. Fosil-fosil dari moluska gergasi, kulit kerang, kulit lokan memenuhi jalan tanah gunung tersebut.

Pelbagai persoalan yang timbul di minda saya pada ketika itu. Bagaimana fosil-fosil tersebut boleh berada di bukit yang tinggi? Adakah semua kawasan di sini laut suatu ketika dahulu? Berapa tahunkah usia fosil-fosil tersebut? Sudah pasti usianya berjuta-juta tahun, detik hati saya pada ketika itu.

Akhirnya, saya telah mengutip dan membawa pulang beberapa contoh fosil dari bukit tersebut. Dengan niat untuk mencari jawapan kepada semua persoalan saya. (Boleh saya dikisahkan dalam entry-entry akan datang)

Senior-senior ketika itu pelik melihat saya membawa pulang batuan fosil, banyak juga yang mengata, mengutuk. Tambah-tambah ketika itu ust Imran dah balik ke Malaysia, tinggal saya seorang yang dianggap manusia pelik oleh senior rakan-rakan kerana menyimpan batu-batu fosil tersebut.

Akhirnya, Ust Razak yang memang terkenal sebagai seorang yang ceria dan suka buat lawak memberikan gelaran Haji Fosil kepada saya :) Ketika itu saya baru pulang menunaikan haji di Mekah. Apabila dia pulang ke Malaysia, panggilan tersebut sudah lama tidak saya dengar sehinggalah dia SMS baru-baru ini yang cukup mengingatkan kenangan saya ketika dahulu bersama beliau.

Antara koleksi fossil Amonite (istilah untuk moluska gergasi).

Setelah banyak mengkaji, membaca akhirnya perkara yang saya lakukan tidaklah sia-sia. Banyak ilmu yang saya dapat mengenai perkara ini. Golongan pengkaji fosil (yang dikenali sebagai Paleontologist) di barat telah lama membuat kajian mereka terhadap ilmu fosil ini. Mungkin umat Islam agak ketinggalan dengan bidang ilmu ini dan ramai yang tidak mahu mengambil tahu.

Banyak persoalan boleh kita kaji dan berfikir yang boleh digabungjalinkan dengan ilmu-ilmu sejarah Islam. Antaranya usia fosil dengan kedatangan Nabi Adam ke bumi. Adakah seluruh dunia ini adalah lautan suatu ketika dahulu setelah mana fosil-fosil boleh ditemui di pergunungan tinggi?, Bagaimana proses fosil ini boleh berlaku dan adakah proses ini singkat atau memakan masa jutaan tahun?. Berapakah usia dunia sebenarnya? dan lain-lain lagi

Semuanya kejadian yang telah Allah jadikan sudah pasti untuk membuatkan manusia berfikir, mengkaji dan akhirnya menjadi satu hasilan ilmu dan pengetahuan.

"Katakankah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami Tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan"- Al-Kahfi 109

5 komen:

Anonymous said...

lucu la pulak...hj fosil???ingatkan penah dgr ahmad pintu je yang plik2 hehehhe mmg plik gak kan...

ingatkan minat sejarah2 n kaji2 je...rupe2nye minat angkut fosil2 n batu2 gak...amik fosil2 tu tak kena marah ke ngn lajnah hashimiah jordan...???

pape pun tahniah la,bukan senng orang2 skarang nak dapt bende2 tu kan,kalo ade yang dapt pun tak tjamin lagi akan dhargai atau trus dbuangkan aje,hnya yng mghargainye yang dapat mnilai :)

Anonymous said...

salam guli guling,

itu hanya gelaran gurau-gurauan oleh rakan2..fosil ni bnyk gak perbincangan dan kaitan dgn sejarah.
Lajnah hashimiah xterlibat dalam urusan2 arkeologi n paleontologi ni..dorang uruskan kawasan makam2 anbiya n sahabat sahaja..kalau kerajaan jordan xpastilah camana..hihi yang pasti fosil2 ni ada saja dijual di raghdan, shawbak, mujib valley..merata gakla dijual..so, kalau pape cakap beli je la..:)

Anonymous said...

ust gmen angkut ke malaysia ke fosil2 tu...leh buat galeri sejarah kat kg tu.

bagus jugak ust buat pameran serta ngan datanya sekali...lepas kami leh g lawat galeri sejarah ust.

Anonymous said...

salam kak ina n ust mujahid -xlupa kakak, abg faheem n yaya :)

dah selamat kargokan baru2 nie..erm stakat ni mmg ada perancangan (cita2 besar)..xtaula jadi ke idak..tunggula nnt tgk apa hasilnya dan apa akan jadi..:)

Hasrizal Abdul Jamil said...

patutle tiba-tiba je tersedak