Friday, August 31, 2007

Laluan Silam Kafilah Hujjaj

Kenangan di Qal'ah Al-Hisa, Tofilah Region (South Jordan)

Tanah Jordan yang termasuk di dalam dataran Syam menjadi laluan perhubungan para jemaah haji dari Turki dan bumi Syam ke Madinah dan Mekah sejak zaman berzaman. Sebelum penguasaan kerajaan Turki Uthmaniah di dataran Syam, para jemaah haji melalui jalan yang dikenali sebagai King's Highway (Tariq Muluki) untuk ke Mekah.

Peta menunjukan Tariq Muluki (King's Highway) yang berada di tanah Jordan.
Laluan ini bermula dari Sungai Furat (Syria) melalui Jordan dan berakhir
di Ramses (Mesir). Ia merupakan laluan silam penting dan turut digunakan oleh
jemaah haji sebelum dan di awal era kerajaan uthmaniah
.


Tariq Muluki merupakan jalan perdagangan silam yang menghubungkan Sungai Furat terus ke Ramses di Mesir. Jalan tersebut bermula di Furat menganjur ke Tadmur, Damsyiq, Bosra, Madaba, Karak, Shawbak, Eilat (Aqaba), Sinai dan terus ke Ramses di Kaherah, Mesir. Jemaah haji pada ketika dahulu memilih jalan ini melalui Eilat dan terus mengambil jalan laut untuk ke Madinah dan Mekah.

Ketikamana era kerajaan Turki Uthmaniah menguasai dataran Syam iaitu termasuk negara Syria dan Jordan, mereka telah membuka jalan baru untuk memudahkan para jemaah haji menuju ke Mekah. Jalan baru tersebut dikenali sebagai Tariq Sahrawi atau Jalan Padang Pasir yang lebih memudahkan laluan hujjaj (jemaah haji) untuk ke bumi Hijaz yang menempatkan 2 masjid suci umat Islam itu.

Hasilnya, kerajaan Turki Uthmaniah telah dibina beberapa kota di sepanjang laluan baru tersebut untuk tujuan keselamatan dan kemudahan kepada jemaah haji.

Kesannya, terdapat 6 buah kota yang masih boleh dilihat hingga ke hari ini yang pada suatu ketika dahulu digunakan oleh para hujjaj yang berjalan secara berkafilah dari Turki dan Syam menuju ke tanah Hijaz untuk menunaikan umrah dan haji.

Kota-kota tersebut ialah : Qal'ah Fudayn (di Mafraq- Fudayn adalah nama lama bagi Mafraq), Qal'ah Dab'a, Qal'ah Qatranah, Qal'ah Al-Hisa, Qal'ah Ma'an dan Qal'ah Aqabah

3 insfrastuktur utama terdapat di kota-kota tersebut ialah : Menara yang menempatkan askar uthmaniah untuk tujuan kawalan keselamatan para haji dari di serang oleh mana-mana musuh, menyediakan musolla di dalam kota, menyediakan kolam takungan air untuk kegunaan para jemaah haji. Kebiasaanya kolam terletak di luar kota dan dibina saliran air masuk ke perigi yang terdapat di dalam kota.

Qal'ah Al-Hisa salah satu contoh dari 6 kota yang terdapat di Jordan

Qal'ah Al-Hisa (Kota Al-Hisa) terletak kira-kira 155 Kilometer dari Amman. Berada di dalam Tofilah Region. Kota ini terletak agak tersorok dari laluan utama ketika ini. Iaitu 3 kilometer ke arah padang pasir subur dari jalan utama.

Gambar-gambar Kota Al-Hisa dari sudut luar dan dalam. Menara di pintu utama digunakan oleh para askar untuk tujuan kawalan keselamatan. Terdapat juga Arrow Slipt.di sekeliling dinding kota.

Musolla yang terdapat di dalam kota. Kelihatan mihrab yang menunjukkan arah kiblat
menghala ke Makkatul Mukarramah


Burkah Maa (Takungan Air) yang terdapat diluar kota. Terdapat saliran air dari
pusat takungan ini terus ke dalam kota.



Perigi yang terdapat di dalam kota (berada di tengah-tengah). Digunakan oleh para hujjaj
untuk kemudahan minum, berwuduk dan lain-lain.


Monday, August 27, 2007

'Haji Fossil'


"Salam Hj algimen alfosil..".

Begitulah permulaan ayat SMS yang saya dapat dari seorang rakan di Malaysia 2hari yang lalu.

SMS yang membuatkan saya tersenyum sendirian
SMS yang mengembalikan ingatan saya 5 tahun yang lalu.

SMS yang dihantar tanpa disertai nama penghantar terus meminta akal saya meneka siapakah dia penghantar tersebut. Yang pasti memori saya terus mengenangkan kenangan bersama Ust Hasrizal, Ust Imran dan Ust Shahrul Rizal. Iaitu mereka yang amat meminati sejarah yang pernah bersama saya di bumi Jordan. Selalunya Ust Imran dan Ust Ijai yang memanggil saya gelaran sedemikian.

Saya membalas SMS tersebut dan bertanyakan siapakah akhi majhul ini? (saudaraku yang tidak dikenali). Dan dia membalas.

"Ana ingat bila ana pggl enta tn hj alfosil enta blh cam ana.... AJAQ"

Senyum menjadi ketawa. Memang lucu apabila mengingatkan memori dahulu. Rupanya SMS tersebut dari Ustaz Razak (kini menjadi guru J-QAF di Kuantan), senior yang pulang ke Malaysia pada tahun 2002. Dan bila dia memperkenalkan diri, barulah saya ingat hanya beliau yang kerap memanggil saya haji fossil suatu ketika dahulu. Yang lain-lain biasanya memanggil Abu Hajar sahaja. Ada juga yang memanggil saya Gmen Batu..

Disebabkan minat mendalam saya terhadap sejarah. Sejak tahun pertama di Jordan saya sudah mula menjejaki kota-kota bersejarah dan tapak-tapak arkeologi untuk lawatan, mengkaji sebagai maklumat tambahan untuk saya. Bila sudah tiba di sesuatu tempat tersebut saya akan mula ke library university Mu'tah untuk mencari maklumat lokasi yang telah dikunjungi untuk thaqafah saya. Dan saya kerap membawa pulang artifak dari tembikar2 dan batu2 ke rumah. Tak sangka dengan minat saya sebegitu akhirnya pelbagai gelaran yang saya terima ketika itu. Walaupun kekadang diri terasa dengan panggilan-panggilan tersebut tetapi saya positifkan semuanya supaya perkara yang saya minati tidak menjadi pudar dan terus hilang dalam diri.

Kenapa saya dipanggil hj fosil?
Semua ini bermula apabila saya bersama Ust Imran mengembara ke satu kawasan bernama Umm Al-Ayasein. Sebuah pergunungan berbatu berhampiran kampung Taybah terletak di selatan Karak. Di Umm Al-Ayasein terdapat sebuah 'ain (mata air) yang masih mengeluarkan air yang amat segar. Saya dan Ust Imran mengembara di pergunungan tersebut sehingga ke jalan terakhir yang membolehkan penglihatan kami melihat terus ke kawasan Jazirah Lisan iaitu kawasan paling selatan Laut Mati.

Dari situ kami turut dapat melihat sebuah bukit yang telah diratakan dipercayai penempatan yahudi ratusan tahun yang lalu. Turut kelihatan sebuah bukit membentuk kesan gunung berapa mati.

Apa yang 'ajaib'nya di atas bukit tersebut ialah terdapatnya fosil-fosil kerang, moluska berselerakkan di sepanjang jalan yang kami lalui. Fosil-fosil dari moluska gergasi, kulit kerang, kulit lokan memenuhi jalan tanah gunung tersebut.

Pelbagai persoalan yang timbul di minda saya pada ketika itu. Bagaimana fosil-fosil tersebut boleh berada di bukit yang tinggi? Adakah semua kawasan di sini laut suatu ketika dahulu? Berapa tahunkah usia fosil-fosil tersebut? Sudah pasti usianya berjuta-juta tahun, detik hati saya pada ketika itu.

Akhirnya, saya telah mengutip dan membawa pulang beberapa contoh fosil dari bukit tersebut. Dengan niat untuk mencari jawapan kepada semua persoalan saya. (Boleh saya dikisahkan dalam entry-entry akan datang)

Senior-senior ketika itu pelik melihat saya membawa pulang batuan fosil, banyak juga yang mengata, mengutuk. Tambah-tambah ketika itu ust Imran dah balik ke Malaysia, tinggal saya seorang yang dianggap manusia pelik oleh senior rakan-rakan kerana menyimpan batu-batu fosil tersebut.

Akhirnya, Ust Razak yang memang terkenal sebagai seorang yang ceria dan suka buat lawak memberikan gelaran Haji Fosil kepada saya :) Ketika itu saya baru pulang menunaikan haji di Mekah. Apabila dia pulang ke Malaysia, panggilan tersebut sudah lama tidak saya dengar sehinggalah dia SMS baru-baru ini yang cukup mengingatkan kenangan saya ketika dahulu bersama beliau.

Antara koleksi fossil Amonite (istilah untuk moluska gergasi).

Setelah banyak mengkaji, membaca akhirnya perkara yang saya lakukan tidaklah sia-sia. Banyak ilmu yang saya dapat mengenai perkara ini. Golongan pengkaji fosil (yang dikenali sebagai Paleontologist) di barat telah lama membuat kajian mereka terhadap ilmu fosil ini. Mungkin umat Islam agak ketinggalan dengan bidang ilmu ini dan ramai yang tidak mahu mengambil tahu.

Banyak persoalan boleh kita kaji dan berfikir yang boleh digabungjalinkan dengan ilmu-ilmu sejarah Islam. Antaranya usia fosil dengan kedatangan Nabi Adam ke bumi. Adakah seluruh dunia ini adalah lautan suatu ketika dahulu setelah mana fosil-fosil boleh ditemui di pergunungan tinggi?, Bagaimana proses fosil ini boleh berlaku dan adakah proses ini singkat atau memakan masa jutaan tahun?. Berapakah usia dunia sebenarnya? dan lain-lain lagi

Semuanya kejadian yang telah Allah jadikan sudah pasti untuk membuatkan manusia berfikir, mengkaji dan akhirnya menjadi satu hasilan ilmu dan pengetahuan.

"Katakankah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami Tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan"- Al-Kahfi 109

Sunday, August 26, 2007

Ada Otak Letak Di Lutut..


Mungkin perkataan bodoh dan tak ada otak memang sesuai dipadankan dengan golongan yang bakal aku kisahkan di dalam entry kali ini.
Ya. Bodoh. Tak ada otak.

Aku tidak benci kepada mereka yang merokok. Itu adalah hak mereka. Biarpun dijalankan kempen tak nak merokok (Berjuta-juta duit dihabiskan). Mereka yang degil dan ego pasti akan tetap merokok.

Jika dibentangkan soal hukum merokok. Pasti mereka yang tetap ingin merokok akan mengatakan ia soal khilaf. Ada ulamak tidak mengatakan rokok haram. Jadi faedahnya hanya ilmu kepada orang yang tidak merokok apabila membacanya. Bagi mereka yang merokok dan tegar untuk berhenti. Sudah pasti akan terus merokok.

Ada juga mereka yang ingin berhenti. Tetapi tidak mampu. Ini aku tak pasti keadaan mereka sedang bertarung untuk memenuhi misi tersebut.

Kebiasaanya, mereka yang memang merokok akan terus merokok walau apapun desakan diberi.

Aku tak peduli dengan golongan perokok yang biasa. Hak mereka nak merokok dan hak mereka nak hidup susah kemudiannya akibat merokok. (cuma aku sarankan berhentilah merokok)

Apa yang 'menghangatkan' hati aku untuk dikongsi bersama dalam entry kali ini ialah perokok 'bahlol' yang terdapat di bumi Jordan ini. Golongan ini sukar didapati di negara-negara lain. Bahkan di negara-negara arab lain. Golongan ini mungkin wujud di Jordan sahaja. Negara yang sungguh 'bertamadun' ini.

Urdun Awwallan kata mereka.

Golongan perokok merokok di dalam pengangkutan awam & tempat awam

Inilah golongan perokok bahlol yang aku maksudkan. Hidup menyusahkan orang. Beginilah keadaanya di bumi Jordan. Mana-mana perokok di Jordan (dari kalangan arab) kebanyakkan mereka pasti akan merokok di dalam pengangkutan awam. Sekiranya perjalanan dari Amman ke Karak mengambil masa 1 jam 30 minit. Perokok akan menghisap rokok di dalam perjalanan tanpa mempedulikan keselesaan penumpang lain.

+ Sudahlah bas yang dinaiki adalah bas berhawa dingin. Tidak ada tingkap untuk asap keluar.

+ Jika menaiki coaster. Boleh penumpang yang tidak merokok apabila membuka tingkap untuk mengambil angin nyaman akan ditegur oleh si perokok supaya tutup tingkap.

+ Apabila musim sejuk, tingkap coaster sudah pasti tidak akan dibuka kerana angin sejuk. Dan asap akan memenuhi ruang dalam coaster. Sekiranya pada sesuatu perjalanan tersebut semuanya lelaki. Sudah pasti setengah dari mereka akan menghisap rokok.

+ Hendak minta pemandu bas/coaster menegur penumpang yang merokok. Dia juga merokok. Bahkan dia yang akan mula merokok dan terus merokok di dalam bas/coaster sepanjang perjalanan.

+ Ada juga pemandu yang melarang penumpang merokok (1 dalam Sejuta). Dan pemandu ini apabila menegur supaya penumpang tidak merokok akan diperli semula oleh penumpang.

Begitulah beberapa keadaan di dalam pengangkutan awam yang boleh aku gambarkan kepada semua. Golongan perokok sebegini di Jordan memang bahlol dan keras kepala. Sekiranya kita menegur dia akan kembali memarahi kita atau mempelecehkan kita. Cukup pelik.

Sudahlah mereka hisap untuk merosakkan jantung mereka. Ditambah lagi memberi mudarat kepada orang yang tidak merokok. Sudahlah kajian yang dibuat membuktikan bahawa mereka yang menyedut asap rokok turut mendapat kesan buruk bahkan lebih buruk dari si perokok.

Beberapa kenangan berhadapan dengan golongan ini.

Pernah satu ketika aku dan Zaid pulang ke Mu'tah dari Amman. Kami menaiki bas Amman-Jami'ah Mu'tah. Bas dipenuhi oleh pelajar arab yang ingin kembali ke kampus universiti setelah cuti hujung minggu berakhir. Hadapan, kiri, kanan, belakang semuanya merokok. Sudahlah bas yang kami naiki adalah bas berhawa dingin.

Cukup lemas keadaan ketika itu. Lemas dengan makanan jin. Asap. Nak kata jin berada di dalam bas... Tidak. Semua manusia.

Kemudian aku menegur 2 orang lelaki arab di hadapan kerusi kami supaya berhenti merokok. Dan jawapannya adalah 'Kau nak merokok sekali kah?' sambil tertawa memerli.

Aku yang ketika itu sudah panas hati secara geram keluar dari mulut

"Enta mafi Mukh" (kamu tak ada otak).

Itulah ayat yang terbaik apabila teguran baik digunakan namun tak berkesan.

Terus pemuda arab tadi pandang ke belakang dengan muka yang agak marah.
(perkataan mengata arab tak ada otak sangat-sangat memberikan kemarahan kepada mereka)

"Ana mafi Mukh? wa Enta"? (aku tak ada otak. Dan kamu?)

Pemuda tadi agak berang dan berlakulah sedikit pertengkaran yang sememangnya berakhir dengan sia-sia. Buang masa. Kemudian mereka berdua terus menyalakan sebatang rokok yang baru dan ketawa mengejek.

Satu kisah lagi aku bergaduh dengan arab di Cyber Cafe. Ketika itu aku duduk di sebelah seorang pemuda arab yang merokok. Dari mulanya aku sudah geram kerana asap memenuhi ruang Cyber Cafe. Bukan dia seorang, tetapi 2-3 orang arab lain yang menghisap. Ada pula seorang budak melayu yang merokok ketika itu. Tetiba lelaki sebelah aku memaling kepalanya ke arah aku dan menghembus asap rokok ke arah aku.

Aku yang sememangnya 'mendidih' tidak puas hati terus bangun dan menyepak kuat meja komputer lelaki tersebut sehinggakan mouse dan keyboard tercampak ke bawah. Aku terus mengeluarkan satu perkataan maki yang tak perlu aku tulis disini. Dan selepas aku mengeluarkan kata-kata tersebut dia berang dan menolak aku.

Sabar aku telah hilang ketika itu. Aku membalas tolakan dia dan kemudian kami dileraikan oleh tuan punya Cyber Cafe. Eloklah kami dileraikan. Bahaya kalau terus bergaduh. Sudahlah aku pendatang. Jika lelaki tersebut membawa kabilahnya, sudah tentu 'lunyai' aku dikerjakan.

Semuanya bermula dari rokok yang memang pembawa masalah kepada banyak perkara.

Dah lama duduk di Jordan marah aku kepada mereka ini mustahil akan pudar. Sudahlah golongan perokok ini membazir (perangai syaitan), kemudian payah nak terima pandangan orang dan pertahan diri yang sememangnya salah (perangai syaitan), kemudian cari pasal nak bergaduh pulak bila ditegur (perangai syaitan)

Macam syaitan.

Bukan tak ada larangan yang melarang perokok supaya tidak merokok. Di dalam bas, di tempat awam. Semuanya tertulis. Tetapi otak-otak mereka ini tidak tertulis sesuatu yang boleh membuatkan mereka berfikir dengan baik.

Yang lucunya, di QAIA disediakan satu ruang smoking zone. Tetapi ruang tersebut terbuka bersebelahan dengan tempat duduk awam. Bukannya bilik khas sepertimana yang disediakan dikebanyakkan negara yang 'reti berfikir'.

Bila aku kenangkan semula..nak ketawa memang rasa nak terus ketawa. Semuanya boleh jadi di negara Jordan ni.

Kepada perokok yang terasa dengan entry ini, aku tidak perlu meminta maaf kerana apa yang aku kisahkan semuanya benar dari pengalaman hidup aku.. aku menulis supaya semua dapat tahu dan tahu berfikir..

Thursday, August 23, 2007

Jejak Makam Nabi Sulaiman a.s

Makam Nabi Sulaiman a.s di Sirfa, Karak. Lokasi ini dikatakan tempat Nabi Sulaiman
bermukim dan beberapa tempoh masa.


Selepas melalui tanah Shihan, van mula bergerak menuju ke perkampungan Bani Hamaidah iaitu Faqu'a, Imra', Shahtur dan terus ke Sirfa.

Petang itu aku bersama 7 sahabat yang lain mengembara ke tanah Sirfa yang meninggalkan catatan sejarah tempat permukiman Nabi Sulaiman a.s.

Sirfa yang jauh dari kekusutan bandar amat menenangkan hatiku.

Anak-anak kecil berlari riang di hadapan rumah yang daif.
Cuaca yang panas dibantu oleh angin yang nyaman memberi kelegaan kepadaku.

Dataran Jabal Shihan yang luas menempatkan beberapa daerah kecil dan Sirfa berada di dalam daerah Abdullah Rawahah. Pemandu kami, Eidd Khiryeh turut berasa gembira pada petang hari tersebut kerana ia merupakan pengalaman pertama beliau menjejaki daerah tersebut.

Aku sudah kali ke 5 menjejaki Sirfa untuk ke makam Nabi Sulaiman. Kali pertama ketika bersama sahabat arab Yusuf Qatatnah, kedua ketika program Jelajah Tawan Jordan 2004, ketiga semasa program Jejak Makam Sulaiman anjuran KEMBARA 2005 dan kali terakhir aku tiba disitu sebelum petang hari tersebut ialah ketika program Jejak Rasul pada Jun 2006.

Setelah mengambil simpang kecil dari kampung Sirfa, van yang dipandu oleh Eid terus membawa kami ke kawasan berbukit untuk menuruni curam ke makam Nabi Sulaiman a.s.

Jalan curam menuruni bukit untuk ke tapak makam. Kelihatan dataran lembah dan
laut mati yang berdekatan dengan kawasan makam.


Kali ini perjalanan menjadi lebih mudah. Pada pengembaraan yang lalu, semua terpaksa berjalan kaki menuruni curam untuk ke makam dan kemudian mendaki bukit yang agak tinggi untuk kembali ke jalan bertar. Tetapi pengembaraan kali ini menjadi mudah apabila kerajaan Jordan telah menghadiahkan jalan tar di kawasan tersebut dan van boleh terus melalui jalan tersebut hingga ke kawasan makam.

Kami selamat tiba di kawasan makam nabi sulaiman dalam keadaan kesan binaan lama di situ sedang dijalankan kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan.

Bersebelahan dengannya terdapat khemah dari kain guni kepunyaan para pekerja projek tersebut.

Sejarah melalui sumber lisan zaman berzaman menyatakan kawasan tersebut dikatakan tempat Nabi Sulaiman a.s menetap untuk beberapa ketika. Di situ terdapat sebuah pokok berusia ribuan tahun (pokok itu telah mati) dan sebuah binaan lama yang dipercayai dibina oleh Nabi Sulaiman a.s.

Penguasaan kerajaan Nabi Sulaiman a.s berpusat di Baitulmuqadis. Jarak dari Baitulmuqadis dengan Sirfa hanya 82 km. Dan jarak Wadi Nimil di Asqolan yang turut menjadi kawasan utama pemerintahan Nabi Sulaiman a.s terletak kurang 100km dari Sirfa. Dan Sirfa berada di bukit-bukit lembah berjiran dengan Laut Mati yang dimiliki oleh Jordan dan Palestin ketika ini.

Makam yang dimaksudkan ialah tempat berhenti bukannya makam seperti maksud bahasa melayu iaitu kubur yang mempunyai jasad. Makam berasal dari perkataan arab Qoma bermaksud berdiri dan Maqom bermaksud tempat berdiri/tempat berada.

Gambar kenangan bersama Habiss Abu Rumman. Dia menjemput untuk bermalam di khemahnya
sebelum 1 Ramadhan. Nombor telefon sudah di ambil. Jika ada kesempatan masa ingin bermalam
di khemahnya bersebelahan makam nabi sulaiman a.s


Di makam tersebut aku berkenalan dengan Habiss Abu Rumman (berasal dari As-Salt), orang yang bertanggungjawab menguruskan projek pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tersebut.

Menurutnya, beliau bertugas di bawah Lajnah (Biro atau pertubuhan) yang dinamakan Lajnah Hashimiah yang dinaungi oleh kerajaan Jordan. Lajnah ini bertanggungjawab mengurus, memelihara, memulihara seluruh kawasan-kawasan sejarah Islam di Jordan. Ia termasuk makam-makam para anbiya', para sahabat dan lokasi sejarah Islam yang lain seperti kawasan peperangan dan sebagainya. Lajnah Hashimiah membelanjakan wang yang sebegitu banyak untuk projek-projek ini.

Aku memuji sikap kerajaan Jordan atas kesedaran mereka membangunkan tempat-tempat sejarah sebegini. Berbeza dengan di Mesir, Syria dan lain-lain yang tidak mengambil peduli untuk menjaga dan memelihara tempat-tempat sejarah sedemikian.

Walaupun berkemungkinan ia adalah pendapat sejarah yang lemah mengatakan di situ salah satu tempat Nabi Sulaiman a.s pernah menetap, namun ia tetap menjadi sumber sejarah lisan zaman berzaman.

Yang pasti, bumi Jordan, Mesir, Iraq, Syria, Lebanon, Turkey, Saudi Arabia, Yemen merupakan bumi para anbiya'. Di sinilah para anbiya lahir, menetap dan wafat. Dan di bumi ini mereka menyampaikan dakwah mereka kepada umat manusia.

Tidak mustahil setiap inci tanah pernah mereka tiba di bumi barakah ini.

Wallahu'alam.

Aku bersama rakan-rakan lain yang turut serta menjejaki lokasi sejarah Nabi Sulaiman a.s dari kiri : Taufik (Penang), Yusof (Selangor- Student Perubatan Odesa University, Ukraine), Afifuddin (Kedah), Termizi (Penang), Ifwat (Terengganu), Mutazam (Perak-Member sejak Secondry School) dan aku
Tiada dalam gambar : Mazlan (Perak)

Wednesday, August 22, 2007

Hammam Rifa'i, Damascus


Minggu lepas sekali lagi aku berpeluang ke Damascus apabila mengiring Delegasi Kerajaan Negeri Kedah untuk lawatan kerja mereka.

Kebiasaanya apabila tiba di Damascus aku pasti tidak melepaskan peluang untuk ke Hammam Rifai yang terletak di Midan Jazmatiah, sebuah baladiah kecil di dalam Damascus. Berpuluh-puluh Hammam terdapat di bandar Damascus, hanya Hammam Rifai yang menjadi pilihanku.

Midan Jazmatiah menempatkan dua buah hammam lama iaitu hammam Fathi dan Hammam Rifai. Hammam Fathi dibina oleh Fathi al-Daftari pada tahun 1743 namun ianya sudah tidak berfungsi. Hammam Rifai pula di bina sejak kurun ke 15 dan dibaiki ketika era Perancis menduduki Syria pada tahun 1925. Hammam Rifai dibina dengan senibina Damsyiq masih difungsi sehingga ke hari ini.

Selain di Midan Jazmatiah, terdapat Hammam lama di seluruh pelusuk bandar lama Damascus. Antaranya Hammam Al-Moqadam di Salhiyah, Hammam Nuruddin, Hammam al-Qishani, Hammam as-Sultan di Old City Damascus. Hammam Nuruddin merupakan Hammam tertua di Damacus iaitu dibina sekitar zaman Nuruddin Al-Zinki antara tahun 1154-1172.

Hammam boleh diertikan sebagai 'rumah mandi' atau mudah difahami untuk entry ini ialah rumah mandi awam. Sistem ini wujud sejak zaman kerajaan Greek dan Rum dan diteruskan ketika era kerajaan Islam.

Sebagaimana Islam menekankan kebersihan, hammam ini dibina untuk tujuan tersebut. Ia menekankan aspek kebersihan dan kesihatan. Kebersihan badan setelah mandi dan kesihatan iaitu melancarkan perjalanan darah di dalam tubuh badan setelah berada di dalam bilik wap panas.

Kebiasaannya, hammam-hammam lama yang dibina terdapat 3 bilik utama di sediakan iaitu bilik sejuk (Frigidarium), bilik panas (tepidarium) dan bilik hangat (caldarium).

Tetamu yang hadir akan memasuki bilik pertama iaitu bilik sejuk kemudian dituruti dengan bilik panas dan akhir sekali ke bilik hangat di mana tetamu akan disabun dan diurut. Dibahagian tertentu sekitar hammam pula disediakan tempat persalinan pakaian dan kawasan berehat.

Di zaman moden ini, hammam lama terus berfungsi dengan baik memberikan perkhidmatan kepada pelanggan/tetamu. Seperti contoh Hammam Rifai di Midan Jazmatiah meneruskan kesinambungan fungsinya sehingga ke hari ini.

Apabila pelanggan tiba, mereka akan diberikan salinan kain dan sabun di ruang persalinan. Kemudian pelanggan di bawa ke bilik wap panas. Setelah beberapa ketika pelanggan akan ditanya sama ada ingin menggosok tubuh badan dan mengurut. Ia merupakan pilihan kepada pelanggan. Sekiranya ingin mengambil perkhidmatan menggosok tubuh badan dan mengurut bayarannya akan bertambah. Jika tidak, pelanggan boleh terus berada di bilik wap dan mandi di ruang khas diluar bilik wap.

Setelah selesai mandi pelanggan akan terus ke bilik sejuk dan disitu pekerja akan memberikan salinan baru berupa kain, selendang badan dan tuala di kepala. Kemudiannya mereka akan dibawa ke ruang rehat dan diberi persalinan baru pula iaitu kain, selendang dan tuala kecil di kepala. Akhirnya pelanggan boleh beristirehat di ruang yang disediakan sambil minum teh panas jika di order.

Hammam Rifai turut mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pelanggan. Jika mandi sahaja bayaran dikenakan SYP 145, Mandi dan gosok SYP 180, Mandi, gosok dan urut SYP 230. Dan jika memesan teh panas bayaran tambahan sebanyak SYP 10. Untuk setiap sabun yang diminta dikenakan bayaran SYP 10 juga. (USD 1 bersamaan SYP 50)

Hammam Rifai ini dibuka untuk kaum lelaki sahaja dan semua 'petugas' di dalam nya adalah dari kaum yang sama.

Kepada yang menjejaki bumi Damascus jangan lupa ke hammam untuk mengutip pengalaman menarik ini.

Tuesday, August 21, 2007

Kesan Sejarah Islam di Kota Shawbak

Kota Shawbak

Shawbak terletak di dalam muhafazah Ma'an iaitu sebuah kawasan selatan negara Jordan.

Di pekan kecil yang subur ini terdapat sebuah kota pertahanan lama yang dikenali sebagai Qal'ah Shawbak (Kota Shawbak). Ia merupakan kota-kota pertahanan terbesar yang masih kekal di negara Jordan. Senibina kota ini menyamai senibina Kota Karak yang terdapat di muhafazah Karak.

Kota ini dipercayai dibina ketika zaman salib iaitu pada tahun 1110 oleh Baldwin I. Bukit ini dikenali ketika zaman Salibi dengan nama Jabal Releas (Montreal). Kota ini pernah diduduki oleh 6000 kristian pada suatu ketika.

Kota ini pada asalnya dibina bertujuan untuk menguasai wilayah selatan. Raja Baldwin I mendapat maklumat dari Raja Quds Kristian bahawa laluan di sepanjang jalan Shawbak merupakan laluan strategik yang dikenali sebagai Tariq Muluki (King's Highway) yang terkenal sebagai laluan perdagangan yang menghubungkan Mesir dan Sungai Furat di Syria.

Pada tahun 1189, tentera Sallehuddin Al-Ayubi bergerak dari Mesir dan tiba di Shawbak lalu mengepung kota ini. Pada ketika itu kota ini amat terkenal sebagai kubu tentera salib yang kuat dan mantap. Tentera Sallehuddin mengepung kota ini untuk meninjau sejauh mana tahap kehebatan kota ini. Setelah itu Sallehuddin telah berjaya menawan kota ini setelah mengepung dalam tempoh yang lama dan menyebabkan bekalan makanan dan air terputus sehingga menyebabkan mereka terpaksa menyerah kalah kepada tentera Islam.


Selepas zaman Sallehuddin Al-Ayubi berakhir. Kota ini terus dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Islam. Kerajaan Mamluke telah berperanan membangunkan kota ini. Antara perubahan-perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan Islam setelah menguasai kota ini ialah:

1. Mengubah ruang mahkamah ketika zaman Salib kepada kelas pengajian Al-Quran untuk anak-anak Islam.

2. Mengukir ayat-ayat suci Al-Quran di dinding-dinding kota.

3. Bilik-bilik, lorong rahsia dari puncak kota ke kaki bukit terus dipelihara dan digunakan oleh kerajaan Islam disebabkan perkara yang mempunyai banyak manfaat dan ianya tidak perlu dirobohkan.

Begitulah kehebatan tentera-tentera Islam terdahulu.

Kekuatan tersebut akan kembali dimiliki oleh umat Islam suatu ketika nanti. Bila?

Sekiranya pada ketika dahulu dicatatkan bahawa kawasan kem tentera-tentera Islam pada awal subuhnya sudah bercahaya dan mereka bangun untuk Qiamullail dan solat subuh. Kekuatan mental dan fizikal yang amat hebat. Hubungan yang baik dengan Allah. Bantuan yang terus Allah beri untuk mereka.

Begitukah keadaannya pada ketika ini?

Monday, August 20, 2007

Penantian..


salam bertaut pemanis bicara
...

kuntuman senyuman jambangan keikhlasan...
mencanai bahasa menggulung ketetapan...
mengikat janji dua hati...
menyemai rindu yang berpuisi...

asmara cinta di pautan rindu...
setenang tasik sedingin salju...
walau bara membakar kemesraan...
walau jiwa diundang kekalutan...
walau nafsu menggoncang kejujuran...
namun kasih teguh bersatu...
melontar cemburu...
membunuh ego...
menjunjung setia...

Di Khemah Badwi


Lazat. Sungguh lazat.

Selamat semua tetamu sudah bangun dari talam masing-masing. Kalau tidak mungkin aku terus sambung makan mansaf yang sangat enak ketika itu.

Tengahari itu kami di jamu
mansaf baladi di khemah badwi berhampiran perkampungan Sul

Semuanya bermula apabila makcik Ina amat-amat berharap dapat melihat kehidupan badwi secara lebih dekat dengan menziarahi khemah mereka. Kami yang menyewa van Aid Khirsyeh untuk melawat Karak dan berkelah di Laut Mati telah memulakan perjalanan seawal jam 10.30 pagi. Misi untuk menjejaki khemah badwi akhirnya tercapai sejam selepas itu. Aku, makcik ina, Sofi, Izzat, Mimi, Zaid dan Ara serta Aid akhirnya 'menceroboh' di khemah badwi kabilah Huweitat.

Sesahihnya masyarakat arab sangat menghormati tetamu. Apabila kami tiba di khemah mereka, beberapa orang dari mereka sudah keluar dari khemah untuk menyambut kehadiran kami yang tidak dijemput.

Kebetulan terdapat kenduri majlis perkahwinan ketika kami tiba. Aid Khirsyeh terlebih dahulu memberitahu niat kehadiran kami untuk menziarahi mereka dan melihat dengan lebih dekat cara hidup mereka.

Mereka mengalu-alukan kedatangan kami, dan menjemput masuk ke khemah mereka. Lelaki ke khemah lelaki dan perempuan di bawa ke khemah perempuan.

Tetamu sudah ramai ketikamana kami masuk ke khemah utama lelaki. Semua tetamu sedang menanti makan tengahari yang disediakan oleh keluarga pengantin. Semua menyambut kehadiran kami dengan baik.

Seketika selepas kami duduk dan berbual dengan para tetamu, hidangan kenduri pun di bawa masuk ke khemah. Menu tengahari itu sangatlah lazat iaitu
Mansaf.

Mansaf merupakan makanan yang amat terkenal di Karak khasnya dan Jordan amnya. Makanan ini hanya boleh didapati di negara Jordan tidak di negara arab yang lain. Mansaf merupakan resepi daging kambing yang dimasak bersama dengan 'aqit iaitu susu kambing beku dan ditambah sedikit kunyit dan di makan bersama nasi. Rasa kambing yang 'real' sangatlah menaikkan selera bagi sesiapa yang mengemar kambing. (Tak begitu makcik ina?)

Selepas makan, sepertimana kebiasaan adat arab, mereka akan memberi tetamu kopi sadah iaitu kopi tanpa gula dan kemudian dijamu dengan teh yang amat manis.

Kami berbual dengan tetamu yang hadir dan melalui maklumat yang aku dapat, mereka merupakan masyarakat badwi dari kabilah Huweitat. Kabilah Huweitat mempunyai populasi yang agak besar dan bertaburan di merata tempat. Kabilah mereka turut berada di sahara Sinai (Mesir) dan di Tabuk (Saudi Arabia). Di Jordan kabilah mereka boleh dijumpai di Juruf, Ma'an dan Qatranah serta turut terdapat di Karak dan Tofilah. Mereka berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat mengikut musim cuaca.

Begitulah keadaan badwi sejak dahulu lagi dikenali dengan masyarakat yang suka berpindah randah. Mereka masih mengamalkan tradisi nenek moyang mereka.

Namun, sudah ada badwi yang telah berfikiran terbuka. Seperti orang asli di Malaysia yang kini sudah membina rumah batu di tengah hutan.

Badwi yang masih mengekalkan cara hidup lama membina khemah dari kain guni,membina kandang untuk kambing peliharaan mereka, mengangkut air dari luar untuk kegunaan seharian dan memasak menggunakan kayu pokok.

Dulu aku pernah menjejaki khemah badwi di Balu'a, khemah badwi di Lajjun, khemah badwi di Hazman, khemah badwi di Ruwaisyid, khemah badwi di Al-Hisa Namun pengalaman baru-baru ini bersama makcik Ina dan keluarga lebih menarik.

Sebab dapat makan mansaf yang lazat.

Tetamu yang hadir sedang menikmati mansaf

Memang sedap. Tambah2 ada bulu kambing masih melekat kat kepala kambing :)

Kopi sadah. Katanya baik untuk buang angin di dalam badan

Monday, August 13, 2007

Kargo Barang ke Malaysia

Zaid (Kiri Sekali) Pengurus Zulfa Kargo bersama 3 orang arab Mesir yang bekerja dengannya

Petang semalam aku 'bersantai' di stor kotak-kotak pelajar yang bakal dikargokan ke Malaysia minggu hadapan.

Zulfa Kargo. Pelajar di Jordan pastinya tahu tentang syarikat yang menawarkan perkhidmatan penghantaran barang-barang ke Malaysia ini. Sudah lama Zulfa Kargo bertapak di bumi Jordan. Sejak tahun 1990-an lagi.

Zulfa Kargo merupakan syarikat penghantaran barang yang diuruskan oleh beberapa pelajar Malaysia yang menuntut di Universiti Mu'tah. Taukeynya silih berganti dari tahun ke tahun setelah dia (taukey) menamatkan pengajian di universiti.

Tahun ini sekali lagi, Zulfa Kargo dengan cemerlangnya telah berjaya menarik minat pelajar-pelajar di Jordan untuk berurusan dengan mereka. Ini disebabkan bayaran yang jauh lebih murah berbanding syarikat-syarikat kargo yang ditawarkan oleh arab tempatan.

Satu kotak bersize 70cm x 41cm x 25cm hanya dikenakan bayaran USD 22. Tidak mengira berat mana sekalipun sebuah kotak tersebut.

Menurut taukey Zulfa Kargo 2007 iaitu Sedara Mutazam dan Zaid Mazlan, jumlah kotak yang bakal dihantar ke Malaysia pada tahun ini hampir 600 kotak. Pelanggan-pelanggan mereka terdiri dari semua pelajar Malaysia dari seluruh universiti di Jordan (Mu'tah, Al-albayt, JUST, Yarmouk, Urduniah, Balqa') dan termasuk juga pegawai kerajaan yang bertugas di Amman, Jordan dan rakyat Malaysia yang bermastautin di Jordan.

Kontena dari syarikat di Amman akan mengambil kotak-kotak tersebut pada hari Rabu (15 Ogos 07) dan akan terus ke perlabuhan Aqaba untuk di bawa ke Malaysia (Port Klang). Di Malaysia, wakil-wakil Zulfa Kargo akan menguruskan urusan penghantaran terus kotak-kotak tersebut di hadapan pintu rumah pelajar. Melalui maklumat dari Sedara Mutazam, bekas taukey Zulfa tahun lalu iaitu Sedara Maizul akan menguruskan urusan penghantaran kotak ke rumah-rumah pelajar di Malaysia.

Tahun ini saya turut berurusan dengan Zulfa Kargo dan menghantar sebanyak 23 buah kotak ke Malaysia.

Semoga kotak-kotak tersebut selamat sampai ke tanahair yang dijangkakan sebulan akan datang.

Antara kotak-kotak yang telah siap diikat dan ditulis nombor kod pelanggan

Petugas-petugas Zulfa Kargo sibuk menyiapkan kotak-kotak pelanggan

Sunday, August 12, 2007

Ashabul Kahfi : Satu Pandangan


Semalam saya membaca satu artikel dari berita harian online yang bertajuk Misteri: Lokasi Gua Ashabul Kahfi Jadi Teka-Teki. Setelah membaca artikel tersebut saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu di dalam blog ini. Satu perkara yang pernah saya kaji sejak beberapa tahun yang lalu.

(Pembaca boleh membaca artikel ini terlebih dahulu)
Artikel dari Berita Harian Online mengenai Ashabul Kahfi http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Sunday/Perspektif/20070805105449/Article/

Di dalam artikel tersebut, penulisnya: Nasron Sira Rahim, menyampaikan pengisian tentang kisah Ashabul Kahfi yang diceritakan di dalam Al-Quran dan misteri di mana lokasi kejadian itu telah berlaku.

Sememangnya topik ini amat menarik dikupas dan diperbincangkan.

Sejak tahun 2000, saya telah cuba untuk mencari sumber bacaan mengenai kisah Ashabul Kahfi. Ternyata banyak pandangan mengenai tempat di mana berlakunya peristiwa tersebut.

Antara pandangan di mana berlakunya peristiwa tersebut ialah 4 di Turki (Ephesus, Tarsus, Kahramanmaras, Mardin), 1 di Syria (Jabal Qassiyun) dan 1 di Jordan (Abu Alanda). Ada juga pendapat yang lemah mengatakan ia berlaku di Saudi Arabia dan Sepanyol.

Setelah membaca, mengkaji dengan melakukan tinjauan ke beberapa lokasi Ashabul Kahfi saya lebih berkeyakinan yang peristiwa itu berlaku di Abu Alanda, Jordan. Bukti-bukti itu saya temui hasil bacaan saya dari beberapa buah buku, dan tinjauan ke lokasi tersebut.

Berikut adalah artikel ringkas yang telah saya siapkan berkenaan pandangan saya mengenai kisah Ashabul Kahfi dan beberapa bukti yang ia berlaku di Abu Alanda, Jordan.

Kisah Ashabul Kahfi Dan Beberapa Bukti Peristiwa Berlaku di Jordan
Penulis : Muhamad Hazimin bin Sulaiman

Lokasi Gua Ashabul Kahfi terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Kahf Ahlil Kahf merupakan lokasi sejarah yang membuktikan kebenaran kisah di dalam Al-Quran iaitu di dalam Surah Kahfi mulai ayat 9 hingga 26. Ayat di dalam Surah tersebut menceritakan bagaimana 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah melarikan diri ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.

Kisah 7 pemuda ini bermula apabila mereka berhadapan dengan raja yang zalim dan mengakui bahawa mereka hanya beriman kepada Allah yang menguasai langit dan bumi. 7 orang pemuda tersebut melarikan diri dari raja yang zalim bersama seekor anjing mereka ke sebuah gua dan bersembunyi di situ lalu mereka ditidurkan oleh Allah selama 309 tahun Qamariah.

Apabila mereka bangun, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki gua. Ini disedari apabila wang yang mereka gunakan sudah tidak laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan).

Pemuda tersebut kembali ke gua dan pemuda-pemuda tersebut dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.

Ahli sejarah Islam dan barat telah banyak menjalankan kajian di manakah tempat berlakunya kisah 7 pemuda tersebut ditidurkan oleh Allah dalam tempoh masa yang lama. Para pengkaji Islam menjadikan Al-Quran sebagai sumber rujukan manakalan penganut kristian mempercayai kisah ini berlaku dan menjalankan kajian mereka dari kitab bible. Pelbagai hasil kajian, pandangan telah diberikan dalam menyatakan bilakah kisah ini berlaku? Di manakah ia berlaku? Persoalan-persoalan ini telah cuba dikupas sejak zaman berzaman dan turut dibincangkan oleh 'Alim Ulama terdahulu dan dibentangkan di dalam kitab-kitab tulisan mereka.

Bilakah ia berlaku?
Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman maharaja Rum Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai Amman dan memerintah sekitar tahun 249-251 Masihi. Daqyanus terkenal sebagai maharaja yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut-pengikutnya. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yang memerintah antara tahun 408 sehingga 521 Masihi.

Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini telah berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah membuktikan bahawa diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dengan perkara tersebut. Siapa yang beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi. Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur ketika zaman Theodicius yang memerintah antara tahun 408-450 masihi.

Di manakah ia berlaku?
Terdapat pandangan yang mengatakan bahawa kisah ini berlaku di Turki, Jordan, Syria, Arab Saudi dan Sepanyol. Di Turki sahaja terdapat 4 lokasi dikatakan peristiwa itu berlaku (Ephesus, Tarsus, Kahramanmaras dan Mardin). Penulis telah berpeluang menziarahi 3 lokasi di mana terdapatnya Gua Ashabul Kahfi iaitu di Abu Alanda, Jordan. Ephesus, Turki dan Jabal Qassiyun, Syria.

Apa yang boleh penulis simpulkan hasil dari bacaan, pemerhatian di lokasi-lokasi tersebut dua lokasi di Ephesus dan Jabal Qassiyun tidak banyak membuktikan bahawa di situ berlakunya peristiwa tersebut. Bukti yang penulis maksudkan ialah dari ciri-ciri gua yang diterangkan di dalam ayat Al-Quran. Berbeza dengan gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan. Ciri-ciri seperti yang dikisahkan di dalam Al-Quran agak bertepatan. 3 ciri dari ayat Al-Quran yang menjadi perhatian penulis ialah :

Pertama : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17-

17. Dan Engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada Dalam satu lapangan gua itu...

Lokasi Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda, Jordan terdapat sebuah lubang dari atas gua yang memasuki cahaya ketika matahari terbit dan ketika terbenam matahari berada dari arah pintu gua.

Kedua : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 21

21. ... setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah Yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang Yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya Kami hendak membina sebuah Masjid di sisi gua mereka".

Di atas Gua Ashabul Kahfi di Abu Alanda terdapat rumah ibadat yang dibina ketika zaman tersebut. Rumah ibadat yang dimaksudkan adalah rumah ibadat penganut nasrani. Ketika zaman kerajaan Umawiah, rumah ibadat tersebut telah dijadikan masjid.


Ketiga : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17

17. ..sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu.

Bentuk gua yang terdapat di Abu Alanda adalah luas dan lapang serta tidak dalam.


Bukti dari kesan sejarah dan arkeologi

Beberapa bukti telah dikenalpasti dari kesan-kesan tinggalan sejarah dan arkeologi bahawa gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan merupakan gua di mana berlakunya peristiwa tersebut.

1. Terdapat tulisan pada lengkungan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan 'Masjid diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahawa ketika era kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab (petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut.

2. Tulisan khat Kufi turut ditemui yang mengisyaratkan bahawa masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibina berhadapan dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua ketika zaman Umawiah.

3. Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di dalam Mu'jam Wasit (m/s 962) memberi erti kubur orang nasrani yang diletakkan mayat di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang segi lapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahawa mereka yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu.

4. Penemuan barangan tembikar, duit tembaga dan perak, lampu dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu.

5. Al-Waqidi di dalam kitabnya Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain telah berhenti di Ain Ma' berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka berhenti di Ain Ma' tersebut berwuduk, solat dan tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke tanah Palestin. Ain Ma' terletak 70 meter dari gua ashabul kahfi.

6. Pokok zaitun berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua. Pokok tersebut telah mati dan kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini ditempatkan di dalam muzium mini di dalam gua.

7. Penemuan tulang di dalam Nawawis. Dikatakan bahawa tulang-tulang tersebut adalah kepunyaan pemuda-pemuda tersebut.

Dari beberapa penemuan dan bukti yang ada. Berkemungkinan peristiwa yang telah dinyatakan di dalam Surah Kahfi mengenai pemuda-pemuda yang ditidurkan selama 300 tahun Shamsiah telah berlaku di Abu Alanda, Jordan.

Wallahualam.


-----
Begitulah serba sedikit pembentangan yang dapat saya berikan untuk dikongsi bersama dengan pembaca. Namun ia hanya sebuah pandangan dari saya hasil dari bacaan yang sedikit dan tinjaun yang masih belum menyeluruh.

Saya telah tiba di Gua Ashabul Kahfi Ephesus Turki pada Mei 2002. Terdapat bukti lubang cahaya, kesan Nawawis namun ianya seperti 'samar'.

Jun 2003 saya berpeluang bersama krew Jejak Rasul di Syria. Banyak ilmu saya dapat apabila dapat berbual dan berbincang dengan Ust Wan Alias Abdullah. Saya bertanya tentang Gua Ashabul Kahfi. Beliau lebih meyakini bahawa di Tarsus adalah tempat peristiwa itu berlaku.

Feb 2006 saya membuat tinjaun di Ashabul Kahfi yang terletak di Jabal Qassiyun, Syria. Tidak banyak bukti ia berlaku di situ. Menurut penjaga disitu, lubang cahaya telah ditutup. Namun di atas gua tersebut ada sebuah masjid.

2000-2007 saya sering ke Ashabul Kahfi di Amman. Mungkin ada yang berkata disebabkan kekerapan saya ke gua tersebut, saya lebih mengatakan disitu berlakunya peristiwa tersebut. 'Tuduhan' itu salah. Saya lebih mengatakan bahawa di Abu Alanda berlakunya peristiwa tersebut ialah hasil dari bacaan dan tinjauan yang telah saya bentangkan di dalam artikel di atas. Jika ada pandangan yang lebih tepat sudah pasti saya akan menerimanya.

Mengkaji di mana peristiwa ini berlaku penting namun apa yang lebih penting adalah pengajaran yang dapat kita ambil dari kisah Ashabul Kahfi tersebut. Antaranya ialah kehebatan iman pemuda-pemuda tersebut yang mampu berhadapan dengan maharaja yang zalim demi keimanan mereka kepada Allah S.W.T.


Kesan Nawawis yang terdapat di dalam gua.

Kesan Tulang Ahlil Kahf? (Diragui)

Mini muzium yang terdapat di dalam gua. Terdapat kesan tembikar, rantai, lampau dan
kayu pokok zaitun berusia ratusan tahun


Saturday, August 11, 2007

Lagi Islam Dihina!

Kali pertama terpanggil untuk menulis sesuatu isu semasa Malaysia di dalam blog ini.


Selama ini aku hanya menulis kenangan pengembaraan aku di Timur Tengah dan itulah topik dan tujuan aku menulis blog ini.

Namun semalam ketika berehat-rehat selepas solat Jumaat aku membuka emel dan membaca artikel dari e-group Respeks. Artikel bertajuk Menghina Islam Melalui Lagu Negaraku.

Artikel berkenaan mengenai kebiadaban seorang pelajar cina berasal dari Muar bernama Wee Meng Chee yang kini sedang menuntut di Universiti Ming Chuan di Taiwan. Beliau mempunyai bakat di dalam bidang nyanyian. Agak popular dan banyak menghasilkan video klipnya sendiri.

Akhbar The Sun telah membongkarkan kebiadaban pelajar ini yang mencipta lagu negaraku dengan menghina Islam, Kerajaan Malaysia, Polis dan Kakitangan Awam. Lagu tersebut telah dicipta oleh beliau yang mengandungi unsur lucah dan penghinaan. Lagu yang dinyanyikan adalah di dalam bahasa Mandarin.

Setelah membaca artikel tersebut aku cuba mencari video klip nyanyian pelajar cina tersebut di dalam youtube.com Setelah mendengar lagu dan lirik tersebut ternyata memang kurang ajar pelajar tersebut menghina agama Islam. Jika dia menghina dan memerli kerajaan dan polis serta kakitangan awam, itu adalah hak mereka untuk mempertahankannya. Sedangkan sekarang Islam yang menjadi 'bahan mainan' pelajar kurang ajar tersebut. Di mana maruah kita sebagai umat Islam perlu dipertahankan? Senang dipermainkan dengan jalan sebegini rupa!


Di sini aku masukkan lirik lagu tersebut yang telah aku salin dari video klip pelajar cina tersebut dan ini adalah link video klip di youtube untuk pembaca sekalian mendengar terlebih dahulu lagu Negarakuku ciptaan pelajar biadab tersebut.

http://youtube.com/watch?v=gyiBvJtJ5Z4

Dan ini adalah Lirik lagu tersebut :

Negaraku..Negarakuku
Negaraku..Negarakuku
Negaraku..Negarakuku

I love my country, only when there is country, there is my home
Only when there is my home, there is me standing right here
Singing this Song for you loudly, don't you be afraid
Althought I Always have vulgar words in my Song
But my Songs are just like durians, with horns
Only If You dare to open it, to see the real truth inside
It Could be smell like shit, or Smell damn good
Just depends on what type of NARES you have!

Our police has another name called MATA
Because their eyes are very sharp
When new year is near they seem to be very hardworking
They will take out the pens, but they don't open ticket to you
Because they are too thirsty & they have to drink TEA
And also black coffee, want some more sugar?
If Added more sugar, they'd smile more happily to you
They'd even say TATA to you when you're about to leave

Negaraku
tanah tumpahnya darahku
rakyat hidup
bersatu dan maju

Negaraku Negarakuku
Negaraku Negarakuku

This kind of phenomenon, no need to be improved
There is No need to improve cooperation between police & Citizens
Relationship wouldn't change for one cup of coffee
I like it so much
At least I won't get fine ticket when I get home
If so, my father must be mad about me
I must be cursed, no car for me
Damn it, what can I do this time?
How can I look for FUN without a car?
How can I make out (sex) wothout a car?
How can I look for transexual without a car?

I like this country so much
In the early morning 5 o'clock
There is morning call to wake me up
Sometime a few sings together
Just like singing a love song
sometimes the voice get twisted just like R&B style
Althought sometimes they sing until out of key
Or Sometimes they even sing until throated
Some of their voice sound like cock, but they're earlier than a cock.
Only like this, we'd be a waken to go to school or work

Please don't blame the government only taking care of the bumiputras
Please don't blame the government for not being fair to us
Only this shows that our chinese are not afraid of working hard
Only this leads us to find our own way out
Don't be surprised by their judgement
Only this shows that we are outstanding
Only those kids that are not spollt knows what is independent
If not, you see some other people still need a babysitter

Rahmat bahagia
tuhan kurniakan
Raja Kita
Selamat bertakhta

Rahmat bahagia
Tuhan Kurniakan
Raja Kita
Selamat bertakhta

Those people inside the government department, they're even more brilliant
whatever things they're doing, they can do it slowly
even if those people who is queueing up going to yell at them
They still feel as free as they like
Sometime even bring out their own cakes
They eat their nyonya cake, you all continue to queue
Even if you really yell at them

It would still be ok, coz the security guard is sleeping beside and he won't care about you

They wrapped up their heads. crossing the road slowly
You have to let them cross & be careful when you're driving
Most importantly to live happily, to live comfortably
Don't be like the chinese, everyday busy and so damn tiring
We really admired this kind of attitude
This is their style, their way of living
(attitude..attitude)

I keep on saying the good words in this song
I believe those people that hate me must be happy now
The world is very peace, the world is full of hope
No one is injured, everything is in order
You are so noble, you are so gentle

The shit smell sooo good, no vulgar words
You all are so high class, everyday enjoying romance
Listen to GuangLiang PinGuan (Malaysia Famous Singers)
But they have flew to Taiwan

(Negaraku)

Those chinese school students, after graduated
It is so damn hard to get into the local U
Actually we don't have to be provoked by them
Because this is one of the government biggest plan
They want us to go overseas to pursue our own dreams
The come back and contribute to our country
This plan is really sooo good that I have no words to say
every corner of the world now can find Malaysia's kids around
Just like we're escaping from somwhere, so shiok

Malaysia is promoting tourism 2007
Chinese heritage is being shown averyhwhere
But government don't even care about chinese school students
All of our certificates are thrown into the drains
Just like me, I go to Taiwan after graduated
I've learned something and prepare to go back & Contribute to my country
I'm now standing on a roadside of Taipei, with my own guitar
But in my mouth, I am still singing

Rahmat bahagia
tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta..

ooooo

Apakah perasaan anda setelah mendengar lagu ini? Serta membaca lirik lagu ini?
Sudah ternyata kebiadaban pelajar tersebut menghina Islam!

Apa pula tindakan kerajaan terhadap pelajar ini?
Sudahlah lirik ini menghina Islam, kerajaan dan turut berbau perkauman.

Perlukah pelajar ini diseret ke hukuman yang berat? Termasuk hukuman ISA?

Lihat sahaja kebelakangan ini penceramah-penceramah yang kononya tidak bertauliah diseret ke lock-up. Mereka yang menyampaikan ceramah agama seperti Ust Salihin Mukhyi, Ust Fathul Bari, Ust Akil Hayy ditimpa nasib malang apabila diheret ke balai atas alasan tidak mempunyai tauliah. Sedangkan mereka memberi peringatan dan ilmu agama.

Adakah kes anak cina ini yang terlalu biadab menghina Islam dan negara dibiarkan begitu sahaja? Bilakah beliau hendak diheret ke tempat yang sememangnya dia perlu diheret?
Raja Petra Kamarudin diseret ke balai kerana kononnya menghina Yang Dipertuan Agong dan Islam, bila pula mereka yang berwajib mahu mengheret anak cina ini ke balai?

Puluhan aktivis parti pembakang diheret masuk ke Kem Kamunting. Atas alasan menimbulkan kekecohan, menghina negara.

Sudah confirm anak cina ini menghina Islam, negara, kerajaan, polis. Tambah pula membangkitkan perkara berbau perkauman!

Aku nak lihat adakah anak cina ini diambil tindakan oleh kerajaan dengan menyumbatnya ke ISA?!

Beranikah MEREKA?

Islam terus dihina, dipermainkan. Sedih umat Islam sendiri tidak mampu membelanya. Aku sendiri hanya mampu meluahkan kemarahan di dalam tulisan ini..semoga mereka yang telah diberi kuasa dapat memberi pengadilan yang sewajarnya terhadap perkara yang amat mustahak ini..

Maruah Islam!

Jika seorang wanita Islam diselak kainnya oleh yahudi di Khaibar. Apa tindakan yang telah Rasulullah lakukan setelah itu?

Jika Al-Harith Umayr Al-Azdi dibunuh oleh Raja Ghassan, Syurhabil Amru. Apa tindakan yang telah Rasulullah lakukan setelah itu?

Perang! Demi maruah Islam.

Apa tindakan yang mampu umat Islam lakukan sekarang?
Marah sahaja?

Thursday, August 9, 2007

Demam Ketika Di Gunung Nemrut

Di dalam perjalanan ke Gunung Nemrut, Adiyaman (East Turkey).
Perjalanan dari Kahta menaiki van Transit ke Nemrut Dagi Milli Parki.

Sudah 3 hari aku demam. Aku cuba gagahkan langkah. Setelah membeli ubat di Selcuk, dengan kuasa Allah, aku sedikit sembuh. Namun ketika bas mulai bergerak dari Selcuk ke Aydin dan Denizli otakku sudah mula merancang ingin terus pulang ke Syria.

Kedegilan aku telah memenangi pertandingan antara pulang terus ke Syria atau meneruskan kembara di Turki.

"Rugi kalau terus balik. Mungkin aku akan sembuh sehari dua lagi" kata hatiku ketika itu.

"Jika demam masih belum sembuh, aku kena pulang juga ke Syria". Hatiku menegas.


Akhirnya perangai degilku menguasai diri ketika itu. Aku meneruskan pengembaraan ke Denizli iaitu ke Pamukkale. Aku bermalam di Hotel Aydin, Pamukkale dengan bayaran 8 Juta Lira Turki. Malam itu setelah memakan ubat aku terus tidur untuk mendapatkan rehat yang cukup.


Keesokkan paginya, setelah meninjau di Pamukkale aku terus Denizli dan dari situ aku mengambil bas ke Konya. Demam agak reda dan aku masih kuatkan semangat aku. Seharian berada di Konya dan pada malamnya aku mengambil keputusan untuk terus ke Adiyaman. Badan aku malam tersebut bertambah panas. Sementara menunggu bas ke Adiyaman aku berehat di surau Otogar Konya.

Setelah mendapatkan tiket berharga 20 Juta Lira Turki aku bergerak meninggalkan Konya jam 1.00 pagi. Destinasi perjalanan aku hendak ke Timur Turki. Aku mesti menghabiskan penjelajahan di beberapa bandar utama di Timur Turki dan Adiyaman merupakan bandar pertama aku perlu jejaki sebelum ke bandar-bandar lain. Malatya, Diyarbakir, Erzurum, Batman, Van dan Agri telah berada di dalam perancangan aku untuk tiba.
Demam masih demam.

Sepanjang perjalanan yang jauh dari Konya ke Adiyaman aku banyak tidur. Boleh dibilang dengan sebelah jari tangan berapa kali sahaja aku terjaga.

Bas berhenti di Adana dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Osmaniye, Kahramanmaras dan terus ke Adiyaman.


Aku tiba jam 11.00 pagi di Adiyaman. Sebuah bandar di Timur negara Turki. Tujuan aku ke bandar Adiyaman adalah untuk ke Gunung Nemrut yang terletak di dalam region Adiyaman iaitu di Kahta. Dengan maklumat yang aku dapat dari penjaga kaunter bas di Adiyaman, aku perlu mengambil Dolmus untuk ke Kahta. Ia tidak memberi banyak masalah kepada aku kerana stesyen Dolmus untuk ke Kahta hanya berada beberapa puluh meter dari Otogar Adiyaman.

Dengan bayaran 5 Juta Lira Turki aku menaiki Dolmus dari Adiyaman ke Kahta. Geografi berbukit di kawasan tersebut dengan kawasan menghijau amat menarik perhatianku. Di dalam perjalanan tersebut aku mendapat maklumat dari papan tanda di tepi jalan bahawa di kawasan tersebut terdapat Makam sahabat Rasulullah iaitu Mahmud Al-Ansari dan Abu Zar Al-Ghifari. Ketika itu aku sudah merancang untuk menjejaki makam tersebut jika berpeluang selepas mendaki Gunung Nemrut.


Perjalanan Adiyaman-Kahta sejauh 40km. Perjalanan memakan masa hampir sejam.


Demam belum reda. Badan semakin letih.


Bersama aku pada ketika tiba di Kahta adalah 2 orang
backpaker dari Hungry dan seorang dari Latvia.

Apabila tiba di Kahta, kami disambut oleh beberapa 'orang suruhan' hotel-hotel di Kahta untuk 'menjemput' kami ke hotel-hotel mereka. Setelah berlaku tawar menawar dengan beberapa 'wakil' dari hotel-hotel tersebut aku memilih untuk bermalam di Hotel Commagne. Dengan bayaran US Dolar 35 aku dapat bermalam semalam di Kahta, Makan Malam, Sarapan Pagi, Van Transit ke puncak Gunung Nemrut selama 2 kali iaitu untuk melihat Sunset dan Sunrise serta tiket masuk di Nemrut Dagi Milli Parki.


2 orang Hungry memilih hotel lain.


Latvian memilih untuk berkhemah dan membuat keputusan berjalan kaki dari Kahta ke puncak Gunung Nemrut setinggi 2134 meter.

Ketika itu jam sudah 2.00 petang. Tepat jam 3.00 petang, van Transit akan tunggu di luar hotel untuk bergerak menuju ke Nemrut Dagi Milli Parki.

Sememangnya ketepatan masa menjadi milik orang Turki. Semua peserta yang mahu ke Nemrut Milli Parki sudah bersedia awal di lobi hotel. Aku yang terakhir turun. Lewat 2 minit dari jam 3.00 petang, van mula bergerak ke Nemrut Dagi Milli Parki. Van bergerak dari Kahta ke jalan bergunung untuk menuju ke puncak Gunung Nemrut setinggi 2134 meter. Van melalui jalan berbukit dan berhenti di Jambatan Rum dan Roman Pillars di pertengahan perjalanan.

Sepanjang perjalanan mendaki Gunung Nemrut, mata aku terpukau dengan pemandangan sekeliling. Cukup indah.

Badan aku berasa sedikit selesa walaupun demam belum sembuh sepenuhnya.


Aku tiba di Nemrut Dagi Milli Parki setelah hampir 2 jam perjalanan. Setelah selesai urusan tiket di kaunter yang di uruskan oleh pemandu kami, aku bersama peserta yang lain (seingat aku dalam 22-25 orang) mula mendaki untuk ke puncak Gunung Nemrut dari Nemrut Milli Parki. Dalam keadaan badan yang belum betul-betul sembuh aku cuba mendaki untuk tiba ke puncak gunung.


30 minit mendaki aku tiba juga di puncak. Cuaca di puncak amatlah sejuk walaupun pada ketika itu sudah musim panas. Salji-salji nipis masih memenuhi puncak gunung tersebut. Selamat ketika itu aku memakai baju agak tebal disebabkan ingin cepat berpeluh.


Di atas puncak gunung Nemrut tersebut terdapat beberapa ukiran patung diukir dalam keadaan duduk di sebuah kerusi yang besar dengan kepala patung tersebut sudah jatuh menyembah bumi. Berhadapan patung-patung tersebut ialah sebuah Altar yang dipercayai digunakan sebagai tempat penyembelihan untuk pemujaan dan pengorbanan. Di kiri kanan Altar terdapat ukiran helang yang kononnya mengawal tuhan.

Dikatakan patung-patung tersebut dari Zaman Commagene. Iaitu dari era Greek dan Parsi
.

Kesan patung dalam keadaan duduk yang sudah hilang kepalanya.

Cuma yang menimbulkan persoalan dalam minda aku ketika itu ialah mengenai kepala patung-patung tersebut. Semuanya jatuh menyembah bumi. Adalah Nemrut yang menjadi nama bukit tersebut ialah nama Maharaja Nemrut ketika zaman Nabi Ibrahim? Nemrut yang menyembah patung berhala? Dan adakah patung-patung itu yang di penggal kepalanya oleh Nabi Ibrahim?

Sedangkan pula, tempat dikatakan Nabi Ibrahim tidak di makan api ialah di sebuah kawasan bernama Harran. Harran pula terletak tidak jauh dari kawasan Gunung Nemrut tersebut.


Ia amat menarik untuk dikaji.


Ketika itu aku sudah mengenangkan semula mukjizat dan kehebatan Nabi Ibrahim a.s. Jika benar disitu baginda memenggal kepala patung berhala. Nah! Itulah bukti sejarah yang membenarkan kehebatan dari kisah sejarah Nabi Ibrahim a.s


Namun, banyak pendapat mengatakan bahawa peristiwa itu berlaku di Ur atau kawasan Babylon di Iraq. Wallahualam.


Dengan kesempatan rezeki yang Allah beri untuk berada di puncak gunung tersebut, aku menghabiskan masa melihat kesan-kesan tinggalan patung-patung berhala di puncak gunung sambil memerhatikan keindahan semulajadi ciptaan Allah di sekeliling gunung tersebut.

Mata aku terpukau dengan keindahan Tasik Attaturk dari puncak bukit. Keindahan gunung-ganang kawasan Tut, Kahta dan Sincik.

Maha Suci Allah yang mencipta alam yang indah ini. Untuk manusia berfikir tentang kehebatan Allah menjadikan segala-galanya.


Ketika matahari terbenam, aku bersama yang lain sudah menuruni puncak gunung tersebut untuk kembali ke Kahta.


Aku bersyukur kepada Ilahi kerana masih memberikan aku kekuatan dan peluang berkunjung ke Gunung Nemrut.


Walaupun dalam keadaan aku yang masih demam.