Wednesday, August 22, 2007

Hammam Rifa'i, Damascus


Minggu lepas sekali lagi aku berpeluang ke Damascus apabila mengiring Delegasi Kerajaan Negeri Kedah untuk lawatan kerja mereka.

Kebiasaanya apabila tiba di Damascus aku pasti tidak melepaskan peluang untuk ke Hammam Rifai yang terletak di Midan Jazmatiah, sebuah baladiah kecil di dalam Damascus. Berpuluh-puluh Hammam terdapat di bandar Damascus, hanya Hammam Rifai yang menjadi pilihanku.

Midan Jazmatiah menempatkan dua buah hammam lama iaitu hammam Fathi dan Hammam Rifai. Hammam Fathi dibina oleh Fathi al-Daftari pada tahun 1743 namun ianya sudah tidak berfungsi. Hammam Rifai pula di bina sejak kurun ke 15 dan dibaiki ketika era Perancis menduduki Syria pada tahun 1925. Hammam Rifai dibina dengan senibina Damsyiq masih difungsi sehingga ke hari ini.

Selain di Midan Jazmatiah, terdapat Hammam lama di seluruh pelusuk bandar lama Damascus. Antaranya Hammam Al-Moqadam di Salhiyah, Hammam Nuruddin, Hammam al-Qishani, Hammam as-Sultan di Old City Damascus. Hammam Nuruddin merupakan Hammam tertua di Damacus iaitu dibina sekitar zaman Nuruddin Al-Zinki antara tahun 1154-1172.

Hammam boleh diertikan sebagai 'rumah mandi' atau mudah difahami untuk entry ini ialah rumah mandi awam. Sistem ini wujud sejak zaman kerajaan Greek dan Rum dan diteruskan ketika era kerajaan Islam.

Sebagaimana Islam menekankan kebersihan, hammam ini dibina untuk tujuan tersebut. Ia menekankan aspek kebersihan dan kesihatan. Kebersihan badan setelah mandi dan kesihatan iaitu melancarkan perjalanan darah di dalam tubuh badan setelah berada di dalam bilik wap panas.

Kebiasaannya, hammam-hammam lama yang dibina terdapat 3 bilik utama di sediakan iaitu bilik sejuk (Frigidarium), bilik panas (tepidarium) dan bilik hangat (caldarium).

Tetamu yang hadir akan memasuki bilik pertama iaitu bilik sejuk kemudian dituruti dengan bilik panas dan akhir sekali ke bilik hangat di mana tetamu akan disabun dan diurut. Dibahagian tertentu sekitar hammam pula disediakan tempat persalinan pakaian dan kawasan berehat.

Di zaman moden ini, hammam lama terus berfungsi dengan baik memberikan perkhidmatan kepada pelanggan/tetamu. Seperti contoh Hammam Rifai di Midan Jazmatiah meneruskan kesinambungan fungsinya sehingga ke hari ini.

Apabila pelanggan tiba, mereka akan diberikan salinan kain dan sabun di ruang persalinan. Kemudian pelanggan di bawa ke bilik wap panas. Setelah beberapa ketika pelanggan akan ditanya sama ada ingin menggosok tubuh badan dan mengurut. Ia merupakan pilihan kepada pelanggan. Sekiranya ingin mengambil perkhidmatan menggosok tubuh badan dan mengurut bayarannya akan bertambah. Jika tidak, pelanggan boleh terus berada di bilik wap dan mandi di ruang khas diluar bilik wap.

Setelah selesai mandi pelanggan akan terus ke bilik sejuk dan disitu pekerja akan memberikan salinan baru berupa kain, selendang badan dan tuala di kepala. Kemudiannya mereka akan dibawa ke ruang rehat dan diberi persalinan baru pula iaitu kain, selendang dan tuala kecil di kepala. Akhirnya pelanggan boleh beristirehat di ruang yang disediakan sambil minum teh panas jika di order.

Hammam Rifai turut mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pelanggan. Jika mandi sahaja bayaran dikenakan SYP 145, Mandi dan gosok SYP 180, Mandi, gosok dan urut SYP 230. Dan jika memesan teh panas bayaran tambahan sebanyak SYP 10. Untuk setiap sabun yang diminta dikenakan bayaran SYP 10 juga. (USD 1 bersamaan SYP 50)

Hammam Rifai ini dibuka untuk kaum lelaki sahaja dan semua 'petugas' di dalam nya adalah dari kaum yang sama.

Kepada yang menjejaki bumi Damascus jangan lupa ke hammam untuk mengutip pengalaman menarik ini.

10 komen:

SoFie NuR said...

cewah..berwap-wap pulak dah die...kui3

Anonymous said...

salam sheikh...
hai makin putih nampak nyer lepas balik dari syria...hehhehe

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam sofie..
bila lagikan..kui3

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

ust munn,
haha..putih gigi ye la..

Anonymous said...

wah3...3 jam kat dmasq pun nyempat gak curi2 ke hamam ye heheh...sx skala polish badan lak,bile lg nak manje2kan badan kan :p

Anonymous said...

guli guling,
mmg sempat..:) dalam perjalanan tu dah set utk ke hammam kemudian beli halawiyat (Manisan arab) dan terus balik semula ke jordan.. alhamdulillah semua lancar..

Anonymous said...

Ust hazimin,

My hubby kata tlglah masukkan sekali dlm tentative yg ust buat tu.

Sauna ni untk lelaki saje...pompuan takde? Kalu ada bestnyeeee

Anonymous said...

salam kak ina,
ok insyaAllah. nnt sy masukkan sekali dalam tentatif trip ke sana..

hammam utk perempuan ada. tp tidak di semua hammam. Ada hammam tertentu yang tawarkan perkhidmatan utk perempuan dari jam tertentu ke jam tertentu. semua petugas dari kaum hawa. nnt ana try dapatkan maklumat lokasi dr kawan arab disana..

yg pasti cnfirm ada!

Anonymous said...

aiwah yang sheikh....
hang ape yang x de mesti hang cari sampai ade...

p/s-teringat mase tour de turkey...air terjun di antakya kelihatan tapi tak berpeluang mencari lubuk...hehhehe

Anonymous said...

naper tempat mandi tur tak wat tuk pempuan sekali??? kalo tak leh merasa mandi wap kan???hehe