Sunday, August 26, 2007

Ada Otak Letak Di Lutut..


Mungkin perkataan bodoh dan tak ada otak memang sesuai dipadankan dengan golongan yang bakal aku kisahkan di dalam entry kali ini.
Ya. Bodoh. Tak ada otak.

Aku tidak benci kepada mereka yang merokok. Itu adalah hak mereka. Biarpun dijalankan kempen tak nak merokok (Berjuta-juta duit dihabiskan). Mereka yang degil dan ego pasti akan tetap merokok.

Jika dibentangkan soal hukum merokok. Pasti mereka yang tetap ingin merokok akan mengatakan ia soal khilaf. Ada ulamak tidak mengatakan rokok haram. Jadi faedahnya hanya ilmu kepada orang yang tidak merokok apabila membacanya. Bagi mereka yang merokok dan tegar untuk berhenti. Sudah pasti akan terus merokok.

Ada juga mereka yang ingin berhenti. Tetapi tidak mampu. Ini aku tak pasti keadaan mereka sedang bertarung untuk memenuhi misi tersebut.

Kebiasaanya, mereka yang memang merokok akan terus merokok walau apapun desakan diberi.

Aku tak peduli dengan golongan perokok yang biasa. Hak mereka nak merokok dan hak mereka nak hidup susah kemudiannya akibat merokok. (cuma aku sarankan berhentilah merokok)

Apa yang 'menghangatkan' hati aku untuk dikongsi bersama dalam entry kali ini ialah perokok 'bahlol' yang terdapat di bumi Jordan ini. Golongan ini sukar didapati di negara-negara lain. Bahkan di negara-negara arab lain. Golongan ini mungkin wujud di Jordan sahaja. Negara yang sungguh 'bertamadun' ini.

Urdun Awwallan kata mereka.

Golongan perokok merokok di dalam pengangkutan awam & tempat awam

Inilah golongan perokok bahlol yang aku maksudkan. Hidup menyusahkan orang. Beginilah keadaanya di bumi Jordan. Mana-mana perokok di Jordan (dari kalangan arab) kebanyakkan mereka pasti akan merokok di dalam pengangkutan awam. Sekiranya perjalanan dari Amman ke Karak mengambil masa 1 jam 30 minit. Perokok akan menghisap rokok di dalam perjalanan tanpa mempedulikan keselesaan penumpang lain.

+ Sudahlah bas yang dinaiki adalah bas berhawa dingin. Tidak ada tingkap untuk asap keluar.

+ Jika menaiki coaster. Boleh penumpang yang tidak merokok apabila membuka tingkap untuk mengambil angin nyaman akan ditegur oleh si perokok supaya tutup tingkap.

+ Apabila musim sejuk, tingkap coaster sudah pasti tidak akan dibuka kerana angin sejuk. Dan asap akan memenuhi ruang dalam coaster. Sekiranya pada sesuatu perjalanan tersebut semuanya lelaki. Sudah pasti setengah dari mereka akan menghisap rokok.

+ Hendak minta pemandu bas/coaster menegur penumpang yang merokok. Dia juga merokok. Bahkan dia yang akan mula merokok dan terus merokok di dalam bas/coaster sepanjang perjalanan.

+ Ada juga pemandu yang melarang penumpang merokok (1 dalam Sejuta). Dan pemandu ini apabila menegur supaya penumpang tidak merokok akan diperli semula oleh penumpang.

Begitulah beberapa keadaan di dalam pengangkutan awam yang boleh aku gambarkan kepada semua. Golongan perokok sebegini di Jordan memang bahlol dan keras kepala. Sekiranya kita menegur dia akan kembali memarahi kita atau mempelecehkan kita. Cukup pelik.

Sudahlah mereka hisap untuk merosakkan jantung mereka. Ditambah lagi memberi mudarat kepada orang yang tidak merokok. Sudahlah kajian yang dibuat membuktikan bahawa mereka yang menyedut asap rokok turut mendapat kesan buruk bahkan lebih buruk dari si perokok.

Beberapa kenangan berhadapan dengan golongan ini.

Pernah satu ketika aku dan Zaid pulang ke Mu'tah dari Amman. Kami menaiki bas Amman-Jami'ah Mu'tah. Bas dipenuhi oleh pelajar arab yang ingin kembali ke kampus universiti setelah cuti hujung minggu berakhir. Hadapan, kiri, kanan, belakang semuanya merokok. Sudahlah bas yang kami naiki adalah bas berhawa dingin.

Cukup lemas keadaan ketika itu. Lemas dengan makanan jin. Asap. Nak kata jin berada di dalam bas... Tidak. Semua manusia.

Kemudian aku menegur 2 orang lelaki arab di hadapan kerusi kami supaya berhenti merokok. Dan jawapannya adalah 'Kau nak merokok sekali kah?' sambil tertawa memerli.

Aku yang ketika itu sudah panas hati secara geram keluar dari mulut

"Enta mafi Mukh" (kamu tak ada otak).

Itulah ayat yang terbaik apabila teguran baik digunakan namun tak berkesan.

Terus pemuda arab tadi pandang ke belakang dengan muka yang agak marah.
(perkataan mengata arab tak ada otak sangat-sangat memberikan kemarahan kepada mereka)

"Ana mafi Mukh? wa Enta"? (aku tak ada otak. Dan kamu?)

Pemuda tadi agak berang dan berlakulah sedikit pertengkaran yang sememangnya berakhir dengan sia-sia. Buang masa. Kemudian mereka berdua terus menyalakan sebatang rokok yang baru dan ketawa mengejek.

Satu kisah lagi aku bergaduh dengan arab di Cyber Cafe. Ketika itu aku duduk di sebelah seorang pemuda arab yang merokok. Dari mulanya aku sudah geram kerana asap memenuhi ruang Cyber Cafe. Bukan dia seorang, tetapi 2-3 orang arab lain yang menghisap. Ada pula seorang budak melayu yang merokok ketika itu. Tetiba lelaki sebelah aku memaling kepalanya ke arah aku dan menghembus asap rokok ke arah aku.

Aku yang sememangnya 'mendidih' tidak puas hati terus bangun dan menyepak kuat meja komputer lelaki tersebut sehinggakan mouse dan keyboard tercampak ke bawah. Aku terus mengeluarkan satu perkataan maki yang tak perlu aku tulis disini. Dan selepas aku mengeluarkan kata-kata tersebut dia berang dan menolak aku.

Sabar aku telah hilang ketika itu. Aku membalas tolakan dia dan kemudian kami dileraikan oleh tuan punya Cyber Cafe. Eloklah kami dileraikan. Bahaya kalau terus bergaduh. Sudahlah aku pendatang. Jika lelaki tersebut membawa kabilahnya, sudah tentu 'lunyai' aku dikerjakan.

Semuanya bermula dari rokok yang memang pembawa masalah kepada banyak perkara.

Dah lama duduk di Jordan marah aku kepada mereka ini mustahil akan pudar. Sudahlah golongan perokok ini membazir (perangai syaitan), kemudian payah nak terima pandangan orang dan pertahan diri yang sememangnya salah (perangai syaitan), kemudian cari pasal nak bergaduh pulak bila ditegur (perangai syaitan)

Macam syaitan.

Bukan tak ada larangan yang melarang perokok supaya tidak merokok. Di dalam bas, di tempat awam. Semuanya tertulis. Tetapi otak-otak mereka ini tidak tertulis sesuatu yang boleh membuatkan mereka berfikir dengan baik.

Yang lucunya, di QAIA disediakan satu ruang smoking zone. Tetapi ruang tersebut terbuka bersebelahan dengan tempat duduk awam. Bukannya bilik khas sepertimana yang disediakan dikebanyakkan negara yang 'reti berfikir'.

Bila aku kenangkan semula..nak ketawa memang rasa nak terus ketawa. Semuanya boleh jadi di negara Jordan ni.

Kepada perokok yang terasa dengan entry ini, aku tidak perlu meminta maaf kerana apa yang aku kisahkan semuanya benar dari pengalaman hidup aku.. aku menulis supaya semua dapat tahu dan tahu berfikir..

20 komen:

silversarina said...

kisah merokok di Jordan macam tak masuk akal, tapi itulah kalau akal tidak diguna, sama macam tak de otak...

pernah naik bas , arab depan hisap rokok, bila asap rokok dia dihembus, makcik kipas dengan topi mimi halakan asap tu pada muka dia semula ...padan muka..geram betull..lepas beberapa kali makcik buat macam tu, dia hembus asap ke bawah kerusi pulak...hehehe.

Anonymous said...

hurm..makcik pun dah 2tahun kat sini, sure pernah hadapi mende yg sama..
mmg geram ngan perangai dorang.. bagus makcik buat gitu kat arab tue..:)

kakLuna said...

kalau akak pun akak akan kipaskan balik asap tu pada tuan punya

SoFie NuR said...

ehmm...memang xtau nk kate pe dah kat arab jordan yg merokok bagai nk rak ni...dah la perasan diri bagus,pastu siap pandang rendah kat org len...

walaupun x duk kat jordan ni tp bile dtg cni mmg geram je kat pak unta ni...dah la duit xde....merokok je keje..mane la negara nk maju...dpt lung cancer baru tau...huhu

Anonymous said...

salam kak luna,
hurm..boleh kipaskan semula kat dorang..tp kalau dah kiri kanan depan belakang merokok..mcm bersilat dah kita dalam bas tue..tambah lak bas ekon..mau kita dok kipas dia patah balik kat kita.. huh

Anonymous said...

sofie,

mmg kalau sape duk seminggu sini..dok seminggu syria..dok seminggu mesir..dok seminggu lubnan..dok seminggu turki atau dokla kat2 mana2 seminggu..sure dok kutuk arab jordan..pelikla merokok dalam bas..menyusahkan orang betul.. ada sx tue ada orang tua dalam bas..dorang ni dok merokok jugak.. terbatuk2 org tua tue..sambil diselangi lagu arab yang sedang kuat berbunyi dari radio..huhu

Anonymous said...

ustaz gmin,sy menulis kat cairo dh selamat samapai...
ni pengalaman fresh lg ni,sejak dari ustaz anta kat mujammak karak aritu,sampai bilik shuib kat cairo ni,baru sy leg tdo nyenyak.mane x nye,coaster karak-aqaba pasang radio nk pecah gegendang telinge ni,diorang akan isap rokok n ble sy nk bukak tingkap diorang x bg.dh la sy dok krusi paling blakang,kelemasan n kerimasan sy sepanjang perjalanan...
naik feri plak,sy dok kat tempat aircond,bawah papan tande "mamnu'ultadkhin".tapi selambe je diorang isap rokok.dgan pegawai imegresen siap join.dh la larangan tu tulis arab (memang di tujukan utk diorang).pastu diorang siap tego sy n kutok mesir.sebok cakap mesir ni negare paling burok penah die jumpe...sy hanye mampu sengeh n anggok..(dalam hati berkate-pegi mampos!!)

Anonymous said...

salam usop,
alhamdulillah anta selamat smpai cairo. kah2..mmg lawak baca pengalaman ente. kena betul ngan entry ana kali nih..begitulah kebahlolan jordanian yang jelas..udah bahlol sombong lak, berlagak maju dan best. sembahyang idak.

ente mesti buat blog citer pengalaman kat middle east dan ukraine serta negara yang ente dh lwat.

panjang umur jumpa lagi kita. kim salam syuaib dan selamat fly ke hungry dan ukraine esok..

Allah Ma3ak.

NURAZZAH8 said...

salam ust hazimin,
hurm...semasa mkcik di Jordan, mmg tak tahan...pemandu teksi asyik hisap rokok sepanjang jalan. Bila mkcik kata boleh tak jgn merokok, dia kata ok. Berhentilah sekejap, lepas tuh sejam kemudian, nampak dia macam mengantuk jek bawak teksi, takut pulak mkcik...lepas tu jalan pun dia tak ingat, agaknya bila tak merokok otak dia tak boleh berfungsi dgn betul... last2 dia minta izin nak merokok semula, tapi makcik bagi syarat makcik nak bukak tingkap, nasib baik dia bagi... hehehe...itulah, makcik dah cakap dgn asma', kat Jordan nih kedai yg paling laku ialah kedai jual rokok...hehehe... masa nak pergi Syria, driver teksi tuh siap singgah beli 4 beg rokok kat kedai Duty Free di border, pastuh siap pesan kat we all, kalau kastam tanya kata beg tu we all punya. Mula2 makcik tak faham, ialah english dia pun bukan betul sangat, dah lepas border tu baru makcik faham... hurm...mmg pening kepala makcik kat sana kalau jalan2 tu, pening tersedut asap rokok...!!!!

Anonymous said...

salam makcik azah,

hurm..menarik juga pengalaman makcik kat jordan ni ngan gara2 arab merokok nih..sy dh lama kat sini mcm2 peel dorang..leh wat 20-30 entry pe kutuk arab ttg merokok sahaja..hihi.

mmg betul kata makcik...meniaga rokok kat jordan ni jadi kaya raya la..cnfirm laku tetiap minit..

::alifdalmim:: said...

citer bnda ni mmg wat sakit hati kita yg tak merokok...

cuba pikir...

kenapa kita kene jg hati diaorg..sedangkan diaorg nih bukan nk pkir psl kita pun...

huh geram tol..

Suara Perindu said...

Rupanya teruk perangai orang-orang Jordan ni ya. bagus, banyakkan lagi cerita begini.

arsaili said...

Bawa bersabar ek hazimin, bahaya cari pasal kat negeri org...tapi by right memang la..dah sah2 berbahaya asap rokok/secondhand smoker nih...tapi kat negara kita pun sama, yg paling tak leh tahan, ada ayah sambil dukung anak sambil merokok...rasa mo flying kick jer...bila kita nak merdeka secara total? akal masih terbelenggu!

Anonymous said...

mmg mnarik entry kali ni...tsnyum je ce cite...ntahpape la otak arab2 yang mrokok ni...

tingat ade sorang mmber tu cite nak ke irbd dari mutah,tetibe salji kuat tgh jalan,dalam koster dah bkepul2 asap rkok ngn kabus nye,tak tau nak cakap la dok tahan asap rkok,mutah ke irbd 3 jam lebih gak,last2 member2 3 4 orang ni bukak tingkap seluas2nye time salji tgh lebat...ape lagi ngamuk mamat2 arab bangang tu,bebudak ni wat tak tau je,siap kuar2 kan tgn n muke lg luar tingkap tu taknak bg dorng tolak lik tutup tingkap,last mamat2 arab ni tak tahan sejuk 3 4 tingkap tbukak sluas2nye,dorang pun stop la rkok,member2 ni dah beku gak tayang muke kat angin salji kat luar tu heheh tgk smua brenti rkok rapat la tingkap lik,tapi kejap je,pehtu dorang rkok lik,ape lg otomatik member2 ni bukk lik tingkap,trus padam cepat2 rkok dorang,mmg tgelak dgr member2 ni cite,arab2 ni ingat mlayu takut sjuk,angkuh nye dorang lagi takut sejuk,baik beku sjuk salji dari beku sedut asap :p

tingat pngalamn hliday kat sane dulu,heran gak tgk arab2 ni tiap2 ari bngun pg2 mmg smua akan hisap rkok dulu spuas2nye,pehtu minum kopi itam seitam2nye n spekat2 kopi,pehtu konyah gula2 getah,sungguh plik suasana nye,bsarapan ngn rkok dulu,gigi tak tkate le upenye,ntah ape rupe tak tau la tiap2 ari itulah amlanye...

mmg nak mati cepat brangkali warga2 prokok jordan ni,mintak jauh la penghidu2 ni dari sbarang pnyakit dari asap2 rkok...

Anonymous said...

salam adam,
memang pun. mula2 boleh tolak ansur lagi tapi dah lama2 dorang pun xde nak hormat ngan kita..cakap elok2 pun xleh pakai..sabar pun dah kira maksimum..pe lagi..

Anonymous said...

salam akh nordin,
hurm..tuela antara sifat buruk mereka. yg baik pun ada..kat2 mana2 pun begitukan..

Anonymous said...

salam arsaili,
mmg kena banyak bawa bersabar kat negara org..tp kkdng dah xtahan sgt..mmg kena sembur gak sx skala..:) bongok toi bapak wat cenggitu..huh!

Anonymous said...

salam guli guling,

hurm..rupanya dh ada pengalaman dtg bercuti ke jordan. mmg lucu pengalaman kawan guli guling tuh..mmg 'gila' org jordan nie..hehe (mengutuk arab je xabis) mcm le bangsa melayu bagus sgt..

Anonymous said...

mmg pun,ane2 pun same aje...smua bangsa n negara ada baik buruk nye :)

ar413 said...

salam...haha..best entry ni..rasa2 semua perangai arab sama kot...x kira la negara mana..asalkn arab...kt mesir ni pn sama..boleh dikatakan semua lelaki merokok..dlm CC,teksi,bas,airport,hospital..depa hentam semacam ja...x pikir org lain dah...klu bab maki org arab ni...rasa2 dh berkandaq dh..haha..

apa2 pn..hg dah balik m'sia kn...besyukur la...hg berjaya melepasi ujian tu... (^_^)