Thursday, August 2, 2007

Lafzul Jalalah di Shihabiyyah

Kampung Shihabiyyah, Al-Karak.

Lafzul Jalalah terukir secara semulajadi di bukit berhadapan Kampung Shihabiyyah. Subhanallah.

Petang semalam sekali lagi aku membawa tetamu menziarahi beberapa kawasan sejarah di Karak. Kali ini bersama Ust Tarmizi yang kini menuntut di Mujammak Syeikh Ahmad Kiftaro, Syria.

Jika ada tetamu datang ke Mu'tah dan minta aku menjadi pemandunya, aku cuba untuk membawa mereka ke Kampung Shihabiyyah jika ada kesempatan masa.

Petang semalam aku menjejaki lagi perkampungan berkat tersebut.

Shihabiyyah terletak kira-kira 3km dari bandar Karak. Penduduk perkampungan ini adalah dari kabilah Shamailah yang terkenal di Karak sebagai mereka yang datang dari keturunan alim dan baik-baik.

Shihabiyyah hanya sebuah kampung kecil. Jauh ketinggalan dari kesenangan dan kemewahan seperti di bandar-bandar besar lain di Jordan.

Tiada Safeway atau Mall besar.

Tiada McDonald atau Italian Pizza.

Tidak bising dengan perangai manusia seperti di bandar 'pilihan' Jordan.

Maha Suci Allah. Apa yang paling menarik di Shihabiyyah adalah tanda pilihan Allah selaku Maha Pencipta. Di perkampungan ini terdapat Lafzul Jalalah yang terukir secara semulajadi pada sebuah bukit.

Ia tiada ditempat lain di Jordan. Hanya satu.

Kawan di Jordan masih belum ziarah ke Shihabiyyah?. Utamakanlah menziarahi perkampungan tersebut untuk melihat bukti tanda kekuasaan Allah bagi hambanya yang sentiasa mahu berfikir tentang kejadian dan kekuasaaNya.

11 komen:

silversarina said...

salam,

ziarah ke kampong ni memang yang dinanti-nanti, kami sempat berkunjung ke sana summer tahun lalu tapi sayang gambar2 lawatan di sekitar karak semunya terdelete dalam pc kawan zaid di mu'tah...tak de rezeki .....kalau sempat nak ke sana lagi sebelum pulang ke kampong halaman...

Anonymous said...

subhanallah...indah sungguh ciptaanNya...pemandangan yang cantik...bukan senng kan nak tgk bende nature camtu...amik pluang la sesape yang ade kat jordan tu,kat msia mmg takde dah...kcuali buatan mnusia :)

SoFie NuR said...

bile la nk smpai sane lagi...memang frust gak la bile sume gamba kat situ n tempat2 sekitar mu'tah bis terdelete kat com kwn zaid...mase tu x sempat nk copy dalam cd...(T_T)

madt said said...

subhanallah..
tpkan ustaz, kat kg saye pun ade gak, tp bkn name allahla.. die tulis "G-men".. muahahaha
juz kidding ;D (ketawe penawar duke katenye)

Anonymous said...

subhanal khaliq!!!!!

agak sedih jugak tidak dibawa mase JJ zaman saye....
heheheh...
ape pon lagi kesian kak makcik ina...

Anonymous said...

Masya Allah..

There's no recognition better than this huge award from Allah.. Macam mana agaknya cara hidup orang kat kampung tu??

Anonymous said...

salam makcik n sofie,
nnt sblm balik mesia dan sofie sebelum balik ukraine dtglah ke mu'tah. sy bawa jalan ke shihabiyyah. kemudian balik ikut jalan lama shihabiyyah-juuza. ada pemandangan yang menarik dari bukit disitu..:)

Anonymous said...

to guli guling,
jika guli guling ada rezeki ziarah ke jordan. boleh hubungi saya..nnt boleh bawa ke bukit tersebut..:)

Anonymous said...

salam mataq..
kah kah kah..mmg lawak. camana ek leh ada name G-Min kat situ? sape G-Min tue? Kenalan polis angkasa gaban barangkali..:P

Anonymous said...

ustaz munn,
bukan xnak masukkan dalam tentatif..tapi nak kes itu boleh naik van atau coaster sahaja.. bas besau xboleh masuk ke kampung tue..nnt ust munn turun mu'tah boleh bawa kesitu..

:)

Anonymous said...

kak lin,

penduduk arab dikawasan kampung2 ini menjaga adat2 mereka..tambah2 bab pergaulan lelaki dan perempuan. sangat2lah mereka utamakan. Contoh macam dalam bas duduk sebelah2 laki perempuan pun takkan berlaku. suasana di shihabiyyah adalah sebuah kampung yang sunyi..jauh dr bandar. ttg kehidupan masyarakat disitu saya tak dalami semuanya sbb xhidup bersama mereka..cuma melalui maklumat arab2 disini..penduduk di situ terkenal dari kalangan keturunan yang baik2..mereka dari keluarga bani shamailah.