Thursday, April 24, 2008

Bermasam Muka Kerana Bolasepak

Aku pun tak tau nak mula dari mana tentang tajuk entry kali ini. Yang pastinya aku ingin mengomen, bercerita sesuatu tentang perkara ini.

Bila berpeluang belajar di Timur Tengah, Pencinta, Penggila, Penyokong, Pentaksud boleh dikira beruntung kerana waktu 'perdana' selepas waktu kelas bermula wisel permulaan satu-satu perlawanan. Tambahan Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara Eropah bermula sekitar waktu berehat-rehat antara jam 8-11 waktu tempatan Jordan. Tidak seperti di Malaysia, kepada peminat Liga Sepanyol dan yang mengikuti Liga Juara-Juara Eropah terpaksa bersengkang mata sampai jam 3 pagi untuk menyaksikan perlawanan secara langsung.

Bulan April dan Mei setiap tahun menjadi kemuncak kepada semua perlawanan Liga di Eropah. Termasuklah Liga paling berprestij di Eropah iaitu Liga Juara-Juara Eropah. 2 bulan inilah semuanya akan berakhir untuk menutup musim perlawanan.

Teringat semasa menjadi pelajar dahulu di Jordan, hidup dalam kelompok yang senang berjumpa menjadikan kaki-kaki peminat bolasepak mudah berkumpul di mana-mana rumah atau di mana-mana kedai yang berdekatan untuk menonton perlawanan secara langsung. Sudah pasti perlawanan-perlawanan antara pasukan yang hebat akan menjadi bualan seawal di Universiti lagi. Ketika berehat di Cafe semua sudah mula buka cerita untuk perlawanan di malam harinya.

Sudah khatam jadual, pemain yang terpaksa berehat atau digantung bahkan yang lebih hebat sudah mengkaji keadaan cuaca ketika perlawanan akan bermula. Semuanya sudah hadam sehebat persediaan mahu masuk ke dewan peperiksaan.

Biarpun esok ada kertas peperiksaan, biarpun ada tesis perlu disiapkan keesokkan harinya, biarpun ada mesyuarat yang menjadi amanah dalam berpersatuan, biarpun belum makan malam, 'perjuangan' menonton perlawanan secara langsung mesti diteruskan.

Inilah penangan hebat bolasepak yang mampu menguatkan peminat, penggilanya memenuhi kehendaknya.

Apa yang 'menarik' untuk aku kongsikan di sini dan pastinya pengalaman ini dilalui oleh peminat fanatik bolasepak di mana jua anda berada.

Pelik tapi benar. Biarla nak fanatik mana, nak taksub manapun menyokong satu-satu pasukan tetapi janganlah membawa sampai permusuhan. Boleh bermasam muka 2-3 hari dengan kawan sebab dah kena penangan ejekkan disebabkan kekalahan pasukan yang di sokong. Yang kawan ni pulak satu hal, macamlah dia yang main dalam perlawanan tersebut sampai naik 'babi' seronok atas kemenangan pasukan yang disokong dan kemenangan mempeleceh kawan yang menyokong pasukan yang telah kalah.

Aku pun heran ada manusia sebegini. Terlalu beria-ia.
Bila bersembang macam dialah yang mengetahui secara total tentang pasukan yang digemarinya. Bila bersembang dialah yang hebat mengetahui seluruh profil para pemain. Bila bersembang dialah yang mengetahui sejarah keseluruhan dari zaman nenek moyang pasukan. Dan bila pasukannya yang dirasakan amat hebat kalah muka mula tidak ceria, tangan bermain SMS konon-konon cover geram sebab pasukannya kalah. Bila kawan lain bergembira sikit atas kemenangan pasukan yang disokong mulalah keluar ayat :

' Ala, Nasib je tue'
' Ala, main sepuluh orang'
' Ala, peluang banyak tapi tak boleh nak buat gol '
' Ala, sebab main home korang, tunggula main home aku'

Aduh! Lemah..
Disebabkan tidak puas hati, pertengkaran kecil boleh menjadi besar dan seterusnya boleh bermasam muka dan tidak bertegur. Pernah ada satu kenangan di Mu'tah, sehingga nak bertumbuk.

Sudah-sudahlah kalau ada berperangai macamtue, nak jadi penyokong fanatik pun jadilah, bagi aku tak salah sebab aku pun penyokong fanatik juga..hehe tapi janganlah sampai berbalah, bermasam muka yang satu sen pun tidak memberi faedah.

9 komen:

madt said said...

hehe biasela tu abg jimin.. bukan setakat bola je.. bende lain pun same..

naseb baikla saye xminat bola.. hehehe

Anonymous said...

salam bro, li awwal marrah,
Mu'tah memang ramai yang fanatik dengan bola. Kalau kamu sempat berada di Mutah circa 95-2000 pasti tahu tentang kemeriahan Piala Kedutaan, Zuki pemain Gasum yang suka bertumbuk -kini keje dengan JHEAK :) dan penyokong fanatiknya yang selalu kecewa dengan Kelicap FC. Piala Kedutaan sangat meriah khususnya pada 1998 -serentak dengan Piala Dunia.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam mataq,
mmg bnyk perkara n sebab org boleh bermasam muka..

tp dalam sindrom fanatik bolasepak nih dia ada sikap ejek mengejak dan budaya suka bengang membengangkan orang lain..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam babazahra',

saya generasi ke-9 Mu'tah..sempat kenai setahun dengan zuki. Piala Kedutaan sentiasa meriah dari tahun ke tahun tp maybe masa zaman dulu lagi meriah sbb student dulu lagi ramai..

babazahra' studi kat univ mana di jordan dulu? tahun bila balik ke malaysia?

Anonymous said...

al al bayt, balik 2001. viva Kelicap FC! Jumpa dgn Zuki di iftar RTM, haha aku gelak dengan dia apesal hang u-turn? dia kata nak hidup. alasan biasa orang yang putus asa. blog hang banyak gambar, aku suka. paling suka gambar foods.

KAMATO said...

Dalam duania ni ada macam-macam penyakit gila, itu penyakit gila bola tak tentu hala namanya.

Anonymous said...

salam kamato,
benar jugak tue..ada skit sindrom gila..

Anonymous said...

haha..kat irbid baru2 ni..barca lawan man utd...
macam2 ayat2 keluar..ejek-mengejek biase jer...
tambah biler ronaldo tak gol penalti...penyokong barca kuyuk lagi la...penyokong MU senyap ker la...
macam2....

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam zul,
mmg meriah sbb team2 power n ramai penyokong g semifinal..hehe

cuba dari awal roma, schalke, fernabahce ke g semi.. xmeriahla jadinya..