Tuesday, April 1, 2008

Jarang Ada Pada Bangsa Melayu


Bila kembali berada di dalam masyarakat Malaysia, terasa banyak keadaan ternyata berbeza dengan perilaku bangsa Arab apabila dibandingkan dengan masyarakat melayu. Perbezaan yang menampakkan sedikit kekurangan bangsa Melayu kita dengan mereka di Timur Tengah. Walaupun ada kekurangan pada bangsa Arab tetapi banyak perilaku mereka seharian dan dalam kehidupan tiada dan mungkin sukar ada di kalangan bangsa melayu.

1. Mereka mudah mesra dan apabila bertemu ukhuwwah mudah terjalin. Contoh keadaan : mereka boleh mesra dan berbaik di mana-mana sahaja. Bertemu di dalam coaster, membeli kopi di tepi jalan dan di mana-mana sahaja. Berbeza situasi di Malaysia. Manusia yang hidup di Malaysia seperti takut-takut untuk berbual, mengenali sesama sendiri lantaran takut dengan keadaan. Keadaan Malaysia yang tidak aman. Mudah berlaku jenayah.

2. Mudah menolong. Rasanya tiada istilah di dalam Bangsa Melayu. BOLEH SAYA TOLONG KAMU. Jika ada, ia amatlah sedikit tetapi perkara ini sentiasa berlaku di tanah arab. Mereka akan bertanya dan menyapa untuk memberi pertolongan.

Antara contoh apabila berlaku kemalangan. Mereka akan berhenti untuk memberi pertolongan walaupun nampak mereka seperti menyibukkan diri dan berlagak pandai tetapi niat mereka tetap untuk menolong. Jika di Malaysia apabila berlaku kemalangan masyarakat hanya memberhentikan kereta di tepi jalan, melihat kemalangan berlaku dan bertanya soalan pertama yang biasa di tanya. Ada yang mati?

Sudahlah dua perkara ini dahulu saya memuji arab. Nanti ada pula yang mengatakan 'Alah, banyak juga kekurangan arab', 'Melayu pun banyak kelebihan juga'.

7 komen:

ryosukida said...

honestly,kite rasa melayu MEMANG BANYAK KELEBIHAN drpd arab..itu melalui pengalaman kite kat JUST laa..kat luar tu xtau laa sgt sbb kite pun xde laa p jln2 sgt..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam faez..

hehe..abg jimin xnafi melayu ada lebih. dan arab ada kurang. tp begitulah sebaliknya.. entry ni JUST nak cerita kelebihan yg ada pada arab..:) nnt buat entry puji melayu pula..hii

Anonymous said...

setuju apa yang abg jimin cakap
berdasarkan hidup dengan arab

memang tidak dinafikan mereka memang mempunyai sifat yang terpuji
walaupun, terdapat arab bersifat terkeji,namun apalah salah kita mengambil sikap yang cukup berbudi arab itu dalam hidup kita

bukan semua manusia sempurna
mereka bangsa arab
pernah dimuliakan
pernah direndahkan

samalah macam kita
dicipta sebaik-baik kejadian
tetapi terus dihina jika mengikut perangai seperti binatang ternakan

pensilkayu said...

assalamu3leykum
sy x penah rasa tersentuh hati atau apa2 perasaan yg melibatkan hati masa dok kat mesia selama 18thn.
tp baru sethn lebih dok joden nih, dah beratos ratos kali sy rasa drng mmg spesel dan sebab tu Allah turunkan rasulNya, deenNya di sini.

mmg ad keburukan arab tp sngh keburukan arab tu mmg ada kat mesia jgk.
tp kebaekan arab x semestinya ada kat mesia.

sori faezah,
walau apa pon.. arab lg hebat dr melayu fullstop (he he)

ikhlas,
amat suka arab

Abdulla said...

benar jimin,benar

antara sindrom yang saye lihat kat masyarakat irbid ni adalah diorng igt melayu terlalu balik atau superior dari arab,sehinggakan ade antara mereka yg terlebih2 benci arab,walhal kalau kite wat pemerhatian,boleh dikatakan secara general,arab adalah lagi baik dari malayu

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam h.z

tertarik dengan ayat
mmg ad keburukan arab tp sngh keburukan arab tu mmg ada kat mesia jgk.
tp kebaekan arab x semestinya ada kat mesia.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam abdulla @ acap
selalu budak2 yang ANTI arab ni dorang dok banding2kan kemajuan kat jordan tue dengan malaysia..bila tgk arab buat benda pelik skit..mula la cakap ' nila hidup kt negara mundur' ' niela perangai arab yang xmaju2'.. habis tue..yang hangpa dok belajaq dari arab tu cmana plak? jadi anak murid kepada orang mundur la..

Islam sampai di Malaysia sbb arab sanggup belajar jauh nak sebar agama Islam..

Kalau tak.. jadi hindu & buddha la melayu kita skrg nie..