Tuesday, April 8, 2008

'Keenakan' Bawang

Rindu pada makanan arab.
Roti enak di makan bersama Ful, Falafil, Telur Goreng.
Tidak terkecuali timun, tomato dan bawang disediakan.


'Banyaknya hang makan bawang' Mak menegur aku kerana perasan aku kuat 'meratah' bawang. Hampir 2 biji bawang besar aku potong untuk di makan bersama satay.

Bila ditegur aku hanya tersengih. Dulu tidaklah seperti ini dasyatnya aku memakan bawang. Mungkin inilah salah satu kesan bila lama hidup di tanah arab. Kebiasaan dan kesukaan mereka sudah 'melekat' pada diri aku.

Begitulah kebiasaan dan kesukaan arab. Mereka kuat makan bawang. Jika di masak di dalam sebarang masakan ia adalah kebiasaan untuk menyedapkan masakan. Yang saya maksudkan di sini ialah memakan bawang secara mentah.

Ketika mula tiba di Jordan pada tahun 2000, memang berasa satu perkara yang pelik bila tengok arab makan bawang mentah disertakan bersama mukhalal atau pickle (sayuran yang dijerukkan dengan cuka dan garam) yang dimakan bersama roti. Bila sudah lama hidup bersama mereka, ia menjadi kebiasaan pula kepada aku.

Mukhalal
'Pakej' yang biasa ada di dalam hidangan makanan arab


Kebiasaanya arab akan memakan roti bersama humus, ful atau mutabbal dengan hirisan mukhalal dan bawang besar. Jika makanan yang dipanggang seperti Dajaj Mashwi (Ayam Panggang), Syugof (Daging Panggang), Kebab bawang akan dipanggang bersama yang pastinya menaikkan aroma yang menyedapkan kepada penggemar bawang.

Arab-arab dikampung pula gemar memakan roti bersama minyak zaitun. Minyak zaitun pula ialah minyak zaitun yang dicampur bersama bawang. Pernah Hamdan Shamasein seorang kenalan di Umm Ghazlan menceritakan arab-arab dikampung gemar memeram bawang besar, bawang putih yang telah dihiris dan buah zaitun di dalam minyak zaitun kemudian ditambahkan sedikit garam. Mereka akan memakan roti dengan minyak dan bawang-bawang tersebut. Lebih sedap dengan roti tannur yang sedang panas.

Terliur saya mengenangkannya.
Jika di restoran, kepada arab-arab yang terlalu gemar pada bawang sudah pasti 'membuat bising' terlebih dahulu jika hidangan yang mereka minta tidak disertakan bersama dengan bawang mentah. Sebelum kenaikkan harga barang yang teruk di Jordan, harga bawang masih stabil. Namun setelah berlaku kenaikkan harga yang melampau, harga bawang pun semakin naik dan ada sesetengah restoran tidak menyediakan bawang bersama mukhalal yang kebiasaanya akan disediakan.

Di Malaysia, amalan begitu bukanlah perkara yang biasa. Ia luarbiasa. Dengan keadaan cuaca di Malaysia kepada yang kuat bawang sudah pasti memberi bau badan yang kurang menyenangkan. Jika di negara arab pun memang busuk gila bau badan arab dengan bawang terutama di musim panas tambahan di Malaysia yang mudah berpeluh.

Terkenang kisah di Bayt Dimashq sewaktu menuntut di Mu'tah. Kami ahli rumah seramai 10 orang rata-ratanya kuat makan bawang terutama seorang sahabat saya dari negeri Timur Malaysia. Kami akan membeli bawang dengan jumlah yang banyak iaitu seguni kecil yang beratnya mencecah 10-15 kilo. Beli cari tersebut memang menjimatkan. Kuantiti sebanyak itu kami boleh habiskan tidak sampai sebulan.

Ada satu kisah aku dan kawan serumah di kedai sayuran membeli bawang. Setelah membeli bawang seguni kami terserempak dengan seorang duktur (pensyarah) kuliah Syariah di tengah pekan Mu'tah. Ia menunjukkan reaksi muka terkejut dan tersenyum sambil bertanya:

'Orang Malaysia makan bawang banyak?'

Kami hanya tersengih dan faham akan maksud pensyarah itu berseloroh. Ia sebenarnya turut mengetahui yang orang Malaysia ini tidaklah gemar sangat pada bawang. Tambahan dengan melihat kami bertiga dengan seguni bawang.

Fikir-fikir balik dah nak buat camana, dah hidup bersama bangsa arab bertahun-tahun. Banyaklah kebiasaan dan adat menjadi kebiasaan pula dalam kehidupan seharian sehinggalah dah kembali ke Malaysia.

4 komen:

isuzu_aizu said...

salam,
tertarik membaca entri ni. sbb teringatkan diri yang juga kuat makan bawang. saye di aust, tapi boleh dikatakan consume bwg yang agak byk di bandingkan dgn orang lain. ada kawan terkejut bila saye ceritakan kami membeli onion lebih dari 5 kg setiap kali ke pasar dan kami ke pasar 2 minggu sekali(mungkin agak banyak utk rumah yang diduduki 3 budak perempuan). walaupun tidaklah mkan secara mentah, tp onion digunakan dengan sangat banyak utk setiap masakan. sedangkan untuk memasak satu lauk pun boleh guna 2-3 biji onion. utk tabur onion atas piza pun saya boleh tabur penuh mcm tabur cheese. huuu. sampaikan ade seorang housemate yang sakit acid reflux kerana too much onion, cili n rempah.heee, saye pun tatau dah terikut kehidupan mna, sdgkan orang di msia atau di aust pun bkan penggemar bawng. (mungkin jugak saye agak perasa, jd nak kene cukup rasa letak bawang lebih)

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam isuzu_aizu

terima kasih berkongsi cerita..dahsyat juga tue klu 5kilo lebih dalam 2minggu..:)

silversarina said...

teringat pickle yang masin dan bawang mentah... memang takleh makan sampai ke sudah....

wah gimin memang dah lebih dari arab, agaknya memang your mom selalu terkejut dengan tabiat arab anaknya...hihi.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam makcik ina,
kawan2 student pun ramai xleh telan lagi pickle tue.. ada sorang member tue sampai ke sudah dia gelarkan MUKHALAL dengan MU HALAL- tanda mmg betoi2 xsuka..