Tuesday, April 15, 2008

Stadium Perak Bergegar

Stadium Ipoh kini menjadi medan saluran informasi dan pertemuan pemimpin bersama rakyat

Aku bersama 2 orang rakan dari Bagan Serai bertolak seawal jam 6.30 petang menuju ke Ipoh. Perhimpunan rakyat bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Stadium Ipoh dijangkakan memberi kesesakan lalu lintas di lebuhraya menuju ke Ipoh.

Kami tiba di R&R Sungai Perak tepat jam 7.30 malam untuk solat Maghrib. Kawasan rehat tersebut telah sesak dengan manusia ditambah dengan keadaan hujan yang agak lebat. Kami meneruskan perjalanan ke Ipoh dan tiba di Simee tepat jam 8.25 malam. Suasana di sekitar stadium pada ketika itu sudah sesak dan kami terpaksa parking kereta di kawasan Taman Westpool hanya 500m dari stadium.

Kali pertama dalam catatan sejarah negeri Perak, perhimpunan rakyat bersama pemimpin Pakatan Rakyat dari 5 negeri telah diadakan di Stadium Perak. Kini ia bukan sekadar gelanggang perlawanan bolasepak tetapi telah berubah menjadi medan rakyat menerima maklumat dari para pemimpin. Hendak diharapkan televisyen dan radio sebagai saluran maklumat kepada rakyat ianya masih tidak telus dan berat sebelah.

Melalui maklumat yang diterima dari sahabat Unit Amal, stadium sudah mula dipenuhi sejak selepas solat Maghrib. Aku memasuki padang stadium agak lewat dan separuh padang sudah dipenuhi oleh lautan manusia. Kerusi-kerusi stadium tidak dipenuhi lantaran tetamu yang hadir lebih selesa duduk di padang. Namun boleh dikatakan 1/4 kerusi di dalam stadium mula dipenuhi manusia setelah majlis bermula.

Saudara Misbahul Munir selaku Ketua Penerangan PAS Perak merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar telah memulakan majlis pada jam 9.10 malam setelah tetamu-tetamu kehormat tiba dan berada di pentas utama.

Semalam Stadium Perak yang mampu memuatkan 42,500 orang telah ditawan hampir 50,000 tetamu yang mahu mendapatkan maklumat dari para pemimpin dan sudah pasti ia satu sokongan yang amat padu kepada kepimpinan pakatan rakyat.

Jadual yang disusun pada awalnya bakal menyaksikan 5 Menteri Besar dari negeri Pakatan Rakyat berpidato di Stadium Perak. Namun disebabkan beberapa jadual kerja yang bertembung, 3 daripada mereka hanya menghantar wakil.

Majlis dimulakan dengan penceramah pertama iaitu Dato Hassan Ali selaku Exco Kerajaan Negeri Selangor mewakili MB Selangor kemudian diikuti dengan wakil Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Nga Kor Ming yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak. Ustaz Azizan selaku Menteri Besar Kedah telah menyampaikan ceramah beliau selepas itu dan disusuli pidato 'berapi' dari Menteri Besar Negeri Perak iaitu Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin. Sebelum perhimpunan berakhir, majlis disempurnakan dengan ceramah dari wakil Tuan Guru Nik Aziz iaitu Saudara Husam Musa selaku Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan.

Dr. Hassan Ali mengecam UMNO memainkan Isu Penternakan Babi di Selangor

Menteri Besar Perak Ir. Mohammad Nizar menyampaikan ceramah beliau antaranya menyatakan
keajaiban yang telah berlaku di negeri Perak yang berjaya membentuk kerajaan Campuran.


Antara perkara yang telah disampaikan oleh para pemimpin ialah:

Fail-fail kerajaan BN yang telah diambil oleh pihak mereka kerana takut dokumen-dokumen tersebut bakal mengadili korupsi mereka, Isu Penternakan Babi di Selangor yang dimainkan oleh UMNO untuk burukkan pimpinan PAS sedangkan projek tersebut adalah projek SU Sulit Khit Toyo sendiri, Pelabur-pelabur telah berminat melabur di negeri di bawah Pemerintahan PR- MB Perak menyatakan bahawa terdapat 3 kumpulan pelabur dari USA, Eropah dan Timur Tengah telah berminat untuk berlabur di Perak, Isu Ketua Kampung yang mereka sendiri meletakkan jawatan bukan disebabkan arahan dari kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Selain dari isu-isu semasa, semua pemimpin mengharapkan terus sokongan dari rakyat demi melihat kejayaan pemerintahan di negeri-negeri yang telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat

Laungan Takbir, Reformasi dan Makhar Sakhti bergema di Stadium Perak menandakan sokongan padu kepada kepimpinan Pakatan Rakyat.

Majlis berakhir pada jam 11.45 malam.

8 komen:

bobby said...

assalamualaikum...ade tak clip video ceramah di stadium? kalau ade boleh tak share link ? terima kasih

silversarina said...

Bestnya dapat bersama ribuan manusia yang memanjatkan kesyukuran atas segala apa ynag berlaku...tak pernah terfikir bahawa negeri kelahiran makcik akan jadi seperti sekarang.. semuanya kuasa dari NYA jua...

rombogan dari kemaman pun ada di sana juga.. ada mereka ajak makcik tapi apa kan daya , memang tak dapat nak pergi.

sudut gambar diambil nampak macam tuan punya blog duduk di grand stand....oopppsss... jangan marah... saja gurau...hehehe..

NURAZZAH8 said...

penghunisahara,
Assalamualaikum wrt wbt,

pertama sekali, makcik nak bagi tau makcik dah deposit duit tu dlm akaun PS pagi tadi. Maaf kerana lewat masukkan duit sbb makcik baru ini berkesempatan pergi ke bank.

kedua, makcik pun ada tengok perhimpunan tu malam semalam live melalui webTV kat website PAS. Mmg berkobar-kobar betul MB Perak berucap, sampai suara Yop pun sampai serak2 ... hehehe... kalau dulu stadium tu asyik dengor..."Kejor Yop Kejor" !!! sekarng ni ... apa Yop?

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam bobby..
boleh layari www.tvpas.com

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam makcik ina,
alhamdulillah makcik, kebenaran pasti kepada pihak yang perjuangkan kebenaran. Doakan Perak di bawah Pemerintahan PR.

xbalik ipoh ke makcik?

--------
Makcik Azzah,
duit tue xmengapa lewat makcik.
alhamdulillah perhimpunan tersebut berakhir dengan baik..U

Utusan Meloya kata 15 ribu saja hadir..haha. Hakikatnya lautan manusia melebihi 50 ribu..

Anonymous said...

suka bebeno yob dengar ceramah MB baru kita
mmg bersemangat
mmg mesra dan cukup syaratlah sbg MB yang berkarisma
siap buat lawak tu
tak sabor yob nak balik perak

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam deqmoon,
2 bulan lagi nk balik tue.. xlama dah..hir3

Anonymous said...

buat bobby
kalau nak tengok full melalui youtube
bole lihat dekat link dibawah ini

http://www.youtube.com/user/wakarimastaq