Tuesday, April 22, 2008

Lokasi Haabil Di Bunuh?

Kenangan: Bersama Misbah (tengah) merupakan penjaga Makam Wali Arbain dan
Khaldun- rakyat Syria yang membantu untuk ke lokasi makam


Aqdam Balad Fil Alam- Begitulah jolokan yang diberikan untuk bandar Dimasyq atau dalam bahasa melayu bermaksud Bandar Tertua Di Dunia. Dimasyq juga disebut Damsyiq oleh lidah melayu dan Damascus oleh kamus barat.

Selepas pertemuan Nabi Adam a.s dan Hawa di bumi, mereka telah berhijrah ke Dimasyq dan Hawa melahirkan Qaabil dan Haabil di tanah amat subur Dimasyq. Terdapat sebuah kawasan di Reef Dimasyq bernama Bayt Na'im yang pernah dikaitkan sebagai kawasan yang pernah diduduki oleh Hawa.

Ada pendapat mengatakan bahawa Damsyiq mendapat nama dari perkataan DAM SYAQIQ yang membawa maksud Darah Saudara Kandung.

Di bandar tua inilah mashyur kisah pembunuhan pertama di muka bumi yang disebut di dalam ayat Al-Quran Surah Al-Maidah mulai ayat 27 hingga 32.
Kisah Haabil dibunuh oleh saudara kandungnya Qaabil (2 orang anak Nabi Adam a.s) diceritakan oleh Allah S.W.T di dalam Surah Al-Maidah ayat 27.

Di mana pembunuhan itu berlaku?
Kejadian tersebut telah berlaku di sebuah bukit yang dikenali dengan nama Jabal Qassiyun di Dimasyq, Syria. Sehingga kini tiada pandangan lain menyatakan lokasi pembunuhan tersebut selain di salah satu kawasan di Jabal Qassiyun.

Kawasan pembunuhan tersebut meninggalkan kesan pada sebuah gua yang membentuk sebuah mulut ternganga terkejut dengan pembunuhan tersebut. Dikhabarkan juga dari penjaga kawasan tersebut bahawa kesan tapak tangan yang terdapat di kawasan atas gua merupakan tangan malaikat yang menyerupai manusia menahan batu daripada menghempap kedua-dua anak Nabi Adam a.s.

Gua yang terdapat di Jabal Qassiyun membentuk mulut yang ternganga
terkejut dengan pembunuhan yang dilakukan oleh Qaabil terhadap saudaranya
Haabil


Mihrab yang terdapat bersebelahan gua. Ada pendapat mengatakan tempat
Nabi Khidir a.s pernah berada dan terdapat sebuah lagi Mihrab di sebelah kanan
yang dikatakan Nabi Ibrahim a.s pernah berada.

Kawasan tersebut kini lebih dikenali dengan nama Maqam Wali Arbain. Wali Abdal Shaam yang disebut di dalam hadis Rasulullah S.A.W dikatakan dengan berada di kawasan gua tersebut dan meninggalkan kawasan tersebut dengan karamah mereka melalui dua buah lubang yang terdapat bersebelahan bentuk mulut di dalam gua.

Kawasan pembunuhan turut diziarahi oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Khidir a.s. Terdapat kesan dua buah mihrab bersebelahan gua.

Kawasan gua tersebut telah dipelihara dengan baik oleh kerajaan Syria. Sebuah bilik telah dibina untuk menutup kawasan gua. Terdapat juga sebuah bilik bersebelahan bilik gua dalam keadaan 2 tingkat. Di tingkat kedua terdapat 40 buah mihrab menandakan 40 orang wali pernah berada di kawasan tersebut. Ditingkat bawah terdapat 2 buah makam yang sering di salah anggap oleh para pengunjung.

Makam tersebut bukanlah makam wali 40 tetapi ia adalah makam 2 orang penjaga lokasi tersebut yang berkorban menjaga kawasan gua dan makam kemudian meninggal dunia di kawasan tersebut.

Pada tahun 2005, kerajaan Syria telah mengambil inisiatif membina anak-anak tangga untuk tiba di kawasan makam dan gua. Memandangkan kedudukan lokasi tersebut agak tinggi dan sebelum adanya anak-anak tangga, pengunjung terpaksa melalui lereng-lereng gunung yang agak curam dan membahayakan.

Kini anak-anak tangga dari kawasan perumahan boleh membawa pengunjung terus ke Makam Wali Arbain dan Gua di mana pembunuhan Haabil oleh Qaabil telah berlaku.

Haabil telah disemadikan di Gunung Kalamoun sebuah kawasan di Reef Dimashq dan Qaabil dikatakan wafat di Yaman.

Anak-anak tangga yang kini telah siap sepenuhnya untuk sampai di kawasan Makam Wali Arbain
dan Gua tempat Haabil di bunuh


Masjid, Makam dan Gua yang terdapat di Jabal Qassiyun

40 Mihrab yang terdapat di kawasan tersebut

2 buah Makam yang terdapat dilokasi tersebut bukanlah Makam 2 orang wali
dari 40 wali tetapi 2 orang yang pernah menjadi penjaga di kawasan tersebut


6 komen:

Anonymous said...

salam abg jimin kita
ingat lagi kenangan menjejaki maqam wali arbain masa tahun 1 dulu
terpaksa panjat lereng bukit
penet badan mmg tidak terkira
yang pasti puas dapat penerangan pakcik arab masa melawat maqam arbain

yang pasti, turun bukit qassitun dengan menggunakan "tontot" sangat menyeramkan
sekarang tak tahu ada lagi ke tak

Anonymous said...

silap ejaaan:-

*bukit qassitun->bukit qassiyun
*"tontot"->betul ke abg jimin?

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam deqmoon..
yg hang maksudkan tontot tue pick-up yang bawa naik dari bawah ke atas bukit ke?

xsilap sebutannya tutut tp kalau kat dimasyq tue dari Sahah Shamdin orang panggil SUZUKI je..maybe sbb pick-up kecik tue banyak dari jenama Suzuki.. lekatla nama tue..

Anonymous said...

"Memandangkan kedudukan lokasi tersebut agak tinggi.."

agak tinggi ke ust? tingggggggiiiiii gilerr.. huhu tapi berbaloi :)

Anonymous said...

salam zehan,
hurm..boleh kot nak kata tinggi..hehe

selamat dah daki dari bawah dengan pick-up, kalau jalan jugak 2x gilerr la..:)

Anonymous said...

gitulah gamaknya
"tutut"