Saturday, April 5, 2008

# 100 Kuasa Blogger

Sabtu 5 April 2008 masuk entry ke-100 di blog ini. Dalam usia yang hampir sampai setahun alhamdulillah ia masih wujud untuk aku terus menulis sesuatu di sini.

Ketika mula menulis pada 19 Mei, matlamat yang jelas pada ketika aku mula menulis di sini ialah ingin berkongsi pengalaman pengembaraan aku sepanjang berada di Timur Tengah serta menyelitkan kisah-kisah sejarah lokasi yang pernah di diami oleh para Rasul & Nabi serta sahabat dan kota-kota sejarah yang kekal wujud hingga ke hari ini.

Dalam masa yang sama aku mengambil peluang untuk mengiklankan pakej-pakej yang dianjurkan oleh syarikat aku untuk siri-siri lawatan di Timur Tengah. Tidak kurang juga aku menulis diari yang bila dibaca semula amatlah membosankan.

Pernah juga aku terfikir untuk menulis sesuatu yang lebih 'berat'. Aku seorang yang berminat menjadi pengkritik politik ditambah lagi dengan sikap kritis dan 'baran' yang aku punyai. Sifat tersebut pernah ditegur oleh seorang sahabat yang turut meminta aku menulis sesuatu suasana semasa Malaysia. Tidak kira apa juga isu yang ada terutamanya dalam bidang politik.

Namun, aku masih belum berhajat untuk mempunyai blog seperti itu. Cukup untuk waktu ini aku menulis sesuatu tentang memori aku sepanjang berada di Timur Tengah dan lokasi-lokasi sejarah yang boleh dikunjungi di sana. Mungkin ada manfaatnya untuk rakan-rakan yang ingin mengembara di sana.

Jadi, biarlah ia kekal dengan nama Penghuni Sahara walaupun aku sudah berada di Malaysia. Biar ruh kehidupan di sana dan nipis pasir yang pernah hinggap di muka masih aku rasa.

Kuasa blogger yang kini ditakuti
Sesahihnya kuasa blogger kini menjadi satu aura yang sangat kuat. Contoh mudah kejatuhan kerajaan BN yang amat teruk dalam sejarahnya turut disebabkan kuasa blog yang menguasai pada ketika ini. Pada hari ini, saban hari pemimpin UMNO mula menyebut akan kuasa istimewa ini. Mereka menyalahkan bloggers yang menjadi sebab kepada kejatuhan mereka.

Inilah sumber maklumat yang jelas mempengaruhi minda pembaca. Sebelum ini Media Massa bercetak dan eletronik yang berada di Malaysia tidak mampu mencetus satu perubahan dan pembaharuan lantaran media-media ini dikuasai dan dimonopoli oleh kerajaan BN. Demikian, semua maklumat mengenai pembangkang hanya perkara buruk dan membusukkan.

Ternyata selepas tahun 2005, dunia blogger semakin terbuka dan ramai penyertaannya. Walaupun ia telah wujud lebih lama sebelum itu, tetapi sejak 4 tahun ini, ianya semakin rancak dan terus bercambah bilangan yang menyertainya.

Walaupun ramai di antara bloggers menulis diari kehidupan mereka seharian namun di sana kadangkala banyak pengalaman hidup boleh dikongsi bersama dengan para pembaca. Banyak pengetahuan dapat diperolehi dan pengajaran dapat diambil dari kisah dan ragam hidup manusia.

Bagi mereka yang menulis untuk menaikkan semangat perubahan, syabas diucapkan.

Jika ada peluang dan ruang, aku ingin menulis sesuatu yang lebih 'berat' yang sudah terjana di minda. Hanya menunggu masa jika aku mahu.

5 komen:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

selamat maju jaya buat abg jimin kita
nanti jangan lupa datang irbid

masih ada mereka yang memerlukan kudrat abg jimin
utk memecahkan padang sahara

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam deqmoon,
haha..bunyi sedap ayat hang.
enshaAllah ada kesempatan berjumpa lagi kita.

Allah Ma3ak.

silversarina said...

salam,

Teruskan berblogging kerana apa yang dicatat adalah ilmu dan ilmu dari blog penghuni sahara ini amat bermanfaat buat sesiapa yang cintakan budaya dan sejarah bangsa arab .

Tak jemu membacanya.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam makcik ina,
terima kasih atas sokongan. + semangat saya untuk terus menulis.