Wednesday, July 18, 2007

Warna Kehidupan di Amman

Amman 17 Julai 2007

Hari ini aku ke Amman bersama seorang kawan arab Aid 'Udah Dararjah Al-Khirsyeh. Seorang pemandu van yang amat masyhur dikalangan pelajar Mu'tah. Hari ini Aid mendapat pelanggannya pelajar Malaysia Universiti Mu'tah yang mempunyai urusan di Malaysian Student Deparment (MSD) di Amman. Setelah menghantar mereka ke MSD, aku dan Aid mula 'pusing-pusing' sekitar bandar Amman.


Wadi Abdoun
Aku melalui kawasan Wadi Abdoun terus ke Hayyu Nazzal untuk ke downtown. Antara kawasan penduduk berpendapatan rendah di tengah ibu kota Amman. Terdapat masyarakat beragama Druze di Hayyu Nazzal. Dari Wadi Abdoun aku menuju ke Muhajirin dan terus ke downtown Amman (Balad)


Downtown Amman.
Makan tengahari di Restoran Al-Quds berhadapan Souq Khadra' (Pasar Sayur) downtown Amman. Reesh (Rusuk kambing bakar), Shugof (daging kambing bakar), Khawareeq (sup kaki kambing) dan Nasi selamat masuk ke perut kami untuk lunch di downtown Amman. Keadaan di balad sangat sibuk dengan manusia membelah belah di pasar dan deretan kedai yang ada. Golongan marhaen yang memenuhi kawasan downtown. Mereka-mereka yang kaya raya di Jordan jarang menampakkan muka di kawasan downtown yang agak 'busuk' dan berstatus rendah. Golongan kaya raya dan 'kayap kaya' di Jordan akan membeli belah 'bermewah' di kawasan-kawasan di anggap standard serta berkelas tinggi seperti di Shemasani, AL-Rabiah, Swefiyah dan Abdoun.

Hadaiq, Shemasani
Masyarakat arab memenuhi kawasan ini untuk bersantai di Fun Fair. Dilengkapi oleh beberapa permainan yang di anggap moden oleh arab di sini. Aku hanya berada di dalam van dan Aid mengambil angin di luar. Banyak kelihatan kereta-kereta dari Saudi Arabia, Qatar, UAE dan beberapa negara teluk yang lain. Inilah situasi ketikamana musim panas tiba. Arab dari negara teluk 'berpusu-pusu' datang ke negara Jordan, Syria, Lubnan dan Turki untuk 'menukar' angin. Mungkin mereka sudah tidak sanggup berpanas di negara mereka. Manakan tidak, badan mereka boleh setengah masak apabila hidup di dalam cuaca 50 darjah ke atas.

Center Shemasani
Antara kawasan mewah di ibu negara Jordan. Kelihatan ditepi-tepi jalan semuanya kereta-kereta mewah bersidai. Banyaknya dari negara teluk. Mereka memilih restoren mewah sekitarnya untuk dinner, berbual sambil menikmati Hookah.

Abdoun
Di katakan kawasan paling mewah di Amman? Rumah-rumah yang dibina semuanya berkelas tinggi. Abdoun turut menempatkan bangunan pejabat-pejabat kedutaan dari kebanyakkan negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Aku melalui Abdoun untuk ke Suweifiyah.

Suweifiyah
Turut dikelaskan kawasan berstatus mewah di bandar Amman. Hari sudah malam dan manusia semakin bertambah berpeleseran di kawasan Suweifiyah.

Sepanjang perjalanan balik ke Mu'tah aku terfikir. Jika arab terus disogok dengan kemewahan melampau. Bilalah dorang akan sedar untuk membela nasib-nasib umat Islam dari bangsa arab sendiri yang terus ditindas. Bila aku lihat perwatakan, penampilan mereka sudah cukup untuk disimpulkan bahawa banyak di antara mereka telah hanyut di bawa kemewahan..

Ya Allah. Tetapkan hatiku untuk membela agamaMu. Sedarkanlah umat Islam yang lupa pada akhiratMu dan berikanlah kemenangan untuk mereka yang menjaga agamaMu..

4 komen:

myabubakar said...

I am a Nigerian. I visited your blog and its ok ... real high tech. but I cant read it. Do you have english version?

Anonymous said...

salam my friend abu bakar..

sorry, no english version yet. I will try for the next time.

thank 4 visit.

Anonymous said...

tbayang suasana arab n tempat2 seperti yang dkisahkan...bgitula keadaan arab...mungkin ade sgelintr yang masih tak sedar mreka telah dracuni ngn arus kmodenan sampai tlupa jiran2 sesame mreka yang setiap saat dtindas n dseksa...

Anonymous said...

salam, betul tue guli guling. Bangsa arab sendiri tidak dapat bersatu. mereka telah dikalahkan oleh semangat Qaumiyyah Wataniah yang dianjurkan oleh yahudi dan sekutunya!