Seminggu sudah tidak menulis. Ruh dan semangat sudah mulai rindu untuk menulis sesuatu yang tertulis di minda.
Seminggu ini tidak banyak kesempatan masa untuk melayari internet. Masa-masa aku habiskan untuk membantu sahabat baikku Zaid untuk majlis perkahwinannya. Jika ada ruang masa aku habiskan membaca buku Monuments Of Syria dan mengulangkaji semula Sirah Nabawiah.
Berair mata mengenang rentetan hidup Rasulullah S.A.W.
Kagum dengan Ross Burns, Sejarawan yang mampu menulis sejarah Syria dengan baik dari bukunya yang sering aku baca.
Jika ingin menilai seseorang sebagai seorang kawan, mudah, senang dapat. Macam nak cari mukhalal di mana-mana restoran di negara arab. Berkenalan, berbual boleh menjadi kawan. Tetapi jika ingin dinilai sebagai sahabat. Ia cukup sukar. Banyak 'syarat' perlu ada untuk mendapat status tersebut..Status itu tetap dan tidak berubah-ubah seperti status di YM.
Bagi aku kawan dan sahabat berbeza pada nilainya.
Berkenalan, berkawan, sanggup susah dan senang bersama, berbincang dan buat keputusan dengan sepakat, bila ada ralat faham ia sebagai kekurangan dan tidak pernah mengeluh, menegur bila salah, gembira bersama, susah dipikul berdua. Tolong menolong tanpa berkira, bersabar dengan apa jua. Semuanya menjadi satu yang erat, menjadi sahabat.
Memang sukar untuk mencari seorang sahabat.
Sanggup susah bersama, gembira ketawa biasa.
Alhamdulillah, untuk seminggu ini aku telah cuba menunaikan syarat sebagai sahabat untuk sahabat baikku Zaid dalam urusan majlis perkahwinannya. Bermula dari mencari rumah kelamin di Mu'tah pada hari pertama, membasuh rumah di hari kedua, memasang karpet di hari seterusnya, mengangkut barang, bermukim di Amman untuk urusan majlis perkahwinannya. Syukur semuanya masih mampu aku lakukan.
Tahniah untuk Zaid dan Adzra kerana telah selamat diijabkabulkan. Semoga Allah panjangkan jodoh sehingga akhir hayat dan dikurniakan anak-anak yang bakal menjadi Jil Soleh dan Solehah pejuang agama Allah.
Tanya tentang 'Ushaikim'..tentu kawan tidak mengetahui apakah itu? Apa ada disitu?..Kecuali sahabat paling baik yang bersama untuk tahu..
Tanya apa yang aku tahu tentang sahabat paling baik..mungkin aku boleh menjawab lebih dari apa yang aku ketahui tentang diriku..

13 komen:
salam,
dapat dirasakan betapa hazimin telah menunaikan tanggungjawab sebagai sahabat.... Alhamdulillah.
Terimakasih di atas segala pertolongan dan bantuan semasa kenduri baru-baru ni, May Allah Bless you forever !!
Seronok zaid dpt sahabat cam abg eh.. sorg yg very loyal n easy-going ppl. best la bang gmen..
Haih, sahabat baik dia dah kawen da..
'dia' nyer bile lg? =P
aslm ustaz.. partner da kawen, ustaz bile lagik? huahuahua.. jgnla lame2 membujang ustaz.. sunyi tau duduk sorg2 ni hehe ::gurau sende mode::
memang x dinafikan sahabat baik sukar dicari dan diganti...but i think u did ur best to ur best friend...pasni kene cari 'partner' len la pulak coz zaid mesti bz pas kawin ni...pe lagi,cepat2 la naik pelamin...hehe
v(^o^)v
makcik,
sama2. xsberapa pun pertolongan yang diberi. Jika ada kekurangan adalah kelemahan dr saya. next safiyah pulak. kalau langsung kat mesia nnt leh rewang2 lagi :)
dzul,
tuela..zaid tue dah langkah bendul tue..hihi InsyaAllah tak lama dah..masa tue akan tiba dengan izinNya. Doakan sama. Dah berumur dah ni..:)
mataq,
mmg hidup ini sunyi jika tidak berteman..hihi. mmg xnak lama membujang nih..sape xnak kawin kan..:)
---
sofie,
ada orang kata kami kembar..susahlah nak pisah. tambah2 skrg dah jadi bisnes partner pulak..mmg sentiasa berhubung lagi. cuma lagi baik, sy dah berpasang..lagi best sembang2 :P
Selamat Pengantin Baru Zaid..
eh,salah page blog plk nk wish..
hehehe :)
salam...tahniah untuk sahabat penulis :) ...satu pngalamn yang sukar dlupakan bile d ijabkabulkan dnegara orang...pehni bile penulis blog sendri punya majlis takde la orng salah ucap tahniah kat blog orng lain hehehe...mgo psahabatan kekal abadi slama nye...
betol tu...
banyak perbezaan antara kawan & sahabat...
ni ala-ala citer GOKUSEN sajor...
heheheh...
ape pon sebelah KIRI zaid macam dah diisi...
sebelah KANAN hang pulak bile nak isi...hehehhehe
ok slmt
adam,
nnt bila tuan punya blog ni dah nak kawin..jangan wish ke blog org lain ya..:P
guli guling,
xramai orang ada pengalaman diijabkabulkan di tempat orang..apapun kenangan diijabkabulkan di malaysia, dihadapan saudara mara turut merupakan kenangan yang lebih indah dab berharga.. ye ke? (xda pengalaman lagi)..hii
ustaz munn,
ustaz munn kena amik yg sebelah kanan tue..
Post a Comment