Monday, June 30, 2008

Tuan Guru Hj. Nik Abd Aziz di Perak

Y.A.B Dato Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Y.B Dr. Tan Seng Giaw, Y.B Saifuddin Nasution dan Y.A.B Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat menyampaikan ucapan dan pidato mereka di Stadium Perak

Tuan Guru Nik Abd Aziz yang disayangi ramai selaku Ulama' dan pemimpin yang disegani berada di Perak bertemu dengan Menteri Besar Perak di Kediaman Rasmi MB Perak dan bertemu dengan rakyat yang hadir di dalam ceramah pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Ipoh. Selaku rakyat Perak, saya tumpang gembira dan berbesar hati di atas kehadiran Tuan Guru ke negeri Perak Darul Ridzuan. Walaupun kesihatan Tuan Guru tidak berapa baik beliau tetap bermusafir jauh untuk memberikan tazkirah ilmu pada rakyat di luar negerinya.

Kehadiran pemimpin bersama rakyat kali ini ternyata lebih ramai berbanding himpunan rakyat yang telah diadakan juga di Stadium Ipoh pada 14 April 2008 yang lalu. Walaupun cuaca hujan, rakyat tetap membanjiri Stadium Perak bagi mendapat maklumat dari pimpinan Pakatan Rakyat yang telah memasuki pemerintahan selama 100 hari.

Di dalam jadual, Dato Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Dato Seri Mohd Nizar menjadi panel untuk himpunan kali ini. Namun, Dato Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dalam bahaya telah digantikan dengan YB Saifuddin Nasution yang hebat berpidato manakala Lim Kit Siang yang tidak dapat hadir digantikan oleh wakil DAP Pusat iaitu Ahli Parlimen Kepong Dr. Tan Seng Giaw yang petah berbahasa Melayu. Kemenangan pada PRU12 merupakan kemenangan ke-7 beliau menjadi Ahli Parlimen.

Dato Seri Mohd Nizar membuka ucapan diikuti oleh YB Tan Seng Giaw kemudian YB Saifuddin Nasution dan diakhiri Tazkirah oleh YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz. Majlis tamat tepat jam 11.30 malam.

Tuan Guru Hj. Nik Abd Aziz menyampaikan ucapannya di Majlis Minum Petang yang diadakan di Dewan Kediaman Rasmi MB Perak. Turut hadir ialah YB DUN Perak serta pimpinan utama PAS Perak di semua peringkat

Tetamu yang hadir memberi salam hormat kepada Tuan Guru yang amat dihormati dan disayangi

Puluhan Ribu rakyat memenuhi Stadium Perak bagi mendengar amanat serta maklumat dari pimpinan Pakatan Rakyat. Kehadiran rakyat dengan belanja sendiri ke Ipoh menunjukkan pengorbanan serta sokongan padu mereka terhadap Pakatan Rakyat tambahan keadaan hujan yang tidak mengurangkan semangat mereka untuk berada di padang stadium.

Tuan Guru Hj. Nik Abd Aziz menyampaikan ucapan dan tazkirah beliau dihadapan puluhan ribu rakyat Perak dan negeri-negeri lain yang hadir

Sesak. Rakyat menunggu Tuan Guru Nik Abd Aziz diluar stadium untuk penghormatan sebelum Tuan Guru berangkat pulang

Saturday, June 28, 2008

Sudah Seminggu

Alhamdulillah.. Segala Puji dan Penuh Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi.

Semalam genap seminggu usia perkahwinan saya dan isteri tercinta. Dalam seminggu ini juga aku mengecapi kebahagiaan yang sukar untuk diceritakan. Sememangnya perkahwinan satu anugerah dan rezeki yang begitu hebat kurniaan Allah. Walaupun diceritakan perkahwinan ini penuh ceria dan banyak dukanya, aku sentiasa berdoa agar kegembiraan terus dikurniakan oleh Allah dan segala ujian dapat dihadapi dengan baik.

Program sepanjang minggu ini tertumpu menziarahi sanak saudara di sebelah keluarga saya. 23hb pulang sekejap ke Ipoh mengambil beberapa keperluan dan kembali ke Parit Buntar. 25hb kembali ke Ipoh disebabkan adik ipar bersiap untuk balik ke Jordan dan Syria. Semalam saya dan isteri turut ke KLIA menghantar Syaheed balik ke Jordan dan malam ini giliran Syaakiran balik ke Syria.

Tambah lapang apabila bekerja sendiri. Tidak terikat dengan waktu kerja dan masa banyak dapat diluangkan bersama isteri serta keluarga namun dalam masa yang sama kesibukan isteri dengan kerja-kerjanya perlulah dibantu dan diberi sokongan. Minggu hadapan saya mulai sibuk untuk menguruskan rombongan ke Syria dan Turki. Trip kali ini pastinya bertambah manis apabila isteri tersayang turut bersama. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Terima Kasih kepada semua saudara mara dan sahabat2 yang hadir ke kenduri kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Terima kasih juga di atas hadiah yang diberikan. Memang saya dan isteri terpaksa menghabiskan tenaga yang banyak untuk membuka hadiah, menyusun dan menyimpannya. Hehe.. Banyak menggunung..Terima kasih sekali lagi dan doakan kami bahagia hingga akhir hayat.

Tuesday, June 24, 2008

Majlis Pernikahan 20 Jun 2008

Alhamdulillah Majlis Akad Nikah saya bersama isteri tersayang telah selamat dilangsungkan pada jam 10.05 malam 20 Jun 2008. Akad Nikah telah disempurnakan sendiri oleh bapa mertua dihadapan Ustaz Kamaruddin bin Adam- Pegawai Tadbir Agama Daerah Ipoh dan dua orang saksi iaitu Ustaz Kamal Izat bin Ahmed dan Ustaz Yob Saidin bin Md Yamin dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan dilangsungkan di Kediaman Rasmi MB Perak dan dihadiri kira-kira 200 orang ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Gambar-gambar di Majlis Pernikahan.

Ahli Keluarga dan kenalan rapat berkumpul di ruang tamu kediaman rasmi MB sebelum
majlis akad nikah di jalankan


Beberapa minit sebelum mengakhiri zaman bujang Sangat-sangat gembira, berdebar dan sudah
pastinya memikirkan
tanggungjawab yang amat besar wajib dipikul


Hantaran dari sebelah pihak perempuan sebanyak 9 dulang dan dibalas dengan
7 dulang oleh pihak lelaki


Bapa Mertua sedang membaca khutbah untuk peringatan kepada anak dan menantu
serta semua yang hadir


Bacaan Doa selepas akad nikah yang disempurnakan oleh adik ipar yang kini sedang menuntut
di Damascus, Syria

Ustaz Kamarudin Adam menerangkan cara-cara melafazkan lafaz Ta'liq sambil diperhatikan oleh bapa mertua
dan dua orang saksi dihadapan ratusan saudara mara yang hadir


Memerhatikan sijil nikah ditandatangani oleh Ustaz Yob Saidin selaku Saksi 1

Bergambar bersama Emak dan Ayah serta Emak dan Abah mertua selepas
selesai majlis akad nikah


Alhamdulillah Majlis Kenduri Perkahwinan telah selamat dijalankan di rumah kedua-dua belah pihak di Ipoh dan Parit Buntar. Gambar-gambar perkahwinan InsyaAllah akan di upload di www.penghunisahara.blogspot.com dalam sikit masa lagi. Pengantin tengah sibuk sekarang.. hehehe

Tuesday, June 17, 2008

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Kepada saudara mara, sahabat handai dan semua yang mengenali kami dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan kami (Hazimin & Faatihah) pada 21 & 22 Jun 2008.

Kami memohon maaf kerana tidak dapat menghantar kad kepada semua kerana ketiadaan alamat rumah serta no. contact di dalam simpanan. Di harap dengan saluran blog ini dapat memaklumkan jemputan ini kepada mereka yang mengenali kami.

Jemputan Kenduri di rumah Lelaki pada 22 Jun 2008
Dengan segala hormatnya menjemput semua pelajar dan bekas pelajar Universiti di Jordan yang mengenali kami. Rakan-rakan & tenaga pengajar Sek Keb Titi Serong dan di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan terutama Batch PMR 1997/SPM 1999, saudara mara serta semua yang mengenali.

Klik untuk paparan besar


Jemputan Kenduri di rumah perempuan pada 21 Jun 2008
Dengan segala hormatnya menjemput semua pelajar dan bekas pelajar Universiti di Jordan yang mengenali kami. Rakan-rakan & tenaga pengajar di Al-Imam International Institue (AII), Kubang Kerian, saudara mara serta semua yang mengenali.

Klik untuk paparan besar

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN SEMUA AKAN MEMBERKATI LAGI MAJLIS KAMI

Balik Kampung

10 Jam Transit di Dubai International Airport tanpa disediakan hotel

Memang hidup makin mahal di Jordan. Nak meniaga pun susah. Pelanggan semua nak murah tanpa mereka sedar semua harga barang makin naik dari hari ke hari. Selepas ini senang sahaja, kalau berniat nak melancong dengan bajet kewangan dengan mengikut agensi pelancongan, lupakan sahaja.

Trip kali ini di Jordan, Syria dan Turki boleh dikatakan gagal. Harga semua naik. Dalam masa seminggu aku berada di Jordan sudah berlaku dua kali perubahan harga minyak. Harga Diesel di Jordan semasa aku tiba di Jordan 620 Fils. 9hb sudah naik 700 Fils dan ramalan jika harga minyak duit yang mungkin akan naik sehingga USD200 setong, harga minyak di Jordan tidak mustahil JOD 1 seliter. Harga bus 4 bintang dari QAIA ke Damascus sahaja tanpa termasuk aturcara lawatan sudah menjangkau JOD900. Manakala dari Damascus ke QAIA sudah berharga 42,000 Lira Syria (USD 933).

Subsidi minyak di Syria pun sudah ditarik oleh kerajaan Al-Assad. Diesel dahulunya hanya 7 Lira kini sudah mencecah 25 Lira. Peningkatan yang sudah pastinya membebankan rakyat dan industri perniagaan pelancongan. Mahu tak mahu pelancong terpaksa berbelanja tinggi lebih dari kadar sebelum ini. Dan rakyat Syria sendiri yang bekerja dengan kerajaan mengharapkan kenaikkan gaji. Mana yang bekerja sendiri dan meniaga sudah pasti menaikkan harga barang untuk mereka hidup.

Ketika 6 hari 5 malam di Turki bersama rombongan Haji Shuhaimie. Kos pengangkutan ketara bertambah. Lantaran harga minyak terus naik. Kini di Turki seliter mintak petrol mencecah 3.25 Lira iaitu hampir-hampir USD3 selitar (iaitu mencecah hampir RM10 seliter). Van Transit dari Attaturk Airport ke Sultanahmet dengan jarak 20km kini sudah berharga EURO 50 manakala dari Aksaray ke Attaturk Airport mengambil kos sehingga USD100.

Itu kenaikkan harga untuk negara-negara yang sememangnya bukan negara pengeluar minyak. Berbeza dengan negara yang ada minyak tetapi harga minyak mahal.

12 Jun 2008 jam 5.15 petang aku meninggalkan kenangan kerja selama 2 minggu yang amat memeningkan di Jordan, Syria dan Turki. Cari rezeki di negara asing semakin susah jika keadaan harga minyak dan barang terus melambung naik. Sepanjang penerbangan dari Amman ke Dubai dengan pesawat Emirates aku hanya termenung dan keletihan lantaran sebelum penerbangan aku menghabiskan masa di Downtown Amman membeli buah tangan untuk keluarga di Malaysia. Dahulunya untuk ke QAIA dari Mu'tah hanya JD 15 kini sudah sekali ganda. Untuk ke Amman hanya JD25-30 kini sudah JD50.

Tiba di Dubai jam 9.10 waktu tempatan Dubai (GMT+4). 10 Jam transit cukup membayangkan kebosanan pada ketika itu. Dengan keadaan badan masih letih, aku terus ke Surau di Terminal Transit Dubai Airport untuk berehat dan melelapkan mata. Walaupun terang-terang sudah dinyatakan larangan tidur di dalam surau ketika itu setengah ruang surau sudah dipenuhi manusia.

Aku hanya lelap sekejap di Surau. Bangun dan terus ke kawasan Food Court dan Dinner di Ekpress Thai Food. Berehat di restoran tersebut sambil melayari internet namun tidak lama disebabkan bateri laptop sudah kosong. Selepas makan, aku kembali bersiar-siar di kawasan Duty Free dan kemudian mengecas bateri laptop di surau.

10 jam di Dubai Airport Dubai tanpa disediakan hotel oleh pihak penerbangan amat-amat membosankan. Selepas waktu subuh ham 4.05 pagi, kawasan kerusi berbaring terdapat kekosongan dan aku terlelap di situ sehingga jam 7.30 pagi.

Penerbangan ke Malaysia jam 9.55 pagi. Baki masa yang ada aku menghabiskan masa di Duty Free. Banyaknya di area minyak wangi. Pesawat dari Dubai Boeing 777 dari Dubai ke Kuala Lumpur selamat terbang pada jam 10.15 pagi waktu tempatan Dubai dan tiba di KLIA jam 9.20 malam waktu tempatan Malaysia. Sepanjang perjalanan aku banyak tidur. Pesawat malam itu penuh dengan penumpang. Boleh dikatakan tidak ada kerusi kosong. Aku duduk bersebelahan pelajar dari Leicester University namun tidak banyak berbual disebabkan mood aku yang letih dan fikiran aku yang terlalu banyak memikirkan macam-macam perkara.

Selamat tiba di KLIA. Aku terus ke tingkat 2 KLIA untuk membeli tiket bas ke Ipoh. Harga masih RM42 tidak berubah dari setahun yang lalu. Kemudian aku Supper Nasi Lemak di Malay Cuisine di tingkat 4 KLIA. Habis RM13 namun ia masih murah berbanding harga-harga makanan di Airport Dubai, QAIA dan Ataturk yang aku singgah beberapa hari sebelumnya. Makan Thai Food di Dubai habis 55 Dirham. Burger King di Ataturk Airport 15 YTL dan Milk Shake sahaja di QAIA JD2.5.

Bus Ekpress Triton KLIA-Ipoh bergerak tepat jam 12.35. Sepatutnya bergerak jam 12.30 tetapi aku yang terlewat turun kerana mengecas bateri laptop di Surau tingkat 4. Apa yang mencatat sejarah dalam hidup aku, malam itu hanya aku seorang penumpang yang menaiki bas ekpress Triton ke Ipoh. Alahai! Rugi besar syarikat bas malam itu. Duit minyak pun tak lepas. Apatah lagi duit Tol. Pemandu bas malam itu turut mengeluh. Menurut pemandu bas, malam itu dari Ipoh ke KLIA pada jam 2.30 pagi hanya ada 4 orang penumpang.

Sepatutnya aku tiba di Ipoh jam 4.00 pagi. Memang kebiasaan 3 jam 30 minit bas dari KLIA ke Ipoh (Medan Gopeng) namun malam itu 3.30 pagi aku sudah tiba di Hentian Bas Medan Gopeng. Adik aku Anwar sudah ada di Ipoh. Dia menunggu aku sejak jam 3 untuk balik ke Parit Buntar.

Jam 4.00 pagi, bakal adik ipar Syaheed dan Syaakirin datang untuk menghantar beberapa barang dan aku pun turut mengirim beberapa buah tangan dan barang untuk keluarga mereka. 4.20 pagi aku bersama Anwar dengan kereta barunya bergerak meninggalkan Ipoh ke Parit Buntar. Turut bersama kawan baik Anwar sebagai pemandu kedua. Berhenti di R&R Bukit Gantang, beli sedikit buah tangan dan makanan dan terus bergerak ke Parit Buntar. Sampai jam 6.00 pagi terus ke Parit Tok Ngah menghantar kawan Anwar dan aku selamat tiba di rumah jam 6.20 pagi.

Alhamdulillah, selamat perjalanan aku tiba di kampung dari Amman melalui Dubai.

Tuesday, June 10, 2008

Damai Mu'tah

Cuaca di Amman semalam amat terik. Mungkin musim panas yang sebenar bakal 'menyerang' tidak lama lagi. Dalam perjalanan dari lapangan terbang ke Mu'tah aku sudah rimas duduk di dalam van Abu Ra'id yang tidak ada penyaman udara. Abu Ra'id pun mengaku bahawa cuaca semalam di Amman berbeza dari hari-hari sebelumnya. Mukanya pun nampak letih dan van pun tidak dipandu dengan laju.

Tiba di Mu'tah sekitar jam 7.00 petang menyambut aku dengan cuaca yang berbeza. Kepanasan yang ditempuh sepanjang perjalanan disegarkan dengan suasana nyaman angin bukit di Mu'tah. Kebiasaan musim panas di kawasan Mu'tah berbeza dari kawasan lain di Jordan. Walaupun cuaca panas, namun angin kawasan tinggi yang hadir melenyapkan bahang panas yang ada. Bahkan pada hari aku menulis entry ini, cuaca sejuk dan angin kuat bertiup.

3 hari aku di Mu'tah sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Dalam masa yang singkat ini aku perlu selesaikan beberapa kerja syarikat dengan Zaid dan menziarahi sahabat-sahabat lain di Mu'tah. Ada masa perlu aku simpan untuk membeli beberapa buah tangan untuk keluarga di Malaysia.

Di Mu'tah aku menumpang di rumah lama yang pernah aku tinggal ketika menuntut di sini dahulu. Iaitu di Bayt Dimasq. Rakan-rakan seperjuangan yang membuka Bayt Dimasyq dahulu ramai sudah menamatkan pengajian. Yang tinggal hanya ustaz Said, ust Adzhar dan bakal adik ipar- ust Syaheed. Lain-lain semua pelajar baru namun mereka lama juga aku kenali ketika menetap di Mu'tah selepas belajar beberapa bulan yang lalu.

Masa yang ada di Mu'tah di dalam sehari dua ini sudah pastinya mengembalikan memori dan kenangan indah yang terlalu banyak di sini.

Istanbul ke Amman

Alhamdulillah, saya selamat tiba di Queen Alia International Airport pada jam 4.25 petang dengan penerbangan Royal Jordanian dari Attaturk International Airport, Istanbul. Dari QAIA saya terus ke Mu'tah dengan van Abu Ra'id Bani Saqar, seorang kawan arab yang tinggal berhampiran QAIA

Sepanjang 6 hari di Istanbul 3 hari awal sepenuhnya saya menemani keluarga Haji Shuhaimie yang mengambil pakej lawatan ke Istanbul selama 5 hari 4 malam. Alhamdulillah semua urusan dan perjalanan berjalan dengan baik. Antara tempat-tempat yang telah dilawati adalah lokasi-lokasi utama sejarah di Istanbul iaitu Blue Mosque, Topkapi Palace, Hagya Sofia, Makam Sultan Ahmad, Makam Sultan Mahmud, Spice Bazaar, Grand Bazaar, Eminonue & Balik Sandwich, Masjid Yeni, Menaiki private boat ke kawasan selat Bosphorus yang memisahkan Asia dan Eropah, Dolmabahce Palace dan membeli belah di Taksim.

Haji Shuhaimie dan keluarga berangkat pulang ke Malaysia menaiki penerbangan Turkish Airline ke Singapura pada jam 11.20 malam 8 Jun 2008.

Kali ke-8 berada di Istanbul dan menziarahi lokasi yang sama tidak banyak memberi maklumat yang baru selain melihat perubahan pemodenan dari tahun ke tahun dan kehancuran umat Islam Turki yang sudah dicorak dengan budaya barat. Tidak banyak masa yang ada untuk 'dicuri' untuk menjejaki daerah-daerah kecil lain di Istanbul. Mungkin ada rezki nanti ingin kembali ke tanah Istanbul bersama isteri. Berkongsi pengalaman dengannya dan menjejaki daerah-daerah lain di Istanbul.

Sunday, June 8, 2008

Istanbul: 4-9 Jun


Sudah hari keempat berada di Istanbul dan esok selesai kerja-kerja di sini. Walaupun sudah ada kemudahan wireless Internet di Hotel Aksaray tempat aku menginap namun kepenatan dari kerja-kerja sepanjang hari di Istanbul menyebabkan mood untuk menulis pun hilang.

Tiba di Jordan 29 Mei, terus ke Syria menguruskan Trip Haji Din 4hari 3 malam Jordan Syria. (Kisah Haji Din akan aku cerita kemudian. Biar semua orang kenai siapa Haji bangsat lagi kurang ajar nih! Penipu dan pakar putar belit paling hebat pernah aku kenal)

Kembali ke Jordan pada 1 Jun dan serahkan urusan lawatan 4hari 3malam Trip Darul Mubarak (Ust Ismi) kepada rakan lain. Sempat bermalam semalam di Mu'tah dan terus berangkat ke Istanbul pada 04 Jun menaiki Turkish Airlines. Lusa aku kembali ke Amman dengan pesawat Royal Jordanian.

Tak sabar menanti penerbangan balik ke Malaysia 12 Jun.