Thursday, June 28, 2007

Buku Panduan Jelajah Karak

Karak terletak kira-kira 121 Kilometer dari ibu negara Jordan- Amman.

Sejarah Ringkas Karak
Ada pendapat mengatakan bahawa Karak adalah nama salah satu kaum Nabi Nuh a.s namun ia jarang diperkatakan dan tiada sumber sahih yang ditemui.

Shihabuddin Yaqut Hamawi di dalam kitabnya Mu'jam Buldan menyatakan bahawa Karak terletak di Wadi Balqa' (Lembah Balqa') dan terdapat kota pertahanan di kawasan tersebut. Para ahli sejarah barat menyatakan nama Karak di ambil daripada Karka yang bermaksud kota yang berdinding di dalam sebuah bandar.

Karak juga dikenali dengan Kir, Kir Heres atau Kir Hereseth. Pada zaman pemerintahan Moab ia dikenali dengan Karakmoba atau Characmoba yang membawa maksud kota pertahanan Moab.


Penempatan di Karak telah bermula sejak zaman batu lagi. Seluruh Karak dipenuhi oleh tinggalan sejarah dan tamadun silam. Karak pernah menjadi ibu kota kerajaan Moabiah dan pernah diduduki oleh kerajaan Rum-Byzantium.

Seluruh kawasan Karak pernah dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Islam. Bermula dari zaman Abbasiah hinggalah ke zaman Turki Uthamaniah. Pada zaman Abbasiah kota Karak berada di bawah kuasa kerajaan tersebut yang berpusat di Iraq. Seluruh kawasan Karak amat subur dan hasil pertanian dari Karak turut menjadi sumber ekonomi pada ketika itu.

Kerajaan Umawiah telah membina masjid utama di Karak yang dikenali sebagai Masjid Umari yang terletak di tengah bandar Karak. Sallehuddin Al-Ayubi atau gelarannya Abu Muzaffar, berbangsa Kurdi merupakan pemerintah kerajaan Mamalik yang telah berjaya menawan kota ini dari kuasa tentera salib yang dipimpin oleh Reynald Chatillon pada tahun 1187M.

Bermula dari saat itulah kerajaan-kerajaan Islam terus menguasai bandar Karak. Sehinggalah pengunduran tentera kerajaan Turki Uthamaniah pada tahun 1918 menamatkan penguasaan Turki di Karak.


Catatan sejarah turut membuktikan kawasan Karak suatu ketika dahulu memainkan peranan sebagai jalan laluan para haji yang datang dari arah Turki dan Syria. Pengembara Islam Ibnu Battuta yang mengembara selama 29 tahun (1325-1354) pernah singgah di Karak di dalam salah satu episod lawatannya.

Buku Panduan & Bajet Belanja Pengembaraan di Karak, Jordan

Buku ini memuatkan panduan dan tips untuk aktiviti pengembaraan ke seluruh lokasi sejarah dan
arkeologi di Karak dengan bajet belanja termurah. Sebanyak 6 maklumat makam sahabat dan anbiya'
serta 30 lokasi sejarah dan arkeologi dimuatkan di dalam buku ini.

36 Lokasi sejarah di Karak
Makam Nabi Nuh a.s, Makam Nabi Khidir a.s, Makam Nabi Sulaiman a.s, Kahf Nabi Luth a.s, Telaga Nabi Syuaib a.s, Makam Sahabat Syahid Ma'rakah Mu'tah, Kawasan Peperangan Mu'tah, Qala'ah Karak, Qasr Ar-Rabba, Al-Qasr, As-Simakiyyah, Balu', Adir, Mreghah, Lajjun, Qatranah, Bahrul Mayyit (Laut Mati), An-Numeira, Bab Ad-Dhra', Besena, Jarjul, Mushraga, Muthalath Iraq (Discover The Shell Park), 'Ain Qala'ah, Al-Midan, Qala'ah Sul, Qala'ah Muhay, Jabal Abu Rukba, Tell Telah, An-Nakhil, Sgeira & Zhat Ras, Khirbet Tannur, Umm Al-Ayasein, Sajaratain Missiah.

Penulis
Muhamad Hazimin bin Sulaiman

Percetakan
PMI Parit Buntar, Perak

Bilangan Mukasurat
50 m/s

Tahun Terbitan
Oktober 2005

Harga
JD 2.000/ RM 10/ USD 3

Pengedar
Ahli Bayt Dimasyq, Mu'tah (Jordan)- 077-7215587
Mohd Fadhlan Abd Rahman (Malaysia)- 013-5027112

Wednesday, June 27, 2007

Kesan Tinggalan Seljuq di Battalgazi

Ulu Camii di Battalgazi, Malatya

Tenang. Satu perkampungan kecil yang sunyi dari kebisingan bandar. Paling hampir dengannya, pusat bandar Malatya yang agak sibuk. Sungguh berbeza dengan ketenangan di kampung tersebut.

Battalgazi. Itulah nama sebuah kampung yang terletak 11 km dari pusat bandar Malatya. Sebuah bandar di daerah Timur negara Turki. Battalgazi dikenali juga dengan Old Malatya yang menempatkan banyak kesan sejarah silam terutama dari senibina kerajaan Islam.

Pagi itu cuaca agak panas ketika aku tiba di Malatya. Aku mengambil keputusan untuk ke BattalGazi setelah mendapat maklumat dari penduduk tempatan bahawa BattalGazi meninggalkan banyak kesan sejarah Malatya kerana di kawasan tersebut merupakan kawasan yang telah lama dihuni berbanding kawasan lain di Malatya.

BattalGazi bukan sekadar meninggalkan kesan tinggalan kerajaan Islam bahkan kesan kerajaan Rum. Jelasnya, Rum telah terdahulu membuka kawasan ini dengan bukti kesan tinggalan kota berdinding yang telah mereka bina. Terdapat 95 menara kecil mengelilingi Battalgazi atau kawasan yang dikenali Aslantepe.

Namun, kuasa besar itu telah ditumpaskan oleh kekuatan Islam dan bermulalah era pemerintahan Islam di BattalGazi dengan beberapa tinggalan binaan dapat dilihat hingga kini di BattalGazi.


Aku tiba di BattalGazi pada jam 9.30 pagi setelah bersusah payah berjalan di bandar Malatya mencari bas untuk ke BattalGazi. Setelah mendapat pertolongan dari 3 orang Turki, aku berjalan ke jalan utama di Malatya dan akhirnya aku sampai di perhentian bas ke BattalGazi. Alhamdulillah, permulaan kembara yang sedikit meletihkan pagi itu diubati setelah aku selamat tiba di BattalGazi.

Aku memasuki kawasan perkampungan yang penuh dengan ladang aprikot. (Malatya terkenal sebagai bandar kayisi Turki atau bandar Aprikot di Turki). Sungguh menakjubkan pemandangan di perkampungan tersebut. Tanah yang menghijau, udara yang sudah mulai nyaman, amat menenangkan keadaan ketika itu. Tidak lagi panas

Peta menunjukan negeri Malatya dan daerah Battalgazi.

Aku menjejaki lokasi pertama di BattalGazi iaitu di Kerahan Mosque. Masjid ini telah dibina oleh Malatya Miralar- Husrev Bey pada tahun 1538. Kawasan hadapan masjid telah ditambah binaannya ketika di akhir era pemerintahan kerajaan Turki Uthamaniah iaitu sekitar 1900-an. Aku tidak dapat masuk ke ruang dalam masjid untuk melihat keunikan ukiran era 1500-an kerana masjid berkunci. Aku sekadar melihat kesan binaannya dari bahagian yang ditambah dan berehat di ruang tersebut (agak letih pagi tersebut disebabkan aku tidak cukup tidur.

Bertolak dari Sivas jam 3.14 pagi dan tiba di Malatya jam 7.20 pagi. Aku terlelap seketika di Kerahan Mosque dalam 30 minit dan aku bangun untuk meneruskan misi aku pada hari itu. Aku berjalan kaki di perkampungan tersebut dan berhenti di sebuah binaan lama dan di bahagian tepinya ada papan tanda bertulis :


Vault Of Sitti Zaynep It is placed of at Kerahan Quarters and Owned to 13 Century. It has built with Cutting Stone. It has octagon plan. There is no inscription.

Pintu makam tersebut tertutup. Aku menjenguk bahagian dalamnya melalui cermin tingkap di bahagian hadapan makam. Aku lihat ada binaan kubur di dalamnya. Siapakah Siti Zainab yang dimaksudkan? Tiada inskripsi yang boleh dibuktikan bahawa asal binaan ini adalah makam dan aku tidak pula mendapatkan maklumat secara lisan berkenaan sejarah binaan tersebut dari penduduk tempatan.

30 minit aku memerhati keadaan binaan tersebut dan aku teruskan perjalanan. Kira-kira 500 meter dari Vault Of Sitti Zaynep terdapat sebuah binaan yang dikenali sebagai white minaret. Binaan tersebut telah diubahsuai seperti kelihatan ia bukanlah satu binaan yang lama. (orang yang menjalankan kerja-kerja memelihara dan memulihara tidak mahir untuk mengekalkan keadaan asalnya). Namun, kesan sejarah yang penting masih kekal di White Minaret ialah satu inskripsi berukir pada batu terdapat di bahagian atas pintu masuk. Sukar untuk aku fahami tulisan inskripsi tersebut.

Karahan Camii

Vault Of Sitti Zaynep

Sutlu Minare atau White Minaret

Aku meneruskan perjalanan pagi tersebut ke satu binaan paling utama yang harus aku kunjungi pada hari tersebut iaitu Ulu Camii BattalGazi (Great Mosque).

Terletak berhampiran simpang masuk utama ke perkampungan BattalGazi (berhampiran Jalan Osman Ates) Masjid ini merupakan masjid utama di BattalGazi satu ketika dahulu. Menara masjid ini telah runtuh dan beberapa proses pemuliharaan sedang dijalankan.

Masjid ini dibina ketika pemerintahan Seljuq oleh Sultan Alaettin Keykubad I. Penggunaan
brick (batu-bata) digunakan di masjid ini. Penggunaan brick telah digunakan sejak zaman kerajaan Umayyah. Ia membezakan senibina kerajaan Islam dengan kerajaan sebelumnya yang rata-ratanya menggunakan batuan berbongkah besar dalam pembinaan.

Kesan dinding-dinding lama di BattalGazi dari era Rum masih dapat dilihat di sekitar kampung namun ada yang telah runtuh di makan zaman.

Aku bergerak dari BattalGazi setelah 3 jam berada disitu. Dari Battalgazi terus ke Malatya melalui Haninimcifligi dan bergerak ke Ortogar Malatya untuk meneruskan misi kembara ilmiah aku ke Elazig.

Tuesday, June 26, 2007

Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya...


Kekadang begitu payah untuk aku melupakan saat dan masa terbuang yang aku sendiri yang membuangnya. Bila difikirkan semula apa hikmahnya masa diambil begitu lama untuk menyelesaikan misi yang sepatutnya tidak perlu makan masa yang lama. Mulakan kerja, bagi tumpuan, jalankan dengan baik dan selesai..

Namun masa yang telah berlalu tetap dah berlalu. Tidak boleh dikembalikan. Hal yang mendatang perlu difikirkan akan 'pembuangan masa' tidak lagi dilakukan. Biar buat sesuatu dengan fokus dan berjaya.

Bermula dengan zaman gelap
Otak aku sebenarnya mengimbas kenangan semasa menuntut di Universiti Mu'tah. Aku tiba di Jordan pada 17 Jun 2000 dengan semangat dan azam untuk mendalami ilmu agama. 3 bulan duduk di Jordan untuk memahirkan bahasa dan kuliah pertama aku bermula pada pertengahan Oktober 2000.

Untuk semester pertama tiada subjek lagi yang aku ambil kecuali subjek Tilawah dan Hafazan. Semester pertama aku di Universiti Mu'tah dihabiskan dengan mengambil subjek Daurah Arabiah LilAjanib (Kursus Bahasa Arab untuk Pelajar Bukan Arab). Mula semester kedua aku cukup semangat belajar dan mencatatkan muaddal (average or CGPA) yang tinggi. Namun entah mengapa dan kenapa, bermula semester musim panas 01/02 fokus aku untuk belajar semakin hilang.

Aku banyak malas membaca buku (semester-semester sebelum itu aku malas juga, tetapi semasa nak exam aku akan tumpukan perhatian pada subjek). Tetapi makin lama makin teruk perangai aku, makin tidak memberi fokus kepada pelajaran.

Aku pernah bertanya kenapa seorang senior ketika itu. Mengapa aku jadi seperti ini?. Dia menjawab ringkas. Hang terlalu tumpukan kerja-kerja persatuan dan selalu ponteng kelas. Lama aku berfikir kata-kata senior tersebut. Mungkin ada kebenaran kata-katanya. Tetapi aku tahu diri aku macamana. Sebelum masa tersebut aku turut terlibat dengan kerja-kerja persatuan tetapi fokus aku masih boleh beri pada pelajaran. Lama aku menung dan fikir ketika itu. Akhirnya aku sendiri mendapat jawapannya.

Masalah aku bekerja dengan persatuan hanya 20% berkaitan dengan masalah aku hadapi dan bakinya adalah kemalasan dari diri aku sendiri untuk belajar dan memahamkan apa yang aku belajar.

Kenapa aku jadi begitu?
Tempoh terus berlalu sehinggalah tahun 2003.. pelajaran aku semakin merosot. Masa itu aku turut menjawat jawatan yang tinggi di dalam persatuan. Malas aku untuk belajar semakin menjadi-jadi.

Aku tahu pontensi diri aku bagaimana. Aku bukanlah orang yang lembab sangat nak belajar..(bukan nak angkat diri) tapi aku ada masalah kemalasan yang sampai tahap super. Bila aku give-up ngan pelajaran aku terus tinggal tanpa cuba nak selesaikan. Sedangkan dalam sesuatu keadaan ia amat mudah untuk diselesaikan.

Sehinggakan dalam tempoh setahun aku tidak ambil kuliah, bercuti dan stress dengan belajar. Wajah muram 2004 pun telah berlalu. Semester kedua tersebut aku sudah sampai tahap tension untuk belajar. Aku tak dapat tumpukan studi aku, kelas aku banyak ponteng, masa aku banyak buang begitu sahaja.. Jun 2004 aku buat keputusan untuk balik ke Malaysia.

Aku bercadang untuk mencari punca masalah aku dan penyelesaiannya. Memang aku balik mengejut masa itu. Keluarga aku pun terkejut kenapa aku buat keputusan nak balik sedangkan aku sudah pulang tahun sebelumnya (Sept 2003).

Di Malaysia, aku banyak menulis kisah-kisah aku dalam sebuah diari (diari itu aku terlalu cuai letak kat mana di rumah Malaysia dan hilang entah ke mana). Aku meluahkan perasaan aku dalam diari tanpa suara itu. Akhirnya aku sudah dapat masalah yang telah menyebabkan aku menjadi seperti orang 'lembab, tidak tahu apa sebenarnya aku dah buat. Berlainan sama sekali semasa di alam persekolahan.

Akhirnya aku koreksi diri ...

1. Tumpuan aku pada belajar hilang, malas nak buat keja rumah doc bagi, malas nak selesaikan masalah yang ada. Ambil sikap sambil lewa ketika belajar.

2. Tidak pandai bahagi masa dengan kerja persatuan. Persatuan bagi aku wajib disertai sebab ia salah satu medan dakwah kita. Medan belajar mengurus, bercakap. Tapi masa kenalah bahagi dengan betul.

3. Banyak makan dan tidur

4. Banyak buat kerja luar yang kurang penting dari belajar.

Kembali untuk ke zaman cerah
Oktober 2004. Aku kembali semula ke Jordan dengan satu semangat yang baru. Di alam menengah aku adalah pelajar cemerlang di sekolah yang cemerlang. Aku adalah harapan mak dan ayah. Aku adalah model untuk adik-adik.

Aku ketika itu pemimpin persatuan yang patut menjadi contoh. Ya! Semua 'kebodohan' aku sebelum itu aku kena ubah sebelum terlambat. Aku telah muhasabah diri dan ubah diri dan hasilnya mulai semester pertama 2004 hinggalah aku tamat pengajian semester pertama 2007, aku tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek kecuali tiga subjek iaitu Tarbiah Wataniah, Tilawah 1 dan Feqh Muamalat.

Alhamdulillah, aku cukup membahagikan masa dengan baik. Antara persatuan, belajar dan kerja-kera lain. Aku usaha + tawakkal + doa dan Allah berikan semua itu dengan usaha yang telah aku lakukan. Bayangkanlah berapa jumlah jam kredit aku sepanjang tiga tahun yang aku kumpul dengan aku selalu dropped subject dan failed.

Tidak lama untuk aku menamatkan pengajian sebenarnya. Cuma aku yang bodoh tidak tahu bahagikan masa sebelum itu. Dan aku buktikan juga kepada mereka yang menyalahkan persatuan sebagai sebab seseorang itu tidak berjaya dalam pelajaran.

Aku buktikan yang aku mampu score semua subjek 80 ke atas pada semester soifi dengan satu subjek ketika itu aku mendapat yang tertinggi di dalam kelas. Sedangkan ketika itu aku menjawat jawatan paling penting di dalam PERMATA. Inilah bukti bahawa persatuan bukanlah penyebab utama jatuhnya kita. Tetapi kebodohan kita untuk bahagikan masa untuk semua itu..

Nasihat untuk saudaraku SeIslam, kawan-kawanku
Tujuan aku menceritakan kisah pahit bukan untuk minta simpati dan kisah kejayaan bukan untuk membongkak diri. Tetapi untuk renungan kawan-kawan seperjuangan aku, adik-adik seperjuangan aku di Jordan ini atau di mana-mana sahaja. Jika kita rasa tidak mampu, sebenarnya kita mampu. Jika kita kata tidak, kenapa kita tidak cakap ya!

1. Jangan abaikan solat. Jangan buat maksiat. Solat amat penting. Kekadang kita dah usaha banyak. Tapi Allah tak beri kita dapat tinggi dalam pelajaran. Kenang-kenangkan hubungan kita dengan Allah macamana..

2. Bukanlah kita mengejar segulung sijil itu tetapi bidang ilmu yang kita belajar itu dapat kita kuasai dengan baik. Katakan kita tidak mampu, jangan rasa rendah diri, kita ada potensi lain, ada kelebihan lain yang tiada pada orang lain.

3. Bijak bahagikan masa untuk pelajaran dan kerja-kerja lain. Bagi aku belajar untuk habiskan silibus dalam bidang yang kita ambil belum cukup untuk kita. Mesti ada kerja luar yang kita kena terlibat untuk kita lebih kenal kawan-kawan. Belajar hidup bermasyarakat.

4. Jangan malu berterus terang kelemahan kita dalam pelajaran. Jika kita gagal, jangan malu mengatakan kegagalan kita. Buat apa kita nak sorok? Beritahu kepada kawan, mintak bantuan dari kawan yang lebih mengetahui. Jangan ketika gagal. Kita simpan dan tidak usaha untuk belajar dengan kawan yang lebih mengetahui. Yakinlah kawan-kawan, otak kita ini terlalu mampu. Kita sahaja yang katakan tidak..

5. Belajarlah dengan mereka yang lebih tahu. Jangan malu bertanya. Walaupun belajar dengan orang yang lebih junior dan muda dari kita. Kalau kita ada masalah dalam pelajaran. Terus jumpa kawan yang lebih mahir. InsyaAllah aku bagi jaminan. Dalam satu keadaan silap-silap kita boleh score lebih dari Tok Guru.

6. Utamakan belajar dan ulangkaji ketika musim peperiksaan. Jangan tumpukan benda-benda lain. Kekadang minggu peperiksaan masih melayan bola, berjalan ke mecca mall, sempat bermain billiard, sempat melancong, berterusan melayari internet. Lainlah kalau betul-betul sudah bersedia

Percayalah! Sebenarnya kita punya potensi diri yang kita tidak nampak. Kita punya kelebihan dan kekurangan. Begitu juga manusia lain. Namun tingkatkan taqwa kita, kerana dengan taqwa itu membezakan antara kita dan muslim yang lain.

Jika anda pernah gagal, ia bukan beerti gagal untuk selamanya..
Usaha + Doa + Tawakkal = Dengan izin ALlah, kita akan berjaya.


Majlis Konvokesyen Universiti Kali ke-18
Alhamdulillah, dengan berkat usaha, sabar dan doa dari Allah aku telah menamatkan pengajian di Universiti Mu'tah pada 22 Januari 2007. Walaupun melalui zaman gelap di awal pengajian namun aku yakin dengan kemampuan aku untuk terus belajar dan menamatkannya selepas 3 tahun sahaja setelah aku sedar tentang kesilapan yang aku telah lakukan.

25 Jun 2007, telah dilangsungkan Majlis Konvokesyen Universiti Mu'tah kali ke-18 bertempat di Dataran Fakulti Sukan, Universiti Mu'tah. Ia merupakan hari kedua majlis di adakan setelah majlis hari pertama membabitkan fakulti-fakulti lain telah dilangsungkan sehari sebelumnya.

Pada tarikh 25 Jun fakulti yang terbabit ialah Al-Adab (Sastera), Huquq (Undang-Undang), Ulum Tarbawiah (Pendidikan), Graduan Diploma, Syariah, Ulum Riyadiah (Sains Sukan) dan Ulum Ijtima' (Sains Sosial).

Semua graduan telah berkumpul sejak jam 3 petang untuk pedaftaran nama dan susunan giliran mengambil sijil.

Jam 4.15 petang semua graduan memasuki dataran konvokesyen dan pada jam 5.00 petang barulah majlis dimulakan dengan perarakan masuk pensyarah-pensyarah dari semua fakulti dan jabatan.

Sejurus selepas itu lagu kebangsaan Jordan Salam Malaki dimainkan oleh unit pancaragam yang telah disusun.

Ucapan Aluan dimulakan oleh Pengerusi Majlis iaitu Dr.Yusuf Sheimat dari Fakulti Bahasa Dan Kesusasteraan Arab, selepas itu ucapan oleh Dekan Pusat Hal Ehwal Pelajar Dr. Abatah Tuwaihah dan ucapan terakhir oleh Dr.Sulaiman Arabiyyat iaitu rektor universiti Mu'tah.

Majlis penyampaian sijil dijalankan selepas itu dimulakan dengan Fakulti Adab dan diakhiri oleh Fakulti Ulum Ijtima' (Sains Sosial). Setelah selesai majlis penyampaian sijil, dijalakan pula majlis penyampaian cenderahati untuk pelajar terbaik keseluruhan setiap jabatan. Untuk jabatan Feqh & Usul tahun ini pelajar terbaiknya ialah Harun Ar-Rashid dari Indonesia. Tahun sebelumnya telah dipegang oleh pelajar Malaysia iaitu Rozaimi Ramle.


Alhamdulillah, bersyukur aku kepada Allah kerana akhirnya aku dapat juga menghadiri majlis konvokesyen ini dengan laungan nama aku bergema di tanah Mu'tah berjuta kenangan ini.

Ini bukanlah penonton perlawanan bolasepak atau perlawanan gladiator.
Tetapi inilah suasana masyarakat arab yang meraikan anak-anak, saudara-saudara mereka
di majlis konvokesyen mu'tah baru-baru ini.


Kenangan di Majlis Konvokesyen Universiti Mu'tah Kali ke-18
( Isnin- 25 Jun 2007 )

Sunday, June 24, 2007

Seperti Sampai ke Seluruh Dunia

Sebahagian koleksi NGM yang ada (yang warna kuning tue).
Gambar ini di ambil pada tahun 2005 di dalam bilik aku di Dar Qutnie, Mu'tah


Suatu petang dalam bulan Jun 2001 aku telah berjalan seorang diri di Shariq Sagaaf Sil, Wasaatul Balad bandar Amman, ibu negara Jordan. Ketika itu aku berjalan dari Raghdan menuju ke kedai Abu Musa di hujung jalan tersebut.

Petang itu mencatat sejarah perkenalan sulung aku dengan Bahzad yang lebih mesra dipanggil Abu Marwan, pemilik kedai buku terpakai. Aku berhenti di kedainya yang terletak berhampiran sebuah gereja lama di jalan tersebut.

Sesahihnya hobi aku adalah membaca dan apabila tiba di kedai tersebut datang satu keseronokkan yang mendalam. Memang puas hati berada di kedai sebegitu mencari buku-buku terpakai yang banyak di antaranya masih berada dalam kondisi yang baik.

Terdapat banyak majalah-majalah, buku-buku terpakai dari pelbagai fiksyen seperti komputer, medik, akaun, politik dan pelbagai lagi. Tetapi yang menarik minat aku hanya pada buku-buku sejarah dan buku-buku pelancongan (travel guide dsb).

Ketika aku membelek-belek buku di kedai tersebut aku ternampak satu magazine yang berwarna kuning bingkainya. Itulah majalah bulanan National Geographic Society. Apa yang menarik ketika itu, tertulis di penjuru kanan atas majalah tersebut ialah JUN 2001. Ia merupakan keluaran bulan tersebut dan telah di'lelong' di kedai Abu Marwan menjadi buku terpakai.

"Berapa harga ini Abu Marwan?" aku bertanya kepada Bahzad.

"Nusf Dinar" dia menjawab.

Wah! Murah gila. Setengah Dinar sahaja. Aku terus membayar harga majalah tersebut dan mengucapkan salam pada Abu Marwan lalu beredar.


Itulah majalah pertama National Geographic yang menjadi milikku. Sejak aku kecil, aku cukup meminati rancangan TV National Geographic. Waktu itu mana ada astro lagi. Yang aku ingat, setiap hari Isnin jam 9.00 malam akan ditunjukkan rancangan tersebut di TV3. Aku terus meminati rancangan-rancangannya sehinggalah kini.

Pertama kali aku memiliki majalah National Geographic tersebut. Sangatlah gembira rasa hati. Dalam perjalanan pulang ke Mu'tah 3,4 kali aku membelek majalah tersebut. Perasaan aku begitu seronok. (macam dapat seketul emas).

Mana tidaknya, di Malaysia aku tinggal di luar bandar, magazine seperti itu sukar berada di pasaran pustaka kecil. Tambahan pulak 'industri' majalah di Malaysia tertumpu kepada banyak hiburan yang 'membodohkan' otak remaja.

Aku sendiri semasa di alam sekolah menengah rajin membaca majalah-majalah sebegitu. Memang amat merugikan. Otak pun menjadi bodoh menerima info-info hiburan saja. Tidak ada satu pun yang boleh dibanggakan. Tambahan dulu di awal 90-an terkenal dengan komik-komik kartun? Melayan komik semasa sekolah menengah.. Amat-amat tidak menguntungkan. Majalah seperti National Geographic Magazine (NGM) ini tidak meluas di pasaran Malaysia.


Masa terus berlalu, aku melalui tahun 2001 tanpa seorang senior yang begitu rapat dengan aku. Ustaz Imran. Dia menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia pada Julai 2001. Oktober 2001 aku pergi semula ke kedai Abu Marwan setelah hampir 3 bulan tidak ke situ.

Abu Marwan masih mengingati aku. Apabila aku tiba di kedai tersebut aku terus ternampak satu longgokan majalah National Geographic disitu (terpakai). Seingat aku ketika aku membayar harga NGM kepada Abu Marwan sebanyak JD17. Maknanya aku telah membeli 34 buah National Geographic sekaligus petang tersebut. Aku 'Mengendong' pulang ke Mu'tah. Tiba sahaja di Mu'tah aku terus mengunci bilik dan membelek majalah yang telah aku beli petang tersebut.

Rata-ratanya adalah keluaran NGM awal 80-an. Aku membaca artikel-artikel yang aku minat sahaja. Berkaitan arkeologi, lokasi sejarah, paleontologi, dinosour, isu semasa pada setiap bulan tersebut. Mana-mana artikel berkaitan dengan sains kurang menarik perhatianku untuk membaca. Hanya tengok gambar sahaja.

Antara fatrah 2002 hingga akhir 2003 aku telah mempunyai hampir 90 buah koleksi majalah National Geographic. Aku telah membelinya secara beransur-ansur dalam tempoh tersebut. Apabila turun ke Amman, menjadi kewajipan aku ke kedai Abu Marwan untuk mencari buku tersebut. Bukan tentu ianya ada. Banyak kali juga bila tiba di kedai Abu Marwan tiada majalah NG yang aku inginkan dan ada sesetengahnya merupakan keluaran yang telah aku beli sebelum itu.

Harganya tetap. Tidak boleh mintak kurang dan Abu Marwan tidak meletak harga tinggi selain harga tersebut. Tempoh itu merupakan tempoh biasa minat aku mengumpul majalah NG. Namun, Perasaan aku begitu seronok. (macam dapat berketul-ketul emas).


Tidak pasti berapa lama minat aku berkurang untuk mengumpul majalah NG. Yang pasti dalam tempoh yang agak lama juga. Ini disebabkan aku berputus asa apabila berkunjung ke kedai Abu Marwan. Tiada hasil yang aku dapat. Dengan sebab itu minat aku semakin berkurang.

Pada waktu itu, aku sudah menyediakan satu senarai yang mencatatkan majalah NGM yang telah aku miliki dan belum aku miliki. Dengan cara ini juga aku tidak akan membeli majalah dari bulan yang sama.

Namun kertas itu hilang disebabkan aku sudah tidak peduli sangat untuk mengumpul. Akhir 2002 aku mula berkawan rapat dengan Zaid dan dia juga turut berminat mengumpul majalah NGM.

Zaid berminat dan ingin tahu di mana aku mendapatkan majalah-majalah tersebut. Aku menceritakan tempat Abu Marwan yang sering aku kunjungi sebelum itu. Zaid mula mengumpul dan ketika itu aku lihat koleksi dia sudah semakin banyak. Sedangkan semangat aku untuk mencari dan mengumpul sudah hilang. Sekala turun ke Amman aku pergi juga dan hasilnya ada dua atau tiga buah edisi sahaja yang belum aku ada.


Mac 2004
Aku masih ingat lagi waktu tersebut aku baru selesai menganjurkan rehlah Jelajah Tawan Jordan yang berlangsung selama 10 hari. Aku dan Zaid ke Amman dan kami sama-sama ke kedai Abu Marwan. Apabila aku sampai di kedai tersebut Abu Marwan tiada. Yang ada hanya seorang pekerja dia yang sudah aku kenali sebelum itu.

Dia memanggil aku Abu Sayyaf. Selalu dia menyangka yang aku ini orang Filifina. Ini bukan disebabkan raut wajah Malaysia seakan-akan masyarakat sana tetapi kerana sebelum-sebelum ini banyak orang Filifina yang membeli majalah NG di kedainya. Oleh itu, dia menyangka aku Filifina dan memanggil Abu Sayyaf.

Apabila aku dan Zaid sampai sahaja terus mamat itu dekat dengan aku dan Zaid..(aku lupa nama mamat tue). Dia memberitau aku bahawa terdapat banyak NGM di stor kedainya

Aku dan Zaid memandang muka masing-masing. Aku terus mengajak mamat penjaga kedai Abu Marwan ke stor buku.

Hati aku bercakap.."Rugi datang ngan Zaid. Banyak pula majalah kali ini, kalau aku bersendirian sudah tentu bertambah banyak koleksi aku" (Jahat betul hati :P)

Mana tidaknya, datang sekali dengan pengumpul NG jugak..Tak bolehlah aku bolot sorang..Tak adil lah dengan member. Kenalah bahagi-bahagi.

Aku dan Zaid di bawa oleh mamat tersebut ke stor. Depan mata ketika itu bertimbun majalah NG. Aku terus berbincang dengan Zaid untuk membeli ke semua majalah yang ada disitu. Setelah aku cek, semua magazine yang ada ketika itu ialah keluaran yang belum aku miliki. Akhirnya aku dan Zaid berbincang dengan mamat penjaga kedai untuk kurangkan harga.

Kami mintak tiga keluaran dengan harga JD 1.000. (kalau dengan Abu Marwan pasti takkan dapat kurang). Tetapi dengan mamat ini aku dan Zaid cuba dan akhirnya dapatlah harga tiga keluaran JD 1.000. Kami membayar JD29 untuk 87 buah keluaran petang tersebut..Perasaan aku begitu seronok. (macam dapat berketul-ketul emas).


>> Yang menariknya korang semua nak tahu macamana aku dan Zaid bahagi NG tue? Masing-masing belum ada keluaran tersebut. Surelah berebut-rebut nak yang itu dan nak yang ini. Akhirnya pembahagian dibahagikan dengan cara BADAN DAN NYAWA membahagikan harta di dalam kisah Nujum Pak Belalang. Satu untuk kau..satu untuk aku. Dua untuk kau..dua untuk aku. Selesailah pembahagian malam tue dengan keredhaan kedua-duanya..:)

Bermula saat itulah semangat aku ingin memiliki semua koleksi keluaran NG meningkat hingga tahap SUPER. Kegelojohan aku sampai ke tahap maksimum :P Aku sudah mula menyediakan senarai pada sebuah kertas keluaran yang telah aku ada dan keluaran yang aku belum ada.

Aku tandakan pada senarai tersebut nama tahun dan nama bulan. Mana-mana keluaran yang telah ada aku tandakan pangkah bulan tersebut. Koleksi aku makin bertambah dan aku mendapat ilmu yang cukup banyak dari hasil bacaan aku.

Aku ingat lagi, selepas beli 87 buah keluaran dari pekerja Abu Marwan aku pergi semula ke kedainya seminggu selepas itu. Sampai sahaja di kedai terus Abu Marwan tepuk belakang aku. Terus dia buat muka marah sambil cakap

"Aku dah kata, harga majalah NG tue 0.500 fils, kenapa kau beli 3 JD 1.000?

Dia pekerja aku, dia bukan tahu" marah Abu Marwan petang itu.

Sebab aku memang percaya ngan dia. Dia sangat rapat dengan aku. Dia pernah cerita yang memang dia beli majalah tue dari orang lain dengan harga 400 Fils. Jadi, dia untung 100 Fils sahaja. Jadi tak boleh lah dia nak kurang lagi dari harga itu dan dia pun janji dengan aku memang dia hanya jual 500 Fils sahaja tidak mahal dari itu. (500 Fils sama dengan RM 2.70).

Aku ketawa sahaja bila dia cakap sebegitu dan aku mintak halal dan masa mendatang aku akan beli dengan 500 Fils. Lama dia renung muka aku dan dia angguk-angguk kepalanya sambil menepuk belakang aku sekali lagi.

87 keluaran yang aku beli bersama Zaid dengan harga JD 29 merugikan Abu Marwan JD 5.800. Sebab harga kos dia beli pun dah JD 34.800 untuk 87 buah buku tersebut. Kalau petang itu dia ada, untunglah dia JD 8.700


Semangat aku untuk mengumpul NGM semakin bertambah selepas itu
Aku telah mula melayari internet mendapatkan maklumat mengenai NG. Pada tahun 2004 aku cuba melanggan terus majalah NG secara bulanan (untuk magazine baru). Tetapi aku tidak mempunyai kad kredit pada ketika itu. dan akhirnya aku telah membuat keputusan menyimpan duit bulanan aku untuk membeli majalah baru NG dari Amman. Harganya JD 5.500 untuk setiap keluaran!

Tempat yang menjadi kunjungan aku setiap awal bulan ialah Safeway Duwwar Sabiq. Di situ ada dijual keluaran bulanan NG. Selepas tahun 2005 aku mencari di mana lagi dijual NGM di Amman. Akhirnya aku dapati ada di Mecca Mall, Hijawi Bookstore Abdali, Aramex Duwwar Awwal, Safeway Shemaisani. Kalau aku tidak ke safeway Duwwar Sabiq aku akan ke premis lain.


2004-2007
Aku terus membeli NG keluaran baru di Amman. 2004 aku terlepas membeli keluaran Mac, Ogos, Okt dan Nov- 2005 aku terlepas membeli keluaran Jan, July, Okt. 2006- Aku telah membeli kesemua keluarannya dari Jan hingga Dis. 2007- aku belum membeli keluaran April dan Mei.

Setiap bulan aku menanti keluaran baru NG dan terus membeli NGM terpakai dari kedai Abu Marwan. Kegilaan aku mengumpul NG sudah sampai tahap maksimum. Jika aku ke Amman, aku pasti mendapat hasil dari kedai Abu Marwan. Perkara yang paling tidak boleh dilupa, aku telah membeli sebanyak 43 buah keluaran sekaligus yang rata-ratanya keluaran tahun 1960-an dan 1970-an. Perasaan aku begitu seronok. (macam dapat berketul-ketul emas).

Apa yang menggembirakan lagi, aku telah mendapat hadiah dari seorang yang cukup memahami hobi aku. Ia adalah keluaran NG tahun 1998 yang rata-ratanya belum aku miliki. Koleksi bertambah lagi. Perasaan aku begitu seronok. (macam dapat berketul-ketul emas).


Aku semakin kerap 'menziarahi' Abu Marwan. Kami sudah begitu rapat. Dia sudah menyimpan NG untuk aku jika aku tidak ke Amman minggu tersebut. Dia tidak akan menjual kepada orang lain selain selepas aku sudah tengok majalah tersebut. Abu Marwan tidak meletakkan buku itu diluar sebaliknya menyimpan di dalam kotak di dalam kedainya..Aku cukup berterima kasih kepada Abu Marwan. Sampai satu tahap aku hanya pergi ke Amman semata-mata ke kedai Abu Marwan. Selepas ke kedainya terus sahaja aku balik ke Mu'tah.

Begitulah keadaan aku 'berjuang' demi satu hobi. Sehinggalah JAN 2007..aku telah mempuyai koleksi NG Magazine sebanyak 504 buah.! (macam ada berketul-ketul emas).

Sedikit catatan Sejarah National Geographic Magazine
>> sejarah keluaran NG Magazine bermula pada tahun 1888 lagi. Pada tahun tersebut keluaran pertama NG diterbitkan. Lamakan? Sudah hampir 120 tahun. Idea nak terbit buku ni dilahirkan oleh Alaxendar Graham Bell yang telah mencipta telefon kalau xsilap aku? Namun beliau berkata, beliau tidak mampu untuk terlibat dalam bidang mengembara ini dan mencadangkan kepada sepupunya Grosvenor untuk mengembara di Amerika dan menulis Journal mengenai alam semulajadi Amerika dengan menubuhkan juga NGC (National Geographic Society). Pada tahun 1988, NG telah telah merayakan ulangtahun seabad pengeluaran majalahnya dan pada edisi September 1988 dikisahkan mengenai sejarah mula hingga tahun 1988 penerbitan majalah tersebut.

Koleksi Emas dan Koleksi Klasik
>> Ketika 'sibuk' mencari dan mengumpul NG aku telah bahagikan koleksi aku kepada dua bahagian iaitu koleksi emas dan koleksi klasik. Koleksi emas merupakan majalah dari keluaran 1980 hingga kini dan koleksi klasik merupakan majalah-majalah yang aku kumpul dari tahun ia diterbitkan 1888 hingga tahun 1979.

Untuk koleksi emas selama 27 tahun NG dari tahun 1980-Jun 2007 aku telah mengumpul sebanyak 310 keluaran dari 318 keluaran. Ini bermakna hanya 8 keluaran sahaja lagi yang belum aku miliki untuk memenuhkan koleksi emas aku.

Dekad 80-an telah aku punyai semua, 90-an satu keluaran sahaja belum aku miliki dan baki 7 keluaran ialah keluaran tahun 2003, 2004 dan 2005 untuk penuhkan koleksi emas.

Aku telah memiliki 194 buah koleksi klasik iaitu majalah dari tahun 1888 hingga 1979 dan koleksi paling tua yang berada di tangan aku kini ialah keluaran Disember 1949 dan terdapat 6 buku keluaran 1950-an. Untuk tahun 1970-an hanya lagi 4 keluaran untuk memenuhkan keluaran dekad tersebut.


Koleksi yang paling aku cari dan akhirnya aku dapat pada 20 Disember 2006.
Ia adalah keluaran istimewa di sepanjang sejarah penerbitan NGM. Iaitu keluaran NG DISEMBER 1988. Muka hadapan keluaran ini dibentuk dengan hologram dan dihadiahkan sebuah World Map untuk keluaran ini.

Ketika itu aku masih mencari 15 buah keluaran NG (kini tinggal 8) untuk memenuhi koleksi emas. Akhirnya satu petang aku ke Amman untuk beli beberapa kitab pengajian, aku singgah di kedai Abu Marwan dan menemui keluaran yang sentiasa aku cari.


Keluaran Disember 1988

Koleksi paling lama aku miliki sehingga setakat ini
Disember 1949 merupakan koleksi paling lama dijumpai setakat ini. Saat 'penemuan' dengan buku tersebut ialah saat paling aku tak boleh lupa juga. Sebelum itu aku telah punyai dua edisi tahun 1953. Bila jumpa lagi lama, lagilah 'naik gila' seronoknya.

Keluaran Disember 1949

>> Aku cukup menjaga semua koleksi yang telah aku ada. Mana-mana yang koyak, lusuh aku pulihara semula dengan baik dengan tidak mencacatkan isi dalamnya.

>> Tahun 2005 aku telah mengeluarkan buku karangan peribadi mengenai Index NG 1953-2005. Ketika itu keluaran paling lama aku miliki ialah 1953. Buku index ini membantu aku mencari tajuk yang ingin dibaca dengan mudah. Aku nyatakan dalam buku index yang telah aku susun tersebut nama tajuk, tahun dan bulan keluaran serta mukasurat. Aku pecahkan kepada beberapa fiksyen seperti history, science, shipwreck, archeology and paleontology, countries, space, disasters dan banyak lagi.

Kepada mereka yang mempunyai kecenderungan dan hobi sama dengan aku. Bolehlah hubungi aku untuk berkongsi pengalaman bersama.

Sepanjang tahun 2001-2007 terlalu banyak pengorbanan yang telah aku korbankan. Wang, masa, tenaga. Semuanya untuk satu hobi yang terlalu banyak memberi manfaat kepadaku.

Bila membaca NGM aku seperti telah tiba di semua negara, cukup banyak pengetahuan aku dapat dari hasil bacaan. Tambah-tambah untuk artikel yang aku minati berkaitan sejarah dan arkeologi.:).

Kini semua koleksi NGM aku telah aku masukkan di dalam kotak untuk di kargokan ke Malaysia. Tidak sabar aku menunggu bulan September/ Oktober apabila kesemua kotak-kotak kargo akan sampai di Malaysia.


Ianya satu kepuasan yang sukar untuk aku gambarkan pada semua sahabat.
Aku seperti mempunyai berketul-ketul emas.

Saturday, June 23, 2007

Malay & Turkish


Untuk entry terakhir mengenai XPDC Turkey, aku masukkan semua muka-muka peserta yang telah bersama menjayakan trip selama 10 hari sejauh 3734 kilometer merentasi 15 buah negeri di Turkey.

Kesemua peserta berjumlah 28 orang dan hanya Dr. Shaima tiada di dalam gambar. Semoga banyak pengalaman dan ilmu yang telah ditimba sepanjang trip yang telah berlangsung. Untuk semua peserta semoga dapat manfaat yang sebaiknya sepanjang trip berlangsung. Di sini aku ceritakan kisah terakhir untuk entry xpdc Turkey...>>


Kisah lucu disebalik lagu Didou Nana
"Eh..lagu ni pun dah suruh kita tido daa", cakap aku pada Munir dan beberapa lain yang masih berada dalam supermarket di bandar Konya. Jam sudah 11.00 lebih ketika itu. Pekerja-pekerja supermarket tersebut pun sudah bersiap-siap mahu menutup kedai, sambil budak-budak melayu masih sibuk mencari makanan ringan dan keperluan yang ingin dibeli. Dengar pulak lagu dari speaker supermarket tersebut tidoo..tidoo..tidoo. Aku, Munir dan beberapa peserta lelaki yang lain ketawa sambil berceloteh "Lagu pun dah suruh kita tido.." takkan tak faham-faham. Balikla hotel..dah lewat.

Di Istanbul ketika melalui kawasan kedai souvenir di SultanAhmet bersama ayahanda ustaz zaim. Sekali lagi aku mendengar lagu..tidoo.tidoo. Dalam hati aku cakap. Terkenal agaknya lagu ni di Turki.

Di Bursa dalam perjalanan ke bas setelah membeli makanan untuk dinner malam tersebut, sekali lagi aku terdengar lagu tersebut di sebuah kedai berhampiran Haykel di pusat bandar Bursa.

14 Jun 5.30 petang aku dan peserta xpdc Turkey yang lain tiba di Antakya. Petang itu aktiviti bebas untuk semua peserta. Aku bersama 7 peserta syabab yang lain merancang ke Harbiye sebuah pekan kecil di dalam Hatay terletak kira-kira 15km dari bandar Antakya.

Harbiye merupakan kawasan subur ditumbuhi hutan pokok pine. Di situ terdapat sebuah air terjun yang dikenali di dalam bahasa Turki Salale (sama sahaja dengan bahasa arab, arab memanggil Shalalat= Air Terjun).

Kami berjalan kaki ke perhentian
Dolmus* untuk ke Herbiye yang terletak kira-kira 1km dari Hotel Saray yang kami duduki. Perjalanan ke Harbiye agak lambat kerana Dolmus menurunkan dan menaikkan penumpang di pertengahan jalan. Kami tiba agak lewat dan hari hampir gelap.

Selesai 'jalan-jalan' di Harbiye kami menunggu Dolmus hampir setengah jam untuk terus ke Antakya. Di dalam perjalanan pulang ke Antakya, sekali lagi lagu Tidoo..Tidoo dimainkan di radio dalam Dolmus tersebut. Aku terus cakap kat kawan-kawan yang lain.

"Korang perasan tak lagu ni?" Semua diam mulanya. Aku menambah "Lagu ni kita dengar di Konya"..selepas tue Munir bersuara. Ini lagu tido nieh. Mana yang ada sekali dalam supermarket di Konya terus mengiyakan.. Aaa ni lagu Tidoo..Tidoo..Tidoo..apa lagi, bisingla kami dok sembang kat belakang Dolmus tentang lagu tue..

Dua kerusi belakang dolmus dipenuhi oleh kami (macam dalam tin sardin) dan dua kerusi hadapan semua orang turki (1 kerusi panjang 3 org boleh duduk). Apa lagi bila sampai time Chorus..Tidoo..Tidoo secara spontan semua menyanyi sekali dengan nada pelahan.. Tidoo..Tidoo.. apa lagi tergelak la orang turki kat depan. Siap pandang belakang senyum lagi.. Aduh! Malu toi.. tapi maybe dalam hati orang Turki cakap, minat juga dorang dengan lagu negara aku ni..(aku harap dia fikir begitula).


Esok paginya ketika semua peserta sudah kumpul untuk bergerak balik ke Jordan. Tetiba Adib datang kat aku dan cakap.."Lagu tue bukan Tidoo..tapi Didou"..aku tanya "Mana kau tahu Adib?"..Adib tersengih sambil tunjuk kaset kat tangannya..Dia beli rupernya kaset penyanyi tersebut di Antakya.

Memang tajuk lagu tue DIDOU NANA. Tahulah akhirnya sebutan sebenar.


* Dolmus diistilahkan kepada van kecil, van transit (minibas). Ada setengah kawasan di Turki seperti di Bursa, Izmir dan Trabzon mereka menggunakan kereta untuk dijadikan Dolmus. Harga lebih murah berbanding Teksi dan mempunyai route perjalanan tertentu. Jika anda mengembara ke Turki dan ingin menaiki Dolmus, ditepi-tepi jalan boleh lihat papan tanda berwarna biru dan terdapat lambang D padanya dan tunggu di Dolmus Stop tersebut. Anda akan dapat lihat papan itu bertulis : Dolmus Indirme Bindirme Yeri = Dolmus Boarding And Alighting Place.

'Alah Bisa Tegal Biasa'


Fuh! Cuaca di Jordan semakin panas. Bahangnya sudah terasa walaupun di dalam rumah. Nak tidur pun payah. Nasibla kawan-kawan yang berjuang studi untuk summer sem nie (banyak pahala lagi dapat) sedang aku hanya menghitung hari untuk 'terbang' ke Malaysia..

Seminggu sudah berlalu, begitu cepat masa berlalu. Rasa macam baru sahaja pagi semalam bas berhenti di Dauriyaat Amman menurunkan kami peserta xpdc Turkey dari Mu'tah dan Amman. Ya Allah..Maha hebatnya kuasaMu. Manusia boleh terus menghitung hari, tetapi Kau jualah mengetahui hari-hari mendatang buat hambaMu.

Aku fikir setelah 3 episod aku mencoret kenangan di Turkey, sudah aku tinggalkan untuk menulis memorinya. Namun otak ini tetap mahukan kisah suka duka xpdc Turki terus di coret.

Pelbagai peristiwa telah berlangsung selama 10hari. Dalam 'drama' yang telah dimainkan itu juga terlalu banyak peristiwa yang masih segar dalam fikiranku. Gembira, sedih, lucu, serius dan macam-macam. Namun bagi aku adalah satu kepuasan dapat tiba di lokasi-lokasi sejarah yang menjadi bukti kekuasan kerajaan Islam terdahulu. Kekadang hati mahu menangis, jiwa mahu meronta. Kenapa semua itu aku tidak boleh lihat kini. Dan bila umat Islam akan melihat semula?. Islam kembali berkuasa..

Demi Nasi
Malam kedua di Istanbul, aku melalui persisiran laut Eminonue. Cukup letih badan aku malam itu disebabkan beban keja sepanjang empat hari sudah aku rasai. Hati aku mendesak supaya aku pergi juga ke Eminonue. Misi untuk aku mendapatkan nasi malam itu. Ya! Semua kawan-kawan boleh makan nasi malam itu.

10.10 malam. Semua kedai di Eminonue sudah tutup. Terdapat 2 buah kedai menjual Tos, Tavuk, Sosij yang masih buka. Aku hampa.

"Petang tadi dah ada nasik kat sini, nie dah tutup pula"..hati aku sikit mengeluh. Aku berpatah balik dari hujung penambang ke Kadakoy untuk kembali ke Tram.

Malam itu, malam rezeki untuk semua dapat makan nasi. Aku terpandang sebuah 'gerai' di tengah jalan dan orang itu menjual nasi. Terus aku ke situ dan mintak Ootozz 'adad. 30 bungkus. Punyalah payah mulanya untuk aku memahamkan bahawa yang aku mahukan 30 bungkus nasi. Peniaga itu faham, aku katakan harga 30 Lira. Mudah cerita, aku mintak pen, mintak kertas dan tulis 30 dan tunjuk pada arah nasi. Akhirnya faham juga dia.

..selepas 30 minit. Siaplah akhirnya dia bungkus nasi yang bercampur dengan kacang kuda dan sedikit isi ayam serta di'sedap'kan dengan aroma sos tomato. :P. Namun hanya ada 20 bungkus. Dalam hati aku cakap.."Alamak, mana nak cari nasi lagi memalam ni, takkan ada yang makan nasi, ada yang makan roti". Aku terdiam seketika waktu itu dan cakap lagi pada mamat tue.. Ootozz..York Yilmiz (bantai je cakap asal dia faham). Huhu..

Akhirnya si penjual tue suruh aku tunggu. Dia berjalan ke arah penambang Bosphorus dan 30 minit selepas itu dia datang bersama kawannya membawa 10 bungkus lagi.. Alhamdulillah..selesai masalah ketidakcukupan nasi pada asalnya malam itu. Aku membayar 60 YTL dan ambil keputusan naik Tram dari Sikerci bukan dari Eminonue untuk pulang ke hotel.

Aku melintas jejantas untuk ke Sikerci dan menunggu Tram di stesyen Sikerci. 15 minit baru Tram ada. Malam itu ntah kenapa aku ambil keputusan untuk turun di Gulhane bukan SultanAhmet untuk kembali ke hotel. Jadi memang di Gulhane lah aku berhenti. Jarak Gulhane ke hotel dan SultanAhmet ke hotel lebih kurang sama jarak. Tetapi dari Gulhane perlu mendaki kawasan berbukit (itu pada mulanya aku fikirkan)..alih2 Gulhane jauh dari hotel.. tak mengapalah.. aku terus dipaksa ber'senam' malam tue..tiba di hotel sudah lewat malam..sunyi sepi. Tidak seperti siang hari yang cukup bising dengan suara melayu.

Aku merenung bungkusan-bungkusan nasi malam tue bersama 30 botol air mineral dan hatiku terdetik berkata "Tido dah ke semua..dapat ke dorang makan nasi malam nie.." Adam, terima kasih tolong abg gmen sama-sama ke Eminonue malam tue. Sure menyesal ikutkan? haha

Se'gebu' Roti.
Roti-roti-roti..mungkin itulah barangkali 'kebarangkalian' perkataan yang sering diucapkan, diluahkan saban hari. Sedapnya makan roti..aku dah xlarat makan roti..aku dah tak lalu makan roti..aku bantai je sebab perut dah lapar..aku xkisah je makan roti tetiap ari..aku dan aku dan aku dan roti..

Tavuk Doner atau E.T Doner antara makanan popular di Turki.
Tavuk=ayam dan E.T=Daging

Lahmacun

Bestkan? Aku harap sangat mana yang tak berapa boleh makan roti dah makan nasi masa lunch..rindunya ngan roti-roti tuh. Ada yang 'rindu'? ke tak?


Yakin? Tak Yakin? atau Buat-Buat Yakin.
"Hadi mana?" aku bertanyakan kepada semua setelah mula-mula perasaan ketiadaan Hadi di Kabatas. Semua pandang satu sama lain. "Korang ni, member sendiri pun tak perasan ke?" Bani bersuara. Masing-masing mengimbas apa yang telah dilalui sebelum itu.

"Aku nampak Hadi atas Tram" berkata satu suara.

" Aaa..aku perasan macam dia ada" tambah lagi satu suara

"Aku rasa dia ada atas Tram, takut dia dok sorang kat gerabak lain kemudian tertido" tambah lagi..

"Aku yakin dia ada sekali kita sebab semua Jeton (Token) aku dah bagi. Tak ada kat tangan aku", kata aku.

Dia kemana? Cuba cari sekeliling atau di ke tandas stesyen Shell tue sambil mata aku pandang ke arah stesyen minyak berdekatan. (aku membeli Jeton untuk menaiki Tram sebanyak 28 keping sehari sebelum tue. Aku letakkan Jeton dalam sebuah plastik dan telah keluarkan semua dari plastik dan serahkan pada semua geng xpdc, xada dah baki kat tangan time tue- so, surela semua dapat)

"Jom cari dia" Amir mengajak. Aku dan Amir memulakan 'operasi' mencari Hadi yang ntah di mana. Mula-mula aku dan Amir meninjau kawasan perhentian terakhir Tram di Kabatas. Kami mencari di bahagian bawah tempat masuk untuk ke Metro, Funukuler dan Tram. Akhirnya hampa..tak jumpa juga Hadi. Aku ngan Amir buat keputusan untuk ke Eminonue untuk cari Hadi..sepanjang atas Tram dari Kabatas ke Eminonue melalui Findikli, Thopane dan Karakoy aku ngan Amir membuat kebarangkalian. Di mana Hadi ketika itu?

1. Dia tertido atas Tram di hentian terakhir Kabatas dan tidak turun. Kemudian Tram terus bergerak ke arah Zeytinburnu.

2. Dia tak naik Tram dan masih berlegar-legar di Eminonue

3. Dia dah turun di Kabatas tapi pergi ke lain

4. Dia tertinggal di Eminonue dan balik ke hotel

5. Dia dah beratur masa nak naik Tram di Eminonue tapi xsempat naik, pintu Tram dah tertutup sebab betul-betul crowd time tue.

6. Pada mulanya semua salah jalan naik tangga arah Tram nak ke Zeytinburnu..kemudian turun tangga semula dan naik tangga untuk menuju ke Kabatas..Time tue maybe Hadi tertinggal di sebelah sana.

-->> itulah kebarangkalian yang aku dan Amir dah buat. Kami tiba di Eminonue dan turun dari Tram. Kami pusing-pusing cari di perhentian Eminonue dan tunggu di situ dalam 10 minit. Kalau-kalau Hadi belum naik Tram atau Hadi terlajak ke lain dan kembali ke situ.

Akhirnya tak ada juga kami turun tangga untuk menuju ke Masjid Eminonue Yeni. Mungkin dia ada di sana kata aku dan Amir..dalam nak turun tue..aku terseluk poket seluar kargo pen aku dan terpegang sekeping benda bulat. Sah!..Itulah Jeton..memang sekeping Jeton telah tercicir dari plastiknya dan berada di dalam poket aku! Aduhh..careless..

Apapun petanda tue dah mudahkan aku dan Amir. Maknanya Hadi tak naik Tram sebab tak ada Jeton. Kami pun terus ke lokasi terakhir yang kami ziarah sebelum ke Kabatas iaitu Masjid Eminonue Yeni. Pusing cari dalam 30 minit cari..tak jumpa. Terus ke Eminonue..aku dan Amir berpecah cari Hadi..xjumpa juga. Dan akhirnya aku dan Amir lepak makan burger kat situ sampai mengandaikan pandangan awal kami sejak mula lagi iaitu HADI BALIK KE HOTEL SETELAH DITINGGALKAN..(Hadi tak ada handset dan memang tak dapatlah nak mesej tanya di mana dia berada).

Kami amik keputusan balik ke hotel selepas selesai makan burger di Eminonue..dalam dok jalan ngan Amir mencari Hadi, banyakla dok sembang pasai peribadi dan keluarga. Rupanya Amir pernah tinggal lama kat Kedah..apa lagi. lepaih tue dok pederas cakap kedahla.. aku pun orang utagha..dok parit buntaq, perak..tapi area kawasan aku tue habis semuala dok cakap kedah. mak aku pun asai orang kedah..sedara mara dok belambak la belah kedah sana..(huhu saja buat pelat kedah..sori noo)..

Then, aku ngan amir pun buat keputusan balik ke SultanAhmet dan bantai aiskrim Cornetto dulu kat situ sambil tunggu geng xpdc yang lain tiba dari Kabatas..(masa aku dan amir cari hadi peserta lain ziarah istana dolmabahce).

Dalam perjalanan nak balik ke hotel, time akhwat2 dok berhenti shopping belakang Hagya Sofia, Amir dapat mesej dari ustaz ismat irbid yang hadi ada kat hotel. Hadi online internet kat hotel dan kebetulan YM ngan Ismat dan mintak Ismat mesej ke hp geng xpdc lain yang dia sudah ada di hotel.. aku lega!..alhamdulillah. HADI.. TQ COZ BUAT KEPUTUSAN YANG AMAT BIJAK.

Thursday, June 21, 2007

Nikmat Mengembara


Tangan aku terpusing-pusing dengan pelbagai gaya, membuat bahasa isyarat. Sambil itu juga jari aku menunjukkan tasbih di tangan seorang lelaki tua di perhentian bas berhadapan Otogar Samsun.

Aku membuat gaya tangan untuk memahamkan dia yang aku ingin tahu, di mana dia beli dan berapa harga dia beli tasbih tersebut..'Berpeluh' jugalah untuk aku mendapatkan jawapan yang aku mahu.. dengan terhangguk-hangguk kepala, orang tua tue menjawab.. Elli Lira. Aku mendapat jawapan pertama yang aku mahu..50 Lira harga Tasbih tue..

Aku terus mengayakan tangan sambil menggelengkan kepala untuk maksud aku bertanya di mana dia beli. Orang tua tue pun kembali terhangguk-hangguk menjawab.."Erzurum". Ya..itulah jawapan yang aku mahu. Tasbih itu dibeli di Erzurum


Pagi itu aku berkenalan dengan Haji Nazim. Beliau anak jati YesilKent, satu daerah bergunung kehijauan di Samsun. Sejam juga aku menunggu bas di situ sambil dilayan oleh Haji Nazim. Pada awalnya dia yang terhangguk-hangguk, tapi di akhir-akhir pertemuan, aku pula yang terhangguk-hangguk buat tanda faham apa yang dia cakap..apa idaknya..dia dok bantai cakap Turki sahaja. Adalah sikit-sikit aku faham. Tapi nak jawab semua pertanyaan dia, memang tak dapatlah.

8:02 pagi, bas awam Samsun tiba dihadapan perhentian tersebut. Aku bersalaman dengan Haji Nazim dan memberitahunya aku mahu ke Sehir Merkezi Samsun. Dia terhangguk-hangguk kembali, menamatkan perbualan kami.


Cukup indah YesilKent. Kawasan perkampungan sekelilingnya cukup membuatkan aku terpegun dengan kuasa ciptaan Allah. YesilKent merupakan kawasan countryside di mana terletaknya Otogar bandar Samsun.

Perjalanan dari Otogar ke Sehir Merkezi (Pusat Bandar) Samsun sejauh 15km. Di dalam perjalanan aku tersenyum sendirian mengenangkan pertemuan aku dengan Haji Nazim. Dalam hati aku bercakap "Inilah kuasa Allah..berapa juta bahasalah manusia kat dunia ni bertutur..akhirnya bahasa isyarat juga dapat memahami antara satu sama lain.

Istimewanya mereka yang bisu dan pekak dapat berkomunikasi dengan mudah sesama mereka di merata-rata dunia. Setiap kejadian Allah sudah pasti ada kelebihannya.."

Sepanjang perjalanan ingatan aku masih mengingati bentuk tasbih yang dipegang oleh Haji Nazim. Ia adalah tasbih kokka 'kelas pertama' yang kalau di Malaysia sudah beribu ringgit di jual. Kayu Kokka tersebut cukup hitam yang pada pengetahuan aku, ia adalah sejenis kayu kokka yang tua.

Aku tersenyum sendirian sambil mengenangkan 'penggila-penggila' kayu kokka yang sanggup menghabiskan banyak duit untuk kayu tersebut. Aku memang mempelekeh golongan yang mempercayai benda karut ini. Sebab aku salah sorang yang menentang 'pejuang-pejuang' kayu niehh. Kalau penggila kayu kokka ni tahu mahu dikirimnya duit suruh aku ke Erzurum membeli kokka tue tuh". Aku adalah penentang kepercayaan karut mengenai kayu kokka.! Janganlah sebut sangat pasai kokka ngan aku..


1 Minit sahaja keputusan aku nak ke Samsun.
Mengimbas cerita hari sebelumnya, aku berada di Ankara, ibu kota Turki. Ketika itu aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke Adana. Namun entah kenapa jiwaku cukup memujuk pada ketika itu untuk terus mengembara ke tempat lain.

Sekejap sahaja tanpa fikir panjang aku membuat keputusan untuk ke Samsun sebuah bandar yang terletak di persisiran Laut Hitam..dalam hati kuat mahukan aku ke sana..tujuan aku yang pasti, ingin sampai ke Samsun dan melihat kesan tinggalan sejarah Islam di Samsun.

Sepanjang beberapa siri pengembaraan aku ke Turki, aku belum pernah menjejaki bandar di persisiran Laut Hitam dan kali ini aku perlu pergi untuk melihat kesan tinggalan Islam yang ada. Dan ini salah satu sebab juga aku memilih Samsun sebagai lokasi kunjungan seterusnya dan akhirnya malam tersebut aku tidak ke Adana dan aku memilih bas ke Samsun dari Otogar Ankara..tiket bas berharga 25 YTL.


Kesan awal buat keputusan tanpa mengkaji dahulu dan tak fikir panjang.
Bas bergerak jam 12.00 malam dari Otogar Ankara. Apabila mula duduk di kerusi bas, aku pun mulalah membuka buku lonely planet guide- Turkey untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bandar Samsun..setelah selesai membaca mulai mukasurat 515 hingga 516 ianya cukupla mengecewakan aku dalam hati "2 helai sahaja?" dan apa yang diterangkan di dalam buku tersebut membayangkan Samsun bukanlah bandar yang dipenuhi kesan sejarah seperti yang aku idam-idamkan..apa yang tercacat di dalam buku tersebut hanyalah menyatakan bahawa Samsun merupakan bandar terbesar di persisiran Laut Hitam, punyai 364,000 ribu penduduk.

Kemudian menyatakan lokasi yang boleh dilawati hanya Muzium Arkeologi Samsun dan Attaturk Museum. Dan di akhirnya dinyatakan hotel untuk penginapan dan restoren untuk melantak serta jadual bas dari bandar-bandar utama ke Samsun.

Dalam hati menyesal juga tak baca dari awal buku tue Aku terus membayangkan keboringan yang bakal aku hadapi esok paginya.. namun hatiku tetap dipujuk oleh semangat aku yang ingin juga mengembara di Samsun. Pasti ada suatu yang menarik yang boleh aku kutip.. tidaklah semata-mata mengikut apa yang telah 'diguidekan' di dalam buku lonely planet guide Turkey tersebut..


Niat
Mungkin itulah nikmat yang Allah berikan kepada aku sejak dibangku sekolah lagi. Aku minat mengembara dan ingin mengetahui suatu yang baru. Terutamanya mengenai sejarah. Aku cukup minat sejarah dan aku 'score' subjek ni dibangku sekolah. Bahkan aku pernah ingat ketika di tingkatan satu pernah cikgu minta isi buku laporan peribadi dan keputusan peperiksaan. Dan di bahagian cita-cita aku menulis yang aku ingin menjadi AHLI ARKEOLOGI.

Bila dah meningkat umur dan tengok balik buku laporan tue..aku macam tak percaya..betulkah aku yang tulis cita-cita aku tue..setahu aku, aku asyik-asyik nak jadi peguam. Aku mula terfikir. Mungkin itulah yang aku tulis lahir dari jiwa ku yang sebenar..Mengembara cukuplah menenangkan aku. Ada sesetengah mereka yang mengembara perlukan dengan set yang lengkap. Ada video camera, Ada digital camera, Ada kelengkapan cukup seorang pengembara. Namun bagi aku, semua tu adalah keperluan sampingan.

Cukuplah sebatang pen, sebuah buku sebagai bekalan aku..biar kaki aku yang melangkah dapat mengutip dan menulis maklumat-maklumat sejarah yang ada..biar ia sebagai fokus utama. Dan alhamdulillah, niat yang aku pasang sebegitu..sebegitulah Allah berikan..satu perkara yang menjadi fokus, sudah pasti akan 'lekat' di otak selama-lamanya (antara motivasi diri aku) - Walaupun agak kecewa tidak dapat merakamkan kenangan melalui foto.


Tiba di bandar Samsun dari Yesilkent.
Apapun yang mengecewakan ia tetap terhasil dari keputusan sendirian yang aku buat. So, aku bukan kecewakan orang lain. Tapi kecewakan diri sendiri, jadi bukanlah hal yang payah untuk mengubat kecewa yang dihasilkan oleh diri sendiri.

Aku yakinkan diri, sukakan diri aku untuk mengembara di bandar Samsun pagi itu dah kira mengubat kekecewaan yang hanya seketika..Ketika bas mula memasuki bandar Samsun, mata aku terus tertumpu di kiri kanan jalan.. semuanya bangunan-bangunan baru, kedai-kedai moden. Macam tak nampak satu pun bangunan lama yang dinilai sebagai tinggalan sejarah.

Setelah itu bas lalu di sebuah masjid dan aku lihat tertulis padanya Gubruz Camii 1995. Ia bukan masjid yang aku ingin jejaki dan aku meneruskan perjalanan. Dalam hati aku berkata "Harap-haraplah ada tempat yang membolehkan aku menekan loceng bas untuk turun" dengan maksud hatiku lokasi yang ada tinggalan sejarah.

Bas terus bergerak dan meninggalkan pusat bandar Samsun dan menuju ke jalan bersebelahan berdekatan Laut Hitam (Jiwaku sudah cukup seronok kerana dapat sampai di pesisiran Laut Hitam)..mata aku terus tertumpu di kiri kanan jalan. Ada signboard jalan menunjukan arah ke Karadiniz (Laut Hitam), SahilYolu, Hayravet Bahceci.

Aku pun tak tahu ianya menuju ke mana..kemudian aku terperasan signboard tertulis Attaturk Museum. Lokasi tue ada dinyatakan dalam lonely planet guide..tapi ia bukanlah tempat yang 'menaikkan nafsu' aku untuk aku lawati. Selepas 1 km..mata aku tertumpu di sebelah kiri jalan dengan suasana pekan agak lama..aku lihat adanya masjid-masjid lama, bangunan-bangunan lama seperti binaan Uthmaniah. Tanpa fikir panjang tangan aku terus menekan loceng bas..aku turun disitu.


Ilkadim, Samsun.
Aku turun di ILKADIM..aku merasakan satu kegembiraan dalam hati setelah turun dari bas dan melihat di hadapan mataku sebuah masjid lama. Dan kelihatan berdekatan dengannya beberapa lagi tiang menara masjid yang aku sudah pasti dengan penglihatanku ianya dibina ketika zaman Uthamaniah.

Aku pun mula berjalan di sekitar pekan tersebut dan hasilnya cukuplah membuatkan aku puas. Banyak kesan-kesan sejarah Islam dapat dilihat di ILKADIM. Masjid-masjid binaan zaman Turki Uthmaniah, Bangunan-bangunan berusia antara 200-300 tahun dan sebuah menara jam berusia lebih 100 tahun.. aku mencatat maklumat dari lokasi-lokasi yang aku kunjungi dan melakarkan peta kecil sebagai ingatan aku dan maklumat tambahan untuk kawan-kawan yang ingin mengembara ke Samsun satu hari nanti..(Peta di atas)


Pemandangan bandar Samsun dan Laut Hitam
(gambar aku copy dari www.Ilkadim.bel.tr)


Tinggalan Sejarah di Ilkadim, Samsun.
Antara kesan-kesan sejarah yang telah aku temui di Samsun (tanpa mengambil maklumat dari buku-buku, internet, maklumat penduduk tempatan) ialah seperti berikut :

1. Masjid Yali yang dibina pada tahun 712 Hijrah bersamaan 1312 masihi oleh Yilinda Mehmet Sadik bin Abdullah.

2. Masjid Medrese (Medrese Camii Serefi) yang dibina pada tahun 1113 Hijrah

3. Sifa Hamami yang terletak bersebelahan Medrese Camii merupakan Hamam lama di bina ketika era kerajaan Turki Uthmaniah

4. Samsun Saat Kulesi Tarihcesi (Menara Jam Lama Samsun) yang dibina antara tahun 1886-1887 ketika era Sultan Abdul Hamid II. Arkitek yang bertanggungjawab membina menara tersebut ialah Mimar Fransiz.

5. Pazar Camii Serifi yang dibina pada tahun 1380 Miladi.

6. Markez Buyuk Camii yang dibina pada tahun 1300 hijrah.

7. Bangunan Samsun Buyuksehir Belediyesi. Pada ruang atas pintu masuk ke bangunan ini masih terdapat kesan jata kerajaan Turki Uthmaniah yang diukir pada batu. Kini, bangun tersebut sudah dijadikan pejabat kerajaan.

Setelah puas mendapat maklumat dan berkunjung ke lokasi tersebut aku berehat untuk mengambil sarapan pagi (terlalu excited sampai xrasa lapar. Dah selesai jalan baru rasa nak sarapan). Jam pada ketika itu menunjukkan 10.30 pagi..Aku sarapan di Bafra Tandin Kebab Solunu berhadapan dengan Menara Jam Lama Samsun.

Sarapan aku pagi tue Sup Ayam dan Roti..sambil makan aku merenung lonely planet guide di atas meja lalu hati aku berkata "Belum cukup apa yang ada dalam buku ni, sudah pasti jutaan kesan sejarah Islam masih belum tercatat dalam buku ni"


Nilai sebuah Ukhuwwah

Kenangan bersama keluarga Bayt Dimasyq
Dari kiri Zarir (Angah), Hafizuddin, Syaheed, Zaim, Said, Khairul,
Habidin, Mahadi, Adzhar, Shahril, Hazimin (tiada dalam gambar Abd Syahid dan Adi)

29 April 2006 hari yang cukup meletihkan. Pada hari tersebut aku bersama 8 sahabat lain terpaksa menyelesaikan misi berpindah ke rumah baru dari rumah yang kami sewa di tengah-tengah pekan Mu'tah ke sebuah kawasan 'terpencil' di Mu'tah yang dikenali dengan Hayyu Sweih.

Kami terpaksa berpindah dari rumah lama disebabkan tuan rumah lama iaitu Abu Khaldun ingin menaikkan sewa rumah dan meminta kami menanggung kos keseluruhan menyedut air kumbahan oleh 'lori penyedut'.

Setiap bulan hampir 3 kali tangki air kumbahan terpaksa disedut supaya tidak melimpah keluar dari tangki kumbahan bawah tanah. Kos setiap bulan untuk bayar masalah kumbahan ini sahaja mencecah JD100 (RM 530 pada ketika itu. Separuh kos ditanggung oleh tuan rumah dan kami hanya membayar separuh harga sahaja (itupun dah membebankan). Akhirnya, tuan rumah pun maybe tak sanggup nak tanggung separuh harga yang dia kena bayar, dia pun mintak kami bayar penuh pula. Jadi kami pun tak sangguplah nak menanggung beban yang disebabkan masalah 'najis' tue. Kami pun berpakatlah untuk berpindah.

Proses mencari rumah baru memakan masa 3-4 hari juga dan akhirnya kami memilih untuk menetap jauh sikit dari pekan Mu'tah. Iaitu di sebuah rumah 'banglo buruk' berkembar. Setiap rumah mempunyai 3 bilik, 1 ruang tamu, 1 bilik air dan 1 dapur.

Rumah tersebut kami satukan menjadi sebuah rumah dengan hanya membuka satu pintu sahaja untuk masuk iaitu rumah di sebelah kiri. Jadi rumah kami mempunyai 6 buah bilik, 2 ruang tamu, 2 dapur dan 2 tandas. Satu ruang tamu dijadikan bilik dan satu dapur turut dijadikan bilik. Akhirnya mudahlah untuk kami membahagikan bilik untuk 9 orang ahli rumah! Sejak aku menetap di Mu'tah sejak tahun 2000. Inilah kali pertama aku lihat satu rumah yang penghuninya seramai 9 orang...

Di rumah lama Abu Khaldun kami tinggal di tiga rumah yang berbeza tetapi berjiran. Dan ketiga-tiga rumah ini berkongsi satu tangki kumbahan air. Walaupun tinggal di rumah berlainan tetapi kami cukup rapat kerana boleh kata saban hari semua melepak di rumah aku untuk menonton tv.

Dengar cerita nak pindah, sedih jugaklah selepas tue kena tinggal jauh antara rumah ke satu rumah yang lain. Akhirnya kami pakat untuk cari rumah berkembar atau rumah atas dan bawah untuk tinggal bersama. Akhirnya dapatlah rumah yang kami idam-idamkan tetapi jauh pulak rumah-rumah pelajar yang lain..


Beginilah keadaan rumah yang aku pernah duduk di Hayyu Sweih, Mu'tah.
Jauh dari pekan Mu'tah tapi dekat dengan universiti. Rumah ini terletak ditengah-tengah ladang gandum
dan kawasan ini menghijau ketika musim bunga.Ketika musim sejuk
rumah ini tak ubah macam peti sejuk.

Penghuni Bayt Dimasyq Mei 2006-Mac 2007
Mei 2006. Bermulalah kisah hidup di rumah baru berpenghuni 9 orang..(Aku, Angah, Bidin, Judin, Said, Mahadi, Adzhar, Kemar, Kerol)- Kami menamakan rumah yang kami huni dengan nama Bayt Dimasyq..(ada kisahnya kami namakan bayt ni dengan nama sedemikian)..

Minggu-minggu awal menetap di Bayt Dimasyq sudah ramai pelajar-pelajar Mu'tah 'menjaja' mulut.. Ada yang kata kami pimpinan persatuan lari tinggal jauh, tak sanggup dah nak layan masalah (sedar pulak dorang ni selalu buat masalah).- Ketika itu aku diamanahkan jawatan Presiden PERMATA, Kerol Timbalan, Bidin Setiausaha, Judin Penasihat. Apapun orang kata biarlah. Mungkin mereka melawak dan mungkin benar isi hati mereka.

Sepanjang 4 bulan musim panas 2006 kami hidup selesa di Bayt Dimasyq walaupun terpaksa berhadapan dengan masalah air dan melayan karenah tuan rumah yang membengangkan.

September 2006..
Kedatangan pelajar baru ke Mu'tah telah menjadikan Bayt Dimasyq menjadi keluarga yang lebih besar. 4 orang pelajar baru telah berminat untuk tinggal bersama kami di Bayt Dimasyq. Ketika ini pun banyak juga mulut berbunyi. Bercakap 'tanpa henti' mengatakan kami yang inginkan pelajar-pelajar baru untuk tinggal bersama. Sedangkan semuanya adalah kehendak mereka sendiri. Tanpa disuruh. Tanpa dipaksa (kita bukan budak-budak lagi nak disuruh-suruh dan dipaksa-paksa).

Maybe ada yang terasa hati atau sakit hati sebab rumah-rumah mereka tidak menjadi pilihan pelajar-pelajar baru ni menetap. Akhirnya Allah dah tentukan Bayt Dimasyq dihuni oleh 12 orang pelajar (sepatutnya 13 orang. Tapi Kemar dah grad time summer tue).

Bermulalah episod yang cukup ceria di Bayt Dimasyq. Mereka yang baru masuk ialah Syaheed, Shahid, Zaim dan Shahril. Ahli rumah seramai 12. Satu rekod dicipta di Mu'tah. Sehingga ada pula yang memberi nama baru kepada rumah aku iaitu Sakan Dimasyq (Asrama Dimasyq).

29 Januari 2007- 9.00 malam
Bayt Dimasyq menerima seorang lagi ahli baru... melengkapkan keluarga menjadi 13 orang. Adi Amzar seorang pelajar yang suka 'ghenyeh' berasal dari Ipoh, Perak. Adi merupakan kawan Adzhar sejak sekolah menengah di Malaysia.

Adi Amzar kini menuntut di tahun pertama
Fakulti Sastera Jabatan Bahasa & Kesusasteraan Arab
Universiti Mu'tah

Mac 2007
Keluarga Bayt Dimasyq berkurang menjadi 10 orang.. Zaim berpindah rumah, Kerol menamatkan pengajian dan berhijrah ke Syria dan aku pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian di Universiti Mu'tah. Ketika aku berada di Malaysia seorang lagi ahli Bayt Dimasyq telah berpindah iaitu Abd Syahid. Dia 'udah' menukar haluan tinggal bersama pelajar dari negara jiran Malaysia.

Ukhuwwah yang telah terjalin.
Cukup banyak kenangan aku bersama sahabat-sahabat di Bayt Dimasyq. Aku menghormati semua sebagai kawan yang cukup memahami kawan masing-masing walaupun kekadang ada terleka memahami rasa tanggungjawab tersebut.

Perkara yang paling aku gembira ketika bersama mereka ialah ketika dapat makan beramai-ramai ketika Dinner. Time berkumpul macamtue cukup banyaklah cerita-cerita yang keluar, ada yang kelakar dan tak kurang bercerita serius.

Semasa di Bayt Dimasyq dulu, aku sentiasa menunggu giliran Hafizuddin masak. Sebab masakan dia memang best..1st class. (Dulu kami masak ikut giliran, bukan ikut hari. Aku ingat lagi giliran pertama ketika itu Mahadi dan giliran terakhir Hafizuddin. Aku kena giliran ke-9 ketika Bayt Dimasyq berpenghuni 12 orang).

Ketika waktu sibuk, semua tak dapat berkumpul masing-masing makan sorang, aku rasa tak best sangat. Cuma yang aku respect dan puji, tukang masak aritue akan ingat kawan-kawan yang belum makan dan simpan lauk (kalau tak simpan, nanti habis kena bantai). Namun dalam pada tue ada juga 'kaki kebas'..xtaulah sapa punya keja.

Aku masih ingat antara bulan Jun ke Ogos bayt Dimasyq mengalami masalah air yang kritikal. Dua bulan air tak naik menyebabkan kami terpaksa mebeli air seminggu sekali.

Memang pelik. Semua rumah di Mu'tah pasti akan menerima air ke tangki rumah masing-masing pada hari rabu atau khamis. Selewatnya pun pada pagi hari Jumaat, tetapi rumah aku air tak naik-naik juga. Akhirnya pada suatu petang dalam bulan Ogos, Habidin telah mengadakan 'pemeriksaan' pada paip air di luar rumah (beliau selaku orang yang cukup mahir dalam bab-bab nih)

Akhirnya terbocorlah satu rahsia selama 2 bulan kami dipermainkan. Rupanya paip air rumah kami yang bersambung ke tangki air telah disumbat oleh jiran sebelah (jahanam punya arab). Tujuan dia sumbat tue sudah pastilah untuk melajukan lagi air masuk ke tangki rumahnya setiap kali 'musim' air dilepaskan oleh JBA Jordan

Mangsanya kami. Terpaksa membeli air setiap minggu selama hampir 2 bulan. Waktu sebegini aku respect kat semua kawan-kawan. Tahu nak jimat air, kalau nak membasuh baju akan tengok air di tangki. Jika berkurang, basuh lain kali. Kalau basuh juga nanti air habis dan kawan-kawan lain dapat susah! Tapi ada juga yang basuh.

Apapun, kenangan hidup bersama kawan-kawan di Bayt Dimasyq banyak memberikan keceriaan pada aku. Tidak banyak masalah sangat yang timbul. Tambahan aku menetap di Bayt Dimasyq sehingga akhir semester aku di Universiti Mu'tah

" Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang menyayangi" - Saidina Ali