Tenang. Satu perkampungan kecil yang sunyi dari kebisingan bandar. Paling hampir dengannya, pusat bandar Malatya yang agak sibuk. Sungguh berbeza dengan ketenangan di kampung tersebut.
Battalgazi. Itulah nama sebuah kampung yang terletak 11 km dari pusat bandar Malatya. Sebuah bandar di daerah Timur negara Turki. Battalgazi dikenali juga dengan Old Malatya yang menempatkan banyak kesan sejarah silam terutama dari senibina kerajaan Islam.
Pagi itu cuaca agak panas ketika aku tiba di Malatya. Aku mengambil keputusan untuk ke BattalGazi setelah mendapat maklumat dari penduduk tempatan bahawa BattalGazi meninggalkan banyak kesan sejarah Malatya kerana di kawasan tersebut merupakan kawasan yang telah lama dihuni berbanding kawasan lain di Malatya.
BattalGazi bukan sekadar meninggalkan kesan tinggalan kerajaan Islam bahkan kesan kerajaan Rum. Jelasnya, Rum telah terdahulu membuka kawasan ini dengan bukti kesan tinggalan kota berdinding yang telah mereka bina. Terdapat 95 menara kecil mengelilingi Battalgazi atau kawasan yang dikenali Aslantepe.
Namun, kuasa besar itu telah ditumpaskan oleh kekuatan Islam dan bermulalah era pemerintahan Islam di BattalGazi dengan beberapa tinggalan binaan dapat dilihat hingga kini di BattalGazi.
Aku tiba di BattalGazi pada jam 9.30 pagi setelah bersusah payah berjalan di bandar Malatya mencari bas untuk ke BattalGazi. Setelah mendapat pertolongan dari 3 orang Turki, aku berjalan ke jalan utama di Malatya dan akhirnya aku sampai di perhentian bas ke BattalGazi. Alhamdulillah, permulaan kembara yang sedikit meletihkan pagi itu diubati setelah aku selamat tiba di BattalGazi.
Aku memasuki kawasan perkampungan yang penuh dengan ladang aprikot. (Malatya terkenal sebagai bandar kayisi Turki atau bandar Aprikot di Turki). Sungguh menakjubkan pemandangan di perkampungan tersebut. Tanah yang menghijau, udara yang sudah mulai nyaman, amat menenangkan keadaan ketika itu. Tidak lagi panas
Aku menjejaki lokasi pertama di BattalGazi iaitu di Kerahan Mosque. Masjid ini telah dibina oleh Malatya Miralar- Husrev Bey pada tahun 1538. Kawasan hadapan masjid telah ditambah binaannya ketika di akhir era pemerintahan kerajaan Turki Uthamaniah iaitu sekitar 1900-an. Aku tidak dapat masuk ke ruang dalam masjid untuk melihat keunikan ukiran era 1500-an kerana masjid berkunci. Aku sekadar melihat kesan binaannya dari bahagian yang ditambah dan berehat di ruang tersebut (agak letih pagi tersebut disebabkan aku tidak cukup tidur.
Bertolak dari Sivas jam 3.14 pagi dan tiba di Malatya jam 7.20 pagi. Aku terlelap seketika di Kerahan Mosque dalam 30 minit dan aku bangun untuk meneruskan misi aku pada hari itu. Aku berjalan kaki di perkampungan tersebut dan berhenti di sebuah binaan lama dan di bahagian tepinya ada papan tanda bertulis :
Vault Of Sitti Zaynep It is placed of at Kerahan Quarters and Owned to 13 Century. It has built with Cutting Stone. It has octagon plan. There is no inscription.
Pintu makam tersebut tertutup. Aku menjenguk bahagian dalamnya melalui cermin tingkap di bahagian hadapan makam. Aku lihat ada binaan kubur di dalamnya. Siapakah Siti Zainab yang dimaksudkan? Tiada inskripsi yang boleh dibuktikan bahawa asal binaan ini adalah makam dan aku tidak pula mendapatkan maklumat secara lisan berkenaan sejarah binaan tersebut dari penduduk tempatan.
30 minit aku memerhati keadaan binaan tersebut dan aku teruskan perjalanan. Kira-kira 500 meter dari Vault Of Sitti Zaynep terdapat sebuah binaan yang dikenali sebagai white minaret. Binaan tersebut telah diubahsuai seperti kelihatan ia bukanlah satu binaan yang lama. (orang yang menjalankan kerja-kerja memelihara dan memulihara tidak mahir untuk mengekalkan keadaan asalnya). Namun, kesan sejarah yang penting masih kekal di White Minaret ialah satu inskripsi berukir pada batu terdapat di bahagian atas pintu masuk. Sukar untuk aku fahami tulisan inskripsi tersebut.
Aku meneruskan perjalanan pagi tersebut ke satu binaan paling utama yang harus aku kunjungi pada hari tersebut iaitu Ulu Camii BattalGazi (Great Mosque).
Terletak berhampiran simpang masuk utama ke perkampungan BattalGazi (berhampiran Jalan Osman Ates) Masjid ini merupakan masjid utama di BattalGazi satu ketika dahulu. Menara masjid ini telah runtuh dan beberapa proses pemuliharaan sedang dijalankan.
Masjid ini dibina ketika pemerintahan Seljuq oleh Sultan Alaettin Keykubad I. Penggunaan brick (batu-bata) digunakan di masjid ini. Penggunaan brick telah digunakan sejak zaman kerajaan Umayyah. Ia membezakan senibina kerajaan Islam dengan kerajaan sebelumnya yang rata-ratanya menggunakan batuan berbongkah besar dalam pembinaan.
Kesan dinding-dinding lama di BattalGazi dari era Rum masih dapat dilihat di sekitar kampung namun ada yang telah runtuh di makan zaman.
Aku bergerak dari BattalGazi setelah 3 jam berada disitu. Dari Battalgazi terus ke Malatya melalui Haninimcifligi dan bergerak ke Ortogar Malatya untuk meneruskan misi kembara ilmiah aku ke Elazig.

8 komen:
untung nye dapat ke ulu camii...dapat tgk kesan2 binaan sejarah lame...saya dapat poskad ulu camii pun jadi la wat kenangan... :)
To- guli guling
:) mmg seronok dpt ziarah masjid2 lama di Turki. Erm..aritue sy hadiahkan guli guling poskad ulu camii antakya. :) setiap tempat diturki ada ulu camii. (ulu bermaksud great dan camii bermaksud masjid) so, maksudnya masjid utama atau masjid besar di setiap satu kawasan.. nnt ada rezki bleh guli guling g ziarah sana..tgk gmbo dulu mula2..:P
memule tak tau ulu camii tu pe...ingatkan salah satu name2 tempat...tapi dah ce cite dalam tinggalan seljuq tu baru la tau maksud nye...syukran2..kalo tak pai ke tua la tak tau heheh :) nnt anto le gambo2 leh tgk...leh gak ajak abg kakak n adik2 jalan same...:p
eh...mak ayah pecite...lupe lak nak ajak jalan sx hahahaha...sesuke ati nak ajak abg kakak n adik2 mak ayah tinggal... :p pape pn tq sx lagi,de rezki ktorng sampai le kat sane...takde rezki tgk msjid besar kat mesia je la...hehehe
To,
guli guling,
no problem..leh ajak sesemua..gmbo nnt2 leh tgk..:)
askm
Cmne nk belajo bahasa turki, lagu Didou nana ni maksud apa...leh bagi translation
Akak ygk komen lagu2 tu, tapi seme bahasa turki, tak faham
akak tgk komen lagu tu, tapi dok faham
waalaikumussalam
suweileh family
salam.hehe sy sendiri pun xtahu apa maksud lagu tue. Just masukkan dalam blog ni sbb kaitan dgn entry malay & turkish tue :). sy blaja bahasa turki yg basic je. tgk kaedah dalam lonely planet guide dan beli satu kamus kecil BI-Turkey Turkey BI utk hafal vocab.. nnt sy try cari lirik lagu ni beserta terjemahannya..
Post a Comment