Sebahagian koleksi NGM yang ada (yang warna kuning tue).
Gambar ini di ambil pada tahun 2005 di dalam bilik aku di Dar Qutnie, Mu'tah
Gambar ini di ambil pada tahun 2005 di dalam bilik aku di Dar Qutnie, Mu'tah
Suatu petang dalam bulan Jun 2001 aku telah berjalan seorang diri di Shariq Sagaaf Sil, Wasaatul Balad bandar Amman, ibu negara Jordan. Ketika itu aku berjalan dari Raghdan menuju ke kedai Abu Musa di hujung jalan tersebut.
Petang itu mencatat sejarah perkenalan sulung aku dengan Bahzad yang lebih mesra dipanggil Abu Marwan, pemilik kedai buku terpakai. Aku berhenti di kedainya yang terletak berhampiran sebuah gereja lama di jalan tersebut.
Sesahihnya hobi aku adalah membaca dan apabila tiba di kedai tersebut datang satu keseronokkan yang mendalam. Memang puas hati berada di kedai sebegitu mencari buku-buku terpakai yang banyak di antaranya masih berada dalam kondisi yang baik.
Terdapat banyak majalah-majalah, buku-buku terpakai dari pelbagai fiksyen seperti komputer, medik, akaun, politik dan pelbagai lagi. Tetapi yang menarik minat aku hanya pada buku-buku sejarah dan buku-buku pelancongan (travel guide dsb).
Ketika aku membelek-belek buku di kedai tersebut aku ternampak satu magazine yang berwarna kuning bingkainya. Itulah majalah bulanan National Geographic Society. Apa yang menarik ketika itu, tertulis di penjuru kanan atas majalah tersebut ialah JUN 2001. Ia merupakan keluaran bulan tersebut dan telah di'lelong' di kedai Abu Marwan menjadi buku terpakai.
"Berapa harga ini Abu Marwan?" aku bertanya kepada Bahzad.
"Nusf Dinar" dia menjawab.
Wah! Murah gila. Setengah Dinar sahaja. Aku terus membayar harga majalah tersebut dan mengucapkan salam pada Abu Marwan lalu beredar.
Itulah majalah pertama National Geographic yang menjadi milikku. Sejak aku kecil, aku cukup meminati rancangan TV National Geographic. Waktu itu mana ada astro lagi. Yang aku ingat, setiap hari Isnin jam 9.00 malam akan ditunjukkan rancangan tersebut di TV3. Aku terus meminati rancangan-rancangannya sehinggalah kini.
Pertama kali aku memiliki majalah National Geographic tersebut. Sangatlah gembira rasa hati. Dalam perjalanan pulang ke Mu'tah 3,4 kali aku membelek majalah tersebut. Perasaan aku begitu seronok. (macam dapat seketul emas).
Mana tidaknya, di Malaysia aku tinggal di luar bandar, magazine seperti itu sukar berada di pasaran pustaka kecil. Tambahan pulak 'industri' majalah di Malaysia tertumpu kepada banyak hiburan yang 'membodohkan' otak remaja.
Aku sendiri semasa di alam sekolah menengah rajin membaca majalah-majalah sebegitu. Memang amat merugikan. Otak pun menjadi bodoh menerima info-info hiburan saja. Tidak ada satu pun yang boleh dibanggakan. Tambahan dulu di awal 90-an terkenal dengan komik-komik kartun? Melayan komik semasa sekolah menengah.. Amat-amat tidak menguntungkan. Majalah seperti National Geographic Magazine (NGM) ini tidak meluas di pasaran Malaysia.
Masa terus berlalu, aku melalui tahun 2001 tanpa seorang senior yang begitu rapat dengan aku. Ustaz Imran. Dia menamatkan pengajian dan kembali ke Malaysia pada Julai 2001. Oktober 2001 aku pergi semula ke kedai Abu Marwan setelah hampir 3 bulan tidak ke situ.
Abu Marwan masih mengingati aku. Apabila aku tiba di kedai tersebut aku terus ternampak satu longgokan majalah National Geographic disitu (terpakai). Seingat aku ketika aku membayar harga NGM kepada Abu Marwan sebanyak JD17. Maknanya aku telah membeli 34 buah National Geographic sekaligus petang tersebut. Aku 'Mengendong' pulang ke Mu'tah. Tiba sahaja di Mu'tah aku terus mengunci bilik dan membelek majalah yang telah aku beli petang tersebut.
Rata-ratanya adalah keluaran NGM awal 80-an. Aku membaca artikel-artikel yang aku minat sahaja. Berkaitan arkeologi, lokasi sejarah, paleontologi, dinosour, isu semasa pada setiap bulan tersebut. Mana-mana artikel berkaitan dengan sains kurang menarik perhatianku untuk membaca. Hanya tengok gambar sahaja.
Antara fatrah 2002 hingga akhir 2003 aku telah mempunyai hampir 90 buah koleksi majalah National Geographic. Aku telah membelinya secara beransur-ansur dalam tempoh tersebut. Apabila turun ke Amman, menjadi kewajipan aku ke kedai Abu Marwan untuk mencari buku tersebut. Bukan tentu ianya ada. Banyak kali juga bila tiba di kedai Abu Marwan tiada majalah NG yang aku inginkan dan ada sesetengahnya merupakan keluaran yang telah aku beli sebelum itu.
Harganya tetap. Tidak boleh mintak kurang dan Abu Marwan tidak meletak harga tinggi selain harga tersebut. Tempoh itu merupakan tempoh biasa minat aku mengumpul majalah NG. Namun, Perasaan aku begitu seronok. (macam dapat berketul-ketul emas).
Tidak pasti berapa lama minat aku berkurang untuk mengumpul majalah NG. Yang pasti dalam tempoh yang agak lama juga. Ini disebabkan aku berputus asa apabila berkunjung ke kedai Abu Marwan. Tiada hasil yang aku dapat. Dengan sebab itu minat aku semakin berkurang.
Pada waktu itu, aku sudah menyediakan satu senarai yang mencatatkan majalah NGM yang telah aku miliki dan belum aku miliki. Dengan cara ini juga aku tidak akan membeli majalah dari bulan yang sama.
Namun kertas itu hilang disebabkan aku sudah tidak peduli sangat untuk mengumpul. Akhir 2002 aku mula berkawan rapat dengan Zaid dan dia juga turut berminat mengumpul majalah NGM.
Zaid berminat dan ingin tahu di mana aku mendapatkan majalah-majalah tersebut. Aku menceritakan tempat Abu Marwan yang sering aku kunjungi sebelum itu. Zaid mula mengumpul dan ketika itu aku lihat koleksi dia sudah semakin banyak. Sedangkan semangat aku untuk mencari dan mengumpul sudah hilang. Sekala turun ke Amman aku pergi juga dan hasilnya ada dua atau tiga buah edisi sahaja yang belum aku ada.
Mac 2004
Aku masih ingat lagi waktu tersebut aku baru selesai menganjurkan rehlah Jelajah Tawan Jordan yang berlangsung selama 10 hari. Aku dan Zaid ke Amman dan kami sama-sama ke kedai Abu Marwan. Apabila aku sampai di kedai tersebut Abu Marwan tiada. Yang ada hanya seorang pekerja dia yang sudah aku kenali sebelum itu.
Dia memanggil aku Abu Sayyaf. Selalu dia menyangka yang aku ini orang Filifina. Ini bukan disebabkan raut wajah Malaysia seakan-akan masyarakat sana tetapi kerana sebelum-sebelum ini banyak orang Filifina yang membeli majalah NG di kedainya. Oleh itu, dia menyangka aku Filifina dan memanggil Abu Sayyaf.
Apabila aku dan Zaid sampai sahaja terus mamat itu dekat dengan aku dan Zaid..(aku lupa nama mamat tue). Dia memberitau aku bahawa terdapat banyak NGM di stor kedainya
Aku dan Zaid memandang muka masing-masing. Aku terus mengajak mamat penjaga kedai Abu Marwan ke stor buku.
Hati aku bercakap.."Rugi datang ngan Zaid. Banyak pula majalah kali ini, kalau aku bersendirian sudah tentu bertambah banyak koleksi aku" (Jahat betul hati :P)
Mana tidaknya, datang sekali dengan pengumpul NG jugak..Tak bolehlah aku bolot sorang..Tak adil lah dengan member. Kenalah bahagi-bahagi.
Aku dan Zaid di bawa oleh mamat tersebut ke stor. Depan mata ketika itu bertimbun majalah NG. Aku terus berbincang dengan Zaid untuk membeli ke semua majalah yang ada disitu. Setelah aku cek, semua magazine yang ada ketika itu ialah keluaran yang belum aku miliki. Akhirnya aku dan Zaid berbincang dengan mamat penjaga kedai untuk kurangkan harga.
Kami mintak tiga keluaran dengan harga JD 1.000. (kalau dengan Abu Marwan pasti takkan dapat kurang). Tetapi dengan mamat ini aku dan Zaid cuba dan akhirnya dapatlah harga tiga keluaran JD 1.000. Kami membayar JD29 untuk 87 buah keluaran petang tersebut..Perasaan aku begitu seronok. (macam dapat berketul-ketul emas).
>> Yang menariknya korang semua nak tahu macamana aku dan Zaid bahagi NG tue? Masing-masing belum ada keluaran tersebut. Surelah berebut-rebut nak yang itu dan nak yang ini. Akhirnya pembahagian dibahagikan dengan cara BADAN DAN NYAWA membahagikan harta di dalam kisah Nujum Pak Belalang. Satu untuk kau..satu untuk aku. Dua untuk kau..dua untuk aku. Selesailah pembahagian malam tue dengan keredhaan kedua-duanya..:)
Bermula saat itulah semangat aku ingin memiliki semua koleksi keluaran NG meningkat hingga tahap SUPER. Kegelojohan aku sampai ke tahap maksimum :P Aku sudah mula menyediakan senarai pada sebuah kertas keluaran yang telah aku ada dan keluaran yang aku belum ada.
Aku tandakan pada senarai tersebut nama tahun dan nama bulan. Mana-mana keluaran yang telah ada aku tandakan pangkah bulan tersebut. Koleksi aku makin bertambah dan aku mendapat ilmu yang cukup banyak dari hasil bacaan aku.
Aku ingat lagi, selepas beli 87 buah keluaran dari pekerja Abu Marwan aku pergi semula ke kedainya seminggu selepas itu. Sampai sahaja di kedai terus Abu Marwan tepuk belakang aku. Terus dia buat muka marah sambil cakap
"Aku dah kata, harga majalah NG tue 0.500 fils, kenapa kau beli 3 JD 1.000?
Dia pekerja aku, dia bukan tahu" marah Abu Marwan petang itu.
Sebab aku memang percaya ngan dia. Dia sangat rapat dengan aku. Dia pernah cerita yang memang dia beli majalah tue dari orang lain dengan harga 400 Fils. Jadi, dia untung 100 Fils sahaja. Jadi tak boleh lah dia nak kurang lagi dari harga itu dan dia pun janji dengan aku memang dia hanya jual 500 Fils sahaja tidak mahal dari itu. (500 Fils sama dengan RM 2.70).
Aku ketawa sahaja bila dia cakap sebegitu dan aku mintak halal dan masa mendatang aku akan beli dengan 500 Fils. Lama dia renung muka aku dan dia angguk-angguk kepalanya sambil menepuk belakang aku sekali lagi.
87 keluaran yang aku beli bersama Zaid dengan harga JD 29 merugikan Abu Marwan JD 5.800. Sebab harga kos dia beli pun dah JD 34.800 untuk 87 buah buku tersebut. Kalau petang itu dia ada, untunglah dia JD 8.700
Semangat aku untuk mengumpul NGM semakin bertambah selepas itu
Aku telah mula melayari internet mendapatkan maklumat mengenai NG. Pada tahun 2004 aku cuba melanggan terus majalah NG secara bulanan (untuk magazine baru). Tetapi aku tidak mempunyai kad kredit pada ketika itu. dan akhirnya aku telah membuat keputusan menyimpan duit bulanan aku untuk membeli majalah baru NG dari Amman. Harganya JD 5.500 untuk setiap keluaran!
Tempat yang menjadi kunjungan aku setiap awal bulan ialah Safeway Duwwar Sabiq. Di situ ada dijual keluaran bulanan NG. Selepas tahun 2005 aku mencari di mana lagi dijual NGM di Amman. Akhirnya aku dapati ada di Mecca Mall, Hijawi Bookstore Abdali, Aramex Duwwar Awwal, Safeway Shemaisani. Kalau aku tidak ke safeway Duwwar Sabiq aku akan ke premis lain.
2004-2007
Aku terus membeli NG keluaran baru di Amman. 2004 aku terlepas membeli keluaran Mac, Ogos, Okt dan Nov- 2005 aku terlepas membeli keluaran Jan, July, Okt. 2006- Aku telah membeli kesemua keluarannya dari Jan hingga Dis. 2007- aku belum membeli keluaran April dan Mei.
Setiap bulan aku menanti keluaran baru NG dan terus membeli NGM terpakai dari kedai Abu Marwan. Kegilaan aku mengumpul NG sudah sampai tahap maksimum. Jika aku ke Amman, aku pasti mendapat hasil dari kedai Abu Marwan. Perkara yang paling tidak boleh dilupa, aku telah membeli sebanyak 43 buah keluaran sekaligus yang rata-ratanya keluaran tahun 1960-an dan 1970-an. Perasaan aku begitu seronok. (macam dapat berketul-ketul emas).
Apa yang menggembirakan lagi, aku telah mendapat hadiah dari seorang yang cukup memahami hobi aku. Ia adalah keluaran NG tahun 1998 yang rata-ratanya belum aku miliki. Koleksi bertambah lagi. Perasaan aku begitu seronok. (macam dapat berketul-ketul emas).
Aku semakin kerap 'menziarahi' Abu Marwan. Kami sudah begitu rapat. Dia sudah menyimpan NG untuk aku jika aku tidak ke Amman minggu tersebut. Dia tidak akan menjual kepada orang lain selain selepas aku sudah tengok majalah tersebut. Abu Marwan tidak meletakkan buku itu diluar sebaliknya menyimpan di dalam kotak di dalam kedainya..Aku cukup berterima kasih kepada Abu Marwan. Sampai satu tahap aku hanya pergi ke Amman semata-mata ke kedai Abu Marwan. Selepas ke kedainya terus sahaja aku balik ke Mu'tah.
Begitulah keadaan aku 'berjuang' demi satu hobi. Sehinggalah JAN 2007..aku telah mempuyai koleksi NG Magazine sebanyak 504 buah.! (macam ada berketul-ketul emas).
Sedikit catatan Sejarah National Geographic Magazine
>> sejarah keluaran NG Magazine bermula pada tahun 1888 lagi. Pada tahun tersebut keluaran pertama NG diterbitkan. Lamakan? Sudah hampir 120 tahun. Idea nak terbit buku ni dilahirkan oleh Alaxendar Graham Bell yang telah mencipta telefon kalau xsilap aku? Namun beliau berkata, beliau tidak mampu untuk terlibat dalam bidang mengembara ini dan mencadangkan kepada sepupunya Grosvenor untuk mengembara di Amerika dan menulis Journal mengenai alam semulajadi Amerika dengan menubuhkan juga NGC (National Geographic Society). Pada tahun 1988, NG telah telah merayakan ulangtahun seabad pengeluaran majalahnya dan pada edisi September 1988 dikisahkan mengenai sejarah mula hingga tahun 1988 penerbitan majalah tersebut.
Koleksi Emas dan Koleksi Klasik
>> Ketika 'sibuk' mencari dan mengumpul NG aku telah bahagikan koleksi aku kepada dua bahagian iaitu koleksi emas dan koleksi klasik. Koleksi emas merupakan majalah dari keluaran 1980 hingga kini dan koleksi klasik merupakan majalah-majalah yang aku kumpul dari tahun ia diterbitkan 1888 hingga tahun 1979.
Untuk koleksi emas selama 27 tahun NG dari tahun 1980-Jun 2007 aku telah mengumpul sebanyak 310 keluaran dari 318 keluaran. Ini bermakna hanya 8 keluaran sahaja lagi yang belum aku miliki untuk memenuhkan koleksi emas aku.
Dekad 80-an telah aku punyai semua, 90-an satu keluaran sahaja belum aku miliki dan baki 7 keluaran ialah keluaran tahun 2003, 2004 dan 2005 untuk penuhkan koleksi emas.
Aku telah memiliki 194 buah koleksi klasik iaitu majalah dari tahun 1888 hingga 1979 dan koleksi paling tua yang berada di tangan aku kini ialah keluaran Disember 1949 dan terdapat 6 buku keluaran 1950-an. Untuk tahun 1970-an hanya lagi 4 keluaran untuk memenuhkan keluaran dekad tersebut.
Koleksi yang paling aku cari dan akhirnya aku dapat pada 20 Disember 2006.
Ia adalah keluaran istimewa di sepanjang sejarah penerbitan NGM. Iaitu keluaran NG DISEMBER 1988. Muka hadapan keluaran ini dibentuk dengan hologram dan dihadiahkan sebuah World Map untuk keluaran ini.
Ketika itu aku masih mencari 15 buah keluaran NG (kini tinggal 8) untuk memenuhi koleksi emas. Akhirnya satu petang aku ke Amman untuk beli beberapa kitab pengajian, aku singgah di kedai Abu Marwan dan menemui keluaran yang sentiasa aku cari.
Koleksi paling lama aku miliki sehingga setakat ini
Disember 1949 merupakan koleksi paling lama dijumpai setakat ini. Saat 'penemuan' dengan buku tersebut ialah saat paling aku tak boleh lupa juga. Sebelum itu aku telah punyai dua edisi tahun 1953. Bila jumpa lagi lama, lagilah 'naik gila' seronoknya.
>> Aku cukup menjaga semua koleksi yang telah aku ada. Mana-mana yang koyak, lusuh aku pulihara semula dengan baik dengan tidak mencacatkan isi dalamnya.
>> Tahun 2005 aku telah mengeluarkan buku karangan peribadi mengenai Index NG 1953-2005. Ketika itu keluaran paling lama aku miliki ialah 1953. Buku index ini membantu aku mencari tajuk yang ingin dibaca dengan mudah. Aku nyatakan dalam buku index yang telah aku susun tersebut nama tajuk, tahun dan bulan keluaran serta mukasurat. Aku pecahkan kepada beberapa fiksyen seperti history, science, shipwreck, archeology and paleontology, countries, space, disasters dan banyak lagi.
Kepada mereka yang mempunyai kecenderungan dan hobi sama dengan aku. Bolehlah hubungi aku untuk berkongsi pengalaman bersama.
Sepanjang tahun 2001-2007 terlalu banyak pengorbanan yang telah aku korbankan. Wang, masa, tenaga. Semuanya untuk satu hobi yang terlalu banyak memberi manfaat kepadaku.
Bila membaca NGM aku seperti telah tiba di semua negara, cukup banyak pengetahuan aku dapat dari hasil bacaan. Tambah-tambah untuk artikel yang aku minati berkaitan sejarah dan arkeologi.:).
Kini semua koleksi NGM aku telah aku masukkan di dalam kotak untuk di kargokan ke Malaysia. Tidak sabar aku menunggu bulan September/ Oktober apabila kesemua kotak-kotak kargo akan sampai di Malaysia.
Ianya satu kepuasan yang sukar untuk aku gambarkan pada semua sahabat.
Aku seperti mempunyai berketul-ketul emas.
12 komen:
ayah sye pon gile ngn NG nih..kt umh kt msia tuh berlambak2 NG..huhu
uish,bgsnye abg jimin..klu kte,xde mknenye nk bce mjlh tu..mmg anti gler geog n history..bosan..klu bce je,mesti lyn lentok..
To
asma..
nnt leh berkongsi pengalaman ngan ayh asma. mana tahu koleksi dia banyak lagi.:)
To : >>faez<<
setiap org kn ada benda dia best..ada bende dia xbest. mcm kalau bagi sy ce mende2 scientific..bab2 medic mmg xminat toi le.:) so, bertukar2 minat berceita minat masing2 satu usaha terbaik la tambah thaqofah+ilmu.
Assalamualaikum,
leh bertandang tak? Baru kali pertama terpandang blog ust ni. Best. Boleh link tak?
Patutlah dlm bilik Zaid tu ada sealmari NG!
Wslm.
waalaikumussalam.
ahlen-ahlen..Pucuk Dicita Ulam Mendatang..ana pun bru tgk suweileh famili dr link makcik ina..nnt ana addkan juga ke link ana suweileh famili...:)
salam,
Wow 504 buah NG.....bestnya kalau makcik dapat baca your collection.... yang zaid punya dah habis semuanya makcik baca,makcik selalu pergi kedai abu marwan cari used majalah orang putih, tiap kali pegi di akan tanya "mana hazimin ?", haritu pergi makcik kata hazimin dah balik malaysia...
tentang agihan NG tu , nasib baik tak kata ..." satu untuk kau, 2 untuk aku.. " hehehe.
To
loveujordan..
nnt dimalaysia jemputlah dtg ke umah.
boleh baca keluaran2 yang makcik belum baca.. hehe. Aaa..selamat sy xbahagi 1 utk ko..2 utk sy. xpuas hati zaid jadinya..tapi sahabat sejati mesti brlaku adil sesama :)
salam.
wah, tak tau plak hang tukaq ke blogspot...ni pun nyinggah blog zul...ni mesti malas nak update multiply ni..heheh...
tahniah la dapat kumpul 504 buah...
aku takleh kumpul mcm hang, sebab aku tak fokus sangat majalah mana satu aku nak lengkapkan koleksi...aku kumpul Al-Furqan, I'jaz Ilmi, Mujtama', Jurnal Syariah Kuwait, Majma' Fiqh dan lain2...tak fokus mana2, jadi, budget nak beli semua, tak mampu lah...tapi kalau jumpa yang lama2, yang tak pernah beli lagi, aku paksa diri beli jugak...:)
To>> sahabatku-wewr
hehe.sori banyak2 coz xinform pertukran nih. Aaa..agak malas nak update kat multiply..but bagi aku rasa better lg multiply..cuma aku suka yg simple..sbb tue pilih tukar ke blogspot..
emm menarik koleksi2 kau tue. aku dlm list kau aku hanya beli mujtamak..dan banyak jugaklah koleksi lain dr kedai abu marwan. aku citer ttg NGM je kat sini..hehe antara lain koleksi LonelyPlanet Guidebook (23 negara), Reader Digest, MenHealth, Palestin Muslimah, Dictonaries dan banyak lagi..nnt leh kongsi pengalaman lagi dengan hang..teruskan usaha hang untuk collect semua magazine tue.. magazine2 yg hang collect tue banyak pesaing dari kalangan arab yang turut membeli..GudluQ!
aku skrg ni canggih manggih sikit...heheh...dah dapat CD koleksi majalah Al-Bayan (saudi) dr keluaran awal. CD majalah I'jaz Ilmi (saudi) dari keluaran pertama jugak, keluaran baru dia baru dua puluh lebih. CD majalah mujtama' pun ada jugak dapat (nak? nanti aku burnkan)...tapi furqan sama palestin muslimah belum kua cd majalah versi e-book lagi la...versi cd ni sangat jimat..hehe...
hoh..lonely planet, aku memang jeles kat ko...gi turki baru ni dapat jugak cekau used turkey lonely planet, dapat la 15YTL, puas muja dgn turki kitapevi dkt belakang grand bazaar...yg baru 60YTL. Seronok kumpul maps, language phrasebook (Lonely planet nye best), dgn buku2 belajar bahasa orang...kat malaysia mahal semua2 tu...
To wewr,
kalau wewr nak hadiahkan CD bagus jgk :P..bila ada yg dah di cdkn mmg jimat n cepat utk ce n dptkan mklmt..kemudahan moden yg sgt praktikal.. cuma utk collection buku ia mendatangkan satu keunikan n kepuasan yg lain :P..mcm NATGEO..ada je CD dikeluarkan dr tahun 1888. Harga pun dalam USD 25 je..satu hari nnt ingat nak miliki juga yg original..sekadar utk bacaan tetapi tidak hadir padanya satu kepuasan untk mereka yang bergelar 'collecter' :)
Post a Comment