6.15 petang, 7 Jun 2007
Semua peserta XPDC Turkey telah berkumpul di Shariq Jamiah Urduniah Amman. Perasaan aku petang itu berbaur rasa gembira dan rasa gementar. Gembira kerana aku berpeluang membawa sahabat-sahabat, adik-adik pelajar untuk menjelajah beberapa bandar di Turki tetapi gementar kerana aku mempunyai amanah yang sangat besar untuk menyelesaikan misi tersebut.
Petang itu aku seperti kehilangan 'sebelah kaki' kerana sahabat baikku Zaid tidak dapat menyertai xpdc seawal hari pertama kerana perlu menyelesaikan beberapa urusan di Malaysia. Namun aku kuatkan semangat untuk mengepalai 'team kembara' ke Turkey yang disertai seramai 25 orang pelajar dan seorang pegawai Diplomat. Selepas solat Jamak Takhir di Jami' Jamiah Urduniah, aku berdoa agar xpdc yang bakal berjalan selama 9 hari berlangsung dengan jayanya.
Berkenalan dengan manusia paling penting untuk 9 hari.
7.00 petang bas Mercedez Benz Model 2006 mula bergerak meninggalkan Amman. Di sini perkenalan pertama aku dengan Sameer dengan panggilannya Abu Udai. Pemandu bas yang bertanggungjawab menentukan lancar atau tidak xpdc ke Turkey kali ini.
Jika perangainya 'sporting', mudah berbincang, tidak cepat marah, tahu selok belok jalan- pasti xpdc akan berjalan dengan baik. Jika sebaliknya, banyaklah aku kena 'berpantun' dengan pak arab nih dan pak turki nanti.
Sameer turut membawa anaknya Udai sebagai pembantunya. Walhal bagi aku, dari mula lagi aku dah anggap dia hanya 'menyemakkan' bas sahaja.
Bermulalah kisah pengembaraan aku dan sahabat-sahabat lain ke Turki..
6.00 pagi 8 Jun
Kami tiba di Bab Hawa iaitu pusat Imigresen negara Syria untuk ke sempadan negara Turki di Cilvegozu. Urusan di Border Bab Al-Hawa cukup lembab. Sungguh menyakitkan hati. Pegawai berbintang 3 yang 'cuba' menyelesaikan pasport kami sebanyak 27 buah tu mengambil masa 2 jam dengan keadaan kaunter tidaklah sibuk. Hanya pasport kami yang ada pada ketika itu.
Apapun sabarlah time tue. Nak buat camana. Cuma aku dok bayangkan kalau ada 5 bas kat situ, dengan setiap satu bas ada 30 orang, sudah 150 orang. Kemudian untuk setiap bas dia ambil masa 2 jam untuk siapkan dan bas aku kena giliran yang terakhir. Bukan ke 10 jam aku dengan yang lain terpaksa menunggu?
Urusan di Cilvegozu (Imigresen Turki) tersusun dan pantas. Kurang dari 30 minit semua pasport sudah bercop masuk ke negara Turki. Alhamdulillah. Aku membayangkan pada ketika itu urusan akan menjadi cepat. Namun, bermulalah kisah pak arab driver (Abu Udai) dengan masalah-masalah yang dihadapinya yang telah melewatkan perjalanan masuk ke Turki hampir 3 jam.
1. Urusan mendapatkan insurans kendearaan yang lewat. (ni yang buat aku sikit hot. Taukey syarikat bas kata dorang ada Ta'min Syamil (Insurans Penuh). Insurans penuh ni memudahkan bas masuk ke Turki tanpa mengambil masa yang lama di sempadan. Rupanya dorang masih tidak ada insurans bas untuk masuk ke Turki dan perlu ambil di sempadan)
2. Masalah nama bas yang sama dengan satu syarikat bas di Turki. Syarikat yang aku sewa ni bernama Nur. Dan ada sebuah syarikat bas di Turki bernama Nur Hatay. Ada masalah 'kefahaman' pegawai Imigresen yang menyatakan bas yang aku sewa adalah sama syarikat dengan bas Nur Hatay. Kena buat beberapa urusan di pejabat utama Imigresen yang aku pun tak tahu apa yang telah dorang bincang dan selesaikan (Abu Udai dan PA dia yang settlekan).
3. Nak seludup Disel..(aku rasa nak guling-guling gelak). Punyalah bangang nak seludup disel ke Turki. Mestilah kastam cek. Tahulah disel kat Turki mahal, kalau nak seludup masuk pun biarlah setong dua sahaja. Ni sampai 11 tong..kah kah kah. Hampir 400 Liter lebih jumlah disel kesemuanya yang menyebabkan Abu Udai kerugian hampir USD 900 di Turki. (Jika minyak tue lepas, dia jimat dalam USD 900 tak perlu isi minyak di stesyen minyak Turki). Seliter Disel di Turki harganya USD 2.5 bersamaan dengan RM 8.75! Akhirnya minyak tue dirampas oleh unit askar Turki yang dipertanggungjawab pada asalnya untuk memerangi penyeludupan dadah..(kebetulan masa kastam cek di awal pintu imigresen, ia terlepas). Takda rezeki Abu Udai..
12.05 tengahari bas bergerak menuju ke Antakya..walaupun hampir 6 jam di Border. Aku menarik nafas lega kerana aku telah berjaya masuk ke Turki dan tentatif perjalanan yang telah aku rancang bakal dijalankan satu persatu.
Antakya-Adana menuju ke Pozanti, Ulukislar dan terus ke Konya.
Disebabkan kelewatan masuk ke Turki pada hari tersebut, tentatif yang pada asalnya ke Adana terpaksa dipinda kehari kelapan dan perjalanan pada hari kedua xpdc terus menuju ke Konya. Pada mulanya aku merancang untuk ke Konya melalui jalan Mersin ke Tasuchu ke Karaman dan tiba di Konya.
Jarak perjalanan adalah sama tetapi jalannya berbukit dan mungkin akan melambatkan perjalanan lagi. Akhirnya aku membuat keputusan melalui jalan utama ke Ankara dan mengambil jalan ke Konya melalui persimpangan Ulukislar terus ke Eregli dan ke Konya.
Kami semua ahli rombongan tiba di Konya dengan selamat pada jam 7.00 malam. Kami menyewa hotel Ulusan dengan bayaran sekepala 25 YTL semalam. Tiada program lawatan untuk malam itu, semua ahli xpdc keluar untuk makan malam dan menikmati keindahan malam di Masjid Selimiye. Geram aku beransur hilang: Aku tengok semua ahli xpdc ceria di Konya. Hati aku pun rasa lega dan hilang kemarahan yang aku pendam sepanjang perjalanan.
Mana tidaknya, ketika di Jordan aku telah dimaklumkan oleh Taukeh Syarikat Bas Nur iaitu Abu Qusay yang pemandu mahir jalan di tempat-tempat yang aku dah atur. Alih-alih dah masuk ke Turki dari Border lagi pemandu sudah tidak tahu arah jalan. Sudah!..maknanya aku lah yang kena jadi penunjuk jalan sepanjang rehlah ni.
Kalau aku betul, betullah si driver tue. Kalau aku tipu dia arah jalan sampai ke Iran pun dia akan ikut. Berbekalkan sekeping peta Turki, aku tawakkal kepada Allah. Jika sesat, semua tentatif akan huru-hara.
Sabtu 9 Jun.
Seawal pagi setelah sarapan, kami semua memulakan program xpdc Turki dengan melawat Masjid Aladdin Kaykubad yang dibina sekitar tahun 1220. Aladdin Kaykubad merupakan pemerintah Seljuq yang pernah menguasai bandar Konya pada eranya.
Kemudian kami ke Karatay Museum tetapi tutup. Alternatif seterusnya kami telah menziarahi Museum Of Wooden And Stone Carving. Muzium tersebut menempatkan beberapa seni ukiran kayu (kebanyakkannya pintu) pada era kerajaan Uthamaniah dan batu-batu yang diukir dan dipahat untuk dijadikan peralatan pada zaman Rum, Seljuk dan Uthmaniah.
Antaranya seperti batu nisan, bangunan dan lain-lain. Muzium tersebut pada asalnya ialah sebuah madrasah islamiah yang dibina oleh Sahip Ata pada tahun 1264. Menara yang terdapat di Madrasah tersebut telah berusia 600 tahun.
Menaiki Tramvay dari Zafer ke Seljuk Universiti.
Semua peserta xpdc telah berpakat untuk menaiki Tramvay melihat keadaan bandar Konya. Tramvay telah melalui kawasan-kawasan berikut : Aladdin, Zafer, Fuas, Belediye, Sille Yolu, Emniyet, Kunduracilar, Sanayi, ALT Gecit, Aydanlikevler, Sehitler Camii, Sakarya, Tekniklise, Selcuklu Belediyesi, Koy Hizmetleri, Binkonutlar, Erekaya, Cumhuriyet, Otogar, Medas, Turkmaklisesi, M.T.A, Sudeposu, Sancak, Okul, Buzlukbasi, Kopru, Bosnahersek, Kayalar Camii dan Universiti Seljuk.
Hampir sejam jugak trip menaiki Tramvay. Ramai yang bosan. Dalam kesempatan itu banyak melelapkan mata.
Museum Mevlana, Bazaar, Selimiye Camii, Aziziye Camii, Sarafettin Camii & Tarihi Mahkame Hamami
Setelah selesai lunch tengahari tue, kami berkunjung ke Muzium Mevlana yang menempatkan Makam Sultan Seljuk Jalaluddin Ar-Rumi dengan kesan tinggalan harta peribadi semasa hayatnya.
Sultan Jalaluddin Ar-Rumi terkenal sebagai seorang ahli sufi dan menghasilkan beberapa karya agung semasa hayatnya seperti Mathnawi dan Divan el-Kebir. Beliau dilahirkan di Balkh, Afghanistan pada tahun 1207 dan wafat pada 17 Disember 1273.
Kami juga sempat melawat dan melihat kesan tinggalan masjid-masjid lama di Konya. Kekukuhan binaan, kehalusan ukiran masjid tidak dapat dinafikan. Ia sekaligus menunjukkan kehebatan umat Islam pada ketika itu yang tiada tolok bandingnya.
Masjid yang telah dilawati ialah: 1. Masjid Selimiye yang dibina pada era Sultan Selim II sekitar tahun 1567 ketikamana beliau menjadi gabenor Konya. 2. Masjid Aziziye yang dibina semula pada 1875 setelah mengalami kebakaran 3. Masjid Sarafettin yang dibina seawal tahun 1200 dan diubahsuai pada tahun 1636.
Konya menuju ke Ankara
Perjalanan Konya ke Ankara sejauh 258 Kilometer memakan masa perjalanan hampir 3 jam. Kami tiba di Ankara dan terus ke Cankaya yang menempatkan Menara ATA (ATAKULE) merupakan menara tertinggi di Turki (120m). Dari puncak menara kami dapat melihat pemandangan bandar Ankara di waktu malam.
12.00 malam- kami dinner di atas bas dan perjalanan sejauh 454 kilometer kami telah harungi dari Ankara menuju ke Istanbul.
** Zaid tiba di Ankara. Aku cukup 'bertenaga'.

Kenangan di Masjid Aladdin Kaykubad. Di masjid ini turut
ditempatkan Makam Aladdin dan beberapa pemerintah Seljuq yang lain

Atas Tram. Perjalanan keseluruhan hampir satu jam.
Bermula di Zafer ke Stesyen terakhir iaitu Seljuq Universiti dan kembali ke Alaettin (Aladdin)
Bermula di Zafer ke Stesyen terakhir iaitu Seljuq Universiti dan kembali ke Alaettin (Aladdin)
Museum Mevlana, Bazaar, Selimiye Camii, Aziziye Camii, Sarafettin Camii & Tarihi Mahkame Hamami
Setelah selesai lunch tengahari tue, kami berkunjung ke Muzium Mevlana yang menempatkan Makam Sultan Seljuk Jalaluddin Ar-Rumi dengan kesan tinggalan harta peribadi semasa hayatnya.
Sultan Jalaluddin Ar-Rumi terkenal sebagai seorang ahli sufi dan menghasilkan beberapa karya agung semasa hayatnya seperti Mathnawi dan Divan el-Kebir. Beliau dilahirkan di Balkh, Afghanistan pada tahun 1207 dan wafat pada 17 Disember 1273.
Kami juga sempat melawat dan melihat kesan tinggalan masjid-masjid lama di Konya. Kekukuhan binaan, kehalusan ukiran masjid tidak dapat dinafikan. Ia sekaligus menunjukkan kehebatan umat Islam pada ketika itu yang tiada tolok bandingnya.
Masjid yang telah dilawati ialah: 1. Masjid Selimiye yang dibina pada era Sultan Selim II sekitar tahun 1567 ketikamana beliau menjadi gabenor Konya. 2. Masjid Aziziye yang dibina semula pada 1875 setelah mengalami kebakaran 3. Masjid Sarafettin yang dibina seawal tahun 1200 dan diubahsuai pada tahun 1636.
Konya menuju ke Ankara
Perjalanan Konya ke Ankara sejauh 258 Kilometer memakan masa perjalanan hampir 3 jam. Kami tiba di Ankara dan terus ke Cankaya yang menempatkan Menara ATA (ATAKULE) merupakan menara tertinggi di Turki (120m). Dari puncak menara kami dapat melihat pemandangan bandar Ankara di waktu malam.
12.00 malam- kami dinner di atas bas dan perjalanan sejauh 454 kilometer kami telah harungi dari Ankara menuju ke Istanbul.
** Zaid tiba di Ankara. Aku cukup 'bertenaga'.
4 komen:
mantap2...ble nak kluar episod 2 plak?... xsabo nak bace.... hir3x
menyemakkan bas? hhahah!
jom sama2 blacklistkn abu uday!!benci jua sme die..geram kn??peristiwa plg kte xthn ble die mrh zaid..sgt berapi jua tym tu..papepn..nk mntk maap sbb ktorg korg kne mrh dgn org tua tu..
To Nad,
aaa..menyemakkan bas je. Buktinya sepanjang perjalanan bukan leh harap sangat nak tolong bapaknya. Dahla dok banyak tido sahaja sepanjang trip..
Post a Comment