"Kau tak takut ke mengembara berseorangan?" Tanya seorang sahabat
"Adalah sedikit risau, tapi aku lebih seronok" Ringkas jawapan aku beri.
Ketika berada di bumi Jordan, aku gemar mengembara bersendirian ke mana-mana lokasi yang aku ingin pergi. Bagi aku ianya lebih memudahkan pengembaraan yang bakal aku tempuhi dan tidak banyak 'diganggu' oleh 'masalah-masalah' lain.
Jika ditanya mengapa aku lebih suka mengembara bersendirian, jawapan yang pasti aku berikan, aku lebih senang bersendirian kerana sebarang keputusan hanya terletak kepada diri aku sahaja. Jika aku mahu ke sesuatu tempat, aku bebas mengatur perjalanan dari segi masa, kewangan bersendirian tanpa ada bangkangan dari pihak kedua atau ketiga atau seterusnya. Aku dapat bayangkan, jika aku mahu tinggal di dalam Petra 3 hari, tetapi sahabat yang ingin turut serta hanya mahu 2 jam sahaja di dalam Petra. Itu sudah melawan keinginan diri. Sudah pasti aku tidak akan bersama dengan orang sebegitu.
Aku bawa satu kisah 3 orang sahabatku mengembara ke Istanbul. Mereka tiba seawal pagi di Otogar Istanbul. Setelah mereka berjalan pada hari tersebut di Istanbul, salah seorang dari mereka berkata,
"Jom kita balik, gambar pun sudah ambil, bukan ada apa sangat kat Istanbul ini".
Apa lagi, terkejut la 2 orang sahabat lagi. Baru sahaja sampai Istanbul sudah nak balik semula ke Syria. Sudahlah perjalanan ke Istanbul dari Syria lebih 24 jam, tiba pula di bandar yang penuh dengan tinggalan sejarah dan pemandangan yang cantik. Sudah nak balik! Alasan yang diberikan telah mengambil gambar kenangan di situ. Sudah mencukupi baginya sehari di Istanbul dan cukup dengan beberapa keping gambar kenangan.
Jika aku berada di dalam situasi begitu, mahu naik 'gila' jadinya.
Dari kisah sahabat aku di atas, mudah aku simpulkan bahawa setiap orang berlainan hadaf atau tujuannya mengembara. Ada setengah orang cukup sampai di satu tempat, bergambar kenangan dan pulang, ada setengah orang pula ingin pergi ke suatu tempat sahaja, biar lama di sesuatu tempat dan tujuannya hanya bersantai-santai bukan untuk mengambil maklumat lokasi-lokasi yang telah dilawati.
Dengan sebab 'banyak kepala, banyak idea' inilah yang membuatkan aku tidak gemar berjalan secara berkumpulan. Jika aku membuat keputusan untuk mengembara secara berkumpulan ia bukanlah hadir secara rela. Tetapi terpaksa dan hati aku 'cuba-cuba' merelakan perjalanan yang aku tempuhi.
Bagi diri aku, tujuan aku mengembara sudah pastinya ingin mengkaji tentang sejarah lokasi yang aku ingin tiba, berada lama di situ dan memahirkan otak aku dengan lokasi tersebut dan mengaut segala maklumat yang boleh aku perolehi. Aku pernah mengembara bersama sahabat-sahabat ke beberapa lokasi diluar negara Jordan. Ketika itu aku telah merancang mengembara bersendirian di lokasi tersebut. Namun akhirnya beberapa sahabat dapat maklumat yang aku ingin ke lokasi tersebut dan mereka ingin ikut serta. Mulanya aku sudah tak senang duduk. Namun ketika itu aku mati alasan untuk tidak membenarkan mereka turut serta. Akhirnya, aku terpaksa mengembara 'beramai-ramai' ketika itu.
Natijahnya, itulah pengembaraan yang paling memenatkan otak aku. Aku tidak dapat apa yang aku mahu. Aku terpaksa berbelanja lebih, aku terpaksa 'berdiam' lebih, aku kena mengeluh lebih. Paling rugi aku tidak dapat sampai ke lokasi-lokasi yang aku ingin pergi. Puncanya, mengembara beramai-ramai dan bila dah ramai banyak otak yang berfikir dan memberi cadangan itu dan ini.
"Tak payahlah kot kita ke tempat tu. Dah banyak tempat batu-batu kita dah pergi"..satu suara bercakap. - Aku raikan sahabat-sahabat dan redha.
"Takkan nak makan sandwich sahaja. Carilah makanan lain pulak"..satu suara bercakap.- Aku raikan sahabat-sahabat dan redha.
"Takkan nak jalan kaki. Jauh. Naikla bas awam ke, teksi ke "satu suara bercakap- Aku raikan sahabat-sahabat dan redha.
"Tak payahlah masuk ke Qala'ah ni. Sama sahaja dengan Qala'ah-Qala'ah yang kita dah pergi sebelum-sebelum ini". satu suara bercakap- Aku bantah. Mereka berkeras. Akhirnya aku raikan sahabat-sahabat.
Jika mereka bertanya lagi kenapa aku mengembara bersendirian, cerita di atas adalah jawapannya. Jika ingin mengembara berkumpulan sekalipun, aku akan cari mereka yang betul-betul 'sekepala' denganku.

7 komen:
suke bace entry ni :)...kalo saya mmg angin satu badan dah...dah la nyibuk2 nak ikut pehtu wat hal hehheeh...jenuh gak kan nak jalan2...mmg kena cari member2 yang kamcing :p last sx tulis ade sorng yang kamcng...nape tak jalan ngn dia sllu...
dengan seorang sahabat yg memahamni tue memang selalu berjalan dengan dia. xdala masalah yg timbul :)
hmm..i c...
sy pon akan redha kalo org len mkn sandwish n syer pon kene mkn gak bnda yg sama...
dont worry about me..hahaha
tq ek abg gmen...bnyk b'sabar ngn sy sepnjng kita ke turkey...
salam adam..
:) jangan salah faham ye ttg entri biarkan aku ni..yg dimaksudkan disini bukanlah rehlah beramai-ramai. Jika rehlah tue lain citernya. sbb semua dah diatur oleh penganjur. pengangkutan, hotel, makanan, sites dan seluruhnya. Yang abg jimin maksudkan disini ialah kembara rancang sendiri2..:) so, kalau ada pembaca yang terasa saya mintak maaf banyak2 ya.. kalau rehlah ramai-ramai yang teratur saya pun suka join sebab dapat menyampaikan info yang saya ada..:)
tak men lar terasa2 nih...bak kat abg gmen dlm blog sy...hahahaha
sy cool jer lar...
(^_^)
haah...tol tuh..bkn rmai org jnis yg bley survival even kt mne2..leceh tol kalo jln ngn org cmnih....huhu..lg sket yg ikot lg bagos..
salam adam,
OOKK :)
----
asma,
mmg memayahkan dan memeningkan..:) pernah ada pengalaman jadi begini?
Post a Comment