Sunday, July 15, 2007

"Saat 11:00 Tomorrow"

Tiket Bas dari Diyarbakir ke Adana. Bas bergerak dari Diyarbakir 11.35 malam dan
tiba di Adana 6.30 pagi. Perjalanan sejauh 550km melalui kawasan berbukit.
Tambang dikenakan 25 YTL (RM67.30)


"Jika aku membuat keputusan ke Erzurum, aku kena berada di Turkey lagi 2 hari. Bajet aku akan bertambah lagi 100 Lira Turkey"

"Atau aku kembali ke Adana sahaja".

"Jika aku terus ke Erzurum, mungkin aku mahu ke Batman atau Agri pula. Silap-silap aku buat keputusan mahu ke Mount Ararat"

"Jika aku terus ke Adana dan balik ke Syria mungkin lebih baik. Duit jimat"

Itulah apa yang difikirkan di dalam hati dan fikiranku setelah berada di Terminal Bas Diyarbakir, bandar di Timur Turki. Kepalaku terus berfikir sambil tanganku terus mengira-ngira bajet kewangan untuk aku teruskan diari kembaraku di Turki. Jika aku terus balik ke Syria melalui Adana, duit aku masih ada untuk berbelanja. Jika aku ke Erzurum, duit aku masih ada untuk berbelanja tapi dalam seminggu aku terpaksa 'mengadap' roti. Lupakan sementara nasi.

"Tak boleh..tak boleh". hatiku membantah seperti terus membuat keputusan.

Aku bangun dan melangkah ke kaunter-kaunter tiket bas di Terminal Bas Diyarbakir. Ketika itu kaki-kaki yang diupah sudah 'berbaris' untuk menarik pelanggan ke syarikat bas mereka.

"Istanbul?"

"Alanya, Denizli?"

"Erzurum?"

"Ankara?"

"Adana, Mersin, Tasuchu?"

"Ne Kadar Billeti Istanbul? Aku bertanya kepada seorang lelaki berhadapan kaunter sebuah syarikat bas bernama METRO.

"Yet-meesh Lira" Dia menjawab.

"Mahal juga, 70 Lira Diyarbakir ke Istanbul" kata hatiku. Tapi padanla, hampir sehari perjalanan.

Sengaja aku bertanya memberi ruang lagi masa untuk aku berfikir ke mana halatuju aku malam tersebut. Sedangkan bukan tujuan aku ke Istanbul. Aku mengucapkan terima kasih dan beredar menuju ke arah kerusi di tengah medan Terminal Bas.

Dua pilihan sahaja ketika itu, samada aku terus Erzurum atau kembali semula ke Adana.

Akhirnya aku bergerak ke sebuah kaunter syarikat bas yang tertulis di atasnya VAN, ADANA. iaitu syarikat Ercis Seyahat yang menawarkan perkhidmatan bas ke Van dan ke Adana. Van adalah sebuah tempat yang terletak berdekatan sempadan Iran manakala ADANA bandar keempat terbesar di Turki yang terletak 190km dari bandar Antakya iaitu bandar terakhir yang aku akan lalui sebelum masuk ke negara Syria.

"Aku Mettin" lelaki muda yang menjaga kaunter bas tersebut memperkenalkan diri.

"Aku Mohammad" aku membalas keramahan Mettin.

"Aku mahu ke Adana, berapa harga? tanya aku pada Mettin.

" 25 Lira" Jawab Mettin

"Pukul berapa bas bergerak" aku terus bertanya untuk mendapatkan maklumat.

"11.00, tomorrow" balas Mettin.

"Tidak, I want this night not tomorrow. Aku pun sudah terkeluar cakap bahasa inggeris, campur bahasa melayu, campur bahasa Turki malam tersebut.

"Yes..Yes..saat 11.00 tomorrow.." Mettin mengiya-iyakan cakapnya. Aku sudah mengaru kepala.

Aku mengulang-ngulang pada Mettin yang aku mahu tiket malam tersebut bukan esok. Dia pula asyik mengulang kata-kata yang sama "saat 11.00 tomorrow" (saat bermaksud JAM di dalam bahasa Turki)

Akhirnya datang seorang lelaki menghampiri aku dan Mettin. Mettin pun bercakap pada lelaki tersebut tentang 'perbualan' dia dan aku. Kemudian lelaki tersebut mengeluarkan sebuah kertas dan menulis atas kertas tersebut 23:00 dan menunjukkan 2 jarinya untuk dia maksudkan lagi 2 jam bas akan bertolak. Aku pun cakap pada lelaki tersebut memang aku mahu ke Adana malam ini bukan esok.

Kemudian lelaki tersebut berbual dengan Mettin seketika. Aku terdengar dalam mulut Mettin terkeluar perkataan Begun dan Tomorrow. Lelaki yang seorang lagi mengeleng-geleng kepala dan bercakap beberapa patah perkataan Turki dan dalam percakapannya di sebut Tomorrow dan Yarin. (Yarin bermaksud esok dan Begun hari ini di dalam bahasa Turki)

Kedua-dua mereka ketawa dan Mettin memandang ke arahku. Aku tersenyum sambil melihat Mettin.

"On Bir..Begun?" tanya aku padan Mettin. Dia menangguk-anggukan kepalanya.

"Kenapala perkataan begun tue aku tak lihat dari awal!" Marah hatiku sambil aku menutup Kamus Turki-B.Inggeris yang berada ditangan..


10 komen:

Anonymous said...

bagus nye...pai simpan tiket bus...kalo saya mmg slamt tbuang le peh naik bus n kondktr cek hehehe tapi bende2 ni la yang wat sesuatu tu kite ingat simpan sbgai kengn kan...dah tua2 nnt tgk ingat lik...gelak lik :p

Anonymous said...

mmg kena simpan segala kenangan..:) setiap benda yg disimpan mmg banyak memorinya. Hatta satu pembalut coklat pun boleh mengingatkan kembali sesuatu memori.. TERIMA KASIH sy ucapkan pada guli guling kerana menjadi pembaca dan pengomen setia pada blog sy..semoga sama-sama mendapat manfaat..

NURAZZAH8 said...

salam...wahh bestnya dapat jalan turkey..nih jalan lagi selepas Tour Turkey hari tuh? eh..mmg makcik pun simpan segala benda yg boleh buat kenangan...masa gi Jordan hari tuh, simpan semua tiket masuk tempat2 sejarah...tiket masuk Petra, tiket masuk Jerash, TIket masuk Wadi Rum...pendek kata semua tiket la...hehehe.... lepas tu balik buh dlm album...;-))

Anonymous said...

sesiapa yg menyimpan tu dia tahu nilainya :) erm bukan selepas trip Turkey tetapi sebelum tue..semua siri-siri kembara sy di Turki (7x) saya simpan semua kenangan yg ada. Cuma 'harta' pengembaraan saya skrg berada di dalam kotak untuk dikargokan. nnt dah sampai malaysia boleh saya scan + cri idea untuk entry baru dan boleh berkongsi lagi mcm2 dengan pengunjung.. :)

NURAZZAH8 said...

makcik cadangkan Hazimin tulis pengembaraan tu dalam buku lagi bagus... mcm Travelogue gitu.
Mkcik ada beli beberapa catatan perjalanan/pengembaraan oleh Ust Mazlee Malik, dia dulu belajar di Jordan juga (mungkin Hazimin kenal dia) skrg mengajar di UIA serta bergiat cergas dlm AMAN Palestin, sebuah pertubuhan NGO. Travelogue dia ke Lubnan dsb .... travelogue tu tak tebal dan tak mahal, RM10 sebuah...jadi tak berat nak baca...

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

to makcik nurazzah,
TQ atas cadangan makcik tue.mmg sy ada niat nak menulis travelogue. Cuma skrg ni sy tengah 'berpeluh' utk collect maklumat dan siapkan buku kedua saya mengenai JORDAN- BUMI KETAMADUNAN SILAM. Ada rezeki lepas tue sy akan buat travelogue..:) Doakan. Ust Mazlee sy ada baca karyanya..

NURAZZAH8 said...

buku kedua? bermakna ada buku pertama... boleh makcik dapatkan satu copy? bila dah siap buku kedua, bagi..eh..jual kat mkcik ya... kena sign kat dalam tu tau.... ;-))

Anonymous said...

xpe.nnt sy hadiahkn. buku pertama simple sahaja..cubaan nak menulis :) buku hanya fokus bajet perbelanjaan untuk menjelajah seluruh kawasan Karak di Jordan. Makcik boleh tengok entry Jun artikel BUKU PANDUAN JELAJAH KARAK.

::alifdalmim:: said...

nak jugakkk....

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

boleh adam..nnt abg jimin bagi. hadiah coz dah tolong promosi kat N9 delegation arituh. :)