Bandar Karak terletak kira-kira 121 km dari ibu kota Amman, Jordan. Di bandar inilah pernah mencatat sejarah kejayaan tentera Sallehuddin Al-Ayubi menawan kota Karak dari tangan tentera Salib. Kota Karak kini berdiri kukuh di salah satu sudut bukit bandar Karak berhadapan dengan Jabal Sallajah.
Sejarah awal kota
Penempatan di Kota Karak telah bermula sejak zaman batu lagi apabila artifak batu zaman tersebut telah ditemui di tapak arkeologi. Ia sekaligus membuktikan kawasan ini telah diduduki sejak ribuan tahun dahulu. Kerajaan Moab pernah menguasai Karak seterusnya ia di duduki oleh kerajaan Rum.
Pertemuran Tentera Sallehuddin dan Tentera Salib di Kota Karak
Pada tahun 1161 masihi, kota ini dikuasai oleh tentera Salib yang diketuai oleh Reynald Chatillon yang pernah menewaskan tentera Sallehuddin Al-Ayubi di Monsgisart pada tahun 1177 dan mereka sering menyerang pedagang arab yang berlabuh di Laut Merah terutama di Ailah (Aqaba pada ketika ini).
Pada tahun 1187 masihi, tentera Sallehuddin Al-Ayubi telah mengepung kota ini selama 8 bulan sehingga memaksa tentera Salib menjual anak isteri untuk mendapatkan makanan dan air. Sallehuddin Al-Ayubi telah berjaya menawan kota ini pada tahun 1188 masihi. Sallehuddin Al-Ayubi bersama pasukannya pada awalnya telah membina kem di sebuah kawasan bernama Hesban berdekatan dengan Amman-Madaba ketika ini.
Di Hesban Sallehuddin telah berkubu dan merancang strategi untuk merampas kota Karak dari tangan Reynald Chatillon dan akhirnya kejayaan menjadi milik Sallehuddin Al-Ayubi. Reynald Chatillon Telah Tewas!
Bermula dari saat kemenangan itu, kerajaan Islam terus menerus menguasai kota tersebut. Kerajaan Mamluke telah banyak berusaha membangunkan kota ini. Pada tahun 1263 masihi Sultan Zahir Baybar telah menguasai kota ini dan telah melakukan perubahan dan pembangunan terhadap kota. Masjid dan istana dibina di dalam kota ini.
Beliau turut menambah ukiran ayat suci Al-Quran pada dinding kota dan beliau turut bertanggungjawab memperdalam parit kota. Gempa bumi pada tahun 1293 telah memusnahkan sebahagian besar kota. Kerajaan Turki Uthmaniah menguasai kota ini sehingga awal kurun ke-20 sebelum tewas ketika pemberontakan Arab dan kini ia dijaga sebagai lokasi sejarah dan arkeologi oleh kerajaan Jordan.
Monumen yang masih kekal
Antara monumen yang masih kekal di kota Karak ialah Istana Kerajaan Mamluk dan Masjid Mamluke yang terletak berhampiran kubu pertahanan selatan yang juga dibina oleh pemerintah Mamluk. Lubang memanah dapat dilihat di sekeliling dinding kota untuk tujuan pertahanan. Di bahagian tengah bersebelahan halaman atas terdapat gereja era salibi dan bersebelahannya (bahagian bawah) ialah sacristy iaitu tempat menyimpan bekas atau mangkuk suci di dalam gereja.
Turut ditemui di dalam kota adalah berek tentera dan dapur. Di bahagian dapur terdapat batu untuk mengisar gandum, batuan rata dan sebuah tempat membakar. Sistem pengairan air amat baik di dalam bilik dapur tersebut.
Berdekatan dapur dan berek terdapat satu monumen yang di ukir pada batu menunjukkan tentera berkuda Nabatean dengan tombak di belakangnya. Kelihatan juga kepala kuda terukir pada monumen tersebut dan ia hampir terhakis dan wajah tentera telah hancur. Ahli arkeologi menyifatkan ia sebagai batu tanda peringatan perkebumian kaum Nabatean.

Kesan Mihrab (petunjuk arah kaabah) yang terdapat di masjid lama binaan kerajaan Mamluk.
Kesan ini membuktikan kehebatan Islam menguasai kota ini setelah ianya jatuh
ke tangan Islam dari tentera Salib.

6 komen:
bile bace cite pasal karak ni,tbayang keindahan kota karak :)pemandangn yang cantik dsekelilingnya n mnumen2 yang masih kekal elok shingga skarang...moge khazanah yang ade ni akan kekal djage elok untuk dlihat generasi2 mendatang akan kekuatan islam suatu ketika dulu...
erm..ada jugak pelajar xnak ambil peluang ziarah kota karak. ada setengah pelajar disini (mutah) dah tahun ke-4 baru nak pergi ke kota tersebut..bukan tak penah pegi Karak..biasanya pegi untuk membeli belah dan membundle saja :) rugi2..
salam ust..nk tanya, what are other places that we should go while we're in Jordan other than JJ sites?and can you please give the approximate budget also?..syukran
sy akan masukkan di dalam entry www.penghunisahara-tipskembara.blogspot.com. u join JJ tahun bila?
Salam...my fren...
Ur story remind me when i was in 1st year....with other 2 frens yg baik hati n cute...when we're sad Karak Castle tula tempat kami tenang kan fikiran :) tengok pemandangan n angin yg kuat masyaallah....relax...
Eh citer pasakl reynold tengok tak citer king of heaven...bukan ker reynold tuh yg digelar the lion heart???ker saya yg silap ...tak pelah tapi citer tuh mmg best...
welll....keep up the good work..n good luck! ur story mmg best!
Raynald Chatillon bukan Richard The Lionheart. Reynald ditawan oleh tentera Sallehudin masa perang Hittin. Raynald Mati 1187. Richard The Lionheart merupakan Richard I- Raja England yang mati pada 1199 dan di makamkan di Perancis
Post a Comment