Bila bercerita mengenai nasi. Terkenang satu pengalaman sebelum datang ke Jordan dan ketika dah berada di Jordan. Sebulan sebelum berangkat ke Jordan bila bertemu saudara mara mesti mereka akan bercakap. "Lepas ni hang makan roti sajalah noo.." Saya menjawab, "Tak taula macamana kat sana. Ada kot nasik, takkan takdak langsung".
Begitulah keadaan ketika itu, ada sahaja yang bertanya bab makan nasik ke tidak sampaikan saya pun jadi 'sycho' dengan pertanyaan tersebut. Dalam pada tu dok 'risau' jugak, betul ke saya akan berhadapan dengan roti sahaja sepanjang masa di Jordan. Kalau betul makan roti sahaja, mampukan saya bertahan? Otak dok fikir juga teruk kalau tak dapat makan nasi, tapi hati tetap mengatakan biasa jika ia berlaku sedemikian.
Perbincangan nasi sudah tidak menjadi 'agenda' penting ketika persiapan terakhir ketika saya hendak berangkat ke bumi Jordan. Lebih penting ketika itu untuk menyiapkan pakaian dan dokumen-dokumen penting serta persiapan 'mental' untuk meninggalkan keluarga di Malaysia.
Aku berlepas ke Jordan 16 Jun 2000 bersama dua orang kawan yang telah lama kenal iaitu Akh Fadhlan dan Akh Mutazam. Di dalam kapal terbang awal-awal lagi sudah disediakan nasi. Saya tersenyum melihat nasi di hadapan mata dan teringat celoteh bersama saudara mara beberapa hari sebelum itu..
"Lan, kat Jordan ada ke nasi?" saya bertanya kepada Fadhlan. "Ada, awat takdak pulak, Sufian cakap banyak saja nasi kat sana". Fadhlan menjawab dengan yakin. Tambahan dia mendapat maklumat itu dari Sufian, lagilah saya percaya. (Sufian merupakan sepupu Fadhlan yang baru menamatkan pengajian di Universiti Yarmouk pada ketika itu).
Apabila tiba di Jordan, Sufian dan Nazri menjemput saya, Fadhlan dan Mutazam di Queen Alia International Airport dan terus di bawa ke Irbid. Kami bermalam di rumah Sufian yang telah berkeluarga ketika itu. Makan tengahari kami dijamu dengan Syawarma (kali pertama makan syawarma masa itu= di Malaysia dikenali dengan kebab). Kemudian, malam harinya kami dijamu dengan nasi. Sah ada nasi kat Jordan.
Beberapa hari selepas itu saya dan rakan yang lain dibawa ke Mu'tah. Tiba di Mu'tah dan kami ditempatkan di Bayt Ust Firdaus berhadapan dengan masjid Syuhadak (atas SpeedNet ketika ini). Berhadapan dengan rumah yang saya duduki ketika itu ada pula sebuah restoran melayu yang diberi nama Restoran Jelapang.
Ketika bertaaruf sesama ahli rumah ust firdaus ketika itu saya pun bertanya "Restoran berhadapan dengan rumah ini ada jual apa?" "Ust Firdaus (senang dipanggil Cikpi) menjawab "Semua ada. Macam kat Malaysia". "Sah-sah ada nasi kat sini" Suka hatiku ketika itu.
Begitulah alkisahnya, mati-mati saya ingat kat negara arab ni payah nak dapatkan nasi. Tambahan dari Malaysia saya memang tidak ada gambaran jelas tentang negara arab ni. Sebab itu dari Malaysia sayalah salah seorang yang tidak bawa langsung barang-barang keperluan dapur. Bawa sedikit serbuk kari dan maggi sahaja (tue pun niat nak masak maggi dengan serbuk kari tersebut).
Memang betul-betul ingat bila sampai di negara arab terpaksa berhadapan dengan roti dan Maggi yang dibawa dari Malaysia sebagai stok tambahan kalau dah tak lalu nak 'hadam' roti.
Bila dah lama di negara arab barulah tahu betapa 'mewahnya' nasi dan mudah pula didapati. Bahkan pelbagai jenis nasi lagi yang boleh diitemui di negara arab ini. Kalau rajin boleh beli beras dan masak resepi makanan Malaysia di rumah. Kalau tidak berkesempatan masa boleh makan di kedai arab yang turut menyajikan nasi.
Bila bercakap tentang nasi ni juga, aku terkenang yang diceritakan oleh senior dan satu kisah yang aku alami sendiri. Rupa-rupanya bukan aku seorang yang berfikiran nasi tak ada di Jordan. Rupanya ramai lagi yang 'terlibat'.
Ada satu kisah seorang pelajar Mu'tah (tidak disebutkan nama orang pencerita) telah membawa 20 kilo beras di dalam beg bagasinya kerana berfikiran di Jordan sukar mendapatkan beras. Bayangkanla dia sanggup 'mengusung' beras tersebut untuk nak makan nasi juga di Jordan (hehe).
Kisah yang aku alami sendiri apabila seorang junior yang datang pada tahun 2002 juga telah membawa beberapa paket beras. Bila ditanya kenapa bawa beras. Dia menjawab "Manele nak tahu kat sini ada boreh".
Satu kisah lagi apabila seorang junior yang datang pada tahun 2001. Dia tak bawa beras, dia tahu di sini ada nasi. Tapi dia bawa satu periuk cap helang. Bila ditanya nak buat apa dengan periuk ni? Dia menjawab "La, ingat takdak periuk kat sini. Bawak mai nak masak kari la..baru ngam kari ngan nasik"..
Terkenang semua kenangan rasa lucu sangat..selamat aku tak bawa beras dari Malaysia.

17 komen:
lawak2..haha..entry plg best..nsb bek tym kat INTEC dlu sr2 bg talk sket psl jordan ni..psl pe yg de pe yg xde..nsb bek..klu x,mau jd cm jr2 anda..huhu
lorrrrr......anta jgn riso kalo x de nasi...kedai ana ade nasi...nak nasi ape.....ckap aje....tanggung beres semua......harga pun mantap jugak...hahahahahaha
hahahah...mmg lawak...yang tak tahan nye bwk periuk cap helang kahkahkah...ade member tu siap bwk sekilo bwng putih sekilo bwng merah dalam beg...elok sgt la tu,periuk ade beras ade kari ade bwng putih bwng merah ade..leh la stat masak :p
To Faez..
:) selamat dah di briefing kat mesia kn..tahula serba sedikit ttg Jordan..itulah pengalaman merantau ke tempat org..ditakdirkan mmg xde nasik. mmg dah bersedia la..haha
pakcik zumir..
ayam mashwi pakcik zumir kena cari yg besar sikit..ni ayam kecik je..harga makan naik..tahulah nak cover duit sbb baru renobet kedai. haha
to guli guling..
hehe cukup dah tue bahan-bahan nak masak. nasi goreng dah boleh buat tueh..mcm2kn kerenah org merantau nie..
hhehhee..lawak2
20kilo tuh..
rasenye kalo 'org' tuh tau kt turkey xmkn nasi..mau die usung berkilo2 beras gak tyme trip arituh..haha
to asma,
betul tu..silap2 berasap dapur hotel ada melayu masak nasi siap ngan lauk pauk lagi..:)
cet..korg b2 ni kn mmg nk kene laa?!!..siap ko asma..aku balun ko nti..ooo..ko n abg jimin bpakat knekn aku skrg ek..siap ko..
hahahaha
gelak guling guling
mmg ade org siap menyesal xbwk ricecooker tau gmin..
kalo tau xde nasi mmg sgop bwk ricecooker msk jek kt hotel..hak3
xpe faeza aku xjumpe ko kt jamiah=p
xnk bce blog ni dh lmbg aku tgh merajuk..wuaa..asma,jgn lupa sok kte de amek gmbr batch..siaplaa ko..de tanduk dh kat aku punye kepala ni..
cop..sy tidak terlibat..:)
dahlah tu faeza..small matter jek pon
lawak giler..ade ke bawak 20kg beras..hahaha...tp nk wat camne,mase tu mesti tgh jahil lg pasal jordan ni kan...xpe2..dimaafkan...hehe..
v(^o^)v
hehe..mmg dimaafkan. bayangkanlah mmg xde beras kat jordan. mau tiap2 kali balik malaysia dibawanya 20kilo atau lebih..takpun mak ayah kat mesia poskan beras :p
kelako...pengalaman ust pulak sblum pi Mesir, siap kakak dia bubuh kunyit, lengkuas halia, secupak beras, gula, garam cam2 brg dapur...sikit2.
Bila sampai Mesir seme org gelakkan dia.
salam
ust mujahid n kak ina
haha..ada pengalaman jugak upernye ust. :) pengalaman pertama nak keluar negara banyak kenangan lucu..
Post a Comment