Friday, July 20, 2007

Terima Kasih Senior!

Dari kiri Najib, Hazimin, Imran, Joshuade dan Rosli
Gambar kenangan di Bukit Sila'. Banyak ilmu dan pengalaman
aku belajar dari senior-senior. Terima kasih..


Berjauhan beribu kilometer dengan keluarga- hidup di bumi asing. Menempuh hari-hari baru dalam hidup, berhadapan masyarakat baru berbeza budaya, tidak boleh berbahasa melayu di pasar-pasar. Seperti baru hidup. Semua ditempuhi dalam suasana serba baru dan asing.


6 kisah 7 tahun yang lalu + satu 'kisah' sekarang..

1. Suatu petang aku di'arahkan' oleh seorang senior untuk membeli ayam di pekan Mu'tah. Petang itu kali pertama aku terpaksa memasak di rumah. Percubaan pertama aku untuk memasak di Jordan. Aku bertanya kepada senior tersebut bagaimana cara nak membeli ayam di kedai. Senior tersebut menjawab;

"Pergi ke kedai ayam berdekatan lampu isyarat dan cakap pada arab Mesir yang jual ayam tu Biddi Nus Kilo Dajaj (aku mahu setengah kilo ayam)"

Aku dengan penuh yakin terus ke kedai ayam dan terus meminta daripada penjual ayam apa yang disuruh oleh senior tadi. Berulang-ulang kali aku cakap pada penjual tersebut perkataan yang sama. Setiap kali aku cakap dia balas semula cakap arab dan aku tidak faham. Kemudian aku membuat gaya tangan setengah untuk memberitahunya aku mahu setengah ekor ayam. Dia gelengkan kepala pulak. Aku terus cakap ayat yang sama. Biddi Nus Kilo Dajaj.. akhirnya aku di halau dari kedai tersebut.

Kebetulan lalu seorang senior berhampiran lampu isyarat. Aku 'mengadu' padanya yang aku dihalau oleh arab dan tak mahu jual ayam pada aku. Aku cerita padanya yang aku mahu beli setengah ekor ayam dari kedai tersebut. Terus senior itu ketawa..

"Mana boleh beli setengah ekor ayam kat kedai tu..dia jual sekor-sekor"

= baru seminggu aku di Jordan. Terima kasih senior!

2. Setelah sebulan aku berada di Jordan. Visa aku telah tamat tempoh dan perlu di perbaharui dengan Visa sementara untuk tempoh 3 bulan. Aku, Fadhlan dan Mutazam telah dibantu oleh seorang senior ke balai polis di Mazar untuk memperbaharui visa. Ketika sampai di balai polis kami telah lewat 3 hari untuk memperbaharui visa dan dikenakan bayaran denda JD 1.500 setiap hari. Kami terpaksa pergi ke balai polis Karak untuk membayar denda tersebut dan kembali semula ke balai polis di Mazar untuk menyambung urusan memperbaharui visa. Semua ini dibantu oleh senior.

= dah sebulan aku di Jordan. Terima kasih senior!

3. Senior-senior banyak mengadakan kelas-kelas untuk membantu junior-junior memahirkan bahasa arab. Mereka sanggup meluangkan masa walaupun keletihan untuk membantu pelajar-pelajar baru di dalam pelajaran. Aku amat berterima kasih kepada mereka.

= Oktober 2000. dah 4 bulan aku di Jordan. Terima kasih senior.

4. Saban hari aku di ajar oleh senior perkataan-perkataan baru untuk bermualamat (berkomunikasi) dengan masyarakat arab. Seorang senior membawa aku jalan di bandar Amman sambil makan aiskrim berhadapan Rum Teater Amman. Dia mengajar aku ayat-ayat baru untuk berkomunikasi dengan arab. Mengajar aku untuk mencari seluar dan baju-baju terpakai di tengah downtown Amman, memberitahu aku di mana boleh mendapatkan kitab-kitab pengajian yang baik. Semuanya diterangkan.

= dah 2-3 bulan aku di Jordan. Terima kasih senior!

5. "Ketika musim sejuk jangan pasang Sobah (alat untuk memanaskan suhu bilik) ketika hendak tidur. Boleh mati dengan perbuatan tersebut." Pesan seorang senior

= musim sejuk 2000, dah 6 bulan aku di Jordan. Terima kasih senior!

6. Aku mengembara ke Kota Sila' di Tofilah bersama beberapa orang senior. Sepanjang perjalanan aku amat menyanjungi mereka kerana pandai bermualamah dengan arab. Berani bercakap walaupun ada juga perkataan-perkataan yang salah. Mereka pandai mengambil hati arab sehinggakan boleh bersahabat dengan arab. Aku mendapat ilmu cara-cara bermualamah dengan arab dan jangan bersombong dengan arab.

= dah 8 bulan di Jordan. Terima kasih senior!


7. "Belila ayam abang jimin. Lapar ni..Masakla best-best"

= 7 tahun aku di Jordan. Terima kasih la Junior!

13 komen:

silversarina said...

salam,

nak ketawa pun ada.... pastinya banyak yang boleh dipelajari dari seniors...

# 7 tu , juniors sekarang nak bermanja dengan senior yang baik macam brother Gmin :)

Anonymous said...

salam

lamanya kat jordan

bila nk balik?

Anonymous said...

tsenyum ce kisah ni...mmg lawak...sungguh tak tetahan nak tgelak...dah tua2 ni msuk pangkat senior baru rase camne senior2 dulu rase kan... :) sx skala junior2 nak bmanje tu heheheh

NURAZZAH8 said...

;-) seronok baca kisah lalu, yang last sekali tu #7, adik2 junior tahu abang Gmin baik dan pandai masak...sbb tu dia org suruh masak... hehehe... nasib baik tak suruh tolong basuhkan baju sekali...hehehe

dah habis belajar kan.... bila nak balik ke Malaysia? ataupun nak bermastautin di Jordan terus...? ke dah ada teman org sana...;-)) nak duduk sana terus...

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam to makcik ina..

pertamanya selamat kembali ke dunia blogger setelah 2 minggu melancong :D sudah pasti 100 en3 pasai egypt dah ada dalam kepala..hehe

hoho..junior skrg mmg satu hal.kita dulu xberani nak suruh2 senior nie..haha. kkdng buli jgk junior..cuma xperasaan. :)

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam sitilina,

mmg lama kat jordan. dulu2 malas belajar..dah abis lewat. Aritue dah balik mesia 31 mac 2007..dtg balik akhir mei sbb ada keja skit..dan insyaAllah nak balik dah awal august..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam pengomen setia guli guling,

mmg..haha..dulu mmg selalu buli senior jugak..last2 skrg kena balik la..tentu guli guling pernah ada mcm2 pengalaman dgn senior dan menjadi senior.. :)

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam makcik nurazzah,

kalau dorang suh basuh baju..silap2 baju tue sy guna buat kain buruk masa masak..:P..

insyaAllah awal august balik ke malaysia makcik..teman? teman dah lama setia menunggu di malaysia..:)

Firdaus Bin Abd Rahman said...

erm, nak balik ke malaysia dah rupanya. Nak praktik ilmu dan sumbang jasa pada agama nusa dan bangsa. Selamat menghabiskan sisa akhir pengalaman di bumi anbiya.

Ana pulak rasa sedih membaca entry2 akhir enta ni. Ada 'bau' tak sabar nak meninggalkan jordan. Pengalaman 7++ tahun di enta di jordan amat bermakna.

Teruskan usaha.

Anonymous said...

Seronok timba pengalaman kat tempat orang, kukuh ukhuwah sesama m'sian masa kat tempat orang.. Rindu pulak nak rasa nak duduk tempat orang dah tua-tua camni ... :)

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam kak lin,
di mana-mana hidup pun ada pahit dan manisnya. :) kalau de rezki nnt boleh ke oversea..tinggal 1-2 tahun di mana-mana. Tukar angin + cari pengalaman baru...

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam akhi firdaus..

doakan ana dapat beramal dengan ilmu yang ada di malaysia..

Anonymous said...

practise makes perfect!!!!
min...gud luck to u