"Di mana Mujammak Service untuk ke Suqailibiyyah?"
Saya bertanya kepada seorang pemandu teksi di tengah-tengah pekan Hama.
"25 Lira. Aku bawa kau ke sana". Jawab pemandu teksi tersebut.
Saya mengangguk tanda setuju. Teksi berhenti selepas dua minit bergerak.
Cis! Kalau saya tahu dekat begini, baik jalan kaki sahaja. Apapun seperti yang telah dijanjikan, saya mengeluarkan 25 Lira membayar harga teksi tersebut. Puas hati barangkali pemandu teksi tersebut mendapat bayaran 25 Lira dengan jarak yang dekat sahaja.
Perjalanan menuju ke Suqailibiyah bermula selepas 30 minit saya berada di stesyen servis.
Suqailibiyyah terletak kira-kira 20km dari bandar Hama di Syria. Perancangan saya pada ketika itu ingin menuju ke Qala'ah Mudiq dan Apamea. Perjalanan untuk menjejaki dua lokasi sejarah tersebut memerlukan saya melalui Suqailibiyyah dan dari situ terdapat pengangkutan untuk ke Qala'ah Mudiq dan Apamea.
Perjalanan pada hari tersebut agak lancar dan saya selamat tiba di Suqailibiyyah selepas 30 minit perjalanan dan terus mengambil bas dari Suqailibiyyah yang ingin ke Jisir Saghir. Bas tersebut melalui perkampungan Qala'ah Mudiq. Saya tiba di Qala'ah Mudiq dalam keadaan semua penduduk mula bergerak ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Saya menuruti mereka..
Setelah selesai solat Jumaat di perkampungan Qala'ah Mudiq saya berkenalan dengan seorang pemuda Syria yang bernama Soleh. Dari gayanya dia seorang yang baik dan dia amat gembira dengan kedatangan saya bersama 2 orang sahabat.
Setelah berbual dan menyatakan tujuan saya ke situ, dia begitu seronok kerana menerima tetamu pada hari tersebut dan sanggup menolong saya sepanjang berada di Qala'at Mudiq dan Apamea. Sebelum sempat saya memberitahunya yang kami mahu ke Apamea dahulu dia sudah mengajak kami ke kawasan bukit Qala'ah Mudiq untuk makan tengahari bersama seorang syeikh yang amat dihormati di kawasan tersebut.
Soleh turut memberitahu bahawa beliau menuntut ilmu agama dari syeikh tersebut dan syeikh tersebut amat menyukai dan menghormati tetamu.
Sebuah teksi kampung telah disewa oleh Soleh dan dia membawa kami ke sebuah kawasan tinggi berdekatan perkampungan Qala'ah Mudiq. Itulah kawasan Qala'ah Mudiq, sebuah kota lama yang kini telah dijadikan penempatan oleh penduduk di kampung tersebut. Sekelilingnya masih sebuah kota yang kukuh dan di dalamnya dihuni oleh masyarakat kampung tersebut. Sungguh unik.
Berterusan penempatan di dalam kota tersebut dari sejak ia dibina dan masih di duduki hingga ke hari ini. Kalau di kawasan lain sudah pasti ia dijadikan lokasi sejarah sebagai tempat lawatan. Saya meninjau keadaan sekeliling di dalam kota tersebut. Sememangnya ia merupakan bilik-bilik lama tinggalan ratusan malah ribuan tahun. Penduduk di situ telah mengubahsuai binaannya untuk dijadikan penempatan mereka.
Soleh telah membawa saya dan 2 sahabat yang lain memasuki lorong-lorong lama di dalam Qala'ah Mudiq dan kami tiba di sebuah rumah dan di sambut oleh beberapa orang arab di luar pintu.
"Selamat Datang, wahai tetamu yang mulia". Ke semua mereka mengulang-ulang ayat yang sama.
Kemudian Soleh memperkenalkan syeikh yang sudah berumur dengan wajahnya begitu cerah dan tenang. Aku bersalam dengan syeikh tersebut dan dia turut mengucapkan selamat datang dengan nada yang ceria.
Saya memasuki sebuah bilik di rumah tersebut. Sesahihnya ia merupakan bilik berdinding lama yang telah diubahsuai. Pada ketika saya memasuki bilik tersebut terdapat dalam 8-9 orang lelaki dan bilangannya makin bertambah sehingga 18-20 orang. Setelah semua duduk berkumpul di dalam bilik tersebut mereka pun berbual sesama mereka dan ada dari mereka yang berjumpa dengan syeikh dan bertanya tentang masalah hukum agama.
Dalam suatu ketika, seorang orang kanan syeikh tersebut (sentiasa bersama syeikh dari mula saya lihat) telah memulakan perbualan dengan kami. Beliau bertanyakan keadaan umat Islam di Malaysia, tentang masyarakat Malaysia dari agama yang lain, tentang para pendakwah di Malaysia. Saya menjawab kesemua pertanyaan tersebut dan diakhirnya syeikh tersebut berdoa agar umat Islam di Malaysia dilindungi dan dirahmati Allah.
Sejurus selepas itu, kami dan tetamu yang lain dihidangkan nasi, tak sudah dengan itu pelbagai manisan arab, buah-buahan di hidangkan selepas itu. Inilah adat arab melayan tetamu, mereka melayan sehinggakan tak mampu perut nak tampung lagi.
Setelah selesai makan dan berehat, semua tetamu mulai beredar dan saya pun mengambil peluang tersebut mengucapkan terima kasih kepada semua terutamanya syeikh, anaknya dan orang-orang kanannya. Saya bersalaman dengan syeikh dan syeikh tersebut meminta supaya aku dan dua rakan yang lain sentiasa doakan keselamatan umat Islam, jangan tinggalkan solat dan mati kerana Islam. Itulah pesanan syeikh tersebut kepada saya dan tetamu lain yang turut mendengar.
Soleh yang sentiasa bersama kami merenung muka aku dan mengangguk-angguk kepalanya tanda setuju dengan kata-kata syeikh tersebut. [ aku terlupa nama syeikh tersebut ]
Perhubungan begitu mudah pada hari tersebut, sahabat-sahabat arab yang turut bersama dengan syeikh, dengan sukarelanya ingin membawa kami ke Apamea iaitu sebuah kawasan tinggalan kerajaan Rum yang amat terkenal di negara Syria (berdekatan dengan Qala'ah Mudiq).
Petang itu, Soleh terus menemani saya menjelajah ke Apamea. Kesan-kesan tinggalan Rum masih dapat dilihat dengan baik di Apamea. Saya cukup berpuas hati dapat menjelajah ke Apamea. Begitulah keadaan kota-kota yang masih Allah kekalkan untuk renungan umat kini. Sebesar mana sesebuah kerajaan, sekuat mana sesebuah kerajaan, mereka tetap dihancurkan oleh Allah disebabkan tidak mahu beriman dengan agama Allah.
Setelah selesai penjelajahan di Apamea, kami dijemput oleh sebuah teksi yang dimiliki oleh kawan Soleh. Semua bayaran pada hari tersebut ditanggung oleh Soleh. Saya memberikannya wang, namun dia tetap menolak.."Kau tetamu aku, aku gembira dengan kehadiran tetamuku" Itulah selalu diulang oleh Soleh sampai saya pun dah malas nak berbahasa dengan dia lagi.
Teksi tersebut berhenti di perkampungan Qala'ah Mudiq dan di situ pertemuan terakhir saya dan Soleh. Pemuda yang cukup baik, merendah diri, bertutur kata mulia. Saya bersalaman dan memeluk erat Soleh. Service ke Suqailibiyyah tiba sejurus selepas itu dan ketika service mulai bergerak Soleh bercakap dengan kuat "Aku menanti kunjungan kamu lagi".
Ada pandangan mengatakan bahawa Qala'ah Mudiq merupakan binaan berasingan dengan binaan Apamea. Namun tempat ini sekarang apabila di sebut Qala'ah Mudiq Village, semua telah dirangkumkan sekali iaitu Apamea juga adalah di dalam Qala'ah Mudiq.
Mula dibina pada 3 kurun sebelum masihi oleh Seleucos Nicator. Jalan Jajaran Tiang telah dibina oleh Marcus Aurelius sekitar 168-80 sebelum masihi dari era Rum.
Ketika era Byzantium ia menjadi bandar kedua terpenting. Parsi telah menyerang kota ini dan membakarnya pada tahun 573. Selepas itu ia menjadi milik Byzantium semula dan kemudiannya dikuasai tentera salib pada 1106 masihi.
Julai 1149 masihi, kerajaan Islam telah berkuasa terhadap Apamea di bawah Nuruddin Al-Zinki dari kerajaan Mamluke. Terdapat masjid yang dibina pada kurun ke-16 dan kawasan ini menjadi kawasan pelindungan para haji yang datang dari Istanbul menuju ke Mekah.
Antara kesan tinggalan lain ketika era sebelum Islam ialah : Temple Of Zeus Belos, Gereja, Pillar Of Bachus, rumah-rumah pembesar dan banyak lagi.

Qala'ah Mudiq & Apamea
Terletak kira-kira 25 km dari bandar Hama Syria. Dikenali dengan nama Apameia ketika zaman Yunani. Afamia oleh tentera Salib dan Qala'ah Mudiq di dalam Bahasa Arab.Ada pandangan mengatakan bahawa Qala'ah Mudiq merupakan binaan berasingan dengan binaan Apamea. Namun tempat ini sekarang apabila di sebut Qala'ah Mudiq Village, semua telah dirangkumkan sekali iaitu Apamea juga adalah di dalam Qala'ah Mudiq.
Mula dibina pada 3 kurun sebelum masihi oleh Seleucos Nicator. Jalan Jajaran Tiang telah dibina oleh Marcus Aurelius sekitar 168-80 sebelum masihi dari era Rum.
Ketika era Byzantium ia menjadi bandar kedua terpenting. Parsi telah menyerang kota ini dan membakarnya pada tahun 573. Selepas itu ia menjadi milik Byzantium semula dan kemudiannya dikuasai tentera salib pada 1106 masihi.
Julai 1149 masihi, kerajaan Islam telah berkuasa terhadap Apamea di bawah Nuruddin Al-Zinki dari kerajaan Mamluke. Terdapat masjid yang dibina pada kurun ke-16 dan kawasan ini menjadi kawasan pelindungan para haji yang datang dari Istanbul menuju ke Mekah.
Antara kesan tinggalan lain ketika era sebelum Islam ialah : Temple Of Zeus Belos, Gereja, Pillar Of Bachus, rumah-rumah pembesar dan banyak lagi.
4 komen:
ok psl syria nih yg ditunggu2...huhu..tulih lg psl syria.berbulan2 katenye ktsne
yup.mengenai syria.sblm ni dah ada entry pasai syria. Bersendirian di Bumi Kurdi dan Jabal Druze..:) xbaca kot entry tue.. mmg teramat banyak kenangan2 disyria. berperingkat2 la rewind lik tulis kenangan2 di syria..:)
Apamea tu mcm Jarash kan?
dari segi zaman pemerintahan ianya sama. Penguasaan Rum Timur dan sebelum itu dibuka oleh Greek (Yunani). Namun kota Jerash lebih hebat dan lengkat. Sbb itu Jerash dikenali sebagai Kota Rum terlengkap di Luar Italy. Apamea tidaklah sebesar Jerash. Binaan di Apamea kebanyakkannya adalah rumah pemerintah dan suku sakat namun semua dah runtuh tinggal tapak sahaja.
Post a Comment