"Minta pasport kamu". Arah seorang askar.
Aku memberikan pasport 'canggih' berwarna merah kepada askar tersebut. Penumpang-penumpang lain turut diminta mengeluarkan identiti masing-masing.
Setelah selesai, askar yang bertugas berhampiran bandar Zahle membuat isyarat tangan kepada pemandu van supaya beredar.
40 minit perjalanan dari Shtoura aku tiba di pekan Ba’labak. Sepanjang perjalanan terdapat 3 lokasi kawalan tentera yang terpaksa aku lepasi dan dilakukan pemeriksaan kenderaan dan dokumen diri.
Tentera-tentera yang berjaga bukanlah dari tentera Lubnan tetapi mengenakan seragam tentera
Aku tiba di Ba’labak, sebuah pekan yang terletak di timur negara Lubnan. Sebuah kawasan lembah bergunung bergelar Wadi Beqa'a. Seperti yang diketahui, kawasan pergunungan Timur Lubnan merupakan kubu tentera Hizbollah di Lubnan. Terutamanya kawasan Sana'in yang terletak di kawasan gunung antara Shtoura dan Ba’labak. Sebab itu, apabila aku tiba sahaja di pekan Ba’labak sudah kelihatan poster-poster pemimpin Hizbollah terutamanya Hasan Nasrullah bertampal di beberapa papan tanda di tengah-tengah pekan.
Ketika itu tahun 2002, Lubnan masih aman damai. Tahun sebelum letupan 13 Februari 2005, sebelum penangkapan dua orang tentera@anjing Yahudi di sempadan dan sebelum perang saudara yang kini sedang berlangsung. Jika selepas tahun 2005, poster-poster pemimpin Hizbollah 'bersepah' kelihatan di
Tujuan aku ke Ba’labak bukanlah untuk 'merekrut' diri sebagai askar Hizbollah atau pergi ke kawasan kem mereka untuk berlatih senjata tetapi untuk melawat sebuah
Kota ini pernah ditawan oleh Khalid Al-Walid pada tahun 16 Hijrah iaitu selepas Kota Bosra di Hauran dibuka juga oleh Khalid Al-Walid dalam siri-siri pembukaan kota sebelum pembukaan Syam (Dimasyq) pada tahun 15 Hijrah. Pada tahun yang sama kota Homs turut dibuka.
Kota Ba’labak terkenal sebagai
Salah satu kuil yang masih terdapat
di dalam kota Lama Ba'labak
Siapa masyarakat Phonesia?
Melalui hasil pembacaan saya dari majalah National Geographic keluaran Oktober 2004. Masyarakat atau kaum ini dikenali sebagai orang laut dari catatan kertas papyrus yang dijumpai. Mereka berpusat di
Apa yang menarik hasil dari kajian kumpulan National Geographic mereka membuktikan bahawa penduduk yang terdapat di beberapa buah lokasi seperti
Hasil kajian mereka mendapati terdapat persamaan dari ujian tersebut dan berkemungkinan mereka yang masih hidup di kawasan persisiran Mediterranean adalah dari kaum Phonesia yang turut menetap di situ lebih 2000 tahun yang lalu. Bangsa Phonesia terkenal sebagai pedagang yang hebat dan mereka meluaskan pengaruh ke
Menurut dari maklumat NGM tersebut, terdapat satu pertemuan maklumat dari hasil bacaan saya melalui buku Atlas Rasul Wal Anbiya tulisan Ahmad Malghous. Di dalam buku tersebut dinyatakan bahawa kaum Phonesia atau Finiqiyyun telah diutuskan kepada Nabi Ilyas a.s
Nabi Ilyas a.s
Namanya Ilyas bin at-Tasyabbi. Dikatakan juga namanya ibn Yassin bin al-Aizar bin Harun bin Imran. Merupakan keturunan keempat Nabi Harun a.s. Diutuskan kepada masyarakat Finiqiyyun yang berpusat di Ba’labak. Baginda menyeru kepada kaumnya agar tidak menyembah Ba'la. Ini diterangkan di dalam Al-Quran Surat Ash-Shaaffat ayat 125 :
125. "Patutkah kamu menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (Ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?
Kota Ba'labak dan Kisah Dakwah Nabi Ilyas a.s
Nabi Ilyas a.s telah menyeru kaumnya agar tidak menyembah Ba'la. Dan ternyata dari maksud perkataan BA'LA BAK sendiri ialah RUMAH BA'AL. Ahli arkeologi pula mengenalpasti bahawa tinggalan binaan di Ba'labak adalah sebuah temple/kuil dan tinggalan itu adalah dari zaman Phonecian (Masyarakat Phonesia). Ini menjelaskan lagi pandangan bahawa di situlah masyarakat Phonesia menyembah berhala bernama BA'AL dan disitulah Nabi Ilyas a.s menyampaikan dakwahnya mengajak kaum Phonesia kembali ke jalan Allah.
Kesan-kesan sejarah yang Allah tinggalkan kepada umat sekarang untuk manusia berfikir. Al-Quran yang diturunkan sudah lengkap sebagai perlembagaan hidup manusia (tidak perlu manusia bersusah payah mencipta undang-undang baru lalu melawan undang-undang Allah).
Selain itu Allah ceritakan kisah-kisah para anbiya' terdahulu untuk manusia berfikir dan bermuhasabah diri. Allah tinggalkan kesan-kesan binaan masyarakat terdahulu yang pernah menerima dakwah oleh para rasul dan mereka telah menolaknya sebagai renungan dan peringatan untuk umat Muhammad di akhir zaman ini.
Jika umat terdahulu terus ditimpa bala oleh Allah jika tidak mahu beriman. Berapa juta peluang yang telah Allah beri kepada kita untuk bertaubat setelah berbuat silap?
Jika kebenaran yang kita cari, confirm Allah beri!
6 komen:
Assalamua'laikum hazimin,
seronok melihat dan membaca cerita enta mengembara. Jauh berjalan luas pemandangan. Macam2 tempat enta pi merantau mencari ilmu, pengalaman dan 'kematangan'.
Ana rasa selain melihat dan memerhati tempat, satu yang kita dapat bila melawat tempat orang adalah menyelami hati dan perasaan orang tempatan. Pasti ada yang suka dan pasti ada yang duka. Ada yang bahagian dan ada yang derita. 1001 kisah cerita yang pelbagai ragam dan warna.
Ana ucapkan tahniah dan teruskan menjejahi bumi Allah. Ana menumpang pengalaman dan kisah enta.
Sekian
Waalaikumussalam akhi firdaus,
tahun 2000 dahulu sy ada menonton sebuah rancangan bertajuk WHO WAS MOSES yang diterbitkan oleh Discovery Channel. Dalam siri tue mereka mengupas sebuah kajian mengenai Nabi Musa dari kitab Bible. Kupasan mereka amat menarik dan bukti-bukti sejarah yang dijumpa amat mirip dengan apa yang diceritakan di dalam Al-Quran sedangkan mereka hanya menggunakan Bible yang sesahihnya memang 'buku cerita'. Nah! Jika kena mengembara menjejaki kesan-kesan Anbiya' dan para rasul disini melalui panduan Kitab Al-Quran yang agung. sudah pasti banyak rahsia dapat dibongkar hasil dari mukjizat Al-Quran yang ada. Tambahan para Anbiya dan rasul memang lahir dan hidup di Mesir, Iraq, Syam dan Hijjaz sahaja. Bila peluang dah terhampar di bumi anbiya ini mendatangkan lagi ruh semangat saya mengembara dan mengkaji kawasan-kawasan tinggalan anbiya disini.. Itulah hadaf utama saya berjalan. Bila kita menjumpai sesuatu bukti dan kita membaca dan mengkaji datang satu kepuasan pada diri..Diri dapat muhasabah. Sesungguhnya kita terlalu kerdil dan hina dan mereka-mereka para anbiya, sahabat, tabi'in, auliya yang telah lama pergi..
terima kasih akhi membaca 'luahan' ana dari entri2 yang ana masukkan..semoga dapat berkongsi pengalaman yang bersama.
Semoga Allah berkati enta dan keluarga.
salam akhi firdaus.
untuk masukkan lagu tue anta ikut step kat bawah ni.
1. Buka laman web www.imeem.com
2. Sign Up Account
3. Dari Account yang anta dah daftar pilih lagu yang anta mahu (tulis tajuk lagu atau nama penyanyi)
4. Kemudian klik kat lagu yang anta pilih. Dia akan keluar windows baru.
5. Kat bawah lagu tu ada tertulis Embed in your Blog, Website, etc. Anta klik kat Auto play dan copy HTML CODE yang ada dalam box.
6. Pergi ke Dashboard. amik LAYOUT Blog dan masukkan HTML/JavaScript baru dan pastekan HTML Code yang anta dah ambil dr www.imeem.com
selamat mencuba..
insaf rase diri...banyak yang leh dmuhasabah...bile tingat2 lik kat msia ni...ntahla,pe nak jadi,xtau la...dulu trang2 Allah turunkan bala besar,skarang??mungkin kena bala besar trun kat msia baru insaf,nauzubillah...mge bala2 kecil yang menimpa kite skarang akan mnyedarkan kite akan kbesaran,kekuasaan n meningkatan lagi iman n ktaqwaan kite pada Allah swt...
sentiasala kita merenung dan mengambil iktibar. sejarah tidak pernah menipu bahkan akan berulang..semoga Allah berikan kita iman yang kuat.
thank a lot hazimin
Post a Comment