Sunday, July 8, 2007

Tahniah Untuk Rakyat Jordan

7 benda ajaib dunia yang baru telah diumumkan di dalam satu majlis
deklarasi di Lisbon, Portugal pada 07.07.07.

Dari kiri atas: Chichén Itzá, Mexico- Christ Redeemer, Brazil- The Great Wall, China- Machu Picchu, Peru
Dari kiri bawah : Petra, Jordan- The Taj Mahal, India- The Roman Colloseum, Italy
(http://www.new7wonders.com/index.php?id=633)

Ucapan tahniah diucapkan kepada Raja Abdullah dan rakyatnya kerana sebuah lokasi sejarah yang berada di negara mereka kini telah terpilih menjadi salah satu 7 benda ajaib di dunia?

Semalam 07.07.07 menjadi tarikh 'pilihan' ramai manusia untuk melakukan pelbagai acara untuk memahat dan mencipta sejarah. (Tak kurang di Malaysia ramai mengadakan majlis perkahwinan pada tarikh tersebut dan ada pasangan mengharapkan kelahiran anak mereka di tarikh tersebut). Ramai berpandangan ia satu tarikh yang 'unik' dan ada kelebihan. Apapun bagi aku, tidak ada apa yang menarik dengan 'kepercayaan' nombor-nombor berikut. Biasa


Penganjur untuk pengisytiharan 7 benda ajaib dunia yang baru turut memilih tarikh tersebut sebagai tarikh 'keramat' mereka. Pemilihan ini telah disertai oleh masyarakat seluruh dunia melalui undian dari internet dan sms mobile. 21 buah lokasi yang dianggap ajaib (dipilih dari beberapa kriteria yang telah ditetapkan) telah bertanding sejak beberapa bulan yang lalu dan kini telah diumumkan keputusannya.

Mungkin selepas ini Menteri Pelancongan Dan Arkeologi Jordan Osama Dabbas boleh berkira-kira untuk memajukan Petra setelah 'diangkat martabat' sebagai antara lokasi sejarah terkemuka di dunia.

Dalam rangka projek memajukan lokasi sejarah Jordan bermula 2004 dan akan berakhir 2010, hasilnya cukup baik apabila melihat kerajaan Jordan merupakan salah satu kerajaan di bumi arab yang telah mengambil inisiatif memelihara makam-makam para Anbiya' dan Sahabat untuk tujuan pelancongan. Papan Tanda jalan menunjukkan arah lokasi-lokasi sejarah kini kian memenuhi 'ruangan' tepi-tepi jalan di Jordan. Mana-mana kawasan lokasi arkeologi yang sebelum ini dianggap 'batuan berlonggok dan sampah keras' kini sudah semakin menjadi tumpuan.

Semua ini telah berjaya diprogramkan oleh kerajaan Jordan sejak tahun 2004. Dan kini, bermula 7 Julai 2007, PETRA bakal menjadi satu lokasi tarikan pelancong seluruh dunia apabila telah menjadi benda 'ajaib' setelah beberapa bulan di undi oleh 'manusia-manusia penyebab keajaiban' diseluruh dunia. Sudah pasti selepas ini Petra yang 'lengang' dari sebarang kemudahan akan menjadi sebuah lokasi sejarah yang cukup menyediakan ruang kemudahan.

Tandas awam akan bertambah di dalam kota, tong-tong sampah akan bertambah, pamplet dan penerangan kota Petra akan diedarkan percuma di dalam kota. Tanpa semua kemudahan itu harga tiket masuk ke kota petra sudah JOD 21 (RM 111). Mungkin selepas ini Mazen Homoud Pengarah Pelancongan Jordan boleh berbincang menaikkan harga setelah kemudahan disediakan.


Begitulah kisah Petra yang sebelum ini telah meniti dibibir masyarakat dunia. Bah kata 'orang dulu-dulu' Bila datang ke Jordan seperti tidak cukup 'syarat sah' jika tidak melawat Petra. Nah! Kini sudah menjadi salah satu kota ajaib di dunia. Masakan orang tidak tertumpu untuk hadir ke kota ini?

Bila disebut tentang keinginan, kemahuan untuk ke kota ini, sudah pasti ia tidak dapat disangkal. Kecualilah mereka yang memang malas untuk pergi melancong dan mengetahui sejarah di sana, atau tidak cukup bajet kewangan yang ada. Bagi aku ada cerita peribadi yang terlalu membuatkan aku ingin menjejaki Petra.

Tiba di Jordan 17 Jun 2000, sebulan berada di Jordan aku telah memasang cita-cita menjejaki kota Petra. Cukup lama aku mengambil masa dan peluang untuk ke kota Petra. 6 bulan aku 'menanggung penderitaan' hati untuk tiba di situ. Akhirnya pada 7 Februari 2001. Allah takdirkan rezeki pertama aku tiba di kota Petra dengan percuma ketika Rehlah Merentas Masa anjuran Badan Kebajikan Anak Perak Jordan (BKAPJ). Ketika itu aku amat berterima kasih kepada abang dan sahabatku Al-Fadhil Ust Imran Ibrahim yang telah menjalankan tanggungjawab sebagai pemandu pelancong yang amat baik. Cukup petah dan bermaklumat.

Ketika kali pertama memasuki Petra sudah pasti tidak mencapai 'nikmat' menjelajah ke seluruh lokasinya. Manakan tidak, ia rehlah persatuan. Berjalan terhad kerana mempertimbangkan masa dan aturcara yang telah diatur. Namun, ia tetap memuaskan hati aku sebagai langkah pertama aku mengunjungi Petra.

Sungguh menakjubkan dan otak aku pada ketika itu sentiasa terfikir terhadap kaum yang cukup hebat di beri kemahiran oleh Allah. 'Mengukir gunung untuk dijadikan rumah mereka!..Hebat!..Sehebat manapun kerajaan Rum membina binaan. Mereka tidak mampu mengukir gunung, mereka hanya mampu membongkahkan batu-batuan dan membina kota mereka'.

Selepas dari ziarah di kota Petra untuk rehlah tersebut aku telah bertanya kepada Ust Imran mengenai Petra. "Kota Petra tue kaum Tsamud ke yang ukir?

Dia menjawab "Macamni Min, ahli sejarah mengatakan ini kota yang dibina oleh kaum Anbad, Mike tahu Anbad? Anbad ni..Anbad ni..merupakan kerajaan arab juga. Mungkinla..kota ini ada kaitan dengan kaum Tsamud. Tue pandangan ana la.."


Sejak itu aku cuba mendalami maklumat mengenai kota Petra. Saban minggu, saban bulan, saban tahun jika berpeluang aku akan ke Petra. Banyak buku tentang Petra aku beli dan aku baca di perpustakaan Universiti Mu'tah. Biarlah apa orang nak kata ketika itu. Yang pasti aku gembira dengan kerja aku dan aku 'bermaklumat' tentang Petra. Sehinggakan pada ketika itu masyarakat arab sendiri telah memberi gelaran kepadaku 'Abu Hajar'.

Fokus aku mengkaji dan membaca sejarah Petra hanya satu.
'Benarkah Kota Petra adalah tinggalan Kaum Tsamud? Jika tidak, Di mana kota kaum Tsamud ?'

Tidak cukup dengan bacaan, aku telah berjumpa dengan beberapa pensyarah di Jabatan Sejarah dan Jabatan Arkeologi dan Pelancongan di Universiti Mu'tah. Mereka tetap berpendapat bahawa Petra telah diukir oleh sebuah kaum yang bernama Anbad dikenali dengan kerajaan Nabatiah di dalam bahasa arab atau di dalam bahasa Inggeris disebut Nabatean.

Namun hati aku kuat mengatakan bahawa Petra adalah tempat kaum Tsamud yang diutuskan kepada Nabi Saleh a.s. Untuk entri mendatang aku akan cuba 'kisahkan' kajian aku mengenai kota Petra hasil dari bacaan dan tinjauan yang telah dilakukan

Kali terakhir aku menjejaki Petra pada Februari 2007 bersama Rehlah Keluarga Ust Mujahid, Ust Sagol dan Ust Razzi Amman. Ada rezeki selepas ini aku memasang niat untuk menjejaki 'kampungku' PETRA, buat kali ke 46.

10 komen:

zaidakhtar said...

Salam Min.
46 kali ke Petra?
Masya Allah, banyaknya, Min.
Ana cuma 2 kali (1996 & 1999). Seronok masuk ke kota. Penat terasa hilang bila sampai di depan Rose City yang merah jambu itu. Cuma... yang sulitnya jika sakit perut nak terbuang air. Hehehe.

Ana menanti 'pendedahan' kajian anta tentang Petra itu. Tentu sangat menarik.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam ust,
ya ust.46 kali, punca dr ana juga.bila dah kerap ke Petra, kemudian ada tetamu dtg ke sini ana kena jadi guide.rehlah2 pelajar pun begitu..tp rasa seronok pegi sebab kita buat benda kita seronok buat :) mmgpun ust, tenang sampai di Khazneh tu tp kalau nak terbuang air problem besar..hehe

InsyaAllah ada akan menulis ttg Petra untuk entri mendatang.

syukran lawat blog ana..

guli guling said...

dasyat tu 46x...ish2,darab ngn jd20 lebih kaye gak petra tu :) tak silap bnyak dah kot tandas2 dalam petra tu kan,cam kat wadi rum,ke takde lagi kat petra tu...???tak sabar nak tunggu cite setrusnye,crite dari kajian ust stelah 46x mnelaah kesan2 kat petra tu...:)mge btambah lagi ilmu baru yang tak tau sblm2 ni..

asma said...

huhu...barula joden femes pasnih..da masok 7wonders..kui3..

46x?sye bru 2kali..huhu.menarek2..xpe kite student joden masok sedinar jek..

suweileh family said...

la...ada tandas lah masa keluarga akak pergi baru2 ni bersetentang dengan tempat yang mcm Rom Theatre. Masa yg pi dulu tu tak sempat sampai. Tandas memang bersih, ada 2 pekerja. Lain kali nk p Petra tak perlu risau.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

InsyaAllah akan dibentangkan pandangan peribadi sy mengenai Petra..Tunggu..:) rezki dpt banyak kali ke 'kampung' sy tue..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

aa.. tandas dari dulu mmg dah ada. tp jauh dr khazneh. tandas ada dekat ngan muzium tapi sekali masuk bayar 300 fils!.. Tandas depan theater baru siap sekitar 2004-2005. sblm tahun tue xde lagi..:) so, mudahlah juga..cuma xmerata tandas yg dorang buat tue...

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

selamat student joden masuk sedinar shj. :) lepas ni maybe jadi 2-3 pa..

Anonymous said...

salam...hebat2 46x, ana pun teringin gak nk jelajah sedalam yg bleh tp xnk le jln2 xde makne so will be waiting for kajian ust, ..nway 1Q: mcm mane nk pi n stay 2-3 days kat petra with unexpensive budget?..syukran

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

saya anda masukkan entri tentang bajet murah menjelajah kota petra di dalam link blog tips kembara. boleh ziarah ke blog tersebut untuk dapatkan maklumat.