Thursday, July 12, 2007

Mencari Ketenangan di Iraq

Senja di Hazman. Gambar ini di ambil dari bukit berhampiran persimpangan ke perkampungan Iraq.
Kelihatan di sudut atas kanan
tapak-tapak garam kepunyaan kilang memproses garam milik
pengusaha dari Jordan dan Israel.


Petang itu melalui jalan berbukit melalui kawasan padang gandum yang luas. Jika aku melaluinya 2-3 bulan sebelum itu sudah pasti ia sedang menghijau. Kini ianya menguning meninggalkan kesan jerami gandum yang sudah dituai, padang tersebut kini sudah kering, berdebu.

Petang itu aku menaiki coaster Karak menuju ke Iraq. Di dalam coaster, kebanyakkan mata memandang pelik ke arahku. Mungkin jarang ada orang luar menaiki
coaster tersebut ke tempat mereka.

"Mahu ke mana?" Tegur seorang perempuan yang duduk di kerusi bersebelahan aku. Gayanya macam pelajar universiti Mu'tah.

"Ke Iraq". Aku menjawab. Dia tergelak "Buat apa ke sana? Kau tinggal di sana?" Aku menjawab "Aku mahu ke
Muthalath Iraq, melihat pemandangan cantik dari bukit di situ".

"Kau pelajar Mu'tah?" Dia bertanya lagi.

Tatkala itu dah semakin banyak mata-mata lelaki arab memandang ke arahku. Sejak dari mula lagi dah ada mata memandang namun setelah makin 'rancak' perbualan aku dengan minah arab tersebut, makin 'tidak puas hati' arab. Aku hanya menangguk-anggukan kepala aku pada minah arab itu.

Masyarakat arab di kawasan perkampungan masih menjaga adat-adat pergaulan. S
uatu perkara yang memalukan jika seorang lelaki tanpa ada hubungan keluarga bersembang dan berbual. Aku berhenti bercakap dengan minah arab itu bagi menjaga adat arab yang memelihara syariat.

Dalam masa 15 minit perjalanan aku tiba di Muthalath Iraq (simpang tiga jalan ke Iraq). Iraq yang aku masukkan bukanlah negara Iraq. Tetapi sebuah perkampungan terpencil yang terletak kira-kira 8km dari pekan Mu'tah. Petang itu aku berhenti di persimpangan jalan menuju ke perkampungan Iraq untuk menenangkan fikiran dan 'menukar angin' setelah otak 'dibebani' dengan beberapa masalah. Ternyata apabila tiba di tempat pemandangan yang cantik, angin 'naseem' (angin sepoi-sepoi bahasa) otak menjadi lebih tenang dan sedikit sebanyak melupakan sementara masalah yang bermain difikiran.

Dari kawasan bukit di persimpangan jalan ke Iraq jelas kelihatan sebuah kampung terpencil yang dikelilingi pohon menghijau. Perkampungan Iraq yang berada di dalam daerah Hazman, di Barat daerah Mu'tah dan Mazar.

Iraq dikenali sebagai 'mangkuk makanan' di Mu'tah dan sekitarnya kerana kawasan tersebut terdapat banyak mata air yang masih mengalir dan dengan nikmat air tersebut penduduk di kawasan Iraq banyak bercucuk tanam dan hasilnya banyak 'menampung' bekalan jualan makanan berupa sayuran di kawasan Mu'tah dan Karak. Kawasan mata air tersebut dikenali dengan Ain Qala'ah turut menyalurkan bekalan air bersih ke kawasan Mu'tah dan sekitarnya.


Dari kawasan bukit di persimpangan jalan ke Iraq juga turut boleh dilihat pemandangan kawasan Jazirah Lisan iaitu kawasan di selatan Laut Mati. Dari bukit ini aku dapat lihat dengan jelas petak-petak garam yang diusahakan oleh pengusaha kilang kepunyaan Jordan dan Israel untuk tujuan penghasilan garam.

Pemandangan petang itu amatlah cantik. Namun hati masih terkilan ketika memikirkan tanah di seberang laut mati tersebut sudah hampir 59 tahun 'dirompak' oleh bangsa Yahudi. Bilakah tanah tersebut akan kembali menjadi milik Islam semula? Bilakah bantuan Allah akan tiba? - Melihat keadaan 'kehancuran' umat Islam Arab khasnya dan umat Islam seluruh dunia mampukah semua bersatu untuk menentang yahudi? Jika OIC yang kini kononnya menjadi medan penyatuan umat Islam, mampukan ada perbincangan, perancangan dan seterusnya membuahkan resolusi untuk menentang kebangsatan yahudi menindas umat Islam. Mampu? Tidak Mampu? atau tiada jawapan untuk kedua jawapan tersebut.


Aku masih memikir tentang 'kecilakaan' bangsa yahudi ketika seorang badwi menegur aku dari belakang. "Gawwak" Kata lelaki itu. "Alhamdulillah Bikhair" aku menjawab sapaan lelaki tersebut. Gawwak kebiasaanya dilafazkan oleh masyarakat badwi yang boleh diterjemahkan sebagai Apa Khabar kamu?. Jika bahasa arab baku menggunakan Kaifahaluka, bahasa pasar arab pasar di Mu'tah dan Karak menggunakan Kefik atau Chefik. (Huruf Kaf berbunyi huruf Cha)..untuk bertegur sapa di dalam masyarakat mereka.

Setelah berbual beberapa ketika dengan lelaki tersebut, dia beredar bersama kambing-kambing peliharaannya menuju ke sebuah bukit berdekatan jalan turun ke sebuah perkampungan bernama Aiy. Dari kecil dia menetap di situ dan berpindah-randah ke kawasan sekitar mengikut musim cuaca.


Keindahan bumi Allah di Hazman. Jauh kelihatan di bawah ialah perkampungan Iraq.
Perkampungan berhadapan bukit dikenali dengan Taibah atau nama lamanya Khan Zira.


Aku duduk di kawasan bukit tersebut sambil memerhati keindahan dan ketenangan di perkampungan Iraq sehingga kelihatan matahari terbenam menghampiri batas-batas garam di Laut Mati. Cahaya lampu sudah kelihatan di persisiran batas tanah Palestin yang kini 'dipinjam secara hutang' oleh Israel.

Beberapa minit selepas itu kedengaran azan dari perkampungan Iraq. Aku bergerak menuju ke persimpangan jalan Iraq untuk menumpang mana-mana kenderaan menuju ke Mu'tah..


10 komen:

Anonymous said...

ingat nak ke iraq betul tadi...pelik gak senng2 nak naik bus ye :) msti cantik kan tgk matahari tenggelam...doa2 la moge tanah milik orang islam dapat dtebus lik satu hari nnt ameeennn..

azyananiza said...

Saudara G-Min,

Catatan saudara akan lebih mudah dan menarik dibaca sekiranya saudara memendekkan jumlah ayat dalam setiap perenggan. Sebaiknya satu perenggan mengandungi kurang dari 5 ayat.

Ayat-ayat dialog sebaiknya diasingkan dari ayat-ayat naratif. Biarkan ayat dialog sendirian walalupun pendek tanpa digabungkan dengan ayat naratif. Lebih banyak dialog lebih baik.

Ini akan menjadikan tulisam saudara lebih mudah dibaca.

Perenggan yang panjang-panjang akan membuatkan mata pembaca cepat letih dan kadang-kala sesat dalam perenggan.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam guli guling,
selagi umat Islam tidak bersatu, selagi itu kemenangan tidak memihak kepada Islam. Selain kita berdoa..tindakan juga perlu ada..bagi penghunisahara sendiri pun hnya mampu menulis dan bercakap..masih xmampu buat. Namun, semoga dengan penulisan boleh menyedarkan lagi diri sy dan umat Islam yang lain

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

sahabatku riduan,

terima kasih banyak2 atas pandangan. InsyaAllah untuk entri2 akan datang saya akan cuba perkemaskan lagi. Dan teruslah menegur saya untuk membaiki penulisan saya.. barakallahu fik.

Nazhatulshima N said...

Salam,
Terima kasih di atas kunjungan ke blog saya dan kini saya membalas kunjungan. Masya Allah, indahnya pemandangan. Seronok membaca pengalaman saudara.

zlaa said...

Salam.

Seronoknya mengembara. Macam-macam pengalaman. Kalau dapat nak tahu juga budaya/cara hidup mereka di sana.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam..nazhatul shima,
trima kasih atas kunjungan semula.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam zlaa,
InsyaAllah untuk en3 akan dtg sy cari idea ceritakan kehidupan masyarakat disini..

::alifdalmim:: said...

ececehh..carik ketenangan nmpak..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

biasalah la adam..:)