Sunday, July 22, 2007

Jom Makan Ikan..


Panas membahang.

Begitulah keadaan cuaca di Aqaba 2 hari yang lalu. Dalam masa 3 minggu sudah 3 kali aku ke Aqabah. 29 Jun yang lalu aku mengikuti rombongan pelajar Perak, 18 Julai aku menjemput keluarga Zaid di Terminal Feri Aqaba. Mereka baru pulang dari Mesir melalui Nuweiba dan 2 hari yang lalu aku mengikuti rombongan pelajar Kedah Jordan.

Aqaba sudah 'sinonim' dengan ikan. Apabila pelajar-pelajar di Jordan ke Aqaba antara 'misi'nya ialah mencari makanan-makanan laut. Samada Samak (ikan), Jambari (Udang) atau Kalamari (Sotong). Sudah pasti semua mencari altenatif makanan lain setelah saban hari mengadap ayam dan daging.

Muka bumi Jordan yang terlalu sikit mempunyai laut dan terdapat hanya beberapa sungai menjadikan makanan laut/sungai sukar untuk di dapati. Persisiran laut di Jordan hanya di Aqaba itupun sepanjang 21 km sahaja. Sungai yang terdapat hanyalah sungai Jordan yang bersambung ke Sungai Yarmuk dan terus ke Tasik Tabari. Yang lain adalah sungai-sungai kecil yang 'tiada' hasil ikannya.

Di bandar Amman, ikan mudah di dapati di pasaraya-pasaraya besar namun harganya memang mahal. Mungkin boleh membayar harga sewa rumah sebulan jika ingin menikmatinya. Jika ada yang murah di pasar-pasar ia adalah ikan yang sudah lama dibekukan. Jika di Souq Khadrawat Downtown Amman, terdapat juga ikan yang diimport dari Port Said, Mesir dan Oman, harganya 'boleh tahan' namun tak ramai yang ingin membelinya dari Amman lalu membawanya pulang ke kampung masing-masing. Leceh jika menaiki bas 'mengusung' ikan.

Oleh sebab jarang-jarang dapat makan ikan di Jordan, kali ini rehlah ke Aqaba seperti 'membalas dendam' untuk menikmati ikan di Jordan. Rehlah anak Kedah ke Aqaba pada kali ini adalah untuk mengadakan mesyuarat pertukaran sesi pentadbiran. Bak kata YDPnya sebelum berangkat ke Aqaba:

"Kita pi sana makan ikan la kali ini..takpa, duit Kedah pun ada lagi. Kita guna makan-makan untuk budak Kedah kali ni.."

Pelajar Kedah di Jordan tak ramai. Adalah dalam 20 orang. Itupun ramai yang tak dapat ikut serta disebabkan masing-masing ada urusan. Aku turut menjadi ahli persatuan Kedah di Jordan iaitu sebagai ahli tidak rasmi. Iaitu ahli di mana mak atau ayah ahli tersebut adalah orang Kedah.

Antara Pelajar-pelajar Kedah dan Utara yang menuntut di Jordan
Dari kiri Afifuddin (Usul Feqh), Khazri (Usul Feqh), Athiq (Medic),
Hazimin (Usuluddin), Zafril (Medic), Tarmizi (Sastera Arab),
Jafni (Medic), Hafizuddin (Usul Feqh)

Bila sampai di Aqaba, program yang biasa di jalankan ialah aktiviti bebas. Semua peserta bebas bersiar-siar dan membeli belah di bandar Aqaba. Aku, Hafizuddin (YDP), Khazri mula sibuk mencari ikan di pasar ikan Aqaba untuk memasak makan malam pada sebelah petangnya. Banyak jugalah pilihan ikan yang ada. Agak mahal, namun yang penting ia adalah ikan-ikan yang segar. Bukan seperti ikan beku 3 bulan yang terdapat di Kedai Ikan 'RedBull' di Mu'tah. Atau ikan takdak kepala yang agak mudah didapati di Jordan (Ikan Kacang= dikenali dengan ikan takda kepala oleh pelajar-pelajar di Mu'tah)

Jenis ikan yang dibeli memang xtahu. Nampak macam best saja ikan tue, kami pun beli..hehe.

Akhirnya selamatlah kami membeli ikan dari 2 buah kedai ikan di Aqaba. JOD 53
dibelanjakan untuk membeli ikan tersebut. Iaitu hampir-hamipr RM 263..kalau di Malaysia boleh kenduri satu kampung dah. Harga tersebut adalah untuk 2 ekor ikan besar untuk dibuat masak lemak dan 5 ekor ikan sederhana untuk dipanggang dan ia untuk 17 orang peserta rehlah..

Petang harinya, selamatlah ikan-ikan tersebut di panggang dan dibuat masak lemak. Memang nikmat menikmati ikan setelah hari-hari memakan ayam dan daging sahaja...

Bersyukur di atas nikmatNya..

Ikan kecik sekilo JD 7 (RM35) semuanya3kg
dan yang besar sekilo JD 4 (RM20) semuanya 8.25kg.


Ikan masak lemak dan IkanPanggang. :)
Bahan-bahan masak lemak dah di blend dari rumah.
Manakala ikan panggang di saluti dengan minyak bijan &
Seasoning Salt


12 komen:

guli guling said...

nasib baik ahli2 rmbongn tak kena panggng kulit nye sx ngn ikan2 :p membahang kat sane tu nampaknye...puas ati la dapat lepas kempunn makan ikan fresh kat situ ehhehe..tahniah kepada saf pimpinn baru anak kedah,taun depan wat rehlah makn ikan keli lak...

SoFie NuR said...

ikan bakar...yummy....
nti leh panggang ikan kat abu nuseir lak...hihihi

kak lin said...

masak lemak guna periuk nasi ek?? :) Takpa la no.. janji dapat makan ikan masak lemak, lepaih sket kempunan.. :)

ais_putih said...

kalau kat tempat saya nih..tetouan morocco..alhamdulillah tidak mempunya masalah kekurangan ikan..hehe..sebab dekat sangat ngan laut mediterranean..

asma said...

alamak..gmba ikan ler plak...terliuq den

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam guli guling,
mmg panas sgt di Aqaba.sblm kami memanggang ikan kami dah kena 'panggang' dahulu..:) apa2pun dah gitu cuacanya nak wat lagu mana..hihi

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam sofie nur,
boleh2 xda masalah.nnt pakat2 ngan mama jemputlah ke umah :)

---
kak lin,
eh, bukan guna periuk nasi tue. kami bawa dapur gas dan tong gas dari umah. :)

--
akhi ciptho,
erm..sure di morocco mcm2 ikan segar ada ya. bestla student2 sana..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

asma,
memang sedap betul pekena ikan tue..best..cuba bayangkan.:) nnt senang2 g la aqaba..leh beli banyak bawa lik irbid..

asma said...

haha..naseb baek minggu lepas bru bli ikan...wat goreng pns2 mkn ngn sambal jek ..sodaPPP

even xfresh
kt irbid ade jual ikan gak=p
hehe
xlarat la nk g aqabah pns2 nih..

Ustaz Munn said...

biasalah AQABAH terkenal dgn tempat untuk menambahkan isi perut....

satu lagi...tmpt untuk mkn mcD(coz xde tax) ditambah dgn lepak selama 3 jam di dalam(sebab ade mukayyif...hehhehhe)

PrinCeSS said...

wah bestnye ikan panggang..
dulu kat jordan,kadang2 teringat muke ikan sbb jarang makan..^_^
tapi kat cni beza ckit..ari2 makan ikan or seafood sbb kedai jual daging n ayam halal jauh ckit..malas pnuye pasal..

hazimin said...

:) kira dok korea dah terbalik la ek..tapi lagi best makan seafood selalukan..mmg jarang pun dapat makan ikan kat jordan ni kecuali usaha yang 'berlebihan' :)