Tuesday, July 24, 2007

'Nomad' Di Bumi Asing


Jika masyarakat Badwi di Jordan berpindah randah 4 kali setahun, aku turut menjadi seperti mereka ketika 86 purnama 'berjiran' di padang berbukit selatan Jordan.

Jika badwi mengangkut khemah, membawa haiwan ternakan, bezanya aku mengangkut beg, kitab-kitab dan peralatan rumah.

Jika badwi berpindah disebabkan kawasan mereka tinggal tidak sesuai dengan cuaca pada musim tertentu, bezanya aku berpindah disebabkan tuan rumah 'mencekik' dan keadaan rumah sudah tidak sesuai.

Jika badwi memilih di mana-mana sahaja tanah untuk mereka tinggal, bezanya aku masih memilih rumah batu hanya di kawasan Mu'tah. Tidak keluar dari kawasan itu.

Jika badwi berpindah randah 4 kali setahun, bezanya aku berpindah setiap setahu sekali.

Jika badwi tinggal percuma di mana-mana tanah mereka kehendaki, bezanya aku kena bayar sewa la..

Menjadi 'badwi' di bumi asing...

1
Tempoh Menetap
Jun 2000 hingga September 2001 (15 bulan)

Harga Sewa
JOD 100
[4 bilik, 1 bilik air, 1 dapur, ruang tamu]

Sebab Pindah
Tuan Tanah Kedaung menaikan harga rumah dari JOD 100 ke JOD 150.

Catatan
Terletak di tengah-tengah pekan Mu'tah dan berhadapan dengan Masjid Syuhada'. Rumah ini bermasalah besar dari asalnya kerana terpaksa berkongsi eletrik dengan kedai roti Anwar Mekah.

2
Tempoh Menetap
Oktober 2001 hingga November 2002 (13 bulan)

Harga Sewa
JD 100
[3 bilik, 1 bilik air, 1 dapur, ruang tamu]

Sebab Pindah
Tuan Rumah menjadi 'binatang'. Menipu budak melayu dengan Akad Bayt (Perjanjian Menetap) sehingga membabitkan penguatkuasa tempatan dan kes mahkamah.

Catatan
Bangunan ini di sewa dengan pengurusan persatuan pelajar Mu'tah. Terdapat 7 buah rumah dengan setiap rumah mempunyai 3 buah bilik, 1 dapur dan 1 tandas. Bayaran setiap rumah adalah JD 100. Tuan rumah adalah seorang yang kaya. Mempunyai kedai kimpalan besi. Beliau dari kabilah Zneibat yang menetap di Karak.

Tuan rumah sangatlah busuk hati dan langsung tidak bertimbang rasa. Beliau menipu dengan menggunakan wasilah Akad Bayt untuk menipu wang pelajar melayu. Berurusan dengan mahkamah sehingga membabitkan pembayaran wang beribu ringgit.Allah maha kuasa. Pembalasan Allah akan tiba. Tidak di dunia. .di akhirat confirm jua.

3
Tempoh menetap
November 2002-Januari 2004 (14 bulan)

Harga Sewa
JD 70
[2 bilik, 1 bilik air, 1 dapur, ruang tamu]

Sebab Pindah
Tuan rumah minta pindah disebabkan ada penyewa yang ingin membayar harga lebih tinggi dan penyewa itu pula dari kalangan arab dan berkeluarga.

Catatan
Tuan rumah yang paling baik pernah aku jumpa. Abu Bakar dari kabilah Kasasbah. Rumah ini dijadikan Bilik Gerakan Persatuan Anak Perak ketikamana aku menjawat jawatan Presiden Perak pada ketika itu.

4
Tempoh Menetap
Februari 2004-November 2004 (9 bulan)

Harga Sewa
JD 70
[3 bilik, 1 bilik air, 1 dapur, ruang tamu]

Sebab Pindah
Masalah air. Hanya 1 meter tangki air dan menyusahkan kami tinggal berempat.

Catatan
Tuan rumah dari kabilah Sorairah. Rumah ini agak usang dan kami berjiran dengan arab Mesir. Kawasan rumah ini dikenali dengan Hayyu Burkei kerana terdapat kolam air zaman kerajaan Rum berhampiran dengan rumah ini. Ketika masuk ke rumah ini macam-macam benda kena baiki dan sampai sekarang tak dapat klim pun dari tuan rumah.

5
Tempoh Menetap
November 2004-April 2006 (17 bulan)

Harga Sewa
JD 80
[3 bilik, 1 bilik air, 1 dapur, ruang tamu]

Sebab Pindah
Masalah Air kumbahan yang memaksa semua penghuni di bangunan tersebut membayar sejumlah wang yang membebankan.

Catatan
Rumah paling selesa pernah aku tinggal. Tuan rumah merupakan orang kaya Mu'tah yang mempunyai aset bangunan yang begitu banyak.

6
Tempoh Menetap
Mei 2006-Mac 2007 (10 bulan)

Harga Sewa
JD 160
[6 bilik, 2 dapur, 2 bilik air, 2 tandas, 2 ruang tamu- rumah berkembar]

Sebab Pindah
Menamatkan pengajian di Universiti Mu'tah. Berpindah ke Malaysia :)

Catatan
Rumah paling jauh dari pekan Mu'tah pernah aku tinggal. Tuan rumah dari Kabilah Garallah yang menetap di Kathrabba. Rumah ini tidak siap sepenuhnya di tingkat atas. Pernah di duduki seramai 13 orang ahli rumah.

Inilah kenangan berpindah 'khemah' sepanjang menjadi penghuni di Mu'tah. Kenangan yang sukar aku lupakan..Alhamdulillah aku ditakdirkan berpindah 6 kali sahaja..ada seorang sahabat karib berpindah sebanyak 13 kali sepanjang 5 tahun beliau di Mu'tah.. :)

22 komen:

Anonymous said...

salam jimin
bagus lah hang...
buat pakej ms belaja mutah dulu...
1 tahun 1 rumah....
ape pon...yg no.2 aku dh guling2...
irbid kadg2 mcm tu gaks...
die katok kite katok balik

Anonymous said...

wah...mcm2 bentuk umah ade...tinggi panjang lebar macam2 ade...tapi batu n kaler tetap same :) nasib baik 6x pindah...kalo lebih leh tgk umah macm2 upe lagi hehehe...

Anonymous said...

Slm,
Banyaknye rumah dia...
Yg rumah kedua tu pasal plak? Hati tuan rumah mcm binatang, apa dia buat.

Kitarong pun mungkin pindah, tuan rumah tak paksa, tapi dia ada offer rumah lain, anaknya yg nak kawin bulan 11 nak duduk umah ni.

Anonymous said...

salam ustaz munn,
bila masuk satu rumah, sesama ahli bayt mesti sembang.."harap2 ni rumah terakhir kita la"..last2 xjadi gak. mesti kena pindah gak sbb tuan rumah..brg2 dahla banyak. tue yang sakit sikit tue..

Anonymous said...

salam pengomen setia guli guling,
mmg pun..kalau kawan saya yang pindah 13 kali tue nak masukkan dlm blog dia entry mcm sy buat..berderet2 rumah dia tue..:)

Anonymous said...

salam
kak ina & ust mujahid,

ttg rumah tue panjang kisahnya. Boleh mengarang satu novel pa kisahnya.
Ringkasnya,tuan rumah tipu pelajar melayu dengan menggunakan helah Akad Bayt yang tamat tempoh. Kes ni masuk kes polis dan mahkamah. Seorang pelajar melayu dipenjara dan kami terpaksa membayar jumlah wang yang besar dalam kes ini.. kalau cerita detail ni mesti semua akan cakap binatang pada tuan rumah tuh!..Setahun selepas kejadian tue dengar2 tuan rumah tuh sakit teruk. dan bangunan tue skrg mmg x berpenghuni..sapa yang sewa, pasti x lama dan terus keluar..

Unknown said...

kadang2 syok jugak main pindah2 ni.. tapi kalau selalu sangat pening lah :)

SoFie NuR said...

fuh...banyaknye pindah umah...mesti penat nk kemas n ngangkut barang...

tapi at least leh wat kenangan,nti leh citer kat anak2 n cucu2...
kuang...kuang...kuang...:p

mommy said...

macam2 jenis rumah..kire yang paling lama 17 bulan..

mcm kate sofie nur..leh cite kat anak2 nanti..dulu bapak penah jadi badwi kat tanah arab..hihi

::alifdalmim:: said...

hmmm...da mcm arab badwi...
yg umah pertama tu apsal tngkp gmbr tak smpai blk sy skali..suka tol mendengki..hehehehe

Anonymous said...

sedara irfan,
mmg penin bila banyak kali pindah. tambah2 brg2 banyak. seksa nak pack dlm kotak kemudian susun semula di rumah baru..penah sx kena tym nak exam pindah..lagi mcm2 hal :) apapun semuanya pengalaman menarik hidup di bumi asing..

Anonymous said...

to sofie dan sumayyah,
mmg banyak leh bercerita kat isteri dan anak2 nnt :) kena sediakan pakaian badwi sehelai dua dr jordan ni..nnt sambil bercerita pakai baju badwi..:P (teringat semasa di shariq qabaqbiyyah di damascus. ada satu kedai terdapat penglipur lara bercerita hikayat 1001 malam..nnt boleh buat begitu gakla..)

Anonymous said...

adam,
bukan xnak tangkap tapi sebab ruang luar rumah sebelah tue buruk..hehe mencacatkan gambo sahaja.. selamat la gambr xmasuk bau sekali.. kalau x..lagila x amik bahagian bawah bangunan sebelah tue..:P

Anonymous said...

haah la..nti leh beli baju badwi...pastu beli khemah badwi n time nk bercerita,pasang la khemah tuh kat halaman umah n ...baru de feel cam org badwi ckit...hehe

Anonymous said...

elok lah tu...hazimin al-badwi hehheheh,mcm kate mataQ.....
gulung2 aku di buat nyehhhh

Anonymous said...

heheh...tgelak sorang lak...tak tbayang muka ust pakai bju badwi,dok dalam khemah badwi sambil bcite ngn fmily anak branak...:p

Anonymous said...

sofie,

hehe..ada badwi pakai kot tetiap hari :) sambil membajak pun pakai kot..hehe. kalu betul2 ada costum badwi dijual kat souq..mmg nak try cari..cuma aritue ada beli baju sejuk badwi yg dibuat dari kulit kambing..dah selamat masuk kotak kargo..kira jadilah tue :P

Anonymous said...

ust munn,
jadi badwi takpe..jangan ikut perangai buruk badwi dan 'badwi' :)

Anonymous said...

guli guling,
hehe..apa yg guli guling bayangkan? nntlah saya jemput khas ke khemah badwi ya..:) satu lagi, badwi ni suka makan kambing..kalau pergi khemah dia, dorang makan sekeluarga satu talam dengan sekor kambing. jadi guli guling pun kena join makan kambing sekali la..

Anonymous said...

wah...tharunye...dapat jemputan lg,time kasih heheh...tapi masalah mkanan tu lak...saya cubit2 eksyen le ngn kambing2 tu tak pun bwk bekal sndri la nnt...:p

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

oo..guli guling xmakan kambing lah ya? :)

Anonymous said...

hahahaha...bukan stakat tak makan tapi mmg elegik sgt ngn daging kambing,susu kambing bla bla melainkan kambing idup depan mata heheheh leh la nak main2 ngn kambing...makan mmg takde la...:p