Wednesday, July 4, 2007

Hebatnya Pahlawan Islam

Kenangan di Kota Crac Des Chevaliers
atau dikenali dengan nama Qala'at Al-Husun di Homs, Syria

Aku tiba di Jabal Kalakh dengan mataku terpaku melihat kekukuhan Qala'ah Al-Husun di depan mata. Cukup hebat binaan kota ini. Memang hebat. Selama ini aku melihatnya di dalam dokumentari National Geographic dan membaca kisahnya di dalam internet, pada hari tersebut aku telah tiba di kota yang pernah menjadi kubu kuat tentera salib yang kemudiannya di tawan oleh panglima Islam Nuruddin.

Kota yang aku maksudkan ialah Krak Des Chevaliers atau dikenali di dalam bahasa Arab dengan Qala'ah Al-Husun atau Husun Al-Akrad. Terletak di antara jalan Homs ke Tartus (41 km ke arah barat bandar Homs, Syria).


Apabila tiba dipintu masuk utama kota, aku melihat di dindingnya dipenuhi ukiran dengan kalimah arab yang tertulis padanya nama-nama pemerintah dan ayat suci Al-Quran. Subhanallah! Inilah kehebatan Islam dahulu. Kota yang menjadi kemegahan kuffar telah dirampas dan dimiliki oleh pemimpin kerajaan Islam.

Satu usaha yang bukannya mudah. Satu usaha yang bukan dimiliki dengan 'pilihanraya'. Ataupun hanya bercakap dan terus bercakap tanpa tindakan. Berada di hadapan pintu masuk utama sudah membayangkan aku kehebatan pahlawan Islam terdahulu. Ketika itu aku telah memikirkan apabila kaki aku melangkah masuk ke dalam kota, sudah pasti jiwaku terus memuji kepahlawan Islam suatu ketika dahulu.


Berbekalkan kad ISIC (International Student Identity Card) aku dibenarkan masuk ke kota tersebut dengan hanya bayaran 10 Lira. Berbanding 300 Lira untuk pelancong biasa. Aku memasuki kota tersebut berbekalkan juga buku tulisan sejarawan terkenal Syria Ross Burns iaitu buku Monument Of Syria An Historical Guide. Buku yang cukup lengkap membahaskan sejarah Syria.

Sepanjang jalan di bahagian kiri kota terdapat bilik-bilik yang dikatakan kandang-kandang kuda. Cukup dengan maklumat pertama yang aku dapat pada hari tersebut sudah membayangkan aku bagaimana kekuatan tentera Nuruddin mampu menawan kota kebanggaan tentera salib tersebut. Tambahan apabila difikirkan keadaan geografi sekeliling cukup menyukarkan tentera lawan menawan kota tersebut.

Dalam keadaan kota tersebut di bina di atas sebuah bukit yang sekelilingnya ada curam dan gaung. Bermakna pemilik kota mampu melihat musuh dengan jelas dari pelbagai sudut. Bagaimana taktik yang digunapakai oleh Nuruddin dan pasukannya menawan kota ini? Hebat..


Sesahihnya kota Krak Des Chavaliers ini mencatat pelbagai zaman sejarah. Bermula dari sejarah Greek hinggalah ke zaman kerajaan Islam dan kini menjadi pusat pelancongan utama oleh kerajaan Syria.

Ketika zaman Crusaders (Tentera Salib) kota ini menjadi kebanggaan mereka. Terdapat kesan-kesan gereja lama di dalam kota. Kota ini merupakan kubu tentera dan oleh sebab itu kesan-kesan menara kawalan, dapur kota, berek tentera dan bilik pemerintah dan ahli keluarganya masih dapat dilihat kesannya di kota ini.

Namun sehebat mana kuffar akhirnya kota ini telah jatuh ke tangan Islam pada tahun 1163 apabila Nuruddin yang menjadi Sultan Halab ketika itu telah berjaya mengambil alih kota ini dari tangan tentera salib.

Takbir!


4 komen:

guli guling said...

sronok bace pengalaman ust :) tak dapat gi,bace cite pun jadila...msti cantik qalaah alhusun tu...ade cam qalaah karak ato qalaah halab n bosra ke...ke besar lagi brangkali :)

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

to guli guling
erm..kiranya guli guling dah sampai lah yea ke qalaah karak, halab dan bosra? senibinanya lebih kurang sahaja tp husun ni berbeza skit dr segi batuan yg digunakan dan berbeza dari bentuk pelannya..

e-episode said...

Boleh tulis travelouge.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

sahabatku riduan,

baru2 ni ada seorang kawan aku disini.ia juga minat dalam bidang penulisan ni.dia ada emel ke puan ainon dan dapat feedback. Puan ainon ada hantar modul utk menulis travelogue dan model tersebut dah sampai ke tangan aku. alhamdulillah. aku akan cuba menulis travelogue di syria. Doakan.