Tuesday, June 26, 2007

Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya...


Kekadang begitu payah untuk aku melupakan saat dan masa terbuang yang aku sendiri yang membuangnya. Bila difikirkan semula apa hikmahnya masa diambil begitu lama untuk menyelesaikan misi yang sepatutnya tidak perlu makan masa yang lama. Mulakan kerja, bagi tumpuan, jalankan dengan baik dan selesai..

Namun masa yang telah berlalu tetap dah berlalu. Tidak boleh dikembalikan. Hal yang mendatang perlu difikirkan akan 'pembuangan masa' tidak lagi dilakukan. Biar buat sesuatu dengan fokus dan berjaya.

Bermula dengan zaman gelap
Otak aku sebenarnya mengimbas kenangan semasa menuntut di Universiti Mu'tah. Aku tiba di Jordan pada 17 Jun 2000 dengan semangat dan azam untuk mendalami ilmu agama. 3 bulan duduk di Jordan untuk memahirkan bahasa dan kuliah pertama aku bermula pada pertengahan Oktober 2000.

Untuk semester pertama tiada subjek lagi yang aku ambil kecuali subjek Tilawah dan Hafazan. Semester pertama aku di Universiti Mu'tah dihabiskan dengan mengambil subjek Daurah Arabiah LilAjanib (Kursus Bahasa Arab untuk Pelajar Bukan Arab). Mula semester kedua aku cukup semangat belajar dan mencatatkan muaddal (average or CGPA) yang tinggi. Namun entah mengapa dan kenapa, bermula semester musim panas 01/02 fokus aku untuk belajar semakin hilang.

Aku banyak malas membaca buku (semester-semester sebelum itu aku malas juga, tetapi semasa nak exam aku akan tumpukan perhatian pada subjek). Tetapi makin lama makin teruk perangai aku, makin tidak memberi fokus kepada pelajaran.

Aku pernah bertanya kenapa seorang senior ketika itu. Mengapa aku jadi seperti ini?. Dia menjawab ringkas. Hang terlalu tumpukan kerja-kerja persatuan dan selalu ponteng kelas. Lama aku berfikir kata-kata senior tersebut. Mungkin ada kebenaran kata-katanya. Tetapi aku tahu diri aku macamana. Sebelum masa tersebut aku turut terlibat dengan kerja-kerja persatuan tetapi fokus aku masih boleh beri pada pelajaran. Lama aku menung dan fikir ketika itu. Akhirnya aku sendiri mendapat jawapannya.

Masalah aku bekerja dengan persatuan hanya 20% berkaitan dengan masalah aku hadapi dan bakinya adalah kemalasan dari diri aku sendiri untuk belajar dan memahamkan apa yang aku belajar.

Kenapa aku jadi begitu?
Tempoh terus berlalu sehinggalah tahun 2003.. pelajaran aku semakin merosot. Masa itu aku turut menjawat jawatan yang tinggi di dalam persatuan. Malas aku untuk belajar semakin menjadi-jadi.

Aku tahu pontensi diri aku bagaimana. Aku bukanlah orang yang lembab sangat nak belajar..(bukan nak angkat diri) tapi aku ada masalah kemalasan yang sampai tahap super. Bila aku give-up ngan pelajaran aku terus tinggal tanpa cuba nak selesaikan. Sedangkan dalam sesuatu keadaan ia amat mudah untuk diselesaikan.

Sehinggakan dalam tempoh setahun aku tidak ambil kuliah, bercuti dan stress dengan belajar. Wajah muram 2004 pun telah berlalu. Semester kedua tersebut aku sudah sampai tahap tension untuk belajar. Aku tak dapat tumpukan studi aku, kelas aku banyak ponteng, masa aku banyak buang begitu sahaja.. Jun 2004 aku buat keputusan untuk balik ke Malaysia.

Aku bercadang untuk mencari punca masalah aku dan penyelesaiannya. Memang aku balik mengejut masa itu. Keluarga aku pun terkejut kenapa aku buat keputusan nak balik sedangkan aku sudah pulang tahun sebelumnya (Sept 2003).

Di Malaysia, aku banyak menulis kisah-kisah aku dalam sebuah diari (diari itu aku terlalu cuai letak kat mana di rumah Malaysia dan hilang entah ke mana). Aku meluahkan perasaan aku dalam diari tanpa suara itu. Akhirnya aku sudah dapat masalah yang telah menyebabkan aku menjadi seperti orang 'lembab, tidak tahu apa sebenarnya aku dah buat. Berlainan sama sekali semasa di alam persekolahan.

Akhirnya aku koreksi diri ...

1. Tumpuan aku pada belajar hilang, malas nak buat keja rumah doc bagi, malas nak selesaikan masalah yang ada. Ambil sikap sambil lewa ketika belajar.

2. Tidak pandai bahagi masa dengan kerja persatuan. Persatuan bagi aku wajib disertai sebab ia salah satu medan dakwah kita. Medan belajar mengurus, bercakap. Tapi masa kenalah bahagi dengan betul.

3. Banyak makan dan tidur

4. Banyak buat kerja luar yang kurang penting dari belajar.

Kembali untuk ke zaman cerah
Oktober 2004. Aku kembali semula ke Jordan dengan satu semangat yang baru. Di alam menengah aku adalah pelajar cemerlang di sekolah yang cemerlang. Aku adalah harapan mak dan ayah. Aku adalah model untuk adik-adik.

Aku ketika itu pemimpin persatuan yang patut menjadi contoh. Ya! Semua 'kebodohan' aku sebelum itu aku kena ubah sebelum terlambat. Aku telah muhasabah diri dan ubah diri dan hasilnya mulai semester pertama 2004 hinggalah aku tamat pengajian semester pertama 2007, aku tidak pernah gagal dalam mana-mana subjek kecuali tiga subjek iaitu Tarbiah Wataniah, Tilawah 1 dan Feqh Muamalat.

Alhamdulillah, aku cukup membahagikan masa dengan baik. Antara persatuan, belajar dan kerja-kera lain. Aku usaha + tawakkal + doa dan Allah berikan semua itu dengan usaha yang telah aku lakukan. Bayangkanlah berapa jumlah jam kredit aku sepanjang tiga tahun yang aku kumpul dengan aku selalu dropped subject dan failed.

Tidak lama untuk aku menamatkan pengajian sebenarnya. Cuma aku yang bodoh tidak tahu bahagikan masa sebelum itu. Dan aku buktikan juga kepada mereka yang menyalahkan persatuan sebagai sebab seseorang itu tidak berjaya dalam pelajaran.

Aku buktikan yang aku mampu score semua subjek 80 ke atas pada semester soifi dengan satu subjek ketika itu aku mendapat yang tertinggi di dalam kelas. Sedangkan ketika itu aku menjawat jawatan paling penting di dalam PERMATA. Inilah bukti bahawa persatuan bukanlah penyebab utama jatuhnya kita. Tetapi kebodohan kita untuk bahagikan masa untuk semua itu..

Nasihat untuk saudaraku SeIslam, kawan-kawanku
Tujuan aku menceritakan kisah pahit bukan untuk minta simpati dan kisah kejayaan bukan untuk membongkak diri. Tetapi untuk renungan kawan-kawan seperjuangan aku, adik-adik seperjuangan aku di Jordan ini atau di mana-mana sahaja. Jika kita rasa tidak mampu, sebenarnya kita mampu. Jika kita kata tidak, kenapa kita tidak cakap ya!

1. Jangan abaikan solat. Jangan buat maksiat. Solat amat penting. Kekadang kita dah usaha banyak. Tapi Allah tak beri kita dapat tinggi dalam pelajaran. Kenang-kenangkan hubungan kita dengan Allah macamana..

2. Bukanlah kita mengejar segulung sijil itu tetapi bidang ilmu yang kita belajar itu dapat kita kuasai dengan baik. Katakan kita tidak mampu, jangan rasa rendah diri, kita ada potensi lain, ada kelebihan lain yang tiada pada orang lain.

3. Bijak bahagikan masa untuk pelajaran dan kerja-kerja lain. Bagi aku belajar untuk habiskan silibus dalam bidang yang kita ambil belum cukup untuk kita. Mesti ada kerja luar yang kita kena terlibat untuk kita lebih kenal kawan-kawan. Belajar hidup bermasyarakat.

4. Jangan malu berterus terang kelemahan kita dalam pelajaran. Jika kita gagal, jangan malu mengatakan kegagalan kita. Buat apa kita nak sorok? Beritahu kepada kawan, mintak bantuan dari kawan yang lebih mengetahui. Jangan ketika gagal. Kita simpan dan tidak usaha untuk belajar dengan kawan yang lebih mengetahui. Yakinlah kawan-kawan, otak kita ini terlalu mampu. Kita sahaja yang katakan tidak..

5. Belajarlah dengan mereka yang lebih tahu. Jangan malu bertanya. Walaupun belajar dengan orang yang lebih junior dan muda dari kita. Kalau kita ada masalah dalam pelajaran. Terus jumpa kawan yang lebih mahir. InsyaAllah aku bagi jaminan. Dalam satu keadaan silap-silap kita boleh score lebih dari Tok Guru.

6. Utamakan belajar dan ulangkaji ketika musim peperiksaan. Jangan tumpukan benda-benda lain. Kekadang minggu peperiksaan masih melayan bola, berjalan ke mecca mall, sempat bermain billiard, sempat melancong, berterusan melayari internet. Lainlah kalau betul-betul sudah bersedia

Percayalah! Sebenarnya kita punya potensi diri yang kita tidak nampak. Kita punya kelebihan dan kekurangan. Begitu juga manusia lain. Namun tingkatkan taqwa kita, kerana dengan taqwa itu membezakan antara kita dan muslim yang lain.

Jika anda pernah gagal, ia bukan beerti gagal untuk selamanya..
Usaha + Doa + Tawakkal = Dengan izin ALlah, kita akan berjaya.


Majlis Konvokesyen Universiti Kali ke-18
Alhamdulillah, dengan berkat usaha, sabar dan doa dari Allah aku telah menamatkan pengajian di Universiti Mu'tah pada 22 Januari 2007. Walaupun melalui zaman gelap di awal pengajian namun aku yakin dengan kemampuan aku untuk terus belajar dan menamatkannya selepas 3 tahun sahaja setelah aku sedar tentang kesilapan yang aku telah lakukan.

25 Jun 2007, telah dilangsungkan Majlis Konvokesyen Universiti Mu'tah kali ke-18 bertempat di Dataran Fakulti Sukan, Universiti Mu'tah. Ia merupakan hari kedua majlis di adakan setelah majlis hari pertama membabitkan fakulti-fakulti lain telah dilangsungkan sehari sebelumnya.

Pada tarikh 25 Jun fakulti yang terbabit ialah Al-Adab (Sastera), Huquq (Undang-Undang), Ulum Tarbawiah (Pendidikan), Graduan Diploma, Syariah, Ulum Riyadiah (Sains Sukan) dan Ulum Ijtima' (Sains Sosial).

Semua graduan telah berkumpul sejak jam 3 petang untuk pedaftaran nama dan susunan giliran mengambil sijil.

Jam 4.15 petang semua graduan memasuki dataran konvokesyen dan pada jam 5.00 petang barulah majlis dimulakan dengan perarakan masuk pensyarah-pensyarah dari semua fakulti dan jabatan.

Sejurus selepas itu lagu kebangsaan Jordan Salam Malaki dimainkan oleh unit pancaragam yang telah disusun.

Ucapan Aluan dimulakan oleh Pengerusi Majlis iaitu Dr.Yusuf Sheimat dari Fakulti Bahasa Dan Kesusasteraan Arab, selepas itu ucapan oleh Dekan Pusat Hal Ehwal Pelajar Dr. Abatah Tuwaihah dan ucapan terakhir oleh Dr.Sulaiman Arabiyyat iaitu rektor universiti Mu'tah.

Majlis penyampaian sijil dijalankan selepas itu dimulakan dengan Fakulti Adab dan diakhiri oleh Fakulti Ulum Ijtima' (Sains Sosial). Setelah selesai majlis penyampaian sijil, dijalakan pula majlis penyampaian cenderahati untuk pelajar terbaik keseluruhan setiap jabatan. Untuk jabatan Feqh & Usul tahun ini pelajar terbaiknya ialah Harun Ar-Rashid dari Indonesia. Tahun sebelumnya telah dipegang oleh pelajar Malaysia iaitu Rozaimi Ramle.


Alhamdulillah, bersyukur aku kepada Allah kerana akhirnya aku dapat juga menghadiri majlis konvokesyen ini dengan laungan nama aku bergema di tanah Mu'tah berjuta kenangan ini.

Ini bukanlah penonton perlawanan bolasepak atau perlawanan gladiator.
Tetapi inilah suasana masyarakat arab yang meraikan anak-anak, saudara-saudara mereka
di majlis konvokesyen mu'tah baru-baru ini.


Kenangan di Majlis Konvokesyen Universiti Mu'tah Kali ke-18
( Isnin- 25 Jun 2007 )

11 komen:

>>faez said...

wow..dh grade..kawaii..congrates!!
klaa ni nk gtau satu mslh ni..
pe nk wat,ble kte dpt high mark utk 1st exm,then kte jd mls utk 2nd exm..cmne nk ilangkn kemalasan tsebut??it always happens to me..ble dh leklok je dpt high mark 1st exm..2nd exm mesti dropnye..fortunately,my mark xdelaa down gler2..but still drop r..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

To >>faez<<
mmg penyakit malas mcm 'xda ubatnya'. Cuma pandangan peribadi sy, semangat yg betul2 semangat (kelas paling tinggi punya semangat) nak kekalkan cgpa dan xdown.+ kaji dan cari pe punca kita malas tue..ubah segra. Kalau kita drop, malu ngan diri, malu ngan mak ayah. Wallahualam..maybe blogger lain leh bagi pandangan gak..

asma said...

congrats bro!!

loveujordan said...

Tahniah !! Mabruk !!

Sekali gagal bukan bererti gagal selamanya...

Makcik dah tagged you for charity..see my blog...

.::SoFie NuR::. said...

congrats...!!!

v(^o^)v

e-episode said...

Aku masih ingat kau ada baca buku Berani Gagal oleh Billi Lim. Kau khatam buku titu banyak kali sampai lunyai (meminjam perkataan Ustaz Abd Rahman Salleh). Masa Tingkatan Dua kalau aku tak silap.

Syabas. Dan Tahniah. Cumanya aku cadangkan penulisan kau dalam blog ini diperkemaskan dengan bahasa yang lebih tinggi. Guna Bahasa Melayu (kini Malaysia) Tinggi BMT dan akan lebih ramai orang akan suka baca blog ini.

e-episode said...

Ada friendster? ibkhairi at g mail.com

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

to
sahabatku riduan,

hehe.ingat lg kau ya kisah lama. time tu aku baca buku Billi Lim (Dare To Fail) mmg utk amik semangat.malas2 jgk time tu kn. ttg penulisan ni aku skrg mcm ada masalah nak susun bahasa melayu. kkdng bnyk kali dok fikir2 edit2 lik. rasa mcm banyak x kena dan insyaAllah aku cuba guna bahasa standard bukan lagi mcm 'main-main' dan xserius. nnt boleh aku menuntut balik dr kau. kau kan terkenal sjk dr dulu bab2 kehebatan menulis ni..

aku xda 'berdamping' dengan frienster. kurang minat..

suweileh family said...

ust hazimin,

congratulations.

hebat ye convo kat sini, tak mcm mesia.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

To Suweileh family
TQ 4 wish..
mmg berbeza langit dan bumi majlis disini dan dimalaysia. dimalaysia senyap sunyi..ada protokol. dijordan, semua yg hadir mcm menyaksikan perlawanan bolasepak..riuh rendah. tp ia pengalaman yg sukar dilupakan..:)

Anonymous said...

Askum...Hi
1st congratulation!
At last....grad juga..
Your story..(that's encouraging n touching)
insyaallah dengan nasihat dan pengalaman tuh, adik2 n sahabat2 kita yang lain akan dapat manfaat dan pengajaran.

Keep up the good work n good luck!