Monday, July 28, 2008

Perkahwinan beramai-ramai di Jordan

Kehidupan Baru : Pasangan pengantin miskin dinikahkan secara beramai-ramai di Jordan

Berita Harian 27 Julai 2008
Amman: Lebih 12 pasangan dinikahkan dalam majlis perkahwinan beramai-ramai anjuran Persatuan Kebajikan Al-Afaf Jordan kelmarin. Persatuan kebajikan itu menganjurkan majlis perkahwinan beramai-ramai bagi membantu mereka yang tidak mampu mengadakan majlis keraian mewah dan menggalakkan pasangan berkahwin serta mendapat anak.

Pengantin perempuan yang bertudung dan pasangan lelaki mereka dinikahkan kelmarin di pekarangan sekolah sekitar luar bandar raya Jordan ini. Kira-kira 3000 tetamu hadir pada majlis itu yang dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu tradisional Aran dan berunsur keagamaan.- AP


* Satu usaha yang amat baik dilakukan oleh Persatuan kebajikan Al-Afaf di Jordan bagi membantu rakyat Jordan yang kurang berkemampuan dari segi kewangan untuk mendirikan rumahtangga. Sepanjang pengetahuan saya dari pengalaman berada di Jordan ramai dikalangan rakyatnya berkahwin dalam usia yang lewat di atas sebab kewangan yang tidak mencukupi walaupun mereka sudah berkerja. 'Modal' yang tinggi mencecah JD 10000 menyebabkan mereka terpaksa menunggu masa yang lama untuk berkahwin.

Dulu di Malaysia ada juga diadakan majlis perkahwinan beramai-ramai yang ditaja oleh Jabatan Agama misalannya. Namun sekarang ini sudah tiada berita mengenainya. Majlis perkahwinan beramai-ramai seperti ini boleh dicontohi dan diteruskan di Malaysia untuk membantu pasangan-pasangan yang tidak ada kemampuan kewangan untuk berkahwin.

4 komen:

arsaili said...

salam saudara..apa kabar..di Jordan lagi ker?

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam arsaili,

khabar baik, alhamdulillah. lama jugak x ziarah ke blog sedara.. skrg sudah di Malaysia. Kekadang saja masukkan entry ttg jordan..

masih di australia?

*~De' Reza Family~* said...

waduh gmin..!!...sudah bleh citer bab nikah kawin ker??..hehehe...

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

Salam Al-Fadhil Ustaz Adi,

Hir3..sekarang dah bolehla sbb dah join club.. dlu segan jugak nak bercakap..hehe..

Kome dah jadi Pegawai Tadbir Agama..trylah suarakan kat orang2 di atasan di Jaipk. Mana tahu boleh diadakan majlis perkahwinan beramai-ramai di Perak..:)