Sunday, July 6, 2008

Kenapa Penghuni Sahara?

Persoalan ini aku terima dari rakan-rakan sejak aku berada di Jordan lagi dan sering ditanya oleh beberapa kenalan dan bloggers ketika chating atau beremel. Kenapa PENGHUNI SAHARA menjadi pilihan untuk tajuk blog yang aku tulis?

Blog ini lahir ketika aku berada di Jordan. Walaupun ketika itu aku sudah berada di Jordan bukan dengan status pelajar tetapi tujuan utama aku menulis blog ini adalah untuk menceritakan pengalaman pengembaraan aku dan maklumat sejarah lokasi-lokasi sejarah yang pernah aku jejaki di Timur Tengah.

PENGHUNI SAHARA aku pilih disebabkan nama pena ini telah lama aku guna sejak tahun 2001. Aku memilih nama tersebut sesuai dengan artikel-artikel yang aku ingin tulis tentang pengembaraan ke lokasi-lokasi sejarah di Timur Tengah yang lebih diketahui ramai dengan tanah yang gersang, padang pasir dan sahara sedangkan ia bukan sepenuhnya sebegitu.

Masa terus berlalu. Sebelum ini memang kerap aku menulis entry tentang pengembaraan dan maklumat lokasi sejarah yang pernah aku jejaki. Lama kelamaan semakin banyak entry aku masukan selain dari fokus kembara dan sejarah.

Ada juga sahabat yang memberi cadangan agar aku asingkan catatan pengembaraan dan diari hidup dalam blog berasingan. Namun aku 'berkeras hati' untuksatukan sahaja semua itu dalam satu laman blog. Rasanya itu yang terbaik bagi aku, dan mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan aku?

Penghuni Sahara hanya sekadar nama pena yang banyak kenangan pada diri aku. Selepas aku kembali ke Malaysia ia bukan sahaja menceritakan pengalaman pengembaraanku di Timur Tengah tetapi semua catatan sejarah hidup aku, politik, ragam manusia, iklan trip pelancongan dan apa sahaja yang aku ingin tulis.

2 komen:

Anonymous said...

salam
bukan ke gurun sahara terletak di afrika? rasanya saudara belum lagi kembara ke gurun tersebut...
wasalam

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

PENGHUNI SAHARA sekadar nama pena.. menjiwai rasa hidup di tanah dataran luas, berpasir dan gersang.. sbb saya pernah merasai hidup di dataran padang pasir kosong bersama masyarakat badwi di Jordan... pergi sahaja daerah Wadi Rum di Selatan Jordan.. suasana cukup menyamai dataran sahara luas..