Hujan lebat turun ketika bas melalui kawasan Lanchang dan berhenti di Temerloh untuk menurunkan penumpang. (Route Bas Ipoh-Temerloh-Kuantan). Alhamdulillah saya dan isteri selamat tiba di Kuantan. Zaid dan isterinya sudah menunggu kami di Terminal bas Kuantan.
Keadaan sesak di Kuantan membuatkan perjalanan ke Kemaman berlaku sedikit kelewatan. Kami tiba di rumah Zaid jam 8.15 malam setelah berhenti solat asar Jamak Takhir di Masjid Sungai Ular.
Suasana di rumah Zaid sudah sibuk dipenuhi saudara mara untuk persediaan kenduri esok. Setelah makan malam kami ke tempat penginapan yang telah di sewa oleh keluarga Zaid iaitu di Seri Tempurung Homestay terletak tidak jauh dari rumahnya di Bandar Baru Bukit Mentok.
Pertama kali tiba di Terengganu terasa teruja untuk berjalan-jalan dan melihat keindahan di bumi pantai timur Malaysia ini. Esok selepas selesai kenduri di rumah Zaid bolehlah merancang berjalan-jalan di Terengganu sehari dua sebelum bertolak balik ke Ipoh.
4 komen:
Eloklah ust n isteri jln2 di Terengganu. Jgn lupa pi bandar Trg...pi Pantai Batu Buruk..pi Pasr Payang. Slm untuk isteri
salam kak ina n ust,
baru ni tak sempat kami ke K.T sebab ada di Kemaman n ambil kesempatan jalan Kemaman & Kuantan sahaja. InsyaAllah ada rezeki lain kali boleh jalan-jalan K.T pula...
lain kali datang la lagi...
Sofie,
InsyaAllah..ada kelapangan boleh ke sana lagi. Datangla Perak jalan2..
Post a Comment