Thursday, July 17, 2008

Harga minyak yang menekan!

Sekarang musim makan durian. Semalam balik kampung di Parit Buntar ada juga durian dari dusun di Relau, Pulau Pinang yang dihantar oleh keluarga yang pergi mengutip sehari sebelumnya. Saya dan isteri sudah tak larat nak makan kerana asyik dok melantak durian sahaja di Ipoh dan baru-baru ini di Tapah. Tambahan Usop@Talam Kuning dah pesan.. "Jangan makan banyak sangat durian Ust Jimin, nanti High Kolestrol"

Sempat sehari sahaja balik ke kampung di Parit Buntar ziarah emak ayah dan terpaksa balik ke Ipoh sehari selepasnya kerana isteri ada tugas dan kami perlu ke Medan Gopeng untuk mencari tiket bas ke Kemaman untuk memenuhi jemputan kenduri sahabat baik saya Zaid. Emak ayah Zaid Makcik Ina@silversarina dan Pakcik Anuar saya sudah anggap macam keluarga sendiri.

Musim-musim kos hidup semakin melambung tinggi ini menaiki bas/pengangkutan awam adalah jalan terbaik untuk jimat duit. Kalau dikira-kira kos dari Ipoh nak ke Kemaman sekarang ini duit minyak dan tol rasanya sudah menjangkau RM1000. Isi minyak RM50 baru dapat 18.5 Liter. Belum masuk nak beli barang-barang dan nak singgah-singgah makan lagi. Semuanya kena fikir masak-masak. Kalau main belanja saja memang 'parah' jadinya.

Malam ini program Solat Hajat dan berbuka puasa akan diadakan di Stadium Ipoh dan disusuli dengan ceramah oleh MB Perak dan Ust Ahmad Awang selaku Pesuruhjaya PAS Negeri. Program kali ini saya tidak dapat sertai kerana berada di K.L untuk beberapa urusan dan mahu ke Lowyat untuk mengambil HDD saya yang telah rosak 2 tahun lalu yang berjaya 'dipulihkan' segala dokumen di dalamnya oleh seorang rakan yang bekerja di Sri Comp iaitu Amin. Amin pernah mengambil Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Programming Comp dan kini beliau mengambil Diploma di UM dalam Bidang Syariah. Amin seorang yang mesra dan mudah bermuamalah serta mahir dalam selok belok komputer.

Bas ke K.L lagi sejam (sempat aku menulis entry ini). Tambang pergi dan balik baru RM30. Kalau drive kereta sendiri pergi dan balik minyak dan tol kurang-kurang habis RM200 dari Ipoh-K.L-Ipoh

Sedih, negara pengeluar minyak, tapi rakyat hidup tertekan dengan harga minyak yang mahal. Buatla debat, rencana, bloggers menghentam kerajaan dalam blog masing atau apa jua perarakan/demontrasi diadakan.. harga minyak bukan boleh turun pun! Harta negara terus dirompak oleh mereka-mereka (Pemimpin Haprak UMNO dan BN). Rakyat perlu bersatu TUKAR KERAJAAN!.. InsyaAllah amanah negara akan dijaga oleh mereka yang lebih layak.

Ok. Beransur dulu. Wassalam.

4 komen:

::alifdalmim:: said...

dok jordan tertekan..
dok msia pun tertekan..

mana lah nk dduk??

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

hidup mana-mana pun tertekan kalau semua harga naik, gaji tak naik. Tambah beza di Jordan memang takde minyak padanla dengan hargannya.. tapi Malaysia nih negara pengeluar minyak. Lagi minyak mahal patut lagi untung banyak..kurang-kurang boleh kekal harga minyak yang sedia ada.. ni naik melambung sampai 75 Seliter.

balik sajalah Malaysia.. tahulah macamana nanti..

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz.. elok2 sy tgh pening kpala pasal laptop buat hal, nampak plak entry ustaz. Setakat ni kat jordn xde spe yg "berjaya" memulihkan laptop sy.. sebulan lg nak blik msia, boleh bg nama kedai kwn ustaz kat lowyat tu?klo bole tlg bgtau aras skali. nak try kt sne plak.. org melayu, percaya ckit..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam aku&aku,

Tingkat 2 Lowyat, pergi ke Sri Comp. Cari pekerja di situ namanya Amin. Ni no phone dia 012-6895226