Sunday, May 4, 2008

Apa ada di Mafraq?

Mafraq dikenali di Jordan sebagai salah satu bandar yang menjadi laluan penting yang menghubungkan negara Jordan dan Syria. Terletak kira-kira 20km dari sempadan antarabangsa Jaaber-Naseeb menjadikan Mafraq sebagai bandar yang mesti dilalui untuk ke sempadan tersebut.

Muhafazah Mafraq turut menempatkan Universiti Al-albayt yang mashyur di mana ianya telah dibuka sekitar tahun 1994 dan ia turut menjadi salah satu universiti pilihan pelajar Malaysia menimba ilmu di bumi Jordan.

Muhafazah Mafraq merupakan muhafazah yang terbesar di Jordan. Keluasannya merangkumi kawasan tanah Jordan hingga ke sempadan Iraq di Karamah dan sempadan Arab Saudi di Umari. Bandar Azraq yang diberi jolokan oasis Jordan turut berada di dalam muhafazah Mafraq.

Secara amnya, Mafraq jarang dikunjungi oleh para pelancong lantaran lokasi-lokasi sejarah yang terdapat di dalam kawasanya dianggap kurang menarik berbanding kawasan-kawasan lain di Jordan. Tambahan bentuk muka buminya yang 'membosankan' membuatkan banyak pelancong dari luar tidak memilih lokasi-lokasi di muhafazah Mafraq untuk mereka kunjungi.

Lebih 'dahsyat' lagi, maklumat mengenai lokasi-lokasi sejarah di Mafraq tidak banyak diketahui umum atau jarang-jarang disebut. Sedangkan terdapat lebih 8 lokasi-lokasi sejarah yang boleh dikunjungi di Mafraq.

Antara lokasi-lokasi sejarah yang boleh dikunjungi di Mafraq ialah : Masjid Lama Umawiah di Hayyu Fudayn berdekatan bandar Mafraq, Umm el-Jimel- Kota Batuan Igneus milik kerajaan Nabatean, Umm Al-Qutayn, Deir Al-Kahf, Qasr Huwaynit, Qasr Burqu', Qasr Azraq dan yang paling utama mesti dikunjungi oleh pelancong Muslim ialah Buqa'awiyya iaitu lokasi yang menempatkan pokok yang dikatakan tempat Rasulullah S.A.W berhenti berehat bersama kafilah pedagang sebelum meneruskan perjalanan mereka ke tanah Bosra.

Mungkin selepas ini, Mafraq boleh dijadikan lokasi pilihan untuk dikunjungi oleh student-student di Jordan. Walaupun kurang menarik tetapi banyak iktibar sejarah boleh dipelajari darinya.


Kota Umm El-Jimel
Kota dari Batuan Igneus terletak terpencil di sebuah kampung 35km dari bandar Mafraq
Kota ini merupakan salah satu pusat utama kerajaan Nabatean yang terletak di antara laluan Petra dan Bosra yang terkenal sebagai pusat perdagangan suatu ketika dahulu.


Arkeologi di Hayyu Fudayn.
Fudayn merupakan nama lama bagi Mafraq. Satu tapak arkeologi terdapat di dalam bandar Mafraq iaitu bersebelahan dengan Department Of Antiquities Mafraq (Da'irah Al-Athar 'Ammah, Mafraq). Kawasan sejarah tersebut menempatkan sebuah Masjid lama dari Kerajaan Umawiah, Rumah Mandi Awam (Hammam) dan penempatan.


Tulisan Greek Kuno yang terdapat di Qasr Azraq
Azraq merupakan sebuah pekan kecil di dalam muhafazah Mafraq yang majoritinya di diami oleh penganut Druze dan orang-orang Shishan. Terdapat sebuah kota yang juga di bina dari batu Igneus yang dipercayai wujud sejak zaman Greek. Kota ini antara kota penting yang menjadi pusat pemberontakan ketika Revolusi Arab 1917. Lawrence Gabenor Inggeris yang menjadi dalang dalam pemberontakan tersebut telah membina rumahnya di sudut atas pintu masuk utama kota tersebut.

4 komen:

Anonymous said...

Menarik cerita hang tentang Mafraq. Hayyu Al Fudayn ramai yang x pernah pergi, walaupun pernah jadi kampung Melayu satu masa dulu. Aku pernah dibayar 3 dollar sehari untuk bantu kerja arkeologi di situ pada tahun 2000.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam babazahra'..
kita pernah berjumpa ka masa kat Jordan? nama hang sapa?

aku sampai Jordan Jun 2000..soifi tahun tue mmg aku sentiasa ada kat Mafraq sebab kelas xdak lagi.. aku selalu lepak rumah Najib Norani, Zulqarnain, Saipol Barin- rumah depa kat Bank Iskan Balad. dalam 2001 depa semua pindah kat rumah dekat landasan keretapi.. Joshuade yang duduk kat Hayyu Dubad pun pindah sekali ke rumah tue..

Anonymous said...

pernah jumpa kot tapi belum kenal masa tu. masa Najib pindah rumah tu aku dah balik dah tapi aku ada dengar pasal tu. aku zul. si Najib ngan Nine tu ada sini, KL.

MamaKaisah said...

aku dok mafraq pun tak pernah sampai tpt2 tu..sedih maa