Antara aktiviti musim sejuk yang menarik perhatian semua orang ialah bermain ski dan luncur ais. Ramai juga rakan-rakan pelajar di Jordan yang bertanya camana nak main ski kat middle east ni bila tiba musim sejuk. Di Jordan sudah pasti tiada harapan untuk bermain sukan tersebut.
Dahulunya ketika Mu'tah menerima salji yang tebal ada juga yang bermain luncur ais menggunakan talam. Kawasan Ja'fariyyah menjadi tumpuan. Dari kawasan berbukit agak tinggi menghala ke Mazar akan kelihatan pelajar-pelajar Melayu mengusung talam dan duduk di atas talam lalu meluncur turun ke bawah jalan menghala ke Mu'tah. Paling kurang pelajar di Jordan akan berpusu-pusu ke Ajloun Region di kawasan Anjarah atau Kufranjah untuk bermain salji kerana dikawasan tersebut menerima salji yang paling banyak di bumi Jordan. Namun di kawasan tersebut tidaklah disediakan resort untuk bermain ski atau luncur ais.
Ada juga pelajar dari Jordan apabila musim sejuk akan berjalan ke Jabal Arab dan Bloudan di Syria untuk bermain salji. Memang bersemangat sesetengah pelajar untuk bermain salji dan merakamkan kenangan bersamanya. Ada juga yang ke kawasan utara Lubnan di kawasan hutan cedars dengan disediakan resort bermain ski dan luncur ais. Namun ketika ini Lubnan bukanlah negara yang selamat untuk dikunjungi.
Turkey- negara yang sering menjadi bualan kepada mereka yang ingin bermain ski ais. Tak ramai antara pelajar di Jordan yang ke Turkey pada musim sejuk untuk bermain Ski. Mungkin disebabkan tidak tahu cara untuk ke sana, bajet tak cukup atau memang tak mahu ke sana. Sesahihnya Turkey merupakan destinasi paling dekat, paling best serta paling selamat dari negara Jordan untuk mereka yang mahukan pengalaman bermain sukan tersebut. Pergunungan Uludag (Ulu bermaksud Great, Dag bermaksud Mountain) di Bursa sering menjadi tumpuan rakyat Turkey serta pelancong asing yang ingin bermain ski. Bursa sudah pasti tidak mengecewakan mereka yang sudah lama memasang impian mencuba sukan tersebut.
Bersempena musim sejuk yang sudah semakin sejuk ini, pihak HZ Travel & Tours telah menyusun satu pakej ke Turki yang dinamakan TURKEY JOURNEY- Winter 2008 Adventure Package. Trip ini akan membawa semua peserta menjelajah bandar Istanbul serta menimba pengalaman baru bermain ski ais dan luncur ais kepada mereka yang masih belum merasainya. Trip ini akan berlangsung pada 31 Januari 2008 sehingga 09 Februari 2008 iaitu selama 10 hari.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej tersebut anda boleh lihat iklan di bawah ini.
(Klik pada Image untuk paparan yang lebih besar).

2 komen:
alhamdulillah. lebih baik bercuti dan merasai iklim berbeza di negara seIslam, berbanding negara bukan Islam. Sekurang2nya halal-haram lebih terjaga, ibadah juga lebih mudah. kan?
salam pakteh,
betul kata pakteh tue. makan halal mudah didapati, beribadat pun mudah. tambahan negara Islam yang dilawati banyak meninggalkan kesan ketamaddunan Islam yang hebat. Menghayati sejarahnya dapat banyak me nginsafkan kita..
terima kasih sering berkunjung ke sini.
Post a Comment