Wadi Seer merupakan sebuah perkampungan yang cantik dan unik terletak di dalam Amman Region, Jordan. Kawasannya yang subur dan menghijau berbanding kawasan lain di Jordan menjadi daya tarikan pengunjung ke kawasan tersebut. Wadi Seer dan daerah bersebelahannya yang dikenali dengan Marj Al-Hammam merupakan kawasan penempatan kaum Circassian atau dikenali dengan lidah arab sebagai Sharkashi. Kaum ini berhijrah ke tanah Jordan dari Russia sekitar tahun 1940-an dan diberi kerakyatan Jordan oleh pemerintah disini. Ketika musim bunga iaitu sekitar April dan Mei, penduduk berdekatan akan berpusu ke kawasan Wadi Seer untuk bersantai dan berkelah di sungai kecil yang mengalir dari puncak bukit ke lembah yang menghijau.
Pertama kali saya tiba di Wadi Seer ialah pada Mei 2001. Pada ketika itu tujuan utama saya ke kampung tersebut adalah untuk menjejaki sebuah kota tinggalan kerajaan Ammoniah yang terletak kira-kira 25 km dari pekan Wadi Seer. Kota tersebut dikenali sebagai Qasr Al-Abd dan terdapat pula Qasr Iraq Al-Amir berdekatanya yang diambil namanya bersempena nama kampung tersebut.
Pengembaraan solo saya pada ketika itu bermula dari pekan Suweileh dengan menaiki sebuah coaster 'buruk' yang sepatutnya sudah boleh dijadikan tukun ikan dilaut. Tambang pada ketika itu hanya 100 Fils (kini sudah meningkat 100%). Perjalanan dari Suweileh membawa saya melalui Shariq Duwwar Thamin-Suweileh. Ketika itu, sepanjang jalan disitu masih belum membangun. Hadaiq Hussein belum wujud, Jambatan menghubungkan Khalda ke Dabouq masih belum 'jumpa' projeknya. Tapak CityMall, Carefour, Mecca Mall hanya tanah kosong dan kawasan perumahan yang kini sudah 'ditolak'.
Dari Duwwar Thamin coaster akan mengambil jalan Bayadir dan terus ke Wadi Seer. Pekan kecil Wadi Seer sentiasa sibuk dengan manusia yang berpusu untuk membeli barang keperluan harian. Dari pekan kecil tersebut saya mengambil coaster untuk ke kampung Iraq Al-Amir. Tidak banyak coaster dari Wadi Seer untuk ke Iraq Al-Amir. Pada ketika itu selang 2 jam baru kelihatan coaster yang bertulis Wadi Seer-Iraq AlAmir pada 'badannya'.
Perjalanan ke Iraq Al-Amir mengambil masa sekitar setengah jam. Perjalanan menuruni bukit dan lembah hijau amat 'menyegarkan' mata. Coaster yang saya naiki berhenti berhampiran Qasr Al-Abd sekaligus memudahkan saya menjejaki kota unik pada hari tersebut. Tidak perlu saya berjumpa dengan penduduk tempatan untuk bertanyakan lokasi sejarah yang menjadi 'ingauan' saya untuk dijejaki pada hari tersebut.
Sejarah perkampungan Iraq Al-Amir bermula sejak tahun 360 sebelum masihi apabila ianya diduduki oleh bangsa Amoniah yang di pimpin oleh Tobia. Amoniah menguasai tanah Amman pada ketika itu. Di perkampungan ini terdapat 2 kesan tinggalan kota lama iaitu Qasr Al-Abd dan Qasr Iraq Al-Amir.
Qasr Iraq Al-Amir dibina pada ketinggian 494 meter dari atas laut. Panjang kota tersebut 400m manakala tingginya lebih kurang 25-30m. Kawasan pembinaan kota ini telah digali terlebih dahulu dan terletak di lembah dan gua-gua lama. Pada mulanya Ammoniah yang menetap di kawasan tersebut dan selepas itu dicerobohi oleh orang Qibti.
500m dari kota tersebut terletak sebuah kota yang dikenali dengan Qasr al-Abd yang panjangnya 38m, selebar 18m dan setinggi 14.5m. Pada dinding dibahagian Timur Laut kota ini diukir bentuk-bentuk singa dengan warna kemerah-merahan. Di dalam kota ini juga terdapat ukiran seekor singa betina dan di antara kedua kaki singa betina itu terdapat ukiran anak-anak singa.
Kota ini dinamakan Qasr al-Abd kerana putera Al-Ammoni (Tobia) ini bekerja untuk negara arab (Mesir) kerana terdapat bukti beliau memohon kuda, anjing dl ketika Ptolemus II memerintah di Mesir. (Al-Abd bermaksud hamba)
Fakta menunjukkan bahawa kota ini telah dibina oleh Herkanus pada kurun ke-2 sebelum masihi dan beliau adalah ketua kaum tobiah dan pemimpin Ammon. Kota ini unik dan tiada seumpamanya. Ia dibina dari batuan besar yang tidak terdapat sebarang binaan sepertinya di Timur Tengah. Ketulan batu tersebut ada yang mencapai 7m x 3m. Lebarnya tidak lebih dari 40cm. Namun binaan ini mendapat kerosakan teruk ekoran gempa bumi pada 362 masihi
700m dari Qasr al-Abd pula terdapat 2 buah gua yang dipahat berada di dalam dua barisan. Dahulunya ia merupakan kandang kuda, namun kini penduduk kampung menggunakannya untuk menyimpan makanan ternakan dan tempat berteduh kambing-kambing mereka. Terdapat perkataan Tobiah dalam bahasa Aramiyyah yang dipahat di salah satu pintu gua tersebut.
Satu kepuasaan hadir apabila pengembaraan menjejaki kota-kota sebegini diakhirnya memberi banyak bermanfaat dan menambahkan pengetahuan. Melihat kesan tinggalan pada kota sudah melahirkan rasa kagum pada kaum-kaum terdahulu yang hebat dari segi kekuatan dan kemahiran. Namun mereka dihancurkan disebabkan bongkak serta tidak mahu menerima ajaranNya.

7 komen:
wah.. bestnyee jalan2 ke situ.
Gambar lainnya ada?
Kalau saya melawat ke situ, ada tak orang yang boleh guide nanti? Pasal ongkos, tak ada hal punye.. hehe
sang pelangi..
gmba xbnyk..tym pegi dlu 2001 digiCam pn xpemes mcm skrg..ahlan wasahlan kalau nak berkunjung ke jrdn. kalau sy msh djrdan sy akn bawakn..klu dh blik mesia, kwn2 disni ada.
Salam pengenalan, saya blog hop dari blog org lain. Nak bookmark blog ni ye...
Kak Amal.
salam,
makcik sempat pergi tempat ni dan kagum dengan bongkah batu yang besar-besar yang hanya di sini saja rasanya boleh dijumpai. ..rindu nak ziarah batu-batuan Jordan...hehehe.
salam kak amal,
salam perkenalan .. masih di Japan atau sudah di Malaysia?
salam makcik ina,
hehe rindu pada batu-batuan disini. InsyaAllah ada ksempatan bleh dtg ke sini lagi..mmg batuan di Iraq el-Emir berbeza dr kota-kota yang lain..
Salam, Kak Amal masih di Jepun, hingga hujung tahun depan InsyaAllah. Takde plan nak mengembara ke sini? Belum baca lagi entries dlm blog ni, tapi kak amal pun suka berjln tgk tempat org. Tk dpt pi, baca blog ni pun jadila. Nanti ada kelapangan nak baca.
Wassalam.
Post a Comment