Y.A.B Dato Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Y.B Dr. Tan Seng Giaw, Y.B Saifuddin Nasution dan Y.A.B Tuan Guru Haji Nik Aziz Nik Mat menyampaikan ucapan dan pidato mereka di Stadium Perak
Tuan Guru Nik Abd Aziz yang disayangi ramai selaku Ulama' dan pemimpin yang disegani berada di Perak bertemu dengan Menteri Besar Perak di Kediaman Rasmi MB Perak dan bertemu dengan rakyat yang hadir di dalam ceramah pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Ipoh. Selaku rakyat Perak, saya tumpang gembira dan berbesar hati di atas kehadiran Tuan Guru ke negeri Perak Darul Ridzuan. Walaupun kesihatan Tuan Guru tidak berapa baik beliau tetap bermusafir jauh untuk memberikan tazkirah ilmu pada rakyat di luar negerinya.
Kehadiran pemimpin bersama rakyat kali ini ternyata lebih ramai berbanding himpunan rakyat yang telah diadakan juga di Stadium Ipoh pada 14 April 2008 yang lalu. Walaupun cuaca hujan, rakyat tetap membanjiri Stadium Perak bagi mendapat maklumat dari pimpinan Pakatan Rakyat yang telah memasuki pemerintahan selama 100 hari.
Di dalam jadual, Dato Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Dato Seri Mohd Nizar menjadi panel untuk himpunan kali ini. Namun, Dato Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang dalam bahaya telah digantikan dengan YB Saifuddin Nasution yang hebat berpidato manakala Lim Kit Siang yang tidak dapat hadir digantikan oleh wakil DAP Pusat iaitu Ahli Parlimen Kepong Dr. Tan Seng Giaw yang petah berbahasa Melayu. Kemenangan pada PRU12 merupakan kemenangan ke-7 beliau menjadi Ahli Parlimen.
Dato Seri Mohd Nizar membuka ucapan diikuti oleh YB Tan Seng Giaw kemudian YB Saifuddin Nasution dan diakhiri Tazkirah oleh YAB Tuan Guru Nik Abd Aziz. Majlis tamat tepat jam 11.30 malam.
Tuan Guru Hj. Nik Abd Aziz menyampaikan ucapannya di Majlis Minum Petang yang diadakan di Dewan Kediaman Rasmi MB Perak. Turut hadir ialah YB DUN Perak serta pimpinan utama PAS Perak di semua peringkat
Puluhan Ribu rakyat memenuhi Stadium Perak bagi mendengar amanat serta maklumat dari pimpinan Pakatan Rakyat. Kehadiran rakyat dengan belanja sendiri ke Ipoh menunjukkan pengorbanan serta sokongan padu mereka terhadap Pakatan Rakyat tambahan keadaan hujan yang tidak mengurangkan semangat mereka untuk berada di padang stadium.
Tuan Guru Hj. Nik Abd Aziz menyampaikan ucapan dan tazkirah beliau dihadapan puluhan ribu rakyat Perak dan negeri-negeri lain yang hadir
Sesak. Rakyat menunggu Tuan Guru Nik Abd Aziz diluar stadium untuk penghormatan sebelum Tuan Guru berangkat pulang
3 komen:
alhamdulillah kan... sejak PR menang di 5 buah negeri ni, aktiviti agamanya tiada sekatan. sebelum ni nak buat ceramah pun kena buat di tapak persendirian.
moga Allah swt kekalkan keadaan ini. keadaan di mana orang-orang Islam berkumpul atas nama Islam dan bukan hiburan. roh juga memerlukan makanan. tak gitu?
salam suealeen
mmg benar. walaupun manifesto PRU yang diwar2kan oleh kerajaan Pakatan Rakyat belum bnyk ditunaikan. Namun, yg lain paling penting..biah atau suasana ilmiah dari kelas2 pengajian agama kini bebas diadakan tanpa sekatan. masyarakat dididik dengan suasana ilmu..mahu atau tidak sahaja untuk mengikutinya.
semuanya sudah diatur oleh Allah. Segala halangan, sekatan dan maki hamun buruk serta fitnah dari lawan pasti diberi pertolongan olehNya. Kerana setiap perkara yg kita buat adalah keranaNya.
bagi kak sue... pembangunan material tu tak penting sangat sebab bila tinggal di area kl ni segala macam dah rasa. yang tak rasa pembangunan rohani je... tak kisah la manifesto tu ditunaikan ke idak, janji bebas beragama. bila ada kebebasan, nak dakwah pun mudah.
tahun 98-99 dulu memang akak terlibat dengan program & pilihanraya di pt buntar. masa tu akak kedua akak jadi SU muslimat. amat manis bila menang di sana. tahu Q-plus computer? tu la kedai kakak & abang ipar dulu. la ni akak tu jadi tukang masak...
Post a Comment