Alhamdulillah, saya selamat tiba di Queen Alia International Airport pada jam 4.25 petang dengan penerbangan Royal Jordanian dari Attaturk International Airport, Istanbul. Dari QAIA saya terus ke Mu'tah dengan van Abu Ra'id Bani Saqar, seorang kawan arab yang tinggal berhampiran QAIA
Sepanjang 6 hari di Istanbul 3 hari awal sepenuhnya saya menemani keluarga Haji Shuhaimie yang mengambil pakej lawatan ke Istanbul selama 5 hari 4 malam. Alhamdulillah semua urusan dan perjalanan berjalan dengan baik. Antara tempat-tempat yang telah dilawati adalah lokasi-lokasi utama sejarah di Istanbul iaitu Blue Mosque, Topkapi Palace, Hagya Sofia, Makam Sultan Ahmad, Makam Sultan Mahmud, Spice Bazaar, Grand Bazaar, Eminonue & Balik Sandwich, Masjid Yeni, Menaiki private boat ke kawasan selat Bosphorus yang memisahkan Asia dan Eropah, Dolmabahce Palace dan membeli belah di Taksim.
Haji Shuhaimie dan keluarga berangkat pulang ke Malaysia menaiki penerbangan Turkish Airline ke Singapura pada jam 11.20 malam 8 Jun 2008.
Kali ke-8 berada di Istanbul dan menziarahi lokasi yang sama tidak banyak memberi maklumat yang baru selain melihat perubahan pemodenan dari tahun ke tahun dan kehancuran umat Islam Turki yang sudah dicorak dengan budaya barat. Tidak banyak masa yang ada untuk 'dicuri' untuk menjejaki daerah-daerah kecil lain di Istanbul. Mungkin ada rezki nanti ingin kembali ke tanah Istanbul bersama isteri. Berkongsi pengalaman dengannya dan menjejaki daerah-daerah lain di Istanbul.
0 komen:
Post a Comment