Tuesday, June 17, 2008

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan

Kepada saudara mara, sahabat handai dan semua yang mengenali kami dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan kami (Hazimin & Faatihah) pada 21 & 22 Jun 2008.

Kami memohon maaf kerana tidak dapat menghantar kad kepada semua kerana ketiadaan alamat rumah serta no. contact di dalam simpanan. Di harap dengan saluran blog ini dapat memaklumkan jemputan ini kepada mereka yang mengenali kami.

Jemputan Kenduri di rumah Lelaki pada 22 Jun 2008
Dengan segala hormatnya menjemput semua pelajar dan bekas pelajar Universiti di Jordan yang mengenali kami. Rakan-rakan & tenaga pengajar Sek Keb Titi Serong dan di Madrasah Idrisiah, Bukit Chandan terutama Batch PMR 1997/SPM 1999, saudara mara serta semua yang mengenali.

Klik untuk paparan besar


Jemputan Kenduri di rumah perempuan pada 21 Jun 2008
Dengan segala hormatnya menjemput semua pelajar dan bekas pelajar Universiti di Jordan yang mengenali kami. Rakan-rakan & tenaga pengajar di Al-Imam International Institue (AII), Kubang Kerian, saudara mara serta semua yang mengenali.

Klik untuk paparan besar

SEMOGA DENGAN KEHADIRAN SEMUA AKAN MEMBERKATI LAGI MAJLIS KAMI

4 komen:

silversarina said...

TERIMAKASIH DI ATAS JEMPUTAN ke majlis tersebut... makcik doakan agar majlis selamat dilangsungkan dengan sempurna . Amin.

Maaf dipinta kerana tidak dapat hadir di hari tersebut atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

SELAMAT PENGANTIN BARU !!

Anonymous said...

Tahniah!!! buat anda berdua semoga diberkati Allah dan berbahgia hingga ke akhirnya insyaallah

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Anonymous said...

Selamat pengantin Baru...Mak Cik terjumpa blog ini dan amat menggemarinya.
Semoga berbahagia hendaknya.

Amermeftah said...

Ah! Tahniah! Selamat Pengantin Baru!