Saturday, June 28, 2008

Sudah Seminggu

Alhamdulillah.. Segala Puji dan Penuh Kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi.

Semalam genap seminggu usia perkahwinan saya dan isteri tercinta. Dalam seminggu ini juga aku mengecapi kebahagiaan yang sukar untuk diceritakan. Sememangnya perkahwinan satu anugerah dan rezeki yang begitu hebat kurniaan Allah. Walaupun diceritakan perkahwinan ini penuh ceria dan banyak dukanya, aku sentiasa berdoa agar kegembiraan terus dikurniakan oleh Allah dan segala ujian dapat dihadapi dengan baik.

Program sepanjang minggu ini tertumpu menziarahi sanak saudara di sebelah keluarga saya. 23hb pulang sekejap ke Ipoh mengambil beberapa keperluan dan kembali ke Parit Buntar. 25hb kembali ke Ipoh disebabkan adik ipar bersiap untuk balik ke Jordan dan Syria. Semalam saya dan isteri turut ke KLIA menghantar Syaheed balik ke Jordan dan malam ini giliran Syaakiran balik ke Syria.

Tambah lapang apabila bekerja sendiri. Tidak terikat dengan waktu kerja dan masa banyak dapat diluangkan bersama isteri serta keluarga namun dalam masa yang sama kesibukan isteri dengan kerja-kerjanya perlulah dibantu dan diberi sokongan. Minggu hadapan saya mulai sibuk untuk menguruskan rombongan ke Syria dan Turki. Trip kali ini pastinya bertambah manis apabila isteri tersayang turut bersama. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Ameen Ya Rabbal 'Alamin.

Terima Kasih kepada semua saudara mara dan sahabat2 yang hadir ke kenduri kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan. Terima kasih juga di atas hadiah yang diberikan. Memang saya dan isteri terpaksa menghabiskan tenaga yang banyak untuk membuka hadiah, menyusun dan menyimpannya. Hehe.. Banyak menggunung..Terima kasih sekali lagi dan doakan kami bahagia hingga akhir hayat.

2 komen:

suealeen said...

alhamdulillah dah jadi suami orang. betul... rezeki lepas nikah ni berlipat ganda, hati rasa aman & gembira. tu belum dapat anak, rezeki bertambah-tambah. segala dugaan itu adalah perkara biasa berlaku dalam alam perkahwinan. kita sebagai manusia tidak dapat lari, cuma cara kita melaluinya sama ada makin dekat dengan Allat swt atau makin jauh... moga bahagia membawa ke syurga, insyaAllah..

p e n g h u n i s a h a r a said...

salam suealeen,
betul sgt2 kata akak tue..bila dh kawin baru tahu betapa indahnya aturan Islam ni..