Tuesday, June 24, 2008

Majlis Pernikahan 20 Jun 2008

Alhamdulillah Majlis Akad Nikah saya bersama isteri tersayang telah selamat dilangsungkan pada jam 10.05 malam 20 Jun 2008. Akad Nikah telah disempurnakan sendiri oleh bapa mertua dihadapan Ustaz Kamaruddin bin Adam- Pegawai Tadbir Agama Daerah Ipoh dan dua orang saksi iaitu Ustaz Kamal Izat bin Ahmed dan Ustaz Yob Saidin bin Md Yamin dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan dilangsungkan di Kediaman Rasmi MB Perak dan dihadiri kira-kira 200 orang ahli keluarga kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Gambar-gambar di Majlis Pernikahan.

Ahli Keluarga dan kenalan rapat berkumpul di ruang tamu kediaman rasmi MB sebelum
majlis akad nikah di jalankan


Beberapa minit sebelum mengakhiri zaman bujang Sangat-sangat gembira, berdebar dan sudah
pastinya memikirkan
tanggungjawab yang amat besar wajib dipikul


Hantaran dari sebelah pihak perempuan sebanyak 9 dulang dan dibalas dengan
7 dulang oleh pihak lelaki


Bapa Mertua sedang membaca khutbah untuk peringatan kepada anak dan menantu
serta semua yang hadir


Bacaan Doa selepas akad nikah yang disempurnakan oleh adik ipar yang kini sedang menuntut
di Damascus, Syria

Ustaz Kamarudin Adam menerangkan cara-cara melafazkan lafaz Ta'liq sambil diperhatikan oleh bapa mertua
dan dua orang saksi dihadapan ratusan saudara mara yang hadir


Memerhatikan sijil nikah ditandatangani oleh Ustaz Yob Saidin selaku Saksi 1

Bergambar bersama Emak dan Ayah serta Emak dan Abah mertua selepas
selesai majlis akad nikah


Alhamdulillah Majlis Kenduri Perkahwinan telah selamat dijalankan di rumah kedua-dua belah pihak di Ipoh dan Parit Buntar. Gambar-gambar perkahwinan InsyaAllah akan di upload di www.penghunisahara.blogspot.com dalam sikit masa lagi. Pengantin tengah sibuk sekarang.. hehehe

18 komen:

silversarina said...

syahdunya majlis akad nikah, bapa mertua baca khutbah, adik ipar baca doa... semoga berkekalan kesyahduannya melayari alam rumahtangga .

nanti letak gambar banyak2 ye... selepas dah tak berapa busy .. hehehe.

Anonymous said...

selamat pengantin baru.... =)

Anonymous said...

baarakallahulakuma... semoga ikatan yg dibina dalam keredhaan allah membawa kepada keredhaan allah jua hingga ke akhirat nnt. tahniah abg jimin!!

Anonymous said...

mabrook mabrook
semoga salamat selalu
segak bergaya abg jimin kita

Zetty said...

alhamdulillah, tahniah ye .. selamat pengantin baru .. semoga jodoh kalian berkekalan di dunia & akhirat .. :)

Abang Long said...

Syukur Alhamdulillah. TAHNIAH !

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam makcik ina..
baru boleh nak balas komen.. hehe. komen2 makcik dalam entry sblm ni xsmpat nak balas..

insyaAllah ada kelapangan nnt saya uplode gambar kenduri di rumah kedua-dua belah pihak.(makcik azzah advance uplode dlu gmba kat blog dia..hihi)

tuela makcik.. lama merancang nak kwin..akhirnya..alhamdulillah Allah pertemukan juga janji setia kami..:)

doakan kami..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam aizat..
terima kasih atas doa anta
semoga berjaya dlm studi d jordan

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam deqmoon..
trima kasih dtg majlis kenduri di ipoh..maaf xdan jumpa sebelum hang balik..

slamat balik ke jordan n menjadi doktor yg berjaya..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

yatie,
terima kasih


abg long,
terima kasih

Ibnsyariff....Mencari di manakah Al Ghazali said...

aslkm

bang..tahniah dah kawin
perghhh...mesti epi kan.
akhirnya, ada hitam putih gak.slesai segala penantian.

Muhammad Muzakkir said...

Mabruk gmen...maaf lah tak leh pi kenduri..:) sibuk sikit

Zacharias said...

congrats Gmin. all the best. sorry tak dapat datang

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

ibn sharif..
kett..
zaki..

terima kasih atas ucapan dan doa
Barakallahu FiKum

djambu puadovich said...

salam...rasanya mcm dah terlambat...tp nk ucap tahniah jugak...
caption gambar hantaran tu mcm silap a. bukan ke sepatutnya lelaki hantar 7 dulang dan dibalas pihak perempuan dgn 9? :)

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam yeop,
memang mike teliti bebeno..
dah tahu silap tulis dari aritue lagi.. haha.. saja malas nak edit..:)

Anonymous said...

Salam Penghuni Sahara,

Mcmana la saya boleh tertinggal bas nie..

2 bulan x masuk blog saudara dah macam2 perubahan jadi ya..

Tahniah dari saya dan moga berkekalan hingga akhir hayat.

nampaknya dah bukan penghuni sahara lah sekarang nie. :-)

apapapun harap semuanya selesai dan berbahagia selalu.

Anonymous said...

salam nagamadu,

Terima kasih atas ucapan walaupun tertinggal bas.. hehehe.

bagaimana dgn projek tanaman buah naga? hope sumer ok..

skrg jadi ex-penghuni sahara..:)