Sunday, March 9, 2008

Rakyat Malaysia Mengaum !

12,199 pengundi tidak memilih Pak Lah di Kepala Batas.
Majoriti pun berkurang banyak. Kesian aku kat hang

Ngauman masih terasa di Malaysia. Singa-singa tua yang sering tidak sedar diri kini melutut diam dan tidur seketika. Mereka membawa padah untuk diri sendiri. Diberi kepercayaan namun tidak mahu berusaha untuk memberi rakyat terus percaya. Kini singa-singa baru pula telah mengaum menyedarkan singa tua.

Dalam keadaan BN yang terhegeh-hegeh untuk mendapatkan semula Kelantan, mereka tidak sedar bahawa gelombang besar sedang melanda di semua negeri seluruh Malaysia. Hasilnya, kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang memerintah lebih 50 tahun kini semakin pudar. Rakyat terutama tentera BN jangan hanya melihat kepada negeri yang berjaya BA kuasai tetapi perlu dilihat kepada bilangan kerusi yang mereka telah rampas dari negeri-negeri kubu BN.

Lihat sahaja Negeri Sembilan, BA berjaya memenangi 16 dari 36 kerusi yang dipertandingkan. Walaupun Muhamad Hasan apabila ditanya oleh pemberita mengenai reaksi terhadap hal tersebut menyatakan yang penting pilihanraya untuk membentuk kerajaan. Soal bilangan kerusi tidak menjadi kira. Bagi saya ia penyataan yang sedikit tidak cerdik dan sudah pasti ia dijawab bagi menebalkan lagi ego untuk tidak terus menampakkan kebangkitan rakyat menentang BN.

Bak kata Saifulislam, mereka-mereka ini diberi kuasa. Tetapi Sombong!

Sudah diberikan kuasa untuk berbakti kepada masyarakat, namun diseleweng, di ambil hak rakyat untuk memboroikan lagi perut-perut mereka. Walaupun ada dikalangan mereka yang bersih, namun lebih ramai yang kurap dan tidak beramanah. Duit rakyat dihabiskan ke arah lain, masih ada rumah bagai nak runtuh dihuni manusia. Sama seperti kandang kambing bersebelahannya sedang dalam masa yang sama dibina bangunan mewah Billionan ringgit. Hukumannya, rakyat telah bangkit dan menolak untuk pengharapan kepada calon yang lebih baik.

Gelombang PKR di Lembah Pantai menjadi kenyataan apabila Menteri BN sendiri ditumbangkan. Dengan gaya pemakaian ala-ala menutup aurat kononnya, pernah menentang Poligami dan memperjuangkan monogomi. Jelas-jelas tidak mahu menerima apa yang dinamakan undang-undang Allah terhadap makhluknya bernama manusia! Nak sebut hudud lagi dicebeknya muka puak-puak ini.

"Kerja saya memporakperandakan pembangkang" kata Khairi Jamaluddin menantu kesayangan Pak Lalala. Akhirnya beliau menang juga tapi dengan majoriti yang amat berbeza dari tahun 2004. Hampir 13,000 menyokong BN tahun 2004 telah memilih untuk bersama Badrul Hisham Shaharin dari PKR. Ia satu tamparan yang hebat ke muka Khairi. Oleh sebab itu apabila pemberita bertanyakan respon selepas diistihar menang, ayat yang seperti singa dahulunya kini menjadi seperti arnab. Dan ia patut terus sedar tentang pengurangan majoriti yang sudah pasti menandakan kepercayaan rakyat semakin kurang untuk BN.

Apapun, tahniah kepada penyokong dan pendokong BA. Ada setengah orang bila ditanya engkau ni BA ke BN. Jawapan yang diberikan aku ini neutral. Neutral atau takut dengan perjanjian dan kongkongan? atau malas nak ambil tahu hal maruah yang dituntut dari manusia tidak bermaruah.

Harapan semua pendokong BA akan terus membantu dan menguatkan jentera di masa akan datang bagi memastikan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor terus kekal hingga kiamat dan negeri lain di Malaysia bakal menyusul. Sama-sama kita doakan agar Allah memudahkan para pimpinan di semua negeri yang diperintah oleh BA dan bakal melaksanakan semua manifesto yang telah dijanjikan. Dan menghapuskan segala korupsi yang ada disepanjang pemerintahan malaun lama yang kini boleh berehat-rehat bersama anak cucu.

Terima kasih kepada rakyat yang telah membuat pilihan yang tepat untuk masa depan generasi akan datang.

Penghunisahara kini kembali ke tanah berpaya. Menyokong apa yang sebenarnya patut disokong. Tidak hanya mengikut bontot, hingga kita tersembam dan mencium bontot mereka di atas tanpa reaksi apa-apa.

2 komen:

KAMATO said...

Sekarang kita tunggun janji2 mereka itu

Anonymous said...

best betul ayat ini

"Menyokong apa yang sebenarnya patut disokong. Tidak hanya mengikut bontot, hingga kita tersembam dan mencium bontot mereka di atas tanpa reaksi apa-apa"