Sunday, March 9, 2008

Mengundi di Titi Serong, Perak

Suasana di Titi Serong, Parit Buntar 8 March 2008

Alhamdulillah semalam tepat jam 12.30 tengahari saya telah selamat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia menjadi pengundi yang sah untuk memilih pimpinan di Parlimen Parit Buntar dan Dewan Undangan Negeri Perak Titi Serong.

Saya tiba di Pusat Mengundi Pejabat Pertanian Titi Serong dengan suasana tidak sibuk. Pada mulanya, saya berfikir akan beratur panjang menunggu giliran untuk memangkah sebagaimana yang saya lihat di kaca-kaca Tv sebelum ini. Alih-alih, tiada seorang pun ketika itu dan saya terus masuk dengan mudah bertemu pegawai SPR untuk pengesahan nama.


Mungkin semua dah mengundi di awal pagi sebab kotak undi lutsinar yang disediakan SPR sudah menggunung dilihat dari luar.

Ini adalah kali pertama dalam hidup berpeluang memilih pemimpin tempatan dan negara. Election 2004 tak sempat mengundi kerana berada di Jordan ketika itu walhal ketika itu nama sudah ada sebagai pemilih.

0 komen: