Thursday, March 27, 2008

Petang di Taiping

Taman Tasik Taiping

Tengahari tadi aku menerima tetamu di rumah yang datang dari Terengganu dan Kedah iaitu Mahadi dan Hafizuddin. Mahadi sudah beberapa hari berapa di Baling menziarahi Judin dan kebetulan Judin pada pagi hari mengikuti temuduga guru di Sungai Petani dan menelefon aku mengajak bersiar-siar ke Penang. Memandangkan jarak SP dan PB pun tidak jauh, aku menjemput mereka untuk terus datang ke rumah aku di PB.

Mereka tiba ketika hampir waktu zohor dan setelah makan tengahari dan berehat seketika, kami bergerak menuju ke Taiping untuk bersiar-siar. Sepanjang perjalanan kami ke Taiping topik pasca Pilihanraya masih segar menjadi bahan perbualan.

Kami mengambil jalan kampung untuk ke Taiping. Melalui Bagan Tiang terus ke Tanjung Piandang, Kuala Kurau, Simpang Empat melalui jalan Kuala Gula terus ke Kamunting dan Taiping. Berhenti solat di Masjid Ehsaniah berdekatan Selinsing.

Hujan lebat turun setelah kami melepasi Kampung Dew. Sesahihnya bandar Taiping boleh dikatakan saban hari hujan memandangkan Bukit Larut di Taiping menerima hujan paling banyak di Malaysia. Judin yang memandu kereta terpaksa memperlahankan kenderaan sambil kami terus rancak berbual . - politik- sosial - memori di jordan.

Sebenarnya tiada aktiviti yang dirancang di Taiping. Berjalan-jalan melihat suasana bandar, aku hanya mahu menghabiskan masa berbual. Di Taiping kami sempat melalui kawasan Muzium Perak dan kawasan Taman Tasik Taiping serta menghabiskan masa di Medan Selera Padang Sarkas menikmati Yong Tau Fu, Nasi Goreng Paprik, Mee Hailam dan ABC.

Yong Tau Fu- Medan Selera Padang Sarkas, Taiping
Adzhar, Jom Makan :)


Jam 6.10 petang kami bergerak balik ke Parit Buntar melalui lebuhraya Kamunting dan keluar di Bandar Baru Kedah. Susur keluar Bandar Baru paling dekat dengan bandar Parit Buntar. Kami sempat ke USM Transkrian dan setelah menghantar aku pulang di Titi Serong, Judin dan Mahadi bertolak pulang ke Baling.

Pertemuan yang singkat namun ukhuwwah yang telah terbina terus kukuh. Dan pertemuan sebegini sudah pasti mengembirakan hati dan persahabatan yang terjalin akan terus kekal baik.

6 komen:

NURAZZAH8 said...

salam,
wah...rindu kat Taiping...
actually makcik kecik2 dulu bersekolah di Taiping, sekolah TMGS.
Makcik duduk di Kamunting. Ayah makcik dulu bekerja sbg Pegawai Penjara atau Warder. Kami duduk dalam kuarters Kem Tahanan Kamuntin, yg terletak kat kaki bukit Jana. Zaman 70an dulu tempat tu sangat cantik, masih belum banyak pembangunan, selalu pergi mandi air terjun...
mengimbau kenangan lama...
bila ayah makcik pencen, kami balik ke Johor.
tapi beberapa tahun lalu makcik ada singgah Taiping dan Kamunting juga... terkejut jugak...dah banyak pembangunan... dahulu di sekeliling Kem Tahanan Kamunting cuma ada bekas2 lombong... tapi sekarang makcik tengok dah penuh dgn perumahan... jauh beza betul...ialah dah hampir 30 tahun berlalu...

eh...n3 sebelum ni menarik betul...teringin nak pergi Turkey - Bulgaria... tapi tgk masa dulu...susah juga nak minta cuti lama2 nih...sejak dah mula kerja dari cuti belajar hari tuh..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam makcik azzah,

ic, pernah menetap di kamunting rupanya makcik. sure banyak kenangan di situ.

ttg trip ke eropah timur, jika makcik brkesempatan bolehla join kami nnt :) 13-25 Jun 2008

ryosukida said...

taiping..umah kedua kite tu..umah maklang kite kat ctue..selalu gak jalan2 kat lake garden tu smbl sepupu kite tunjuk2 "bapok2" yg de..(sepupu kite mmg sengal sket!!)..die kte malam2 lagik byk..sbb die skolah kat SERATAS tu je..tu yg die tau tu..

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam faez..

ha ha ha.. mmg 'lubuk' bapok area lake garden tuh. makruf seluruh alam tahu.. ntah pe nak jadi xtaula.. tangkap rejam dalam lake tue pun ok gak..

Anonymous said...

rindu yob kat kampung nun jauh disana
jangan lupa belanjo keme kalau keme jalan-jalan kat parit buntor

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam deqmoon..
rindu beno yob munn kat teluk intan tu.. datang parit buntor nnt bila balek ke Malaysia.