Wednesday, March 26, 2008

Perancangan Trip ke Eropah Timur


Jam hampir 5.00 pagi. Saya masih belum tidur dan telah menghabiskan masa hampir 4 jam berchating dengan Zaid di Jordan melalui YM membincangkan beberapa kerja yang perlu segera diselesaikan. April, Mei dan Jun kami mulai sibuk untuk trip-trip yang bakal berlangsung setelah hampir sebulan 'berehat' dari kerja-kerja travel.

Alhamdulillah, untuk April hingga Jun sudah terdapat 4 trip kumpulan pelancong yang kami perlu uruskan untuk lawatan di Jordan dan Syria. Ini tidak termasuk beberapa kumpulan yang masih di dalam 'rundingan' untuk mengambil pakej melancong yang kami sediakan dari HZ Travel & Tours.

Seperti kebiasaan setiap tahun dan setiap kali cuti semester bermula di Jordan, HZ T&T tidak ketinggalan untuk menganjurkan lawatan pakej pelajar ke destinasi menarik di Middle East dan Europe. Setiap kali musim sejuk tiba, pihak kami menganjurkan lawatan di Jordan & Syria dan pada musim panas tahun lepas, kami telah berjaya menganjurkan lawatan ke negara Turki selama 10 hari yang turut disertai oleh Pegawai Kerajaan Malaysia yang bertugas di Amman.

Setelah hampir sebulan mengkaji, membuat bajet, mengumpul maklumat dan berhubung dengan agensi pelancongan di Eropah Timur, untuk tahun ini HZ T&T menawarkan pakej menarik kepada pelajar-pelajar di Jordan kursusnya untuk melawat ke beberapa buah negara di Eropah Timur iaitu Turkey, Bulgaria dan Romania.

Setelah selesai berbincang dengan Zaid beberapa minit yang lepas melalui YM, keputusan pun telah dicapai dan kesemuanya proposal serta perancangan telah muktamad maka InsyaAllah, dalam 2-3 hari ini pihak HZ T&T akan mengeluarkan iklan TRIP LAWATAN KE TURKEY, BULGARIA & ROMANIA yang bakal dianjurkan pada bulan Jun nanti. InsyaAllah

Nantikan edaran iklan Trip tersebut secara online dan bercetak. ")

3 komen:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

salam abg jimin
mantap mantap
sampai ke bulgaria tu

aku tak pernah mengkaji apa ada kat sana
terpaksalah buat research

ok semoga berjalan lancar

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam deqmoon,

insyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar dan bnyk ilmu, pengetahuan dan pengalaman dapat ditimba oleh bakal para peserta Trip Eropah Timur.