Thursday, March 20, 2008

Hari-hari yang berlalu

Selepas Malam Pengumuman keputusan PRU12 masa tidak mengizinkan untuk saya menulis sesuatu di laman ini. Masa yang ada kini banyak dihabiskan untuk kerja-kerja beberapa trip yang bakal berjalan untuk April dan Mei ini di samping kerja-kerja mengemas, mengubah rumah untuk majlis Jun nanti.

11 Mac-19 Mac 2008
11hb sepupu saya yang menetap di Sungai Petani meninggal dunia dalam usia 24 tahun. Jenazah sudah dimandi dan dikapankan di Sungai Petani dan dibawa pulang ke kampung Titi Serong untuk dilihat oleh sanak saudara buat kali terakhir. Solat jenazah dilakukan selepas solat asar di Masjid Tebok Haji Musa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tebok Haji Musa.

13-17 Mac saya menghabiskan masa di UIAM bersama sahabat-sahabat di sana. Tujuan utama pada asalnya untuk ke Lowyat disebabkan Laptop ada masalah dan setelah diperiksa rupanya Hard Disk yang bermasalah. Laptop aku tinggalkan pada Amin di Sri Comp dan terus ke UIAM. Keesokan harinya saya pergi semula ke Lowyat bersama Paktam. Alhamdulillah Laptop dah dibaiki dan kerja-kerja dapat bersambung semula.

15hb saya menghabiskan masa bersama Paktam di PWTC mengikuti MATTA FAIR. Pameran pelancongan tahunan yang dilangsungkan dari 14 hingga 16 Mac. Banyak juga maklumat yang saya perolehi untuk mengembangkan lagi H Z Travel

16hb sepatutnya saya sudah pulang ke Parit Buntar. Namun tiket bas untuk semua trip K.L- Parit Buntar sudah habis pada hari Ahad tersebut dan saya terpaksa mengambil tiket 17hb pada jam 3.45 bertolak dari Hentian Duta ke Parit Buntar. Malam tersebut selepas solat Maghrib saya bersama Salman ke KLCC dengan tujuan meluangkan masa di Kedai Buku Kinokuniya. Kami di situ sehingga kedai tutup.

17hb sebelum ke Hentian Duta, aku bersama Paktam, Salman dan Lukman sempat ke Setiawangsa untuk ke premis SABA Media. Asalnya saya ingin mendapatkan Bible yang diterjemah ke dalam bahasa melayu, namun menurut jurujual di SABA Media, stok hanya terdapat di Bible Shop yang berada di Petaling Jaya atau kawasan-kawasan lain.

2 hari berada di Parit Buntar saya menghabiskan masa di rumah dan mengadap laptop menyiapkan beberapa kerja yang perlu segera disiapkan.

11 Rabiul Awal 1429 merupakan hari lahir saya ke-27 jika dihitung melalui kalendar Hijrah. Semoga Allah terus memelihara kenikmatan Iman dan Islam yang telah saya nikmati.

Ketika berusia 3 tahun- 24 tahun yang lalu.

2 komen:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Monitor de LCD, I hope you enjoy. The address is http://monitor-de-lcd.blogspot.com. A hug.

Yaya said...

salam..cutenya gambar masa umo 3 thn tu..

selamat menyambut maulud nabi yer...