Monday, March 24, 2008

Novel Hut, Ipoh Parade


2 hari lepas saya ke Ipoh untuk menghantar beberapa barang dari Jordan yang dikirim oleh tunang tersayang.

Dalam Kesempatan masa yang ada, saya bersamanya dan bakal emak mertua serta bakal adik-adik ipar yang masih renek-renek bersiar di sekitar Ipoh serta membincangkan beberapa perkara untuk majlis kenduri nanti.

Peluang berada di Ipoh dan sebelum pulang ke P.B, saya sempat berada di Ipoh Parade dan menghabiskan masa yang agak lama di situ. Apa yang amat mengembirakan hati, pada malam tersebut saya telah 'bertemu' dengan premis yang menjual buku terpakai. Apa yang pastik longgokkan majalah National Geographic memenuhi beberapa ruang di kedai yang dikenali dengan Novel Hut. Selain dari NGM yang menjadi tumpuan saya, novel-novel terpakai Berbahasa Melayu dan Inggeris serta majalah-majalah turut memenuhi kedai tersebut.

Teringat pada Abu Marwan di Shariq Sagaf Sil apabila berjumpa dengan premis mirip kedainya dilaluan sesak balad Amman Jordan.

Hasil malam itu saya membawa pulang edisi NGM keluaran Mac 1957 dan Oktober 2003 yang belum lagi saya miliki. Harga untuk keluaran klasik RM 8.00 dan untuk yang terkini sekitar tahun 2006-2008 harga dalam RM6-7. Manakala untuk tahun 1980-an hingga 2003/2004 harga RM 4.00.

Ini bermakna koleksi-koleksi buku terpakai NGM di Jordan masih dijual jauh lebih murah iaitu hanya 500 Fils (RM 2.30) bahkan keluaran terkini yang dijual juga 500 Fils.

NGM Mac 1957 yang sempat 'dikebas' dari Novel Hut, Ipoh Parade

Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku-buku terpakai yang masih berada dalam kondisi yang baik boleh berkunjung ke Ipoh Parade di premis Novel Hut yang berada di tingkat 2 (S03) atau boleh menelefon kedai tersebut untuk mendapatkan maklumat 05-2536284.

Apa yang pasti, dengan kewujudan premis ini dan yang pentingnya ia menjual NGM terpakai sudah meyakinkan saya untuk memenuhi hobi saya mengumpul keseluruhan NGM terutama mulai 1950-an hingga keluaran terkini.

p/s
Kepada rakan-rakan di Malaysia yang mempunyai maklumat di mana terdapatnya kedai buku terpakai di serata Malaysia boleh beri info kepada saya. Terima kasih kepada Asyrafdini atas maklumatnya mengenai kedai buku terpakai di Penang.

6 komen:

silversarina said...

alhamdulillah yong and adik-adik dapat menikmati kehidupan seperti biasa...

novel hut??? makcik pergi ipoh parade tak nampak pun kedai tu .. actually balik ipoh pun jarang pergi merayau , baru 2 kali pergi ipoh parade.

apapun teruskan mengumpul NGM tu, penuhkan library di rumah.

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

salam makcik ina,
kedai tue ada kat tingkat dua..dekat sahaja dengan tangga nak naik ke tingkat 3 untuk ke food court. Tuan kedai seorang Indian

Nnt bleh la makcik cari bila balik bercuti ke Ipoh. :)

SoFie NuR said...

uik...1957 punyer NGM...huhu

Muhamad Hazimin Sulaiman said...

sofie,
tue belum betul2 lama. NGM dikeluarkan pertama kali tahun 1888.

Unknown said...

still looking for NGM??saya nak jual my collection....moving oversea..x mampu nak bwk..ader ler dlm 30 copies dari tahun 90-an ker 2008..berminat??

sYhh said...

salam.
novel hut 2 best. n the owner also friendly. :)
she know how to treat her customer. :)